10 Okt 2015

[BERGAMBAR] Ribuan Hadiri Program Jelajah Pakatan Harapan Di Kulai

Pakatan Harapan gegar Johor dengan ‘Optimus Prime’ malam ini

Optimus Prime, watak robot dalam filem terkenal Transformer menjadi nama pilihan treler panjang milik Pakatan Harapan yang dijangka tiba di Johor, malam ini.

Menjadikan Kulai dan Skudai sebagai lokasi pertama, ia merupakan langkah awal promosi Pakatan Harapan selepas dilancarkan baru-baru ini, hasil gabungan 3 parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).



Amanah mengambil tempat PAS selepas parti Islam itu tidak mahu menyertai Pakatan Harapan kerana dikatakan disertai musuh dan pengkhianatnya iaitu DAP dan parti serpihan itu.

Di Kulai pada malam ini, 3 pemimpin utama Pakatan Harapan, Presiden PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir memberikan ucapan.

Selepas itu, bersama-sama Optimus Prime, mereka akan melakukan program jelajah ke seluruh negara.

"Asalnya program ini adalah anjuran Amanah Kulai sahaja tetapi selepas itu ia diambil alih Amanah Johor dan sekarang oleh Pakatan Harapan," kata ketua Amanah Kulai yang menjadi pelaksana program malam ini, Hisham Md Zin kepada The Malaysian Insider.

Johor dipilih sebagai tapak pelancaran Pakatan Harapan kerana menganggap ia sebagai lokasi paling subur untuk ia bertapak selepas berkuburnya Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan demografi penduduk Johor, saya rasa Pakatan Harapan mempunyai peluang untuk menang di 70% kerusi di seluruh Johor," kata Hisham.

Sebelum muktamar PAS lalu, Hisam adalah yang dipertua PAS Kulai.

Namun menjelang mesyuarat agung PAS Kulai awal tahun ini, Hisham mengambil keputusan tidak bertanding bagi mempertahankan jawatannya kerana berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan parti.

Kini kata Hisham, 17 daripada 26 kawasan PAS di Johor menyertai Amanah, meninggalkan 9 kawasan sahaja kekal dengan parti Islam itu.

Pengkaji politik Ilham Centre baru-baru ini memaklumkan PAS Johor sudah lumpuh ekoran sebahagian besar pemimpin dan ahli, terutama penggeraknya menyertai Amanah.

Ceramah malam ini akan menjadi indikator apakah PAS benar-benar lumpuh di Johor dan membuka lembaran baharu kepada Pakatan Harapan untuk bertapak di negeri tertubuhnya Umno itu. –TMI

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah. Maha suci Allah yang menyatukan rakyat Malaysia datang dan duduk beramai2 ibarat satu keluarga di majlis jelajah Pakatan Harapan di Johor ini.

Hati manusia ini sebenarnya suka dapat ramai kawan. Suka duduk2 santai dalam suasana redup dan damai. Disirami pulak cerita geli hati dan maklumat semasa. Kemudian mereka bertanya khabar. Semua mengaku susah. Semua merasai payah. Sungguh gembira dapat berjumpa sambil bersalam2an dan mendengar janji tok2 ketua.

Mereka mahu tiap2 janji itu harus ditunaikan. Walau susah. Sedikit sebanyak sumbangan, mereka hulurkan. Mereka pun hendak merasa memiliki. Lori treller itu pun aku punya. Ke mana dia pergi, seperti aku juga ikut bersama.

Pergilah ke mana2 wahai optimus prime si lori treller. Pergilah jelajah seluruh bumi Malaysia ini dan beritahu mereka yang masih bebal itu bahawa aku datang sendiri hendak memberitahu kamu semua, KAMI MAHU SEBUAH NEGARA YANG ADIL, AMAN LAGI BERAMANAH.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...sambutan awal yg menggalakkan...perlu perluaskan lagi promosi dan hebahan2 mengenai jelajah Pakatan Harapan melalui pelbagai medium dan media massa...well done PH, Good luck...

Tanpa Nama berkata...

Omakkau dimana, Omakkau dimana...Omakkau tersentap terkedu sampai amik gambar2 ni semua post kat blog dia. Klau perhimpunan PAS cepat2 Omakkau mengepos perhimpunan yg tak berapa ramai pun diedit nampak ramai...Omakkau dah ketengek... haha

Tanpa Nama berkata...

SYABAS.... SYABAS. ... SYABAS...
PAKATAN HARAPAN RAKYAT....
SYABAS. .


Omak kau.... dimana kau.... apbila rujuk blog OK... tak de ulusan pun... biasanya ada......

Uncle Majid berkata...

Wa caya lu..pakatan harspan rakyat

Abdul Said berkata...

Alhamdulillah.

Unknown berkata...

Penulis blog pro pas.. nordin ali memperlekeh perhimpunan pakatan harapan di johor ni.. heran..tulisan nordin ali hanya di papar di blog pro pas je... di blog nuetral... tak pernah nampak tulisan dia...

