9 Okt 2015

Alhamdulillah, AMANAH Kini Sudah Ada Pejabatnya Sendiri

Amanah masuk pejabat baharu ketika didakwa cuba rampas bangunan PAS

Parti Amanah Negara (Amanah) mula memasuki bangunan ibu pejabatnya yang baharu pada 1 Oktober ketika sesetengah pihak dalam PAS mendakwa parti itu cuba merampas bangunan-bangunan mereka termasuk ibu pejabat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat yang menjadi pejabat baharu Amanah terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur itu dinamakan Wisma Amanah.



Sehingga kini, hampir 10 kakitangan diketuai Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir sebagai petugas tetap parti yang dilancarkan 16 September lalu bersempena Hari Malaysia, beroperasi di situ.

Pada Selasa (6 Oktober), Amanah mencatatkan sejarah apabila menerima sijil pengesahan penukaran nama, logo dan slogan daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Sijil itu diterima Anuar bersama Timbalan Setiausaha Agung Abang Ahmad Kerde dan Setiausaha Organisasi Amanah Suhaizan Kaiat daripada Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah.

"Kita akan jadikan Wisma Amanah sebagai pusat gerakan dan kami dapatkan ia melalui tabungan, ahli dan penyokong Amanah," kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub ketika ditemui di pejabat baharunya.

Bukan DAP biaya Amanah

Salahuddin menolak dakwaan DAP membiayai perbelanjaan kerana segala-galanya diperoleh melalui titik peluh dan hasil sumbangan ahli dan penyokong Amanah.

Ketika The Malaysian Insider berkunjung ke pejabat itu, semua pimpinan pusat termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu sedang bermesyuarat di bilik mesyuarat utama bangunan.

"Kami sedang mengadakan retreat selama 2 hari mulai hari ini bagi membincangkan Perlembagaan parti kami," kata Salahuddin.

Kemasukan mereka ke pejabat baharu itu sedikit sebanyak meredakan spekulasi Amanah akan mengambil alih Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Spekulasi bertiup kencang kerana pemimpin PAS yang menyertai Amanah bertanggungjawab mengusahakan pemilikan ibu pejabat – kini bernilai lebih RM10 juta.

Salah seorang pemegang amanah ibu pejabat PAS ialah Asmuni Awi, bekas bendahari PAS Pusat yang kini merupakan bendahari Amanah.

Bagaimana imej PAS diubah

Kumpulan progresif dalam PAS bersungguh-sungguh untuk memindahkan ibu pejabat dari markas tarbiyah yang terletak di kawasan kampung di pinggir bandar ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, ia bertujuan untuk menukar “imej kampung” PAS pada ketika itu kepada “imej kosmopolitan” walaupun mendapat tentangan kumpulan konservatif parti itu.

Kumpulan progresif yang kini menyertai Amanah banyak menjadi pemegang amanah kepada harta-harta milik PAS di seluruh negara.

Baru-baru ini, menjadi viral di laman sosial bagaimana PAS mendakwa Amanah merampas bangunan milik mereka dan Pasti (tadika ditubuhkan PAS) secara sistematik terutama di kawasan Tenggara, Johor.

Bagaimanapun, perkara ini kemudiannya dijelaskan pengerusi Amanah Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Ya'ni, Aminolhuda Hassan.

Bekas pesuruhjaya PAS Johor itu berkata, seawal penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB) lagi, mereka sudah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset bagi menangani aset sepencarian semasa bersama parti Islam itu.

Keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada peguam, perunding hartanah dan golongan profesional.

"Insiden yang diviralkan dalam media baru-baru ini, berkaitan pemilikan sebuah markas oleh Amanah di Tenggara sebenarnya tidak lari daripada panduan yang dinyatakan," kata Aminolhuda. -TMI

ULASAN GB

Alhamdulillah.

Dahulu, golongan progresif inilah yang bersungguh-sungguh memindahkan ibu pejabat dari markas tarbiyah di Taman Melewar yang terletak di kawasan kampung di pinggir bandar ke Kuala Lumpur ke bangunan Jalan Raja Laut yang bertujuan untuk menukar “imej kampung” PAS pada ketika itu kepada “imej kosmopolitan”. Pada waktu itu terdapat tentangan dari beberapa orang dari golongan konservatif PAS.

Kini golongan progresif yang sama telah menubuhkan parti AMANAH yang baru saja beberapa hari diluluskan, telah berjaya pula mendapatkan sebuah ibu pejabat untuk Parti Amanah Negara di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Di Kedah, Perak dan di Selangor sudah ada "WISMA AMANAH" di negeri masing-masing. Di Melaka, GRAHA AMANAH akan dirasmikan beberapa minggu lagi setelah kerja-kerja renovasinya siap pertengahan bulan ini. Di Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan lain-lain negeri diberitakan juga akan mempunyai pejabat AMANAH negeri masing-masing menjelang penghujung tahun ini.

Demikian progresifnya ahli-ahli jawatankuasa AMANAH di semua peringkat. Berkat pertolongan Allah swt jua, perjalanan Parti Amanah Negara telah dan akan terus dipermudahkanNya, dan semuga benar-benar akan menterjemahkan ISLAM sebagai Rahmat Sekalian Alam di bumi tercinta ini, Malaysia.

10 ulasan:

Unknown berkata...

