Ingatan buat Husam: Gaji wakil rakyat hak rakyat
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berpendapat, kerajaan Negeri Kelantan sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum menaikkan elaun Adun, Exco,Timbalan, Menteri Besar dan Speaker yang berkuatkuasa Januari tahun hadapan.
Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan mementingkan diri dan tidak memikirkan mengenai kemaslahatan rakyat Kelantan sebelum memuktamadkan keputusan tersebut.
"Apa yang wakil rakyat dapat itu untuk perbelanjaan rakyat jugak.
"Wang itu untuk rakyat sebagai contoh pegawai kerajaan, gaji itu mereka dapat semua. Kita (ahli parlimen dan Adun) ini memang untuk diberi kepada rakyat. Iaitu untuk membantu rakyat yang susah dan sebagainya," katanya kepada Sinar Online di Parlimen hari ini.
Idris berkata demikian bagi mengulas kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang menyindir kerajaan Kelantan yang menaikkan elaun wakil rakyatnya tanpa memikirkan keadaan ekonomi rakyat kini.
Dalam pada itu, Idris menyeru Husam supaya meneliti segala data yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan berkaitan isu rumah mangsa banjir.
"Teliti perangkaan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri, rujuk data, ada progres daripada kerajaan negeri berhubung perkara itu," katanya.
Persidangan Dun Kelantan pada Isnin meluluskan Enakmen Saraan Anggota-anggota Pentadbiran dan Anggota-anggota Dewan Negeri (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun Adun kepada RM8,000 berbanding RM4,600 sekarang.
Anggota pentadbiran seperti Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar, Speaker dan Timbalan Speaker, Exco dan Timbalan Exco pula akan menerima kenaikan daripada RM6,000 kepada RM10,000.
Rang undang-undang itu yang dibentang Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan mula berkuatkuasa pada Januari tahun hadapan.
ULASAN GB
Jika benar gaji wakil rakyat itu hak rakyat maka gaji-gaji wakil rakyat itu tidak perlu dimasukkan ke dalam akaun wakil rakyat tetapi hendak dikreditkan ke akaun pusat khidmat rakyat ADUN atau Parlimen wakil rakyat berkenaan.
Hanya semata-mata kerana nak mengthentam Husam Musa, Idris Ahmad membuat bidasan yang superficial itu yang beliau sendiri tidak akan berani untuk melakukan hal seperti di atas.
Idris, yang belum cukup sepenggal pun menjadi ahli parlimen dan baru dipilih menjadi Naib Presiden PAS sudah berani menempelak Husam yang telah menjadi wakil rakytat semenjak tahun 1999 lagi.
Husam telah menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04). Beliau juga telah menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau sekali lagi menang menjadi Adun Salor.
Husam telah menjadi Naib Presiden PAS selama 2 penggal (2005-2009) dan (2011 - 2013) sebelum dikalahkan pada muktamar ke 61 yang lalu akibat permaianan cai geng ulama.
Pencapaian Husam di Kelantan sewaktu beliau menjadi exco terlalu banyak. Diantaranya ialah kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade, mempengena dan memperkembangkan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan dan menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan.
YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade.
Husam pernah mendapat anugerah Newsmaker of the Year 2003 - malaysiakini.com
Husam telah banyak kali difitnah terutama oleh blogger UMNO seperti Faizal Rohban (RBF) dan papagomo serta media-media UMNO. Pada Mei tahun ini, mahkamah telah mengarahkan New Straits Times Press (M) Sdn Bhd (NSTP) membayar RM350,000 kepada Husam kerana memfitnah.
Almarhum TG Nik Aziz pernah di dalam kenyataan menyatakan:
Sekarang apa pula pencapaian Idris Ahmad? Sepatutnya Idris yang perlu banyak belajar dari Husam.
Idris menang di parlimen Bukit Gantang pun kerana Bukit Gantarng sebelum itu telah dimenangi oleh almarhum Roslan Shahrum dan DS Nizar Jamaluddin.
