7 Okt 2015

1MDB: Najib Harus Malu & Perlu Berundur Ekoran Teguran Majlis Raja-raja - AMANAH

Perdana Menteri perlu membaca dan memahami mesej tersirat yang terkandung di dalam kenyataan Raja-raja Melayu yang mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak-pihak yang terlibat, demikian tegas Salahuddin Hj.Ayub, Timbalan presiden AMANAH.

Di dalam satu kenyataan menyentuh isu berkenaan, Salahuddin menyatakan bahawa AMANAH yakin teguran Majlis Raja-Raja Melayu yang bersidang baru-baru ini ingin memastikan Pentadbiran Putrajaya menumpukan pembangunan negara dan dalam masa yang sama memulihkan kembali ekonomi negara berikutan kejatuhan nilai mata wang apabila isu yang melibatkan Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masib belum diselesaikan.



"Sosok bahasa, keluhuran budi, adat dan budaya Bangsa Melayu yang boleh diterjemahkan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja Melayu tersebut agar menasihatkan supaya Dato' Sri Haji Mohammad Najib Tun Haji Abdul Razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana telah gagal menyelesaikan isu 1MDB dengan segera dan turut telah menjejaskan ekonomi negara." tambah kenyataan itu lagi.

Menuurutnya, banyak pihak telah menyuarakan kebimbangan isu 1MDB ini termasuk masyarakat kampung, Ahli Umno sendiri dan terkini, Pegawai-pegawai Tinggi Kerajaan seperti Tan Sri Dato' Ungku Dr Zeti Akhtar Ungku Abdul Aziz, Gabenor Bank Negara dan bekas Ketua Peguam Negara, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail amat mencemaskan.

Justeru itu, menurut Salahuddin, AMANAH merasakan ianya isyarat jelas bahawa Dato’ Sri Najib perlu berundur dengan segara kerana beliau masih gagal membuktikan ketelusan dan keyakinan semua pihak termasuk Majlis Raja-Raja Melayu tentang isu 1MDB yang turut dikaitkan dengan peribadi beliau yang sehingga kini tidak ‘dibersihkan’ lagi di Mahkamah.

Semalam, Majlis Raja-raja di dalam satu kenyataan menyatakan, baginda sekalian menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memberi kerjasama yang sebenar dan jujur agar usaha serta maksud siasatan tersebut berjaya.

"Penemuan siasatan ini hendaklah dilaporkan secara lengkap dan telus supaya rakyat dapat diyakinkan akan keikhlasan kerajaan yang sama sekali tidak akan melindungkan fakta dan kebenaran," menurut kenyataan itu.

Kenyataan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad berikutan mesyuarat Pra-Majlis Raja-raja yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Ia berkata: "Kegagalan memberikan penjelasan dan jawapan yang meyakinkan, dikhuatiri mengakibatkan berlakunya krisis keyakinan.

"Akibatnya rakyat percaya, sama ada dengan realiti mahupun secara persepsi, ia turut menjadi antara sebab yang mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia secara mendadak, sehingga memberi impak negatif ke atas pasaran kewangan dan iklim ekonomi negara dan sekali gus menjejaskan pandangan dunia terhadap Malaysia."

Menurut kenyataan itu, seperti dilaporkan oleh media massa tempatan, Raja-raja Melayu bimbang jika isu ini tidak ditangani secara bijak, apatah lagi jika berlarutan dan memakan masa terlalu lama, ia berpotensi menjejaskan keadaan ekonomi negara dan memudaratkan kehidupan rakyat jelata.

Ia juga dikhuatiri berkemungkinan pula menjejaskan ketenteraman awam serta keselamatan negara.

"Raja-raja Melayu dengan ini, mengingatkan semua pemimpin agar pada setiap masa mendukung prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang menurut yang termaktub di dalam Rukun Negara.

"Demi memastikan kerajaan mendapat kepercayaan, pemimpin dihormati, kestabilan politik terus terjamin dan ekonomi negara terus berkembang, semua pemimpin wajib pada setiap masa memastikan keadilan dilaksanakan secara saksama lagi telus berpaksikan undang-undang," menurut kenyataan itu.

Untuk itu, menurut kenyataan itu, badan-badan penguatkuasaan serta institusi-institusi kawal selia seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Bank Negara, Jabatan Peguam Negara dan Badan Kehakiman, begitu juga badan-badan serta institusi-institusi kerajaan yang berkaitan hendaklah menyempurnakan amanah Ilahi dan kepercayaan rakyat secara telus, berkredibiliti dan berintegriti.

Raja-raja juga mahukan para pemimpin sentiasa mengutamakan faktor-faktor keselamatan, ketenteraman, keamanan dan keharmonian serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan peribadi.

"Raja-raja Melayu memandang berat isu-isu menyentuh kaum dan agama dan dengan ini mengingatkan para pemimpin parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan agar tidak mensensasikan isu perkauman dan isu agama dalam hasrat meraih sokongan rakyat terhadap parti atau pihak masing-masing," menurut kenyataan itu lagi.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Amanah.Aku rasa Amanah yg akan lebih maju bersama DAP dlm pakatan pembangkang.PKR mula berkecamuk menuju kerosakan spt PAS...Rakyat melihat segala tindak tanduk kalian semua..Aku rasa buat masa ni biarlah Amanah mengetuai pakatan pembangkang... PKR biarkan dulu dia menyelesaikan mslh dlmn...PAS?sory pas dh ketinggalan zaman

Tanpa Nama berkata...





