6 Nov 2015

PAS Bergegar: Lebih 50% Sokong AMANAH Di Kelantan...

Lebih 50% ahli PAS sokong Amanah di Kelantan, kata penyelidik

Walaupun perhimpunan raksasa PAS di Kota Baru bulan lalu menunjukkan parti Islam itu masih relevan di kawasan majoriti Melayu dan boleh berbangga dengan sokongan anak muda Islam, sebuah firma kaji selidik bebas mendakwa sebaliknya.

Menurut kajiannya, separuh ahli dan penyokong PAS di Kelantan akan menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum akan datang dengan kebanyakannya daripada golongan muda, profesional serta bekas penyokong Berjasa dan Hamim sebelum ini.


Kira-kira 15% ahli PAS di Kelantan pula menyertai Amanah manakala 35% lagi masih berada dalam parti yang memerintah negeri Kelantan itu kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan kerajaan negeri yang dikuasai PAS itu.

Pengerusi Eksekutif Ilham Center Mohamad Hisomuddin Bakar yang mengkaji politik di Kelantan menemui fakta ini dalam kajian mereka yang terkini.

"Kami dapati sangat ramai aktivis Berjasa dan Hamim selama ini yang menyertai Amanah apabila ia ditubuhkan, di samping profesional dan golongan remaja yang menyertai parti baharu itu di Kelantan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, ramai penyokong Amanah yang memegang jawatan di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Mereka terdiri daripada wakil rakyat, ahli majlis kerajaan tempatan, pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penghulu, guru halaqat dan jawatan politik kekal dengan PAS.

Mereka diberikan gelaran "harum manis"
iaitu buah mangga yang kulitnya berwarna hijau manakala isinya berwarna oren.

"Mereka tidak mahu menimbulkan masalah dengan pengisytiharan menyertai Amanah," kata Hisomuddin mengulas kenapa fenomena ini berlaku.

Kelantan menjadi penyumbang utama keahlian Amanah apabila 8,000 daripada 30,000 ahli pertamanya semasa dilancarkan 16 September lalu berasal dari negeri itu.

Sokongan kepada Amanah ini diakui pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bahkan Wan Rahim yakin, mereka boleh menang jika terpaksa bertanding 3 penjuru di kerusi paling kuat PAS iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit, dalam Parlimen Kubang Kerian.

"Kami yakin menang di Demit dengan calon yang kami ada di situ," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau tidak mahu Amanah dipersalahkan jika kerajaan negeri Kelantan, yang dibina bekas menteri besar allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak 1990 lalu, jatuh.

Sebab itu, sejak awal, beliau mahu berbincang dengan PAS agar tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara PAS, Amanah (mewakili Pakatan Harapan) dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Bahkan katanya, Amanah bersedia tidak bertanding sebarang kerusi DUN di Kelantan jika perundingan dibuat antara kedua-duanya.

"Namun, PAS tidak pernah menghiraukan bunga yang kami tawarkan," kata Wan Rahim ketika ditemui selepas satu majlis dialog antara Amanah dan golongan profesional Kelantan di Kota Baru baru-baru ini.

Program yang diadakan di sebuah dewan milik sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) Islam itu menyasarkan hanya 70 profesional Kelantan, khasnya di kalangan doktor perubatan, ahli farmasi dan peguam.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan di luar dugaan apabila dewan itu dipenuhi ramai golongan profesional, terutamanya di kalangan para doktor dan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, khasnya Hospital USM sendiri.

Salah seorang doktor yang ditemui, Datin Dr Salehatun Salleh berkata, beliau masih bersama PAS tetapi pada masa sama mengkaji prospek Amanah, parti serpihan PAS yang ditubuhkan susulan tewasnya pemimpin progresif parti itu pada pemilihan Jun lalu.

"Kebanyakan kawan saya sudah sertai Amanah dan mereka kempen agar saya juga menyertainya," katanya yang saban waktu menyertai kuliah Nik Aziz ketika menteri besar, yang juga bekas mursyidul am PAS itu, masih hidup.

"Masa Tok Guru masih ada, kami orang profesional ni terasa sangat dihargai, tetapi sekarang mereka buat tak kisah sahaja," katanya memberikan justifikasi kenapa golongan profesional di Kelantan menyertai Amanah.
– TMI

ULASAN GB

Kajian di atas dilakukan oleh ILHAM CENTRE, bukan oleh AMANAH. Justeru ia bukan kajian "syok sendiri" bagi pihak AMANAH.

