14 Okt 2015

Delegasi AMANAH Temui S'usaha Agung Kesatuan Ulamak Sedunia Di Qatar

Misi Antarabangsa AMANAH

Beberapa orang pemimpin kanan Parti Amanah Negara (AMANAH) kini sedang di dalam usaha untuk memposisikan AMANAH di peringkat antarabangsa dengan mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam dunia termasuk Setiausaha Agung Kesatuan Ulamak Se-Dunia Prof Ali Alqaradaghi, demikian lapor Sdra Salahuddin Hj Ayub dari Doha, Qatar yang mengikuti rombongan tersebut.



Delegasi itu disertai oleh Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, Timbalan Penasihat Umum AMANAH yang juga Ahli Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Muslim Se-Dunia, Salahuddin Ayub, Timblalan Presiden AMANAH dan juga Hj Asmuni Awi selaku Bendahari AMANAH Nasional.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin, pada pertemuan hampir dua jam dengan Prof Ali itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia, turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung dengan perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia.

Perbincangan antara AMANAH dan Prof Ali Alqaradaghi berlangsung dalam keadaan mesra dan penuh dengan semangat ukhwah. Langkah awal ini sangat penting untuk AMANAH terus maju ke hadapan mendepani cabaran diplomatik antarabangsa, katanya lagi.

Delegasi AMANAH akan ke Istanbul, Turki di mana AMANAH akan menyertai Persidangan Gerakan Islam dalam isu Palastin bersama anggota gerakan Islam lain bermula 14 hingga 18 Oktober, 2015.

Di dalam perkembangan berasingan, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu merayu dan menyeru Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan perdana menteri selepas pelbagai pihak tidak puas hati gaya pentadbiran dan cara pengurusan ekonomi negara.

Mohamad berkata semua pihak termasuk pemimpin kerajaan dan pembangkang, bekas pemimpin serta pegawai kanan kerajaan telah hilang keyakinan terhadap beliau khususnya berkaitan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang didepositkan ke akaun peribadi beliaum, demikian lapor malaysiakini.

Bekas timbalan presiden PAS itu juga berkata, tindakan Najib melepaskan jawatan dapat memberikan kebaikan kepada keluarganya, kerajaan, rakyat terbanyak sekaligus menyelamatkan negara.

“Saya sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) merayu dengan sesungguhnya agar Datuk Seri Najib mendengar rayuan ini, sama ada daripada parti pemerintah, pembangkang, NGO serta rakyat seluruhnya supaya beliau meletak jawatan segera.

“Ia bukan berkait soal peribadi semata-mata kerana Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Sehingga kini sebarang tuduhan tidak dijawab, ditambah skandal bertimpa-timpa menyebabkan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap kerajaan Malaysia tergugat.

“Kejatuhan nilai mata wang Malaysia pula begitu ketara sekali,” katanya dalam satu kenyataan dari Frankfurt, German hari ini.

Mohamad turut membidas tindakan kerajaan yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang menurutnya menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memadamkan kritikan rakyat terhadapnya.

“Perbuatan ini tidak lain, hanya meruntuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib,” katanya.

Mohamad juga Mengulas kemunculan bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, Tan Sri Sanudi Junid dan Tun Dr Ling Liong Sik dalam satu sidang media semalam.

“(Ia) mengejutkan banyak pihak apabila muncul bersama pada satu sidang media semalam,” kata Mohamad sama menambah mereka rasa tidak puas hati berkaitan isu 1MDB dan sumbangan politik itu.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...



Patutlah Hj Hadi buat mengadakan pertemuan dengan tokoh gerakan melayu se dunia, Pak Berahim Al-kataki.

Timnajib Jomfikir berkata...

Isk..isk..isk..
Tergamak Hj Hadi Awang berpelukan dgn pelampau melayu!

Pak Ibrahim pernah kianat dan buat naya pada arwah TGNA pun,Haji Hadi Awang tak ada perasaan langsung!

omar daud berkata...

Salam:

TAHNIAH Amanah, really Good Move,Pas sibuk dgn racistnya, Amanah terus tanpa memandang ka-belakang lagi.Teruskan..teruskan..bekerja dan terus bekerja..ahkirnya berserah pada Allah.Menampakkan sedikit demi sedikit,amanah akan mengantikan PAS.iNSYALLAH buat lebih TERBAIK dari PAS.


go AMANAH go

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Apa masallah nya ?. Kena faham islam itu luas pandangan nya.

Tanpa Nama berkata...



Pandangan yang luas. yang kita lihat adalah satu SATU.

Abdul Said berkata...

Alhamdulillah. Amanah kena war-warkan bahawa ia memperjuangkan Islam untuk kesejahteraan manusia sejagat. Ia bukan berperjuang untuk mendapatkan jawatan berkerusi empuk bagi puak serban dan kopiah supaya mereka boleh goyang kaki, berbini banyak dan makan tidur. Ia bukan kumpulan 'go ahead and go astern' atau pun flip flop. Berbuatla sesuatu supaya dapat menyerlahkan keunggulan Islam dan semua umat boleh bernaung dibawahnya.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni dah jadi pentaksub melayu..islam hanya atas kertas dan serban..tapi tindakan beliau dah menyimpang jauh dari islam..inilah contoh pemimpin munafik abad ini.