12 Okt 2015

Pertandingan 3 Penjuru: PAS Tak Boleh Anggap Kerusi itu Miliknya Sampai Kiamat!

Mat Sabu: Amanah sedia tanding 3 penjuru lawan PAS jika terpaksa

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia untuk bertanding 3 penjuru menentang Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam pilihan raya umum akan datang jika terpaksa, kata presidennya Mohamad Sabu.

Namun, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Amanah akan memberikan peluang kepada PAS sepenuhnya berunding bagi memastikan pembangkang hanya akan bertanding satu lawan satu dalam pilihan raya tersebut.



"Sebenarnya hal pilihan raya ni kami belum bincang lagi. Kita cuba yang terbaik untuk mengelaknya, tetapi jika terpaksa, apa boleh buat," katanya kepada The Malaysian Insider pada satu majlis di Skudai, Johor baru-baru ini.

Mat Sabu berkata, Amanah kini memberikan tumpuan kepada pengemasan struktur parti serta mendaftar keahliannya. "Kami fokus kepada pembentukan kawasan dan cawangan serta penambahan keahlian sekarang ini," katanya.

Susulan pembentukan Pakatan Harapan (PH) tanpa penyertaan PAS, parti Amanah dan DAP menghadapi risiko bertanding 3 penjuru selepas PAS menganggap Amanah dan DAP sebagai lawan mereka.

Amanah, parti serpihan daripada PAS, dianggap pengkhianat manakala DAP pula musuh mereka selepas hubungan kedua-duanya diputuskan melalui usul tanpa bahas pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 Jun lalu.

Sehingga kini, PAS masih mempunyai hubungan baik dengan PKR melalui timbalan presidennya Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden Amanah Salahudin Ayub berkata parti itu akan membuat kajian terperinci terhadap semua kerusi yang mahu ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan membuat keputusan berdasarkan kajian, bukan main terjah begitu saja. Dan kita hanya akan bertanding di kerusi yang kita rasa boleh menang," katanya ketika ditemui di ibu pejabat parti itu di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.

Katanya, Amanah lebih bersedia untuk bertanding sedikit kerusi saja tetapi menang, berbanding bertanding banyak kerusi tetapi tidak menang.

Sementara itu, Ketua Amanah Kulai Hisham Md Zin berkata, parti itu mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding dengan BN dan PAS di Johor jika berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran demografi penduduk di negeri selatan itu.

"Di Johor, Amanah mempunyai peluang lebih cerah untuk menang berbanding PAS kalau berlaku pertandingan 3 penjuru kerana sikap pengundi Cina yang memihak kepada Pakatan Harapan.

"Di Kelantan pula, jika berlaku pertandingan 3 penjuru, kedua-dua PAS dan Amanah akan kalah dan Umno akan menang," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Kulai.

Amanah akan bertanding di seluruh negara namun fokus kini diberikan kepada negeri pantai barat dan selatan, khasnya Selangor dan Johor, berbanding negeri pantai timur dan utara. -TMI

ULASAN GB

Sebelum ini GB sudah ulas. Izinkan GB ulangi.

Pertama, PAS dari awal lagi SUDAH menyatakan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH. Justeru itu mengapa perlu Pakatan Harapan hiraukan PAS lagi?

Kedua, AMANAH tidak perlu mengharap atau menagih sebarang kerusi daripada mana-mana pihak. Dengan terbentuknya Pakatan Harapan, tentulah PKR, DAP dan AMANAH akan meneruskan perundingan mengenai kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh parti-parti komponen Pakatan Harapan. PAS tidak termasuk sebagai komponen, oleh itu PAS yang sebenarnya bermasalah. PAS boleh bertanding di mana-mana kerusi yang mereka mahu. Pertandingan 3 penjuru berkemungkinan berlaku. Apatah lagi sejarah PRU 2013 membuktikan PAS jugalah yang memulakan pertandingan 3 penjuru dengan pengkhianatan terhadap PR apabila meletakkan calon-calonnya di dalam 8 kawasan. PAS akan dihukum oleh rakyat dan akan mendapat semula balasan ke atas pengkhianatan yang mereka lakukan terhadap PR sebelum ini.

Ketiga, PAS tidak boleh menganggap kerusi yang mereka tandingi semasa Pakatan Rakyat terbentuk pada tahun 2013 sebagai milik mereka sampai kiamat. Tiada sebarang peruntukan undang-undang atau nas-nas yang menyebut demikian.

Keempat, yang jelas, untuk menentang BN kita perlukan gabungan parti-parti politik kerana tiada sebuah parti pun boleh memerintah secara sendirian di dalam negara ini. Itu realiti.

Kelima, sebagai parti politik yang sah dan berdaftar, kini AMANAH boleh bertanding dimana-mana pun kerusi parlimen atau DUN. Itu hak AMANAH di sisi Perlembagaan. Tetapi dengan persepakatan diantara komponen-komponen di dalam Pakatan Harapan, AMANAH tidak akan bertanding di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh DAP dan PKR.

