11 Okt 2015

PAS Dah Serupa UMNO, Halang Ustaz-ustaz Beri Kuliah

Ramai sertai Amanah kerana dihalau PAS

Mereka yang tidak lagi diterima kepimpinan PAS tetapi kekal dalam parti Islam itu, kini dituduh menyertai kumpulan serpihan Parti Amanah Negara (Amanah), seolah-olah ia perkara paling keji dalam dunia dilakukan mereka.

Tetapi, tindakan tersebut hanya membuatkan lebih ramai menyertai Amanah, yang ketika ini mempunyai 50,000 ahli dalam masa kurang sebulan selepas dilancarkan, dengan 60% daripadanya bekas pemimpin PAS, menurut timbalan presiden parti baharu itu, Salahuddin Ayub.


Menceritakan betapa Amanah digunakan untuk "menyerang" ahli yang tidak disenangi mereka, bekas ketua penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad berkata, beliau mendapat tekanan kiri dan kanan daripada PAS kononnya beliau menyertai Amanah.
Beliau tidak menyertai Amanah dan masih ahli PAS, tetapi katanya tekanan mula diterima sejak 2013 apabila beliau mengalahkan ketua Pemuda PAS ketika itu, Nasrudin Hassan sebagai naib yang dipertua PAS kawasan Indera Mahkota.

Sejak itu beliau dilabelkan sebagai penentang ulama dan disisihkan oleh pihak yang menguasai pucuk pimpinan PAS sekarang, iaitu golongan ulama yang menyingkirkan golongan progresif bagi menduduki majoriti jawatan tertinggi parti pada pemilihan Jun lalu.

Apabila barisan Kabinet PAS Pahang dibentuk selepas Muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, nama Suhaimi terus ditiadakan daripada barisan kepimpinan negeri.

Beliau mendakwa pemimpin PAS memboikotnya, termasuk kedai buku dimilikinya.

Namun, Suhaimi mengambil sikap berdiam diri dan tidak menjawab sebarang serangan terhadapnya.

Beberapa hari lepas, berlaku lagi kejadian tidak disenangi membabitkan rutin bulanan beliau yang selama 3 hari dalam sebulan akan keluar dari Pahang memberikan kuliah di masjid dan surau seluruh negara.

Sejak perpecahan berlaku dalam PAS katanya, kuliah yang dijadualkan untuknya berkurangan daripada 8 kepada 3 sahaja kini.

"5 kuliah lagi bagi alasan nak susun balik, kebetulan ada ustaz lain nak masuk, dan macam macam alasan lain. Aku bersangka baik,
" tulis Suhaimi di laman Facebook miliknya.

Salah satu daripada pembatalan kuliah itu dibuat melalui telefon apabila beliau hanya dihubungi ketika sudah hampir tiba di tempat dijadualkan berceramah, sebuah masjid di Muadzam.

"Mereka kata, ustaz dah 'join' Amanah dan tak bersama PAS," kata pihak penganjur kepada Suhaimi yang menyebabkan beliau terkejut.

"Apa!!! Saya masih ahli PAS,"
Suhaimi melahirkan rasa terkejutnya melalui tulisannya di akaun media sosial itu, memecah kebisuannya selama ini.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Suhaimi berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai Amanah.

"Jika saya sertai Amanah bermakna tuduhan terhadap saya betul dan itulah yang dikehendaki pihak yang memfitnah saya," katanya.

Kebencian PAS terhadap Amanah berpunca daripada hakikat yang pemimpin parti serpihan itu dulunya rakan seangkatan pemimpin konservatif parti Islam.

Tetapi, mereka lebih progresif dan memilih untuk meneruskan kerjasama dengan bekas PAS yang kini menjadi musuh, iaitu DAP yang sekular dan PKR di bawah Pakatan Rakyat yang kini tidak lagi berfungsi.

Apabila kumpulan progresif menubuhkan Amanah, mereka dilabelkan sebagai "pengkhianat" oleh PAS, yang berikrar tidak akan bekerja sama dengan mereka lagi.

Apa yang berlaku kepada Suhaimi turut juga dialami seorang lagi pemberi kuliah, Roslan Ismail, yang juga bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Bukit Besi, Terengganu.

Katanya, pada 1 Oktober, beliau menerima surat makluman diberhentikan daripada memberi kuliah di Surau Darulsalam, Paka tempat beliau berceramah sejak puluhan tahun lalu.