Majoriti undi almarhum Roslan ialah 1,566 dan Nizar berjaya meningkatkan majoriti sekalipun di dalam pilihanraya kecil kepada 2,789. Tetapi semasa Idris masuk bertanding di Bukit Gantang majoriti PAS telah menurun kepada hanya 986 undi.
Ramai penganalisis menjangkakan jika Idris bertanding lagi, dengan senario politik yang sedia ada, beliau akan kalah tertonggeng di Bukit Gantang. Kalau dahulu, Ustaz Idris ada menemui GB di dalam beberapa majlis dan GB amat mendoakan agar Idris menang, tetapi maaf, tidak lagi kali ini.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.
“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.
Sekarang apa pula pencapaian Idris Ahmad? Sepatutnya Idris yang perlu banyak belajar dari Husam.
Idris menang di parlimen Bukit Gantang pun kerana Bukit Gantarng sebelum itu telah dimenangi oleh almarhum Roslan Shahrum dan DS Nizar Jamaluddin.
Majoriti undi almarhum Roslan ialah 1,566 dan Nizar berjaya meningkatkan majoriti sekalipun di dalam pilihanraya kecil kepada 2,789. Tetapi semasa Idris masuk bertanding di Bukit Gantang majoriti PAS telah menurun kepada hanya 986 undi.
Ramai penganalisis menjangkakan jika Idris bertanding lagi, dengan senario politik yang sedia ada, beliau akan kalah tertonggeng di Bukit Gantang. Kalau dahulu, Ustaz Idris ada menemui GB di dalam beberapa majlis dan GB amat mendoakan agar Idris menang, tetapi maaf, tidak lagi kali ini.
27 ulasan:
Bodoh punya pas.Kalau hak rakyat, potong gaji la terus bagi rakyat.jgnla pkir semua org bodo mcm pas dan hamno
bhai,
dia pun rakyat juga. anak bini dia pun rakyat juga. sbb itu dia kata utk rakyat.
PPR (AB) (Projek Perumahan Rakyat (Anak Beranak) menteri besar itu pun utk rakyat juga. walaupun utk anak2 dia, tp anak2 dia adalah rakyat negera ini.
tp tak taulah kalau mangsa banjir yg masih tinggal dlm khemah dianggap sbg rakyat. sbb kalau rakyat mesti dah dpt bantuan rumah PPR. mungkin sbb bukan AB maka PPR pun tak ada lah kot???
Alahai Idris Ahmad. Nak mengampu pun agak2lah..
Kamu ingat, sebelum Husam nak terjah, bongkar kesombongan kerajaan negeri Kelantan, beliau tak study,periksa data2 ke? Kamu ingat, Husam tu..mcm kamu ke yeop? Harap jadi MP ajelah kamu ni yeop oiii..duduk dalam parlimen, sejukkan telor sahajalah. Hadi Awang,Nasrudin Tantawi,Nik Abdul sama spesis mcm kamu.
Ostad2 pas ni pandai berceramah dan berkukiah je. Bila berpolitik, mata jadi kabur dgn habuan dunia. Bila boss besau dah nk jd penasihat, ostad2 ni duk kira peluang naik tangga dgn elaun ditambah
Sebenar dia tersilap.selama ni dia diam aje dan dia terselamat dari hentaman komen dari aku ahli pas.Sekarang pandai pula dia komen pada Husam ,Idris tahu tak masaalah di Kelanatan atau sengaja buat bodoh.selama aku hormat dia ,mungkin diasalah seorang yang bersikap sederhana,tetapi jiwanya tak tenang kalau tak mengmpau Hadi.dia ini juga di ibaratkan kelapa muda yang isinya nipis.
