21 Sep 2015

Parti Mana Sebenarnya Pengkhianat? PAS Atau AMANAH?

PAS tolak 'pengkhianat', tapi boleh khianat? Oleh YB Khalid Samad

ULASAN Saya sebenarnya amat tidak berminat untuk berbalah dengan PAS. Tetapi malangnya di sebalik kepincangan pentadbiran negara, isu perkauman yang semakin meruncing, isu 1MDB dan sebagainya; PAS kelihatan bagaikan tidak mampu bercakap mengenai perkara lain selain mengenai parti Amanah Negara. Kami terus difitnah dan digelar dengan gelaran yang menghina.




Dan apabila Presiden PAS sendiri mula menggelar AMANAH sebagai “pengkhianat”, maka kami perlu menjawab. Dalam masa terdekat ini saya akan turut menjawab fitnahnya bahawa kami mahu jadikan PAS parti sekular dan sebagainya.
Walaupun adalah lebih wajar sekiranya PAS menumpukan pada usaha menjatuhkan Umno, tetapi memusnahkan AMANAH telah menjadi keutamaannya pada ketika ini.

Siapa pengkhianat?

Saya membaca dengan penuh tekun laporan The Malaysian Insider berhubung satu ucapan oleh Hadi Awang, presiden PAS. Beliau dilaporkan berkata bahawa PAS tidak boleh bekerjasama dengan parti Amanah Negara yang beliau sifatkan sebagai “pengkhianat kepada perjuangan PAS”.

Beliau turut dilaporkan sebagai berkata, PAS bersedia bekerjasama dengan pihak lawan, namun tidak dengan pengkhianat.


Video ucapan presiden PAS ini telah turut disebar melalui FB dan WhatsApp oleh ahli PAS dan amat jelas sikap tegas beliau akan menjadi alasan untuk PAS tidak menyertai gabungan baru.

Saya turut menjangkakan bahawa kemungkinan besar AMANAH akan dipersalahkan kerana PAS tidak bersama dalam pembentukan Pakatan baru. Walhal, pada hakikatnya, presiden sudah tidak berminat dengan Pakatan dan lebih berminat untuk bekerjasama dengan pihak lawan.

Yang menjadi sedikit aneh pada saya adalah apabila sikap tegas dan tiada kompromi terhadap “pengkhianat” ini tidak mampu menghalang presiden PAS untuk mengkhianati Pakatan. Dan ini dilakukan beliau bukan sekali tetapi berulang kali.

Amat pelik bagi saya apabila seseorang mengutuk dan mengkritik sikap tertentu tetapi apabila dirinya sendiri melakukannya, terhadap rakan-rakannya sendiri, ianya seolah-olah tidak mengapa. Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila PAS “dikhianati”, tetapi tidak mengapa untuk PAS mengkhianati?


Adakah mungkin presiden PAS telah lupa mengenai peristiwa Kota Damansara? Di mana persetujuan telah tercapai di setiap peringkat sama ada kawasan, negeri dan pusat, bahawa itu adalah kerusi PKR?



Atas desakan tertentu, maka dibenarkan menantunya meletakkan rakannya sebagai calon PAS. Dan akhirnya calon Umno/BN menang hasil dari pengkhianatan PAS. Tidakkah itu satu pengkhianatan?


Tuduh Marxis, pil kuda


Atau ianya hanya khianat apabila PAS yang dilukai? Tetapi apabila ianya dilakukan oleh PAS maka ianya bukan pengkhianatan kerana khianat hanya boleh berlaku terhadap PAS?

Begitu juga dengan kata-kata kesat beliau terhadap calon PKR Kota Damansara yang diucapkannya sewenang-wenangnya, menghukum Dr Nasir sebagai manusia yang “mempertuhankan Marx”?

Sedangkan, Hadi tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Dr Nasir. Tidakkah itu juga satu pengkhianatan? Sudah pasti kata-kata sebegitu telah menyumbang kepada kemenangan Umno/BN dan kekalahan PKR.