Ekoran itu, pada 2 Oktober, Roslan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai Amanah, kepada naib presiden parti itu Datuk Dr Mujahid Yusof di Kuala Terengganu.

Apa yang dihadapi Suhaimi dan Roslan turut dialami ramai ahli dan bekas pemimpin PAS di seluruh negara.

Kerana perbezaan pendapat, mereka disisihkan pemegang jawatan PAS sekarang yang menang melalui kempen agresif menyerang pihak yang berbeza pendapat.

Ekoran itulah sambutan dan penyertaan ke dalam Amanah menjadi fenomena di seluruh negara. –TMI


Surat Dari Ust Suhaimi Md Saad

Surat untuk semua yg mengenali saya...

Assalamualaikum....

Buat Sahabat sahabat Surau Taman Sri Penggaram
Dariku: Ust Suhaimi Saad

Semalam (9 okt 2015) sebelum kuliah maghrib di Simpang 3, saya singgah di Surau TSP untuk solat asar berjamaah. Ada beberapa jamaah yg sedikit terkejut dengan kemunculan saya.

Kini daripada 8 kuliah di Batu Pahat kini tinggal 1 kuliah. Inilah harga yg terpaksa saya bayar atas fitnah yg dipanjangkan pada ahli PAS di Batu Pahat.

Saya ke Surau TSP bukan untuk merayu supaya saya dibenarkan kuliah. Saya ke surau TSP untuk membersih nama saya.

Sebolehnya saya nak jumpa semua yg keliru dan dikelirukan tentang diri saya. Hanyalah En Misran dan Pak Syed yg dapat mendengar penjelasan saya semalam

Prinsip saya, bila turun kekuliah bukan sekadar memberi ilmu, tapi yg terlebih penting ialah silaturrahim. Kita bukan hanya akrab dlm ruang solat, tetapi lebih jauh dari itu.

Firman Allah..
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.
(Al-Hujurat)

Saya sedikit kecewa kerana kemelut yg melanda PAS diheret sehingga menghancurkan persaudaraan sesama kita.

Sebolehnya saya tak mahu terlibat dengan kemelut dalaman parti ini. Ianya sangat rumit. Sebab itu saya banyak diam dan tak sentuh isu ini dlm kuliah di Surau atau dimeja sembang antara kita.

Amat mengejutkan saya dituduh sudah meninggalkan PAS dan bersama Amanah.

Seharusnya tuduhan ini dirujuk pada saya. Saya masih Ahli PAS yg saya sertai sejak 1987.

Kenapa saya dituduh dan tak diberi peluang membela diri. Bukankah kita mendokong perjuangan menegakkan syariat Islam, yg mengandungi Hudud, Qisas dan Takzir. Hukum Syariat itu mengajar kita bukti adalah penting dan tertuduh mesti diberi ruang seluasnya untuk membela diri.

Jika dalam hal sekecil ini pun kita gagal menunjukkan akhlak bagai pendokong syariat.

Bagaimana utk kita dokong hukum tg lebih besar dari itu jika yg kecil ini kita gagal menurut lunas akhlak Islam

Tanyalah saya dulu. Sahkan dulu tuduhan ini.

Bukankah Allah telah berfirman...

Wahai orang orang yg beriman, jika datang pada kami satu berita yg dibawa oleh orang orang yg fasik, selidikilah dulu (tabayun) supaya kamu tak menghukum secara yg salah nanti kamu menyesal.
Al Hujuurat.

Dalam dakwah ini saya dah biasa disekat, dirampas microfhon dihalau dari masjid oleh YB UMNO tapi saya tak kecewa sebab yg buat ini adalah pendokong parti sekular. Mereka tidak berakhlak sebagaimana dasar parti mereka juga tak menekankan berakhlak Islam.

Tapi saya dihalang untuk kuliah di Batu Pahat oleh org yg mendokong perjuangan Islam yg bukan saya kenal sehari dua.

Saya ahli PAS di halang oleh orang orang PAS yg sepatutnya menjunjung akhlak Islamiah.

8hb Okt saya dah bertolak untuk ke TSP dan tatkala sampai Muadzam, saya hantar mesej saya akan sampai jam 3 utk kuliah muslimat.

Tiba tiba saya dihubungi dan di maklumkan kuliah saya di TSP di KIV. Alahai dah 2 jam saya memandu kenderaan menuju Batu Pahat. Terpaksa berpatah balik.