Salam:

TAHNIAH,AMANAH, Anda-anda semuanya bergerak telah mendahului masa,Tahukah tuan-tuan semasa PKN ditubuhkan dulu,ahli pun tak sampai 10k,ibu pejabat parti selalu berpindah tempat,dinegeri-negeri ibupejabat hidup segan mati-pun tak mahu,ada dua ibu-pejabat PKR, baru di tutup.Coming soon,mungkin ada lagi.Kesihan Kak Wan dan DSAI,pemimpin2 yg pegang amanah asyik bercakaran,ahli-ahli bawahan dibiarkan begitu sahaja.Issue-issue rakyat dan pertelingkahan dalaman umnolah MENYAMBUNGKAN HAYAT PKR.
PKR cuba memperbaiki parti dgn memangil dato' Kamaruddin Jaafar dan Mat taib, diharap mereka dapat memperbaikinya.

Teruskan usahamu AMANAH, sebagai alternatif rakyat malaysia berbilang kaum.
go AMANAH go.

wassalam.

Unknown berkata...

Jika Amanah bergerak teratur tanpa kontraversi dalaman. Elok bersatu dan beriman. Tak hairan ahli dan penyokong PKR juga akan berslih arah tanpa dipaksa. Rakyat mencari yg terbaik!

Tanpa Nama berkata...

Tahniah daripada Smart.

Tanpa Nama berkata...

untuk parti amanah ini rakyat nak tenguk bagaimana hampa org boleh jatuh kan najib dan kerajaan barisan nasional.kami rakyat bukan nak tenguk hampa org makin hari makin perut besar sampai nak berceramah pun tak cukup angin.kami bukan nak tenguk hqmpa org naik kerta baru atau kreta well fire kesana kemari tak tentu arah.kami nak hampa lebih berani lagi dari khairudin,lebih berani lagi dari beng hock,lebih berani lagi sabrani dan lebih brani lagi dari kevin tu.ini lah matlamat utama parti amanah untuk rakyat menyokongnye. kami rakyat nak hampa org brani menyajak rakyat untuk menangkap najib dan zaid serta kakitangan kerajaan yang bersengtongkol dgn nye untuk dihadapkan dimakamah rakyat.itu yg rakyat mahu amanah.kalu brani buat lawak ajae baik masuk pertandingan maharaja lawak.kalu brani bawak certa sejarah saje baik jadi ahli sejarah.kita mau u brani bawak rakyat bukan untuk berdemo tapi untuk menangkap najib serta kuncu kuncu nye.kalau tidak baik undur

Tanpa Nama berkata...




Ar-RAMAN Ber Makna...PEMURAH Mem-BERI
Ar-RAHIM Ber Erti...Kaseh PENYAYANG
Saling Mem-BERI...Saling Me NGERTI
Ber"SATU" Men Junjung...AMANAH-Gemilang



Hidup yg AMANAH...Mencari BERKAT
Men Cari SYSTEM..."SYSTEM" Ter BAIK
"SYSTEM" Mem-BERI...Ber Kongsi NIKMAT
Bukan nya U-TURN...Tunggang TERBALIK


MURTAD itu....Tunggang TERBALIK
Jalan yg LURUS....Di Putar BELIT
Ber NIAT Jahat...Ber 'Sandiwara'-CANTIK?
Songlap Men CURI...Ummat Ter HIMPIT!


Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
AMANAH itu...."SYSTEM" Mem BERI
Ar-RAHMAN Ar-RAHIM...Sifat"NYA"-TUHAN
TIADA Pe Nyonglap...Tiada Pen CURI


Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
AMANAH-Mem BERI...SYSTEM-ILAHI
SYSTEM Mem BERI..."Miracle"-Me NYERLAH
Me Limpah-Ber GANDA...Tak Putus Tak HENTI


Unknown berkata...

Alhamdulillah.
Tahniah

Tanpa Nama berkata...



Urus-tadbirkan Ibu pejabat Amanah sebagai satu organisasai bukan sekadar sebuah parti.


Benbrahem berkata...

Alhamdulillah! Tahniah! Syabas! Kepada "think-tank" PAN. Terlalu berat AMANAH yang sdr/ sdri akan pikul. Insya-Allah seluruh ahli akan tolong meringankan beban anda semua.

Unknown berkata...

Untuk anon 6:20 PTG...

"Kami' yang anda tuliskan menampakkan anda dayus...bukan orang lain yg perlu berjuang untuk kamu tapi saya, kamu dan semua rakyat sama-sama menurunkan pemerintah zalim melalui Amanah dan sebagainya...kalau anda duduk saja dan 'goyang telur' mana mungkin kejayaan boleh dicapai.
Ubah sikap anda dari mengharapkan orang lain kepada bersama-sama berganding bahu berjuang. Sikap sebegini hanya pada orang yang 'gagal' sahaja.
Kalau anda macai atau pascai mungkin 'ya'.

Tanpa Nama berkata...

Ulama PAS kena usahakanlah utk dapatkan office sendiri. Sebab semua office yg ada kalau bukan hasil usaha golongan profesional yg semestinya ada yg mahir bidang hartanah mustahil PAS dpt office dan markas di seluruh negara sbb krn ada golongan profesional yg mahir dlm bidang hartanah mampu cari harga property dgn harga yg munasabah.

I NAK TAHU U PAS DGN HANYA ADA AL-QURAN DAN HADIS DPT TAK CARI PROPERTY DGN HARGA MURUH UTK DIJADIKAN MARKAS AND I GUARANTEE U ADA 1 JUTA RINGGIT YG PALING BANYAK 1 -5 BIJI SHJ BANGUNAN U DPT CARI IF PAN ADA 1 JUTA RINGGIT MUDAH UTK MEREKA 100 PROPERTY UTK DIJADIKAN MARKAS BECAUSE ADA ILMU HARTANAH AND BUKAN MUDAH PEMAJU @PENYEWA NAK MENIPU B BEGITU SHJ. WALLAHUALAM.