11 Okt 2015

PKR Gali Kubur Sendiri Jika Terus Harapkan PAS...

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS?Faiz Fadzil

Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.

Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.



Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.

PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113).

Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi.

Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.

PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.

PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.

Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR? Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar? Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?

Mengukuhkah PH adalah pilihan terbaik dan efisyen berbanding asyik mengajak PAS untuk bersama PH sedangkan PAS menolaknya.

Sedarlah yang mempertahankan PR dahulu adalah pimpinan Parti Amanah Negara sekarang. PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya PH akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.

Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke 14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk PH mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat. Sekarang adalah masa untuk PH menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi PH hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS.

Jangan biarkan virus kemarahan rakyat kepada PAS berjangkit kepada PKR. Jikalau PH rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan terus merana kerana ditipu lagi.

Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan BN memerlukan pasukan PH yang kukuh, kuat dan berdaya saing.

PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan?


Siapa pilihan PKR, Pakatan Harapan atau PAS? Oleh Amin Iskandar

PKR akan mengadakan mesyuarat khas hari ini disebabkan petisyen 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang mahu penubuhan Pakatan Harapan dibincangkan semula.

Dua puluh lima ahli MPP ini tidak berpuas hati mengapa presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail “tergesa-gesa” mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan baru-baru ini sedangkan sepatutnya ianya hanyalah perbincangan awal.

Kumpulan 25 pemimpin PKR ini juga mahu PAS dilibatkan dalam Pakatan Harapan walaupun parti Islam itu sebelum ini melalui presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan tidak akan bersama gabungan baharu itu kerana adanya DAP dan “pengkhianat” Parti Amanah Negara (Amanah).

Selain itu, kumpulan 25 pemimpin ini mahukan mesyuarat MPP hari ini meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, sekurang-kurangnya 7 daripada 25 pemimpin ini sudah menghubungi Dr Wan Azizah bagi memohon maaf di atas tindakan mereka menandatangani petisyen yang dilihat sebagai “undi tidak percaya” kepada presiden PKR itu.

Difahamkan, dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor pada Rabu, pemimpin akar umbi parti itu digambarkan seolah-olah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak bersetuju dengan penubuhan Pakatan Harapan.

Selain itu, pemimpin akar umbi PKR diberitahu, parti itu tidak boleh “hidup” pada PRU14 tanpa sokongan PAS selain DAP “dibelasah hebat” dalam mesyuarat itu.

Sementara kumpulan yang menyokong Dr Wan Azizah pula percaya kerjasama PKR bersama Pakatan Harapan akan membawa kejayaan lebih besar pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ini kerana kebanyakan kerusi dimenangi PKR adalah kerusi campuran dan bukannya kerusi majoriti Melayu yang sudah menjadi kubu kuat Umno.

Menurut kumpulan ini, PAS sendiri kalah di kerusi majoriti Melayu dan hanya kuat di negeri pantai timur yang sememangnya merupakan kubu mereka.

Kumpulan ini juga tidak pernah memaafkan pengkhianatan PAS dalam PRU13 lalu sehingga menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi seperti di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Terengganu dan Sabah.

Mereka juga tidak memaafkan PAS kerana tidak mengiktiraf Anwar sebagai calon perdana menteri semasa PRU 13 selain tindakan Hadi memperlekehkan Dr Wan Azizah semasa kemelut menteri besar Selangor tidak lama dulu.

Amanah dan DAP bergerak sendiri?

Ketika PKR bertelagah tentang Pakatan Harapan, sudah terdapat perbincangan di antara pemimpin Amanah dan DAP untuk bergerak sendiri dalam PRU14.

Mereka merasakan, kumpulan “pro PAS” dalam PKR hanya melambat-lambatkan usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan melakukan perubahan di Malaysia.

Seorang pemimpin tertinggi Amanah yang ditemui penulis berkata, jika PKR masih mahukan PAS, partinya dan DAP sudah bersedia untuk bergerak sendirian.

Pemimpin kanan Amanah itu berhujah, PKR sebenarnya akan rugi lebih besar jika memilih PAS dan ini boleh dilihat dalam keputusan PRU 2004.

Pada 2004, selepas DAP meninggalkan Barisan Alternatif, PKR hanya memenangi satu kerusi Parlimen iaitu di Permatang Pauh dan PAS hanya tinggal 7 kerusi.

Sementara DAP yang bergerak bersendirian berjaya memenangi 12 kerusi Parlimen.