Saya rasa bagaikan saya dianiaya oleh ahli Parti yg saya sokong.

Suka saya jelaskan pendirian saya. Saya masih Ahli PAS walaupun sessi ini saya tak dilantik apa apa jawatan sessi (2015- 2017). Alhamdulillah saya redha sebab jawatan adalah amanah. Utk sesi ini Allah tak bebankan saya dengan amanah yg berat ini.

Walaupun tanpa jawatan, kerja dakwah mesti diteruskan. Dari dulu saya tak pernah ulas apa apa yg melibatkan kemelut parti dlm kuliah saya di mana mana surau dan masjid, sbb saya tahu yg mendengar bukan semua org PAS, ada UMNO, atas pagar dll.

Saya tak pernah menyerang, menyindir mana mana kumpulan dan mana mana pimpinan PAS dlm kuliah saya.

Saya berpendirian menyerang dalam kuliah mana mana pihak termasuk yg keluar PAS tak akan menguntungkan dakwah. Sbb depan kita dlm kuliah bukan hanya ahli PAS. Malah kita sebenarnya membuka pekung PAS dengan laungan pengkhianat, tebuk kapal, munafik haraki jika medan kuliah umum digunakan utk tujuan ini.

Akhirnya PAS di lihat, busuk dan menjijikkan


Dakwah ini adalah kewajipan org berilmu. Saya berlepas diri depan Allah jika nanti ditanya kenapa kamu tak menyampai dakwah ini. Inilah Jawapan saya..

"Ya Allah, ampunilah hambamu Ya Allah, bukan aku tak sampaikan agamamu tapi aku dihalang dari menyampaikan dakwah ini"

Lebih kecewa bila saya tahu fitnah ini datang dari agamawan dlm PAS

Atas nama agama dia tipu ahli PAS yg tak mengetahui apa apa. Agamawan seharusnya lebih berhati hati dalam menerima maklumat. Maklumat yg salah dari agamawan akan menyebabkan arang awam juga bertindak salah.

Saya tak akan maafkan org yg fitnah saya dan saya juga tak akan maafkan orang yg memanjangkan fitnah ini.

Terima kasih wahai sahabat atas apa yg kalian dah buat pada saya.

Pun begitu saya tidak sekejam orang yg menganiayai saya. Saya maafkan jika anda datang berjumpa saya. Sbb saya pun nak tahu tangan ghaib mana yang bertindak merugikan perjuangan Islam ini.

Maafkan saya atas luahan perasaan ini. Saya luahkan bukan tujuan untuk memohon berkuliah kembali. Sekadar utk membersihkan nama saya.

Tindakan terdesak ini tidak mengguntungkan dakwah dan tidak menguntungkan PAS.

Pesan saya Islam diamalkan dengan ilmu. Bukan dengan emosi dan semangat.

Pun begitu bila kita berjumpa dimana mana kita tetap bersaudara. Jangan putuskan silaturahim antara kita. Jika berpeluang saya akan terus mengunjungi surau TSP BUKAN untuk berkuliah tetapi utuk meneruskan silaturrahim antara kita yg telah terbina sekian lama

Terima kasih atas bantuan sepanjang perkenalan kita.
Selamat maju jaya buat Surau TSP.

Suhaimi Md Saad
Nom. Ahli PAS 0256874


ULASAN GB

PAS dah serupa dengan UMNO, malah dalam kes tertentu lebih teruk nampaknya. Sekat ustaz-ustaz dari memberi kuliah agama.

Dahulu, PAS marah apabila ustaz-ustaznya tak dibernarkan untuk sampaikan kuliah di amsjid-masjid dan surau-surau yang dikuasai UMNO. Kini PAS pula yang menyekat ustaz-ustaz dari mengajar di tepat-tempat yang dikatakan dihadiri oleh ahli-ahlinya. Lebih zalim dan lebih teruk, bukan saja ustaz bukan-PAS yang disekat, ustaz PAS pun disekatnya semata-mata kerana bertanding melawan pimpinan di peringkat kawasan seperti kes Ustaz Suhaimi yang melawan Nasruddin Tantawi di Temerloh dan menang seperti kisah di atas.