Dan berdasarkan kajian itu, kerajaan PAS Kelantan yang ada pada hari ini dijangka tumbang pada pilihanraya akan datang.

Kelantan merupakan negeri yang mempunyai ahli AMANAH paling ramai sebelum Johor dan Kedah. Bilangan tersebut meningkat dari hari ke hari.

Golongan profesyenal sememangnya sudah tidak lagi berminat dengan PAS kerana PAS seperti menurut kajian di atas, sudah tidak dihargai oleh PAS. Golongan profesyenal yang satu ketika telah menjulang PAS ke aras yang ada kini, telah dijatuhkan oleh geng ulama malah mereka dihalau keluar dari PAS.

PAS masa kini merupakan parti yang syok sendiri. Mereka menempelak golongan yang menentang mereka sebagai anti-ulama. Mereka mendakwa mereka saja ahli "parti Islam" walaupun dari segi akliah, akhlak dan tindakan tidak lansung mencerminkan nilai-nilai Islamiah. Memaki hamun dan memfitnah sudah dijadikan kelaziman dari pimpinan tertinggi sehinggalah kepada ahli-ahli di bawah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Seperti yang GB nukilkan sebelum ini bahawa segala maki hamun dan fitnah itu akan berbalik kepada PAS semula. Sama-sama kita saksikan nanti kebenaran jangkaan GB ini...

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya senang je nak pulihkan PAS ni supaya selaras dgn perjuangan pimpinan terdahulu sperti Ust. Fadhil & TGNA. Caranya, ketepikan Presiden PAS skrang ni. Nak catat 'TGHA' pun mcm terasa musykil pula...

Unknown berkata...

Kerana mulut badan binasa. PAS akan tinggal nama sahaja..roh dan jasad akan berpisah..

Selamat tinggal PAS..

abrarmujahideen berkata...

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Kalo akar da rosak dihambat harta, kuasa dan wanita ..tiada guna ilmu melangit tinggi kalo di hati ade dengki. Umpama Ahli Kitab Yahudi yg tahu kebenaran kerasulan Muhammad ditolak hanya kerna dengki asobiyah

Tanpa Nama berkata...

Gumbira gumbira.
Proses pembersihan.

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal Pas.

Unknown berkata...

salam

kenyataan di atas memang reality,ditempat saya sahaja ada beberapa markas PAS,sejak kebelakangan 3/4 bulan tiada apa activity,cuma memasang banner2 meniru banner yg dipasang oleh amanah.sebelom itu tempat2 ini meriah ada saja activity setiap minggu.Baru2 ini jumpa 3 pasangan harcore PAS setempat, sudahpun menjadi harum manis.cerita yg sama,PAS sudah mengarut,issue hudud , bai'yah dan elaun dun kelantan dgn sendirinya ,membuatkan mereka tarik brake.

Menurut mereka PAS,sudah menjadi bahan JOKE Masyarakat,tiada apa lagi yg diharapkan,sama sahaja dgn umno.lidah harakah sudah menjadi penyambung lidah utusan/berita.Bagi member yg masih lagi bersama PAS dan pengedar Harakah,mengeluh panjang,akbar harakah menurun secara mendadak.utk menampung hidup yg mencabar terpaksa jual berita/utusan/metro sekali.

begitulah reality yg berlaku sekarang,takpayah sapa2 nak jatuhkan PAS,PAS akan jadi tak bermaya,sedikit demi sedikit akibat perbuatan pemimpin2nya yg ego dan tak berpijak di bumi nyata.

walla'hualam.

Tanpa Nama berkata...



Harap-harap jumlah 50% itu akan meningkat dalam masa 3 bulan lah sebab sebenarnya 50% tidak cukup untuk tumbangkan PAS di Kelantan.

Kita akan menyaksikan yang tidak pernah kita saksi dalam PRU sebelum ini dimana PAS akan back-up SPR bermati-matian. Dapat tambahan 10% pun cukup lah. Bermakna PAS dapat 50% + 10 % dan Amanah 50% .

Dalam sibuk-sibuk pasal 1MDB apa lah yang di buat oleh SPR sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...



TV2 pun sokong Amanah.

Warna Oren jugak.

Tanpa Nama berkata...

Yang sah kena tipu dan dibodohkan ialah yang datang 60k.

Kerana mendapat sokongan 60k lah pemimpin PAS Kelantan mengambil kesempatan naik kan gaji dan elaun Adun.