Keenam, kini, PAS memilih untuk bersendirian. Pakatan Harapan tidak, BN pun tidak. PAS yang menjadi kera sumbang. Nak bertanding di semua kerusi pun tiada siapa yang menghalang. Soal PAS bukan soal Pakatan Harapan lagi. Kita akan kecundang jika terus melayani karenah si kera sumbang.

Ketujuh, hubungan PAS dengan PKR itu adalah hal yang berasingan dan di atas pundak PKR samada untuk menerima atau tidak. PKR tidak sepatutnya curang dan khianat kepada rakan-rakan lain di dalam Pakatan Harapan seperti yang dilakukan PAS sebelum ini. Jika berlaku demikian sewajarnya PKR tidak lagi menjadi "anchor party" di dalam Pakatan Harapan.

Kelapan, semua pihak di dalam Pakatan Harapan perlu jujur dan ikhlas. Kita perlu fokus kepada matlamat kita. Walaupun dengan ketiadaan PAS, Pakatan Harapan mampu dan boleh ke Putrajaya.

Kesembilan, kita berjuang bukan dengan nafsu dan emopsi, tetapi dengan ilmu dan strategi. Pakatan Harapan telah cukup terbuka selama ini. Kita tak perlu terhegeh-hegeh untuk memberi ruang kepada yang terhegeh-hegeh di luar dari Pakatan Harapan.

Kesepuluh, kita peringatkan. lagi.. jangan diulangi kesilapan yang lepas-lepas. Mereka yang tidak bersama kita tidak perlu kita fikirkan atau kita hiraukan. Tinggalkan yang angkuh yang sombong dan yang celupar itu. Jika dengan adanya mereka bersama kita menyebabkan kita sentiasa ditikam dari belakang, apa pasal lagi untuk membiarkan mereka menyertai kita? Hanya orang tidak siuman akan berbuat demikian. Jangan buang masa melayani karenah yang melecehkan perjuangan kita. Jangan hiraukan salakan anjing itu, kabilah ke Putrajaya mesti terus berjalan....

22 ulasan:

omar daud berkata...

Salam:

Amanah,insyallah kena FOCUS,negeri2 pantai barat,terutama Selangor,Johor,Penang,N9 dan Kedah.Negeri2 ini bersama ticket PH,Sudah tersedia ada pengundi bukan melayu dijangka 80-90%.Kena focus undi,orang2 melayu atas pagar,TARGET 50%.minima 35%.

Mulakan strategy sekarang,kempen besar2an,penerangan dan tawaran yg diberikan jika menang PR14.bIARKANLAH pas/pkr jika mereka nak bersama.CONCENTRATE bersama DAP.Kerana mereka boleh dipercayai.


go PH go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Amanah dan DAP mesti teruskan perjalanan ke putrajaya. mrk2 yg sibuk dgn agenda sendiri, biarkan. jgn biarkan kapal menunggu penumpang2 yg masih was2 utk bersama.

kluangman berkata...

PAS tu bukan budak tadika untuk digertak...majoriti ahli yg sertai adalah bekas ahli PKR dan baru nak.kenal politik... PAS biasa bersendirian, lebih kuat kalau sendiri.

Kalau PAN rasa kuat perlukah dia nak hirau, gertak atau terhegeh hegeh pada PAS lagi...semua tahu tanpa PAS mereka hanya mimpi siang hari...

PRU jauh lagi...DAP dan PAN tunjuk lagak...besok dah nak dekat PRU, mereka jugalah yang menyembah melutut di belakang tanpa pengetahuan penyokong.

Arnab Jingga berkata...

pd telahan aku, sebenarnya pkr ingin selamat. duduk tgh2. dikiri sapu, dikanan pun sapu.

dgn bkerjasama dgn pas, kerusi pkr akan selamat.

pkr hanya akan bertanding satu lwn satu dgn bn sbb ada kerjasama dgn pas dan Amanah/DAP.

yg terjejas adalah pas, Amanah/DAP yg akan berlawan sesama sendiri dgn bn dlm pertandingn 3 penjuru.



myDesignWorld berkata...

Harap tuan boleh maklum kan kpd PKR, jgn ter hegeh2 minta PAS ber gabung dlm PH. PAS party yg kuat, tak perlu kan PH, PKR, Amanah, mau pun DAP utk menang PRU 14. Lg cepat PKR ambil pendirian utk teguh bersama Amanah dan DAP, lg bagus... PAS kan hebat.

Tanpa Nama berkata...

Kluangman terbang ke greeboc!. Blog lain x dpt cari mkn ke? Ker dah x der makanan nak makan?

Tanpa Nama berkata...



Ingat Pakatan Rakyat di tubuhkan untuk menunjukkan kepada rakyat cara berpolitik yang jujur dan bersih. Tolak pollitik kotor dan pemimpin yang pentingkan diri.

Rupa-rupanya tidak politik sampah pun nak jugak di kutip.