Kes Ustaz Suhaimi di atas baru satu. Sebelum ini sudah ada laporan beberapa orang ustaz / ulama yang kerana telah menyertai AMANAH terus dipulau dan disekat memberikan kuliah. Ustaz Ahmad Awang sendiri sudah menerima nasib itu sebelum muktamar PAS kali 61 lagi. Begitu jyga di Perlis, Ustaz Zorkharnain Abidin Al-Hafiz.

Blog ini juga pernah menyiarkan kes di Terengganu mengenai kisah anak saudara Presiden PAS, Miqdad Zakaria.

"Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad.

Rumah Miqdad hanya 200 meter saja dari Masjid Rusila dan juga rumah Hadi. Sejak sekian lama beliau adalah ahli jemaah masjid itu dan kekal hingga sekarang.

Namun Miqdad terpaksa membayar harga yang mahal dengan keputusannya menerima pelantikan sebagai ketua Amanah Marang, kawasan Parlimen yang diwakili Hadi, apabila beliau diboikot penyokong PAS di tempat tinggalnya sendiri.

"Saya akan hadapi semuanya walaupun pelbagai perkara dilakukan mereka (penyokong dan ahli PAS).

"Saya diboikot mereka, salam saya tidak berjawab, 24 surau dan masjid yang selama ini saya dijemput untuk memberikan kuliah sudah berhenti berbuat demikian," cerita Miqdad yang belajar di Universiti Al Azhar sebelum ini.

PAS menganggap hanya mereka saja yang dikatakan "jemaah Islam" dan yang berauthoriti dalam memberi kuliah agama. Apakah Ustaz Abd Ghani Shamsuddin dan Ustaz Ahmad Awang yang masing-masing merupakan Presiden dan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Bagi Rautau Asia pasifik tidak ada authoriti menyampaikan kuliah agama semata-mata kerana mereka telah menyertai AMANAH?

Sila tonton dan dengar:


24 ulasan:

kerja sendiri berkata...

mungkin ada batu api dalam pas supaya pas terus berpecah..

Tanpa Nama berkata...

Bagus juga mereka berterusan begitu kerana akan berterusanlah mereka akan ditinggalkan. Wamakaru wamakarallahu. Wallahu khoirulmaakirin. Mereka merancang dan Allah pun merancang. Dan Allahlah sebaik baik dikalangan yang merancang. Allahuakbar.

Tanpa Nama berkata...

dh kata....pas diresapi fikrah khawarij... menuduh menghukum sesuka hati.

ketuanya dh mcm ayatollat syiah yg maksum xblh ditegur langsung

perjuangan pas srkarang adalah mmbalas dendam pd amanah dn dilabel pengkhianat. klu pas menerintah sudah tentu mereka menghukum mati pemimpin amanah atas alasan mengkhianat perjuangan 'islam'.

hudud bukan lg perjuangan pas. pas bersikap seolah2 dendam syiah kpd sunni. yg menghalalkn darah umat islam.

pas sgt bahaya. negara akn lbh hancur srperti kebinasaan yg dilakukn syiah disyria dn IS diiraq.

mereka akn bertindak kejam dn zalim sambil melaungkn Allahuakbar.

mereka sj yg islam. org lain semua kapir. mungkin umnu dianggap mualaf maka pas blh mesra dgn umnu

Tanpa Nama berkata...


Gang ostad nak bolot ceramah supaya dapat sapu semua sampul.

Derma tabung jihad dah berkurangan.

PRU nanti nak pakai dana.

Masuk tanding PRU cari keredhaan Allah pun kena pakai dana juga.

Bukannya free.

Jual air liur bolehlah free. Tapi kena bagi sampul juga. Mana ada cari keredhaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Pas pun dah teruk sbb presidennya teruk...bongkak,sombong dan tamak pulak.

Tanpa Nama berkata...

INILAH WAJAH SEBENARNYA PAS....

SAYA MERUPAKAN PENGUNDI YG BERSIMPATI DGN PAS DAN MENGUNDI PAS SEMENJAK KELUAR DARI UM 86... W.PUN BUKAN AHLI PAS...
WBP.... PRU14.... SAYA TAK AKAN MEMBERI UNDI KPD PAS....LAGI...
KERANA...
WAJAH SEBENAR PAS TERSERLAH KINI...

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

Unknown berkata...

Semoga alkhalik beri hidayah pd kite semua siapa pengkhianat siapa pejuang Islam tulen. Siapa yg mgejar habuan dunia...