Sepertimana juga dengan tuduhan liar “pil kuda” tanpa dibawanya saksi ataupun bukti tetapi main cakap ikut sedap mulut semata-mata. Sedangkan PKR itu rakan. Bukankah meluahkan tuduhan sebegitu di khalayak umum juga satu pengkhianatan?

Saya tidak mahu menceritakan setiap satu peristiwa pengkhianatan yang telah berlaku terhadap rakan-rakan dalam PR. Tetapi ini sekadar untuk membuka mata mereka yang dengan mudah hendak menuduh orang lain “pengkhianat” seolah-olah diri mereka bersih dan bebas dari apa-apa salah laku.

Kesemua tindakan khianat ini terhadap rakan PR telah ditegur dan cuba diperbetulkan tetapi akhirnya kami pula dituduh lebih PR dari PAS. Walhal, usaha membetulkan perjalanan PAS adalah untuk kepentingan PAS. Namun, apakan daya kerana PAS dianggap boleh buat sesuka hatinya atas alasan bahawa dirinya sebuah parti Islam.

Tetapi usaha khianat yang terbesar yang tidak boleh dilupakan ialah apabila presiden PAS dengan sedar dan sengaja, bersekongkol dengan Umno untuk pertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor semasa krisis yang lalu.

Penubuhan kerajaan PAS-Umno

Melalui tindakan beliau, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan PAS-Umno dengan dipimpin Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu.

Akhirnya kerajaan PAS-Umno yang dipimpin Khalid itu telah dijatuhkan apabila dua ADUN PAS menyatakan mereka tidak menyokong beliau sebagai MB. Mereka berdua telah menandatangani Surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Wan Azizah sebagai MB bersama 28 ADUN yang lain dari PKR dan DAP.

Kemarahan presiden PAS begitu memuncak sehingga semasa muktamar PAS ke 59 beberapa bulan selepas itu beliau keluarkan tuduhan adanya “broker dan barua” serta tuduhan dua ADUN dibeli tanpa mengemukakan sebarang bukti mahu pun saksi.


Presiden PAS marah kerana ‘dikhianati’ 2 ADUN tersebut tetapi dia tidak nampak pengkhianatan yang telah dia sendiri lakukan terhadap PR dan pengundi Selangor.

Tidak memadai dengan itu, sebagai tindak balas, presiden PAS menawarkan kepada Azmin Ali jawatan MB sekiranya beliau masuk PAS bersama dua atau tiga ADUN PKR yang lain.


Ini akan dilakukan setelah Khalid Ibrahim memegang jawatan MB terlebih dahulu untuk tempoh enam bulan. Adalah jelas bahawa PAS akan hanya mampu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB untuk tempoh enam bulan dan menggantikannya dengan Azmin Ali sekiranya usaha PAS ini disokong Umno.

Ini kerana PAS hanya mempunyai 13 kerusi (tanpa dua ADUN yang pasti tidak akan sokong). Sekiranya dicampur dengan Khalid Ibrahim dan Azmin bersama tiga lagi ADUN PKR, jumlahnya hanya 18 kerusi ADUN.

Namun, mereka memerlukan 29 kerusi untuk membentuk kerajaan. Sudah pasti kekurangan ini tidak akan ditampung oleh PKR atau DAP. Maka ianya akan ditampung oleh Umno yang menguassai 12 kerusi DUN.

Sekiranya kerjasama tidak boleh diadakan dengan “pengkhianat” maka sudah pasti, pertama sekali, tidak boleh diadakan kerjasama adalah dengan PAS.

Bagi kami dalam AMANAH, kami dianggap pengkhianat kepada PAS kerana menentang pengkhianatan PAS terhadap PR. Yang menentang pengkhianatan dianggap pengkhianat dan yang mempertahankan pengkhianatan dianggap penyelamat.

Dengan sikap sebegitu, tidak salah untuk ditanya adakah masih ada tempat lagi bagi PAS dalam politik masa depan negara?