Hairan pas ni dh membawa nama islam tp berperangai syaitan.malu umat islam yg lain dek kerana pas.Cilakak punya pas
Idris ahmad kalau diiabratkan kelapa muda ,hijau diluar dan putih didalam ,tetapi sinya nipis,apa yang selalu dibuat orang pada klepa muda ni.? bubuh ais dan bubuh gula sikit kita kacau dan hancurkan kemudian kita telan,lebih2 orang buat jeli kalapa.masa lembik kita makan muda sikit masa dah keras cara kita makan kita tenyeh jeli itu untuk kita makan .kalau nak jadikan benih,kelapa muda ni tak tumbuh pun kalau kita campak dalam semak kelapa ni tak bertunas pun dan akan busuk terus.TETAPI buah mangga HARUMANIS.kulitnya hijau ,isinya oren ,tinggi nilainya,bila nak makan kita kopek kulit hijau tu kita buang dalam tong sampah,isinya kita makan elok2 .manis.bersari .lazat.BIJInya? letak diman pun insyallah biji tersebut akan berunas.kalau kita semai ,siram air,ada baja ,tumbuh membsar mengelaurkan hasil yang sganyak dan segar,sekarang kepala muda (Deris Ahmad) mangga harumanis (Husam Musa)sakit jiwa peminpin tertinggi Pas .kah.kah.kah. aku sekeluarga bersam Amanah.
Fuiiiiiiihhhhhhh.....hampa jgn memain dgn Ustaz idris Ahmad nih. Dia pandai cakap. Dia cakap ada power dan berkesan pads pendengar.
Tapi boleh cakap jelah. Kerja apapun tak jadi. Pengalaman org yg dia dok kutuk dan maki org itulah yg dipintanya mnolong menyelesaikan tugas dia
Apa sumbangan idris yg dah sangat.... Sangat..... Sangat...... Terbukti pada kelantan nieeee. Kipas jelahhhhhh. Nanti boleh terpilih utk bertanding lagi
Ada betul nya kata Idris kerana dari RM8000 tersebut, RM 800 untuk rakyat.
Adun dapat RM 8,000 satu kenaikan yang sangat tinggi. Ini bererti samasa Adun dapat RM 4000, tidak ada syer untuk rakyat.
Sekarang Adun dapat RM 8000, adakah bermakna RM 4000 untuk rakyat atau RM 800 untuk rakyat ?
Ini lah salah-satu faktor kenaikan gaji Adun. Lagi ramai rakyat miskin yang perlu di bantu, lagi tinggi kenaikan gaji Adun.
Ini adalah cara UMNO. Apa pemberian dan hak rakyat mesti di terima terus dari tangan pemimpin atau wakil rakyat supaya rakyat/pengundi/penduduk terhutang budi pada individu yang memberi. Ini kerana cara PAS mendekati rakyat dengan ceramah sudah tidak menjadi.
Tergamak sungguh pemimpin PAS bercakap macam ini. Langsung tidak sedikit pun mahu condong kepada pandangan Husam.
Kita kenal Husam yang bukan jenis mengikut perangkaan, data atau lapuran semata-mata. Selalu nya Husam akan meninjau ke tempat yang dia bangkit dan berjumpa sendiri dengan orang yang menjadi mangsa keadaan. Isu tunggakkan YIK setelah mendapati ianya sahih baru Husam bangkitkan setelah mendengar desas-desus mengenai nya.
Jika kenaikan gaji Adun kerana rakyat, yang perlu dapat dulu ialah guru YIK kerana mereka bukan susah tetapi teranaiya.
Kepada Allah kita kembalikan.
Aku tak pasti... dia buat master ke buat phd.. universiti tu tak benar teruskan.. sbb dia belajar separuh masa tanpa melalui majikannya.dia ckp ada org sebotaj dia.. skg tak tahu.. dah sambung kat universiti lain kot.. kalau benda kecik nak belajar separuh masa tu pun tak tahu peraturan.. apa lagi kes2 elaun dan gaji kerajaan negeri kelantan ni idris hoi....nak kat bongok pelajaran tinggi... nelayan, peladang, org bawa kereta sapu faham ke duit kenaikan utk rakyat.. yg dia org tahu gaji exco tu.. utk tembolok exco je.. abis kuat utk rakyat... pegi jemputan khawin org kg bg kad.. bg rm 50. Sebulan tak abis rm 1000 pun.. geram betul aku dengar komen idris ni...
