7 Okt 2015

[PANAS] 2.6 Juta vs 2.6 Bilion: Najib Dicabar Dedah Butiran Derma

Selepas Bersih isytihar kutipan, Saifuddin soal butiran RM2.6 bilion

Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempersoalkan adakah butiran berhubung wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi presiden parti Datuk Seri Najib Razak kini akan didedahkan selepas Bersih 2.0 mengisytiharkan jutaan ringgit yang diterimanya daripada sumbangan orang ramai.

Bekas timbalan menteri Umno itu, yang juga antara pengkritik lantang perdana menteri, menimbulkan perkara tersebut dalam posting di akaun Facebook miliknya, menerima ribuan “Like” dan ratusan perkongsian daripada pengguna media sosial.



"Battle of 2.6! Bersih 4 dah bentang akaun: Penerimaan: RM2,647,361.74 (dpd 27,000 penderma, & jualan t-shirt & mafla). Perbelanjaan: RM664,052.52. Baki: RM1,983,309.22 akn diguna utk program2 2 thn akn dtg (pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dsb)...RM2.6 bilion?" katanya dalam posting itu.

Kumpulan reformasi pilihan raya tersebut hari ini mengisytiharkan akaun dan perbelanjaan dari RM2.6 juta sumbangan yang diterimanya untuk perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada akhir bulan Ogos.

Mengumumkan lebihan RM1.9 juta selepas ditolak RM664,052 dalam perbelanjaan untuk perhimpunan 34 jam itu, Bersih 2.0 turut mencabar Najib mengisytiharkan sumbangan RM2.6 bilion yang didakwa diterima daripada dermawan Timur Tengah itu.

Menurutnya, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 untuk perhimpunan pada 29 dan 30 Ogos itu yang menuntut perubahan demokratik dan peletakan jawatan Najib berhubung dakwaan skandal kewangan yang membabitkan beliau.

Turut diserahkan kepada juruaudit untuk tujuan semakan ialah penyata bank setebal 2,126 halaman.

Perisytiharan itu dibuat lebih kurang sebulan selepas perhimpunan tersebut. Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah sebelum ini berjanji kumpulan pemantau pilihan raya itu akan mengisytiharkan akaunnya selepas menerima sejumlah besar wang yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Najib dan beberapa pemimpin Barisan Nasional sebelum ini menuduh Bersih tidak mengisytiharkan akaun mereka.

Mengulangi gesaan kepada Najib supaya mengisytiharkan perincian “derma” RM2.6 bilion itu, Bersih 2.0 berkata hari ini, kewibawaan perdana menteri akan "lenyap" jika beliau gagal berbuat demikian. –TMI


BERSIH dedah dana RM2.6 juta, cabar Najib ikut jejaknya

Gabungan NGO menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini mendedahkan pecahan jumlah dana dan mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut jejak yang sama.

Menurut BERSIH, jumlah keseluruhan yang diterimanya sebanyak RM2,647,361.74, dengan jumlah terbesar sebanyak RM2,064,652.74 datang daripada sumbangan derma.

Penjualan baju T dan skaf masing-masing menyumbang RM553,914 dan RM28,795.

Sementara jumlah perbelanjaan pula, termasuk persiapan pra himpunan BERSIH 4 dan sepanjang perhimpunan 34 jam pada 29 dan 30 Ogos lalu, badan pemantau itu membelanjakan sebanyak RM664,052.52.

"(Najib), kami sudah mendedahkan (dana) kami, sekarang tunjuk dana kamu pula," kata ahli jawatankuasa pemandu Thomas Fann merujuk RM2.6 bilion sumbangan politik yang didepositkan ke akaun peribadi Najib yang didakwa sumber dari Timur Tengah.

BERISH juga mendedahkan laporan setebal 2,126 muka surat yang mengandungi nama semua penderma.

"Mereka semua rakyat Malaysia, sama ada rakyat tempatan atau yang menetap di luar negara. Tada ada pun penderma dari Timur Tengah," katanya berseloroh.




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Bukan sahaja minta Najib mendedahkan 2.6 billion dalam akuan peribadi Najib, tapi beritahu juga yang rakyat akan berderma lagi sekiranya Najib tidak berundur!

Tanpa Nama berkata...



Taukeh Ikan Bakar pun kena lah bentang akaun. Tapi untuk akaun berapa yang telah dibelanjakan.

Tanpa Nama berkata...




"Merit"-AMANAH..."Kunci" REZEKI
"Kunci" Pem-BERI...Khazanah yg ESA
Songlap FITNAH...Rasuah Men CURI
"Kunci" BANKRUPT...Muflis SENGSARA


"Kunci" MUFLIS...Derita SENSARA
Ke LONDON & Turki...Tidak TENTERAM
Pem FITNAH Men Curi...Resah Ter SIKSA
Ibarat "BARA"...Di Dalam SEKAM


"Merit-AMANAH"..."Kunci" REZEKI
Pahala di BERI...Men Curah-CURAH
"SYSTEM-Mem-BERI"...Ber Budi Ber BAKTI
"WARISAN-Nabi"...Yg Pasrah-AMANAH

Tanpa Nama berkata...

Pkr mula berpecah.Kem Azmin vs Kem Wan Azizah.Rakyat tersepit terus tersepit.Geram betul.kalo mcmni biar Hamno la bkuasa 100tahun lg.

Benbrahem berkata...

TIB (gelaran hornat) bila pulak nak bentangkan derma (kabarnya dapat sumbangan juta juga) suruh buat himpunan langau merah (langau kan hijau).

Tanpa Nama berkata...

Aku dah ckp Najib ni OTAK KANGKUNG.....x tahu nak berfikir......BERSIH memang nak kenakan dia....satu lagi Najib sue Datuk Ling.....memang dia BAHLUL....dah x boleh tarik balik.......dlm Mahkahmah kena nyatakan butir2 account dia yg wang 2.6 billion msk