26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejak keluar hospital, hadi dah jadi semakin sasau. kata2nya memaparkan jiwa yg bercelaru, sombong, penuh hasad dengki, dendam dan khianat. tiada sepatah ayat yg keluar utk meredakan permusuhannya dgn rakan2 yg tlh keluar dr pas.

bgmn seorg ulama boleh bersifat demikian? bgmn mungkin didlm dia berzikir mengingati Allah aj, boleh terpacul kata2 spt barua, pil kuda, kominis, broker, khianat, anjing, serigala, babi?

mungkin disaat dia mengeluarkan kata2 celupar, dia lupa pada Allah swt yg menjadikan. Bhw disisi Allah swt, manusia itu sama tarafnya wlpn berlainan bangsa dan keturunan spt melayu, cina, india, negro, raja, hamba, kaya, miskin ustaz ulama marhaen dsb.

manusia adalah sebaik2 kejadian diciptakan Allah. apa hukum kiranya kamu sama tarafkan dia dgn haiwan spt babi?

si aaron deen pun diharapkan bila keluar ijn nanti bertambah baiklah sikapnya, tak bercelaru mcm kwn dia tu... insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

OOOO...

;)

Malaysiabaru berkata...

akhirnya


PAS sudah pasti bergabung dgn Umno kerana

1. benci kepda org kafir
2. benci kpd orf cina
3. benci kpd proxy cina
4.benci kodnpengkhiant
5. benci kpd
6.demi melayu
7.demi islam
8.demi maruah
9.demi keras kepala
10. demi ajaran yg tak ikut sunnah

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bukan bodoh malah terus menerhatikan PAS dan tingkah laku pemimpinnya..
Sy pengundi PR yang tidak berparti akan terus bersama PR walau tanpa PAS .....

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Sejak kebelakangan ini Hadi Awang boleh sewenang-wenangnya menghamburkan tuduhan kepada pihak yang tidak sependapat dengannya. Presiden Pas ini bebas berkata-kata lantaran beliau adalah Naib Presiden Ulama Sedunia. Siapakah yang memberikan autoriti kepada beliau sehinggakan tuduhan yang dilemparkan kepada seteru politiknya masih boleh dipertikaikan dab berniat jahat. Terkini, beliau menyatakan barisan kepimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah pengkhianat. Pengkhianat kepada Pas mungkin ada kebenarannya, tetapi pengkhianat kepada rakyat memang meleset sama sekali. Amanah ditubuhkan oleh mantan barisan kepimpinan Pas ekoran kepimpinan Pas Pasca Muktamar 2015 mengkhianati semangat setia kawan Pakatan Rakyat. Terputusnya tahalus siyasi Pas dengan Dap sebenarnya telah menghancur-leburkan Pakatan Rakyat. Kemenangan calon-calon Pas pada PRU 13, bukan dari undi ahli-ahli Pas sahaja, tetapi dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat dan pengundi-pengundi atas pagar yang telah menyampah dengan Barisan Nasional.

Tanpa Nama berkata...

Tp org2 pas mndakwa yg pas sajalah ikut islam yg sbnr,siap ada dalil lg..mngatakn parti2 lain tdk btul2 islam

Unknown berkata...

Bila baca artikal khalid samad ni... teringat bertekak kat salah satu blog pro pas..TRANUNGKITE.. bermati2 an.. salah seorg pengikutnya menyatakan yang menyelamatkan kerajaan negeri selangor masa kes langkah kajang tu...parti pas..padahal dr dulu lagi semua org tahu tuan presiden pengkhanat PR masa tu...sbb semua ceta hanya cerita2 belakang... skg luahan khalid samad mengesahkannya....tgk luahan KS ni.. marah betul bila di panggil pengkhianat...

Shifashah berkata...

Elok la.. tok2 guru tu bergabung dengan pembunuh , perasuah. Lepas ni depa tumpang sekaki kot. Ulama tak semestinya masuk syurga oi... berapa banyak contoh yg ada dlm AlQuran.

Tanpa Nama berkata...