Tanpa Nama berkata...

Terngiang ngiang kata kata tgna.
Mengapa nak selamatkan kapal musuh yang nak karam.
Kalau nak sangat mempertahankan mereka biar kita berpecah dua.
Bila beliau telah tiada apa yang beliau katakan benar benar terjadi. Saadiìiis.

Tanpa Nama berkata...

lepas ni pas boleh buat baiah talak tiga pada ahli nya yang masih ada supaya mereka tak dapat meninggalkan parti pas.

Tanpa Nama berkata...

Elok juga pisahkan agama dan politik buat sementara hingga rakyat praktis politik budiman. Tak taksub kat mana2 parti. Mari sama2 berusha pecah khurafat Umno tu melayu, melyu tu umno. Pas tu Islam, Islam tu pas.

Unknown berkata...

Salam: TQ GB CLEAR beberapa issue.

KEY NOTE:Kena bijak /mature menguruskan "PERBEZAAN PENDAPAT.

Wassalam

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah bertukar mengikut fahaman WAHABI. Ini baru betul-betul punya wahabi. Setakat tak baca qunut, zikir pelahan itu bukan wahabi.

Fahaman keras yang memecahbelahkan masyarakat. Ulama kami saja yang betul. ulama lain semua salah. Sanggup putus hubungan kerana perbezaan pandangan politik.

Sekali lagi PAS kini adalah gerakan wahabi.

Tanpa Nama berkata...

Sampai macam tu sekali ke terjadi kepada sesama kawan yang selalu makan sepinggan? Tiba2 saja tabur pasir ke dalam periuk kawan sendiri.

Kau ugama apa, hadi?

Itu saja..

4th Force berkata...

Sabar sahaja lah. Ambil masa untuk membuat perubahan ini melainkan ada inisiatif.

Tanpa Nama berkata...

Parti ajaran songsang kot

Tanpa Nama berkata...

Pas ni macai unmo

Tanpa Nama berkata...

Betul,klu xde sokongan dr 2 org pmimpin tertnggi pas pd najib tempoh hr..mngkin najib dah turun,klu tgk mode ketika tu..rmai mnteri umno dh nk tolak najib

Tanpa Nama berkata...

Bukan PAS macai UMNO.... tetapi....
Tuang Presideng.... yang kerap tidak hadir mesy Majlis RR dan tidak hadir sidang parlimen telah memberi talian hayat kepada DS Najib melalui kata dan ucapannya...
Wallahhualam....

IrWrWs berkata...

Setahu aku syiah tu boleh dikaitkan dgn Presiden ehem ehem.. tu yg sampai kalah di kedah..

Tanpa Nama berkata...

Aik! Bersuara pulak makhluk ni...peace bro..

Tanpa Nama berkata...

Gumbira... Gumbira.. Pas jadi UMNO 2! Hebat melayu! Ngaku islam.. Akhlak..ngalah yahudi..

Tanpa Nama berkata...

tkde bukti mat sabu syiah

memang mat sabu sebelum ini kagum dgn hassan nasrullatta uzza
dan hezbollatta uzza

tp semata2 kerana syiah tu perang lawan israel.. tp kini dunia dh kenal tipu daya syaitan syiah

tindak tanduk dn fikrah mat sabu tidak ada tanda syiah

fikrah hadi byk menyamai ayatollatta uzza syiah

keras kepala, merasa maksum, tk boleh diteugr, kena wala walaupun buat salah dan hadi adalah ulamak yg pernah baik dgn ayatollatta uzza syiah dan sgt pro iran

syiahny hadi lebih besar bahaya kpd negara dpd syiahnya mat sabu.. kalaupun mat sabu syiah

hadi dipercyai telah dianggap ayatolat oleh syiah. sekarang sedang mendaki puncak kepimpinan negara utk berkuasa walaupun terpaksa jilat najib. takiyyah syiah menggalakkan semua ni

jika hadi berkuasa bersama najib, maka negara ini akan binasa. doktrin zalim syiah dn khawarij akan diguna pakai utk membalas dendam dgn iringan takbirrr

kalau pun hadi sunni tp fikrah dia mcm syiah dn khawarij yg sgt berdendam dn busuuuuuk !

Abdul Said berkata...

Bila tiba masanya keluarlah mengundi. Undilah sesiapa sahaja asalkan bukan calun-calun dari UMNO dan PAS.