7 Okt 2015

[MUKTAMAD] NST Diperintah Bayar Hampir 1/2 Juta Kepada Husam Musa

Mahkamah Persekutuan arah NSTP bayar Husam RM350,000

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan New Straits Times Press (M) Bhd membayar RM350,000 kepada bekas naib Presiden Datuk Husam Musa berhubung dakwaan memfitnah beliau.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin juga menolak permintaan NSTP bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu terhadap liabiliti dan kuantum ganti rugi.



"Kami menolak permohonan itu dan plaintif diperintahkan untuk membayar kos RM15,000 kepada Husam," demikian diputuskan oleh mahkamah itu.

Dua lagi hakim dalam panel bersama Hakim Zulkefli adalah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Ma'arop.

Peguam Md Yunos Sharif memberitahu Malaysiakini di luar mahkamah selepas prosiding itu, bahawa kesemuanya NSTP yang membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, diarah membayar RM85,000 sebagai kos.

Pada 5 Mei, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa tiada merit dalam rayuan itu. Panel ini diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Mohd Hishamudin Mohd Yunus.

Tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengarahkan NSTP membayar ganti rugi itu.

Laporan media

Husam memfailkan saman fitnah berikutan laporan media bahawa dua ADUN Umno Kelantan, Nozula Md Diah (Paloh) dan Muhd ​​Adhan Kechik (Bukit Bunga), telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 2007, dengan mendakwa sembilan kes salah urus, rasuah dan salah guna kuasa oleh individu dalam kerajaan pimpinan PAS dan dikaitkan terus kepada Husam.

Berikutan laporan BPR dan laporan berita itu yang disiarkan oleh NSTP, Husam memfailkan saman RM6 juta pada Januari 2008, terhadap kedua-dua ADUN itu dan NSTP.

Kedua-duanya kemudiannya memohon maaf kepada Husam pada tahun 2009 berhubung laporan itu, dan salah seorang daripada mereka menerbitkan notis permohonan maaf dalam dalam Berita Harian.

Hakim Su ketika mengarahkan pembayaran sebanyak RM350,000 itu berkata ia adalah untuk gantirugi teladan, ganti rugi teruk dan ganti rugi am. -mk

ULASAN GB

Jumlah kesemuanya: RM350,000 + RM15,000 (kos mahkamah) + RM70,000 (kos mahkamah sebelum ini) = RM435,000

Hampir setengah juta.

Sebelum ini, bekas exco kerajaan negeri Perak Datuk Hamidah Osman diperintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam membayar ganti rugi RM150,000 kepada Khalid Samad atas penerbitan artikel yang memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam itu. Hari ini, NST pula diperintah bayar Husam Musa sebanyak hampir setengah juta kerana kes fitnah juga.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Walaupun Khalid Samad dan Husam Musa begitu hebat dihina dan difitnah, dijebonkan, dituduh agen DAP, terutama oleh golongan UMNO dan pro-ulamak dalam PAS, mereka berdua (dan yang lain-lain pemimpin yang turut dijebonkan) akan terus "berpahala" - dunia dan akhirat. Kemenangan di mahkamah itu adalah diantara "pahala-pahala" dunia yang diterima kerana begitu dasyatnya mereka berdua dihentam oleh pihak yang tidak menyukainya. Di akhirat pula pahala yang diterima adalah seperti disebut di dalam hadith berikut...

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengata-ngata (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”

Manakala orang yang mengata-ngata dan memfitnah itu akan terus mendapat dosa malah akan muflis di hari akhirat nanti...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Husam ni team Amanah ke?nampak senyap tiada apa2 komen ttg Amanah.Alangkah baiknya kalau Husam yg dlantik menjadi MB kelantan.Insyaallah berjaya

Tanpa Nama berkata...



Rasanya ada terbaca sekali dua penglibatan Husam dengan Amanah. Ketika itu Husam pun tidak berapa sihat.

Memang begini lah cara Husam. Kita pulak yang kena sabar.

Husam lebih banyak menumpu kepada isu Balak di Kelantan yang sehingga sekarang tidak mendapat penjelasan yang jelas. Yang ada sekali PAS Kelantan memberi jawapan, itu pun tergantung kerana sampai sekarang permintaan Husam di bawa melawat dan sama-sama mengenal pasti di mana kawasan yang teruk. Husam juga lebih menumpu kepada kebajikan rakyat Kelantan.

Orang Kelantan rugi, permata berlian menyilau-yilau di Kelantan jika tidak di ambil. Bukan sikit berpandangan yang Husam layak jadi PM.

Bila melihat tindakan Husam ini, ada juga baik Amanah melantik di negeri-negeri lain seperti Kedah dan Johor se seorang yang menumpukan aktiviti di setiap negeri seperti Husam yang seolah-olah berkerja seperti MB Kelantan dan yang kurang penglibatan tugas dengan Amanah .

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...



Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
Jangan Se SEKALI...Mem Buru HARTA
Buru lah Selalu...AMANAH-ALLAH
Kelak HARTA...Datang Mem BELA


Apabila Kita...Mem Buru AMANAH
ALLAH pon Sayang...Kepada KITA
"MERIT".."Jujur".."Ikhlas" & PASRAH
"Kunci"..HARTA..Datang..Men-JELMA


"MERIT".."Jujur".."Ikhlas"-INTEGRITY
"Kunci"..HARTA..Datang..Men-JELMA
Tiada RASUAH...Fitnah Pen CURI
Saling Mem-BERI...Indah SEMPURNA




Bila Manusia...Suka di PUJA
Bila Manusia..."Prasan" di NOBAT
BURUAN Mereka...Adalah HARTA
HARTA Mem Beli...Kuasa & PANGKAT



BURUAN Mereka...Adalah HARTA
HARTA Mem Beli..."Chai" & MACHAI
AMANAH-yg-SUCI...Tiada ber HARGA
Putar KHIANAT...Ber Lagak PANDAI


Buruan Mereka...Adalah HARTA
Mudah di "UMPAN"...Ber Million-MILLION
AMANAH-Rakyat...Di Klentong AUTA
Menjadi Pen CURI...Bapak PENYAMUN


Buruan Mereka...Adalah HARTA
Menjadi Pen CURI...Bapak PENYAMUN
Rakyat Di Per BODOH...Di Keliru Di AUTA
Di Lanyak Bagaikan...Durian MENTIMUN


Buruan Mereka...Adalah HARTA
Tak SEDAR Diri...Syirik & MURTAD
HARTA & Kuasa..."Menguasai" JIWA
Tunggang TERBALIK...Sesat & KHIANAT


HARTA dan Kuasa..."Menguasai" JIWA
ALLAH...Tiada..."Ber-Makna"...LAGI
AMANAH yg SUCI...Di Langgar NODA
Syirik & MURTAD...Fitnah pon Ter JADI


Takde Se SIAPA...Yg Suka Pen CURI
Takde Yg Suka..FITNAH Peng KHIANAT
FITRAH yg Kudus...AMANAH yg SUCI
KASEH Mem-BERI...Sayang kan UMMAT

Tanpa Nama berkata...



Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
Jangan Se SEKALI...Mem Buru HARTA
Buru lah Selalu...AMANAH-ALLAH
Kelak HARTA...Datang Mem BELA


Apabila Kita...Mem Buru AMANAH
ALLAH pon Sayang...Kepada KITA
"MERIT".."Jujur".."Ikhlas" & PASRAH
"Kunci"..HARTA..Datang..Men-JELMA


"MERIT".."Jujur".."Ikhlas"-INTEGRITY
"Kunci"..HARTA..Datang..Men-JELMA
Tiada RASUAH...Fitnah Pen CURI
Saling Mem-BERI...Indah SEMPURNA




Bila Manusia...Suka di PUJA
Bila Manusia..."Prasan" di NOBAT
BURUAN Mereka...Adalah HARTA
HARTA Mem Beli...Kuasa & PANGKAT



BURUAN Mereka...Adalah HARTA
HARTA Mem Beli..."Chai" & MACHAI
AMANAH-yg-SUCI...Tiada ber HARGA
Putar KHIANAT...Ber Lagak PANDAI


Buruan Mereka...Adalah HARTA
Mudah di "UMPAN"...Ber Million-MILLION
AMANAH-Rakyat...Di Klentong AUTA
Menjadi Pen CURI...Bapak PENYAMUN


Buruan Mereka...Adalah HARTA
Menjadi Pen CURI...Bapak PENYAMUN
Rakyat Di Per BODOH...Di Keliru Di AUTA
Di Lanyak Bagaikan...Durian MENTIMUN


Buruan Mereka...Adalah HARTA
Tak SEDAR Diri...Syirik & MURTAD
HARTA & Kuasa..."Menguasai" JIWA
Tunggang TERBALIK...Sesat & KHIANAT


HARTA dan Kuasa..."Menguasai" JIWA
ALLAH...Tiada..."Ber-Makna"...LAGI
AMANAH yg SUCI...Di Langgar NODA
Syirik & MURTAD...Fitnah pon Ter JADI


Takde Se SIAPA...Yg Suka Pen CURI
Takde Yg Suka..FITNAH Peng KHIANAT
FITRAH yg Kudus...AMANAH yg SUCI
KASEH Mem-BERI...Sayang kan UMMAT

lelaki dicermin berkata...

Aku cukup heran pimpinan dan ulamak2 pas.. TGNA pernah bercakap... husam di lahirkan bukan utk kelantan... tp utk malaysia... tp pimpinan ulamak2 pas pandang husam sebelah mata je.. bg aku memang dia ni di lahirkan utk negara malaysia.. aku tabik spring cara dia bongkar balak kat kelantan tu... bg aku memang stratigi husam isu hanya suam2 kuku skg ni... tp isu ini akan panas masa pru nanti.. tu aku tgk pas kelantan antara hendak dgn tidak menjawab pertanyaan husam pasal isu balak.. memang pas kelantan masuk perangkap husam ni..

sb dehlawi berkata...

usah bimbang kawan2, husam akn masuk amanah...tunggu...cik gu rahim dah beri bayangan