Takdir-ILAHI...Ke Zaman INI
INTERNET Gadjet...Ada nya CCTV
Se Tiap LANGKAH...Gerak dan GERI
TAK Leh Mem FITNAH...Songlap Men CURI


Hanya Si TOLOL...Yg Tunggang TERBALIK
FITNAH Merapu...Songlap Men CURI
Ter Pampang BUKTI...Tak Serik-SERIK
Akhir nya Mem BAKAR...Diri SENDIRI


FITNAH PilKuda...Fitnah KOMUNIS
BARUA Broka...Fitnah MERAPU
Mem FITNAH Men CURI...Tak Habis-HABIS
AKIDAH Apakah?...Yg Se Laknat ITU??





Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
Jadi kan Mem-BERI...Amalan Ter-PUJI
Tak WUJUD Men Curi...Khazanah UMMAH
Insan-AMANAH...Di Kasehi-ILAHI


Insan-AMANAH...Di Kasehi-ILAHI
Di DOA kan MALAIKAT...Langit & BUMI
Menjadi "Pewaris"...Nabi dan WALI
Di Puja Di PUJI...Ke Langit yg TINGGI


Tanpa Nama berkata...





Takdir-ILAHI...Ke Zaman INI
INTERNET Gadjet...Ada nya CCTV
Se Tiap LANGKAH...Gerak dan GERI
TAK Leh Mem FITNAH...Songlap Men CURI


Hanya Si TOLOL...Yg Tunggang TERBALIK
FITNAH Merapu...Songlap Men CURI
Ter Pampang BUKTI...Tak Serik-SERIK
Akhir nya Mem BAKAR...Diri SENDIRI


FITNAH PilKuda...Fitnah KOMUNIS
BARUA Broka...Fitnah MERAPU
Mem FITNAH Men CURI...Tak Habis-HABIS
AKIDAH Apakah?...Yg Se Laknat ITU??





Wahai Sahabat...Harapan-AMANAH
Jadi kan Mem-BERI...Amalan Ter-PUJI
Tak WUJUD Men Curi...Khazanah UMMAH
Insan-AMANAH...Di Kasehi-ILAHI


Insan-AMANAH...Di Kasehi-ILAHI
Di DOA kan MALAIKAT...Langit & BUMI
Menjadi "Pewaris"...Nabi dan WALI
Di Puja Di PUJI...Ke Langit yg TINGGI


Tanpa Nama berkata...



Isu kalau dah sampai level Raja-Raja, Haji Hadi pun tidak ada kemampuan untuk menolong.

Percaya lah sekiranya Raja-Raja ada keyakinan 1MDB boleh di selesaikan dengan cepat dan baik, Raja-Raja tidak akan masuk campur tetapi masalah yang berlarutan dan jawapan yang putar-belit Najib ini pun tidak di senangi oleh Raja-Raja dan tidak ada penghujungnya atau tidak ada penyelesaian nya.

Apa guna menjadi PM yang tidak di yakini oleh Raja-Raja ? Jangan tunggu YDP Agung mengeluarkan titah memecat Najib sebagai PM.

Najib perlu berundur bersama-sama dengan beberapa Menteri dan Menteri Besar yang mempertahankan Najib demi kedudukan dan kuasa masing-masing.

Tanpa Nama berkata...



KPI Najib terus rabak !

Raja-Raja mendapati mutu kerja Najib 'sangat tidak memuaskan' !

Itu pun pun ada pemimpin PAS minta Pakatan Harapan berbincang dengan PAS sebelum PAS memutuskan memberi sokongan untuk undi tidak percaya.

Malaysiabaru berkata...

Ehh bukankah PDRM kata sapa lawan Najib akan d tangkap bawah sosma kerana memerangi sistem demokrasi berparlimen..

Apa kata raja melayu pecat Khalid abu terbaaakkaaaar dulu !!!!

Zary Manoff berkata...

Najib cakap ada aku kesah...

Abdul Said berkata...

Manusia kalau ada masaalah dalam kepala mana ada rasa malu. Nak katakan kurang ajar mak bapak dah bagi pelajaran. Orang Malaysia kalau takde rasa segan silu, malu dan hormat kepada Tuanku Yang Dipertuan Agong eloklah telan 'roundup' ke atau minum minyak 'sloan' biar cepat berhenti jadi rakyat Malaysia!!!

Tanpa Nama berkata...

Najib wajib letak jawatan segera kerana dia tidak amanah terhadap rakyat dan tidak ada integriti sebagai pemimpin negara.

Tanpa Nama berkata...

Azminlah perosak dlm PKR sama mcm hadi dlm pas...ghani patail tak pyh ckplah pasal rasuah2 ni sbb dia pun waktu ada jawatan buat kerja tak betul dan tiada etika..itu pun dikira rasuah juga,rasuah perkhidmatan