Menurut pemimpin Amanah itu, kebanyakan kerusi dimenangi PKR pada PRU 12 dan 13 merupakan kerusi campuran dan beliau tidak faham mengapa kumpulan “pro PAS” dalam parti itu beriya-iya mahu mempertahankan PAS dengan hujah takut kehilangan undi Melayu.

Katanya, PAS sendiri mendapat banyak kerusi semasa PRU 12 dan 13 disebabkan kerjasama politik yang mereka jalankan dengan parti lain dan bukan kerana batang tubuh mereka sendiri.


Siapa pilihan PKR petang ini? Pakatan Harapan atau PAS? Sudah tentu PKR tidak boleh dapat kesemuanya.


21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Mohon Amanah dan DAP beri masa tertentu kepada PKR untuk membuat keputusan supaya senang kita memfokaskan gerak-kerja kerja antara Amanah dan DAP.

Apabila masih ada 18 pemimpin PKR yang mendesak menubuh satu lagi pakatan antara antara PKR dan PAS ternyata tujuan pemimpin PKR ini semata-mata hendak menang dalam pilihanraya tanpa memikirkan ini lah punca utama akan berlaku perpecahan. Ini kerana jika PH menang dan pakatan PAS/PKR pun menang lagi haru. Kalau tak menang lagi dah macam sekarang ini.

Apakah masej semasa pru yang pakatan PAS/PKR sampaikan kepada rakyat dan ada apakah ianya sama dengan PH.

Patut lah pemimpin PAS bertambah sombong dan bongkak.

Akhir atas KEBODOHAN dan KEDEGILAN pemimpin PKR yang menyebabkan lawan 3 penjuru !

Bagi saya pemimpin PKR telah melakukan satu kesilapan besar yang tidak boleh di lupakan begitu sahaja walaupun mereka masih mengadakan rundingan samada menerima PH atau menubuh satu lagi pakatan. Dengan ini saya menarik rasa hormat dan sanjugan saya secara resmi terhadap kepimpinan PKR sekali pun akhirnya mereka bersetuju menerima PH.

Pemimpin tidak sepatutnya membuat satu tindakan yang tidak masuk akal. PAS telah beberapa kali menolak pelawaan PKR, langsung tidak ada bertolak-ansur.

Pemimpin Amanah bersusah-payah dan di hina demi menyelamatkan pakatan rakyat.

Amanah dan DAP perlu mulakan menyuara tentangan atau menolak idea pemimpin PKR.

Bibit-bibit benci kepada pemimpin PKR ini sama lah dengan bibit-bibit benci kepada Hj Hadi dalam isu MB Selangor.

IrWrWs berkata...

Kalau adapun org kafir yg tinggalkan sokongan kpd PAS mereka adalah golongan kafir yg tak mahukan hudud iaitu selari dgn kehendak DAP.. adapun org kafir yg masih sokong PAS adalah golongan yg faham kehendak umat islam yg hendakkan agar agama mereka dpt dilaksanakan dlm kehidupan harian org2 islam itu sendiri.. x seperti golongan yg hanya mengaku islam tapi sanggup menolak hudud sekiranya pakatan mereka menolak hudud hatta sekalipun mereka sedar bahawa hudud itu ciptaan Allah bukan ciptaan DAP!

Tanpa Nama berkata...

PKR masih takut dgn bayang2 kekuatan PAS tanpa menyangka.... tanpa PAS... Pakatan Harapan Rakyat (PHR) mampu menggegar dalam PRU14... Biarkan PAS dalam igau dan bayang2nya sendiri...

Tanpa Nama berkata...

tanpa pas, pakatan harapan akan berjaya dalam pru14.
dengan pas, pakatan harapan akan terlungkup dalam pru14.
rakyat semua kaum maukan gabungan pkr, dap dan pan.
rakyat semua kaum tak maukan gabungan pkr, dap dan pas.
apalagi pkr harapkan pas, kan dah tau jantan betinanya.

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah. Petang ini Pkr, kawan2 kita yang kita kasihi akan berbondong2 balik semula ke rumah baru kita, Pakatan Harapan. Rumah ini sudah menyediakan seluas2nya kemudahan agar mereka merasakan kenyamanan yang tidak pernah mereka dapatkan semasa Pakatan Rakyat dulu.