Tanpa Nama berkata...




Orang yg MULIA...Tak akan Men CURI
Orang yg MULIA...Tak Suka Me MINTA
Orang yg MULIA...SUKA Mem-BERI
Walau Diri nya...Tak Di Kenal SESIAPA


Orang yg MULIA...Tak 'Klapak' Glamor
'Klapak' NOBAT...Ter Kinjat PANGKAT
Tidak Mem FITNAH...Men Curi HARTA
"AMANAH-NYA" Mnjd...Pedoman HAYAT


Insan MULIA...Insan yg AMANAH
Tiada U-TURN...Ponteng & FITNAH
LURUS..Kudus..Lapang..BerKHEMAH
Pasrah & REDHA...Ke Hadrat ALLAH




Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Janganlah Seperti...Budak HINGUSAN
NOBAT & Pangkat...Jadi 'IDAMAN'
HARTA & Kuasa...Menjadi BURUAN


Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
"SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI

Tanpa Nama berkata...




Orang yg MULIA...Tak akan Men CURI
Orang yg MULIA...Tak Suka Me MINTA
Orang yg MULIA...SUKA Mem-BERI
Walau Diri nya...Tak Di Kenal SESIAPA


Orang yg MULIA...Tak 'Klapak' Glamor
'Klapak' NOBAT...Ter Kinjat PANGKAT
Tidak Mem FITNAH...Men Curi HARTA
"AMANAH-NYA" Mnjd...Pedoman HAYAT


Insan MULIA...Insan yg AMANAH
Tiada U-TURN...Ponteng & FITNAH
LURUS..Kudus..Lapang..BerKHEMAH
Pasrah & REDHA...Ke Hadrat ALLAH




Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
Janganlah Seperti...Budak HINGUSAN
NOBAT & Pangkat...Jadi 'IDAMAN'
HARTA & Kuasa...Menjadi BURUAN


Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
"SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI

Tanpa Nama berkata...

Ke arah negara yang lebih adil..saksama dan amanah..kita tolak perasuah ke dalam penjara..

Tanpa Nama berkata...

bila omakkau nak join pas? atau sekurang2nya dipetik jd isteri ke2 @ 3 @ 4 pemimpin pas

Unknown berkata...

Salam:

Tahniah, teruskan, BERSAMA sehingga pilihanraya PR14.Tiada lagi kawan yg nak tikam belakang,tiada lagi kawan dia sahaja nak jadi ketua,tiada lagi kawan hari ini cakap lain /esok cakap lain.

go PH go.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...




Sambungan..Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
Insan yg AMANAH..."Mewarisi" NABI
"SYSTEM-Mem-BERI"..."SYSTEM" Ter-INDAH
Sunnatu"LLAH" Terbukti...Di Langit dan BUMI


Langit & BUMI..."SYSTEM" Mem-BERI
Lihat lah MENTARI...Mem-BERI Cahaya
Hujan-yg-Turun...Pem-BERIan-ILAHI
OKSIGEN-Udara...Di-BERI Per CUMA..




Dengan Mem-BERI..."Pasti" Ber TAMBAH
Ber Tambah Me LIMPAH...Ber Ganda-GANDA
======================================
Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
Genggam lah ""AZIMAT""...Wahyu yg"ESA..




Dengan Mem-BERI..."Pasti" Ber TAMBAH
Me Limpah-LIMPAH...Ber Ganda-GANDA
Apabila Mem FITNAH...Me Nyonglap RASUAH
Semua nya BANKRUPT...Muflis BINASA


Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
Genggam lah "AZIMAT"...Firman ILAHI
Mem-BERI Itu...Ber Ganda Me LIMPAH
AIR-Terjun Men CURAH...Tak Pernah Ber HENTI..???$$?$%$??




Tanpa Nama berkata...

Diperingatkan kepada Tian Chua.
Jangan fikir dulu PH nak menang PRU14.
Fikirkan macam mana nak perkasakan PH.
Pas dah kantoi, dalam PRU14 satu kerusi tak dapat
kecuali si Hadi Awang bergabung dengan BN/UMNO.
Itu pun berapa banyak kerusi BN/UMNO nak bagi Pas.
Harapan rakyat (semua kaum) kepada PH sangat besar.
Krisis2 dalaman PH tolonglah selesaikan dengan baik.
Wan Azizah, Lim Guan Eng, Mat Sabu, Azmin Ali, Rafizi
Ramlee, Tian Chua, Nurul Izzah dan ramai lagi adalah
"Lelaki dan Wanita Harapan semua rakyat Malaysia."
Pedulikan apa orang lain nak kata, nak fitnah.
Pedulikan apa orang lain nak cerca, nak maki hamun.
Pedulikan, pedulikan - membujur lalu melintang patah.
Berjuang demi rakyat, damaikanlah bumi Malaysiaku ini.

Tanpa Nama berkata...

suruh dia desak pasug laksana segera hudud

jgn penipu Allah dn rakyat