Ulamak dalam semak cuma fikirkan duit untuk peruknya saja nape tak ambil contoh khalifah umar al khattab, kamu bukan islam ke?bodoh punya idris kecik2 banyak sangat makan taik hidung tu lah pasal.
"AL-HAQ-Min-RABBI-Kum"...Wahyu Yg"ESA
KEBENARAN Itu...Dari TUHAN Muu..
Tuntut lah KEBENARAN...Di Mana pon JUA
Kelak Kau KENAL...Penipu Yang PALSU
KEBENARAN tu Pahit...Untuk Di DEKATI
KEBENARAN tu Perit...Untuk Di BUKTI
Pem FITNAH Yg Ponteng...Kan "Kecut" Di HATI
Pen CURI Ter Bayang...Bagai kan Nak MATI!?
Pen CURI Sanggup...Mem Buat FITNAH
Pe NYONGLAP Suka...U-Turn & PONTENG
Pen CURI Penyonglap....Penyamun RASUAH
Onar & FITNAH lah...Yg di Jadikan BENTENG
ONAR dan Fitnah...Menjadi BENTENG
Penyonglap Pen CURI...Menolak KEBENARAN
Hujjah Me "NGARUT"...Mengong & MERENG
HAPRAK Bagaikan...KALDAI Tunggangan
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
SUJUD dan Cari lah....Hakikat KEBENARAN
Sbnr7-KEBENARAN itu...Jadi kan lah Ke CINTAAN
RELA kan lah Diri Mu...Ke Dakapan TUHAN
Sbnr7-KEBENARAN....Di Dalam DAKAPAN Mu
Kelak Diri Mu...Di Dakapan TUHAN
Langit dan BUMI...Ber Sama MERINDU
Malaikat pon turut...Setia Ber TEMAN
Alang kah INDAH nya...Sbnr7-KEBENARAN
Hakikat CINTA...Kaseh dan SAYANG
Mentari Me MANCAR...Bintang dan Rang BULAN
Seruan Kaseh-NYA...Tak Puas Ku PANDANG..
Dulu dengar orang kata saja dia bodoh, kini bila dah bersuara sebegini, confirm bodoh. Harapkan wala' saja.
Jangan perkecilkan ostad deris. Masa dia belum ada nama dalam Pas,dia pernah menjadi penyarah di sebuah Universiti Tempatan. Dia juga selalu juga dijemput oleh pelbagai pihak dalam Pas untuk beri ceramah.Dalam ceramahnya yang berapi-api, UMNO telah dikafirkan. Dan atas tekanan pihak Universiti dia telah meletak jatawan dan bergerak secara aktif dengan Pas. Maaf kalau ada fakta saya tak betul kerana kes ini sudah terlalu lama.
Jasa terbesar Ostad deris ialah mengerakkan gejala takfir sebagaimana tuan presideng pada akhir 70an dan 80an dengan menggunakan buku kecil tulisan Ibnu Bazz (allahyarham) untuk bacaan jammah Haji dan juga Mustika Hadith dalam bab perbedaan iman dan Kufur.(saya tidak menyatakan tulis Ibnu Bazz dan Mustika Hadith tidak betul) Yang cuba saya nyatakan, ulasan geng olamak ini telah membuka jendela takfiri kerana ulasan yang sejengkal telah membuat ahli-ahli Pas mengkafirkan orang-orang UMNO yang secara umumnya memang jahil dalam keilmuan Islam. Pada pendapat saya, orang jahil perlu diterangkan batas Iman dan kufur secara jelas dan terperinci kerana mereka adalah target dakwah.
Berbalik kepada Ostad Deris, dia tahu dia akan kalam di Parlimen Bukit Segantang, lalu sekarang cuba mengharap ikhsan dari Pas Kelantan dan Tuan Presideng untuk bertanding di kawasan yang paling selamat samaada di Kelantan atau Trengganu. Kalau dia tetap bertanding di Parliman Bukit Segantang , dari segi hukum adat, dia akan kalah.