Kami pun berjanji tidak akan sekali2 mengungkit soal apa pun yang terjadi baru2 ini. Kami sudah belajar untuk melupakan kisah2 duka yang kami juga telah lalui. Kami hanya memandang ke depan sambil mengendong dan memimpin anak cucu kami menuju cahaya di depan sana. Masih adalah cahaya itu? Demi Allah ada. Tidak akan berlaku kiamat melainkan Dia tunjukkan dulu sebenar2 rahmat agamaNya yang bakal dibawa hamba2Nya yang beriman.

Selamat datang. Selamat kembali saudara2 kami Pkr. Kami menanti2 saudara. Kami ingin memeluk saudara seraya berkata 'Janganlah kita berpisah lagi'

Tanpa Nama berkata...

Pas manufik, dah nyata Kerena sokong penerima derma berbillion-billion.

Pkr munafik juga kerana sokong pas, pkr juga sokong penerima derma berbilliom

anak pak ngah berkata...

kisah nabi Nuh as yang dalam dilema apabila berhadapan dgn anaknya yg tidak sehaluan walaupun banjir besar menjanjikan hakikat bahawa tidak akan ada yg selamat melainkan yg ada bersama nabi Nuh as . Kaji juga mengapa berlaku 3 penjuru dlm PRU 13 yg lalu. Kami di Pasir Salak pun dah nak jadi 3 penjuru juga apabila dpt mklumt yg calon pkr dikatakan akan melompat jika menang. Sedangkan tapak itu adalah tapak PAS. Berlaku perjanjian apabila calon menanti PAS - sdr Muhaimin sulam saat2 mengusulkan calon dia menyatakan utk menyambung belajar, pkr diharap memulangkan tapak itu kpd PAS tapi tak jadi kenyataan, dan demi smgt setiakawan kami tangguhkan utk 3 penjuru. Tapi t/kerja yg bekerja utk calon pkr ramai yg tarik diri. Di tempat lain pimpinan dah nasihatkan tetapi jika ada yg bertegas (mcm lawan keputusan atasan) kalau hangpun tak terkata apa .. depa ada alasan dema tersendiri!!

Tanpa Nama berkata...

menyampah.nak komen pun dah naik muak.sikap peminpin PKR sam aje dengan peminpin Pas .

Tanpa Nama berkata...

Ya, saya menyokong PKR "menceraikan" PAS. Ada 1001 sebab TAPI yg paling penting PAS selalu menimbulkan beban kepada PKR. Terlalu banyak beban yg PAS lakukan. PAS merupakan DIABILITY kepada PKR. Satu Malaysia tahu, PAS hipokrit. Cakap PAS semuanya BOHONG dan tak boleh percaya.

Tanpa Nama berkata...

Bye bye pkr kalau mau pakat sama pas. Tian chua tak dapat undi saya dan keluarga

Pengundi Parlimen Batu
farid

Tanpa Nama berkata...

WANG ROSLI.... lebih kurang sama dgn ONAR MAK KAU..
tulisan dan komen berbau perkauman... mengapi2kn perak. ...
tanpa berpijak kepada realiti kemajmukan masyarakat M'sia.....dan keharmoniannya...

Tanpa Nama berkata...

Mana hudud yg BN janjikan hari tu wan rosli? Kau dah pergi tanya nik amar ke belum? Berapa kali kau dan pas nak kena tipu oleh BN? Hudud tak dpt dilaksanakan tapi Pakatan Rakyat yg hancur lebur...kalau perangai hudud tak tau adab berjamaah takkan itupun salah dap...kau ni sikit2 dap...dulu umno...sikit2 anwar...sendiri punya bangang, org lain jugak yg dia nak kambing hitamkan...

Tanpa Nama berkata...

Aku nampak yg beria ria nakkan pas ni adalah Azmin and the geng dia jea...kalau perlu Azmin dipecat, pecat jealah...buat semak jea...
Pas dah berapa kali buat hal dlm beberapa gabungan sebelum ni...apa lagi yg nak harap pas masuk lagi dlm gabungan PH?

Jeman berkata...

Dia ni bkn pnyokong pas pon.. cara menaip pon tau dh macai umno.. nyamar sokong pas.. nilah byk puak pas yg termakan caci fitnah smpi cara mlabel pon dh sama ikut umno..!

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit dekat Wan Rosli, Hudud dah dibentangkah kat PARLIMEN???

mASA Hudud di tanya masa seseei penutup tu kenapa MP2 PAS tak tanya????