Amanah kena sedarkan rakyat supaya menolak parti atau pemimpin yang bersahaja bila menipu, bersahaja dengan alasan untuk khianat dan bersahaja bila memaki.

PKR adalah parti yang boleh buat dan terima apa sahaja sekali pun yang berbau busuk. Busuk UMNO yang di sibuk dan yang nak di cuci, busuk sendiri dah terhidu semakin kuat.

PAS dan UMNO perlu di nyahkan kerana politik pemimpin yang tidak bermaruah. Jika PKR pun degil, dengan PKR pun kita nyahkan.

Kesungguhan Amanah dan DAP akan dapat penghormatan dari rakyat sekali pun kalah dalam pru.

Tanpa Nama berkata...

ahli parlimen dan adun amanah yg khianat dgn parti pun xseamanah mana pun...aku xnampak mereka akan amanah dgn jawatan yg disandang...kita lihat nanti sedangkan bibitnye dah terserlah...kami akan istiqamah dgn pas...

Tanpa Nama berkata...

Aku dah semak tengok perangai pas.

Tanpa Nama berkata...

Setakat andaian semua orang boleh buat. Yang pasti, YB md yaakub paling amanah. Sampai Sekarang skandal balak Kelantan mana jawapan dia?

Saiful berkata...

Ni habaq kat Amanah ni ...promo kurang..tak tau program.. tup2.ada..komunikasi kurang..web ..yg mana satu...tak ada komm yg standard..buat ada komm bulanan...bg tau awai program..

Tanpa Nama berkata...

Kluangman species jenis Pas.malam terbang bagi tazkirah,siang tidur kedua2 tang tutup muka,tidur kakai kat atas dinding.suka darah je,nasi taknak,sebab itu oatknya makin biul.kalau cakap berdegar2 ,Pas kuat kalau sendiri.Di Selangor ni jadi kuda tunggangan DAP ,mana maruah? yang ada maruahnya yang pakaijubah hitam macamkleuang bukan kluangman.kah.kah.

Tanpa Nama berkata...

Parti bersyiarkan syiah yng nak kamu sokong......... selepas PRU akan datang malaysia akan jadi seperti syria dan iran dikuasai dan dizalimi syiah

Tanpa Nama berkata...



Sampai bila-bila pemimpin Amanah akan di sebut amanah.

Contoh ayat tersebut, ahli parlimen dan adun amanah yang .. ia nya adalah doa.

Keluar parti je khianat. Bentang hudud yang dah dikatakan akan gagal, tak khianat? Pemilihan guna cai tak khianat ? Berikan kerusi Tumpat kepada UMNO, tak khianat ?

Ini bukan andaian.


Abdul Said berkata...

Buila tiba masanya, keluarlah mengundi. Undi sesiapa juga asalkan BUKAN calun-calun UMNO dan PAS!!!

md zaimi berkata...

amanah mmg terbaik...amanah sampai bila2...mat sabu and geng memang jujur ikhlas amanah....

Tanpa Nama berkata...

AMANAH wajib bertanding disemua kerusi dikelantan dan terengganu sbb mereka mempunyai cawangan2 di sana..jika tak mahu bertanding, bubarkan cawangan2 di sana..kalah menang adat pertandingan sbg satu cabaran kpd pas yg sanggup bersendirian dlm pertandingan 3 penjuru...ini mungkin menjadi pengajaran paling berguna kpd pas supaya jgn bodoh,bongkak sombong...mereka juga wajib letakkan calon di kerusi parlimen marang.

Tanpa Nama berkata...

Harap AMANAH dpt keluarkan akhbar buletin sendiri sbb rakyat dahagakan maklumat dan ingin membantu tambah dana AMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Istiqomah... Pigi dahhh... PAS sebuah parti hipokrit, parti cai-mengecai, mempergunakan agama dan PAS juga parti hodoh, mencagarkan isteri (wanita) untuk kepentingan politik. Caranya tak ubah macam zaman arab Jahilliah...

bat8 berkata...

Keluangman bukan PAS. Dia UMNO karat. Penyokong tertegar Mahathir seantaro Malaya. Dia kawan aku dari zaman Mahathir lagi

bat8 berkata...

Kluangman bro.....baru sat tadi dok bantai Najib kat blog Scribe dan pertahan Mahathir.....menyempat lagi dtg ke sini menyamar jadi walaun PAS!

Xkan hilang karat UMNO dan karat Mahathir kat tubuh nko tu....kahkahkah

Allah and Rasulullah s.a.w in my Dreams berkata...

Asalam-o-Alykum, My name is Qasim, from last 26+ years Allah and Muhammad s.a.w keep coming into my dreams, over 460+ times Allah comes in my dreams and 250+ times Mohammad s.a.w comes in my dreams, Muhammad s.a.w is the last Messenger of Allah and I am the Ummati of Muhammad s.a.w, My dreams about to Major Signs of Qiyamah, Gog Magog, Esa a.s, and End of Time. I have shared many dreams on my fb page Allah and Muhammad pbuh in my Dreams and my blog Allah and Muhammad saww in my Dreams