Pkr la pengkhianat.PAS dah xnk join pr2.0 tp masih berdegil pas.apa ni pkr???xmalu ke...Umpama melutut pada pas....PAS buat salah tp pkr melutut pada PAS....politik apakah ini?pengundi2 mmg xnk umno,kini pr pun sama mcm umno....kalau.mcmni perangai pkr,baik pangkah umno je biar umno Perintah 100 tahun lagi..puas ati aku.hahahahaha

Shifashah berkata...

Saya ahli PAS TEGAR pun bersama ramai lg akan terus sokong pakatan rakyat. Klu ahli PAS masih mahukan 2, 3 kerat manusia yg dirasakan boleh dibeli oleh musuh PAS apa kita boleh buat. Pas menempah kehancuran sebelum sempat merealisasikan matlamat parti.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah xnk tp pkr merayu2......rendah nya maruah pkr.....org khianat masih dirayu...sudahnya pkr+pas lawan DAP+Amanah=BN jugak menang sampai bila2...Bagus2 politik mengecewakan rakyat

Tanpa Nama berkata...

OOOO...tu ape ke bende tuan2.3?. Cakaplah tuan nak gelak KAH KAH KAH tengok kelaku hadi sekarang ni.

Aku dah lama tahu perangai dia macam tu lepas muktamar lagi. Tuan2 duduk diam2 bukan kerja sudah le. Jangan ambil hirau orang tua ini. Anggap saja macam tengok drama ustaz gila. Senyum dan gelaklah kat mana babak yang boleh gelak.

Pas dudah jadi kenangan dalam sejarah. Ia pergi bersama2 perginya tuan guru kita yang kita kasihi, Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Nik Mat. Pergi dan hilang tidak berganti lagi. Yang ada kini adalah pas milik sepenuhnya abdul hadi bin awang.

Jangan ambil kisah apa pun kerenah abdul hadi ini. Matinya dia maka matilah pas hadi ini. Hanya doakan dia dengan doa yang paling Allah sukai ' Wahai Allah, berilah keampunan dan taufik serta hidayahMu kepada saudara kami abdul hadi. amin'

Tanpa Nama berkata...

Saya masih ahli PKR malah pernah memegang status ketua penerangan cabang di Selangor. Kini saya sendiri hairan dengan perangai pemimpin PKR terutama si Azmin dan si DSWA. Kenapa mereka ini dalam mental berpenyakit sudah berjakit oleh kuman siege mentality. Apal hal masih merayu pada PAS. Tak tahu ke PAS sudah pasang strategy mata gergaji. BN menang dia ok, PR menang dia pun ok. Open your minds wider please!! Buat meta-analysis cukup2 apa yang PAS telah lakukan,dan bakal lakukan. Enough is enough.Saya nak cari borang baru ... lebih baik saya dan mari ramai2 join parti baru Amanah ... I feel Amanah is more strategic and having ingenuity in political gamesmanhip compared to PKR...hidup Amanah !!

Tanpa Nama berkata...

Amanah, kalau tak amanah dah tentu pangkhianat . PAS...........tukar..........jadi ..... Ler ..............amanah pangkhianat.

Malaysiabaru berkata...

saya sgt setuju!

soalan

adakah wan azizah mengkhianati perjungan anwar ibrahim kerana survival pkr?

adakah azmin ali sudah tidah tahu erti perjuangan krn sudah sedap dibuai kerus empuk MB untuk bertahan 12tahun lagi?

Tanpa Nama berkata...

Tak ada baca punya olang. 6.50 pm

Tanpa Nama berkata...

Hari ni.. PAS bukan lagi sebuah parti.. PAS adlh TGHH.. setiap bait yg keluar dr tuan presiden ibarat amanat yg tidak boleh dipertikai & dianalisis.. mana2 ahli PAS yg mempertikai dikira mengkhianati PAS..

Saiful berkata...

Pas.

Tanpa Nama berkata...

OOOOO

Tanpa Nama berkata...