Kesimpulannya dengan menghentam Husam Musa, dia mengharapkan kepimpinan Pas Kelantan dan Pusat akan mencari tempat yang selamat untuknya di PRU 14.
Sekian,
cucu-cicit bani Adam.
Dah takda kuasa boleh la membebel 24 jam. Ni bila nak kluar PAS? Dari jd org bodoh ibarat bercakap dgn dinding baik sertai AMANAH. Esok dah hilang tmpt sbg calon baru terkial kial masuk AMANAH. Selagi dia dlm PAS selagi itu reputasi dia terus jatuh.
Ini.bukan berita palsu.tetàpi dari lisan ex-think-tank Pas Perak dalam ceramah.AMANAH di tempat saya. Kstanya pengundi2 China di BG telah hilang kepercayaan pada Pas. Mereka.datang serahkan apa jua yang ada lambang Pas yang mereka miliki pada PRU13 dulu pada MPBG. Bayangkan macam mana nasib calon Pas yang akan bertanding PRU14 nanti! Nampaknya penduduk BG akan dapat MP yang baru dari parti yang baru.nanti!
Jangan marah kat dia. Tak lama lagi Pas akan bernikah dengan Umno untuk kali kedua. Banyak peluang akan terbit dari bapak tiri bila maknya bernikah. Kalau senyap mungkin tertinggal. Jadi kenalah riuh dan hiruk pikuk sekarang. Tak kisahla apa orang nak kata. Lantak kome le. Janji telo yang digosok berkilat dan memancar-mancar. Bukan senang nak cari jawatan bergaji ribu-ribu kalau tak mengampu ooi.
Jika Idris Ahmad ini bertanding di kerusi parlimen Bukit Gantang next PRU, confirm bungkus!
Hujah wakil pas dan mcm hujah umno. Standard hasan malek kak kah kah..
Cucu cicit bami adam.
Memang pandai hang teropong jauh dr bkt gantang sampai kelantan n trengganu...
Hihihhhi.mungkin kerusi paling selamat kat kelantan.Terengganu blom pSTI...bergantung sejauh mana cerita gurau senda dlm kelambu umngok PAS..
Bro bat8.
Ape cerita parlimen kubang kerian yerrrrrr..
Boleh jer pendekar siku lutut bertanding kat sinunnnnn..jange laaa murih2 samo kawe dehh...gurau2 jerrrr...
Alahaiiiiii....sarbanan siku lutut.power tuhhh
Kih kih
deris ni mcm kuih lapis hijau putih....sat hijau sat putih... berulang2 .... tp lembik semuanya
ni nk membodek hadi la ni... sama je dgn umnu
yg belum pad tiru ialah pakai songkok hitam dn menari dangdut
tklama akn buatla tu... nik beduh mula dulu
PAS CURI BALAK PUN UTK RAKYAT JUGA
DIPOTONG KECIL2 KAYU BALAK DIBUAT MANCIS CAP LADA..
DIBERI PADA RAKYAT KELANTAN BANJIR YG DUDUK DI KHEMAH SAMPAI TAHUN 2020.
BUKANKAH MASA BANJIR ELEKTRIK TERPUTUS.. HANYA MANCIS YG BERGUNA
Ustat pak lebai ulamak, semua boleh cair kalau hal duit ringgit. Yg berkopiah tu belum tentu zuhud, belum tentu masuk syurga. Berkelintau lidah sebab nak pertahankan ringgit.
sapa2 yg guna lambang telur penyu marang tengah2 bendera pasti akn ditolak
PAS ke PAN ke, kalau sombong orang tak suka. Di tempat saya sendiri kronisme berlaku di kalangan ahli. Yang kaya disanjung, yang kurang tak dipandang. Inikah yang nak memimpin umat Islam? Kalau ditegur siap kena pulau. Kalau ikutkan terlajak dengar kuliah tak berperangai jilake. Tapi setan pakai kopiah.
Catat Ulasan