Mana pergi Ulamak kesayangamu wan rusli pada sessi itu???

usalah HIPOKRITlah wan Rusli ,hudud takkan dapat dibuat,sebab kena dapat APPROVAL Raja2 dulu??????PAS dan Wan rusli ada berani ka buat demo besar2an di depan istana negara..minta luluskan HUDUD???

ORANG2 ISLAM YG TULIN MESTILAH NAK HUDUD,TAPI KENALAH FIKIR REALITY NEGARA KITA....Sudah tahu hudud,sukar nak dilaksanakan,masih lagi salahkan orang2 kafir DAP...sekurang2nya DAP ada orng2 islam,mereka ada perinsip good goverment,jarang pemimpin2 mereka ponteng parlimen...NAK TANYA SIKIT DEKAT WAN ROSLI..APAKAH HUKUMNYA MAKAN EALAUN,PARLIMEN..TETAPI SELALU MEMONTENG?????Soalan ini kena jawab dulu???sebelom menyalahkan DAP...KALAU KAMU ORANG ISLAM yg lurus???jawab tuan..jawab???

Tanpa Nama berkata...

Nama wan rosli kalau di sabah serupa juga dengan nama2 seperti siti, yassin, yusof fatimah dan seumpamanya.. tidak lah semestinya dia itu berugama islam..
Siapa sebenarnya yang difikirkan sesuai menjayakan perlaksanaan hudud ini..adakah orang islam, kerajaan atau pembangkang di malaysia. Yang pasti
Orang yang pada namanya islam tetapi sebenarnya kafir akan menolak hudud.
Sepatutnya pas islam berdakwa dengan orang kafir bukan berdakwa dengan orang melayu islam. Yang jelas hanya pemerintah sahaja yang mempunyai kuasa unggul memberi kejayaan perlaksanaan hudud pas di malaysia. Dikatakan hudud pas sebab orang islam dalam kerajaan pun tidak setuju hudud pad, apatak lagi orang islam yang hanya pada namanya sahaja dan jangan berharap orang kafir yang memang tahu benda ini tidak memberi keselisaan bagi mereka. Ini kerana pas islam tidak memberi penerangan yang baik kepada mereka. Jangan menganggap dirinya itu orang islam tulin sedangkan namanya sahaja islam tetapi seorang kafir pun dia tidak mampu untuk beri penerangan kebaikan agama islam sebenar dan.. jauh sekali dapat mempengaruhi orang kafir masuk islam dengan kerelaan hati sendiri. Jadi jangan salahkan DAP MCA MIC PBS UPKO PBDS dan sebagainya menolak hudud.

Tanpa Nama berkata...

pas pengecut... tk berani buat hudud sebb takut dgn dap. dap beliak mata
hj hadi terkencing tk berani buat hudud.

belum lg kit siang bertempik... mau dibuang serban kopiah pasug

pas memang dayuz pondan tua tkde maruah...tk berani buat hudud.

kata briman pada allah nk akhirat...tp takut dgn dap... belum lg dap guna tentera mcm amerika serang iraq.

wahai pasug....buang serban pakai purdahlah

jgn takbir lagi... jerit aje auuuwww auuuww auuuw

Tanpa Nama berkata...

sapa kwn dgn pas akn dpt bala

pas adalah racun khawarij yg sgt bahaya mcn hiv

pasug dn hj hadi sgt benci pd anwar. mana2 pemimpin pkr yg masih lunak dgn pasug adalah pengkhianat pada anwar.

pas tuduh amanah pengkhianat. sekarang pas mahu dlm pkr ada pengkhianat pd anwar

pas adalah parti bertanduk pemecah helah umat. doktrin kafir mengkafir masih ujud dlm akidah pas... cuma mereka berselindung sahaja... takiyyah ala syiah

Tanpa Nama berkata...

Jawab WANG ROSLI.....jawab
......

Tanpa Nama berkata...

Nak laksana hudud kena ambil Putrajaya dulu....melalui pilihanraya......bila kuasa dah ade ditangan...bila2 masa saja hudud bolih dilaksanakan.....habis citer.....

Hidup Najib! berkata...

Rakyat sdg memerhati gelagat korang la ni...nak kuasa rskyat dah bagi..la ni rakyat sdg teruk dihimpit oleh kos sara hidup yg melampau gara2 kegagalan kerajaan mentadbir..jadi apa yg rakyat harapkan korang kurangkan politiking tunjukkan sikap perihatin..ini balek2 hal pas..come on azmin takkan lu bebal sgt!