Hj Hadi terang-terang se orang pengkhianat dan mengajar Azmin dan tiga lagi adun PKR untuk menjadi pengkhianat dalam masa ketika Hj Hadi terlampau marah kerana dua adun PAS menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Hj Hadi beriya-iya sungguh untuk menghancurkan PR ketika itu tetapi tidak sedar dirinya di mana. Permainan politiknya menunjukkan akal yang sangat dangkal.

Azmin tahu Wan Azizah tidak semudah itu akan mendapat perkenan Sultan dan Azmin pun tahu dalam tempoh enam bulan, PAS akan kencing kan dia. Jadi mana Azmin nak pergi selepas itu.

Kalau pemimpin Amanah pengkhianat, ini kerana guru yang mengajar menjadi mereka pengkhianat ialah Hj Hadi sendiri.

Jangan salah kan orang lain.


Mie berkata...

Hangpa ni tak tahu strategi politik ke.. gabungan di sgor adalah unik.. azmin kene seolah2 menarik rambut dln tepung.. cuba kita bilangan kerusi dun..

Tanpa Nama berkata...

Well we wait n c wat action dari parti PAS yg hanya tinggal golongan ulama tanpa golongan profesional.

DON THINK HANYA ADA ILMU AL QURAN DAN HADIS U CAN SURVIVE DLM DUNIA POLITIK KRN DUNIA POLITIK PERLUKAN ILMU DUNIA SUPAYA DPT BEZAKAN ANTARA REALITY DAN HANYA JANJI MANIS SHJ. DUNIA ADA SERIBU SATU MCM ORANG PERLU KITA HADAPI U THINK BY AVOIDING DAN HANYA TINGGALKAN GOLANGAN ULAMA CAN SOLVED THE ISSUE? WELL UP TO THEM TO THINK ABT IT.

Tanpa Nama berkata...

PAS tahu Azmin ada tanggung-jawab sebagai MB yang perlu jaga kestabilan dan kemakmuran Selangor. Jika pilihanraya sudah hampir dan semakin dekat mungkin dapat membantu Azmin membuat keputusan.

Parti PAS sahaja yang buat perangai macam ini. Jika PAS yang berkuasa atau yang menjadi MB , PKR tidak buat macam ini sebaliknya memberi sokongan dengan syarat PAS tidak mentadbir seperti UMNO dan seperti PAS di Kelantan yang tebang dan kebas balak berekar-ekar tetapi syarikat rugi. Kalau buat bisness hasil bumi pun boleh rugi, jangan harap lah nak jaga industri seperti di Selangor.

Dan begitu juga apa jadi pada pemimpin PAS yang mempunyai rekod yang baik di Kelantan, habis di tumbang kan jugak. UMNO pun tak buat macam PAS Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Sorry. Tertinggal yang ini.

Maksudnya PAS memerintah cara mengugut.

Itu lah yang PAS buat di Selangor.

PokAmid berkata...

Hadi la yg membuatkn PR dan partinya sendri dlm kecamuk. Tp walaun walaun masih pertahankn mr presideng yg makin hari makin pelik yg kluo drp mulut ulama no 2 dunia ni.

Teman fikio, tak usoh ler nk berkawan lagi dgn orang yang celupor mulut macam mr presideng ni.

Tanpa Nama berkata...

PAS berpolitik berdasarkan syariah Islam yang terkandong didalam Alquraan dan Hadis. Itjihad ulama diikuti bagi menyelesaikan masalah realiti. Bukan mengikut hukum akal sekular yang digunapakai oleh pihak tertentu seperti ilmu kebebasan sekular barat, ekonomi kapitalist barat,amalan kronisma,fitnah, menolak semua kebaikan yang dilaksanakan pihak lawan. Menolak budget 2016 membuktikan amalan buruk kerana budget tersebut memberi faedah kepada semua orang termasuk pembangkang. Tampa kelulusan budget elaun YB dan gaji kakitangan kerajaan tak boleh dibayar dan jabatan tak boleh berfungsi. Befikirlah dan bertindaklah secara rasional jangan ikut cara jahat.