Patut bai’ah cerai isteri jika ponteng sidang Parlimen – Amanah
Bai'ah cerai angkat martabat isteri dalam perjuangan Islam, kata bekas pemimpin parti Islam terdahulu kami.
Sesetengah menganggap lafaz bai'ah sebegitu kononnya mengangkat martabat isteri di sini agama.
Segelintir lain berpendapat lafaz sebegitu seakan lebih mempertahankan kepentingan partinya, berbanding kepentingan rakyat hatta kemuliaan Islam itu sendiri – Islam rahmat ke seluruh alam.
Sindir saya begini, jika parti Islam tersebut lebih mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, patut lafaz bai'ah cerai talak isteri jika ponteng perbahasan di parlimen.
Ini kerana ponteng persidangan Dewan Rakyat ertinya mengabaikan kepentingan rakyat terbanyak.
Mengutamakan Islam ertinya mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, berbanding kepentingan parti Islam terdahulu itu.
Kalau diri sendiri rajin ponteng sidang dewan rakyat di Parlimen, jangan pula lafaz bai'ah parti Islam berkenaan demi mengutamakan keserakahan politik melampau pemimpin parti Islam terbabit semata-mata.
Sesungguhnya Islam agama kasih sayang, maka pemimpin terbabit hatta parti Islam terdahulu elok jangan memperolok-olok kedudukan wanita atau agama Islam sendiri.
Islam memartabatkan institusi kekeluargaan atas rasa kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak, bukanlah sebaliknya.
Firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Maksud:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah Ar-Room: 22]
Jangan keserakahan politik melampau peribadi diri sendiri sampai mahu meruntuhkan institusi kekeluargaan umat Islam yang lain.
Kalau 'negara Islam' sekecil keluarga ini pun mahu diruntuhkan atas serakah politik peribadi, bayangkan jika pemimpin melampau terbabit mentadbir negara.
"Islam rahmatan lil alamin."
* Penulis ialah Ketua Penerangan Amanah Pulau Pinang.
ULASAN GB
Sudah banyak kali GB ulas mengenai isu ponteng parlimen ini. Petikan ulasan-ulasan GB sebelum ini:
Bai'ah cerai angkat martabat isteri dalam perjuangan Islam, kata bekas pemimpin parti Islam terdahulu kami.
Sesetengah menganggap lafaz bai'ah sebegitu kononnya mengangkat martabat isteri di sini agama.
Segelintir lain berpendapat lafaz sebegitu seakan lebih mempertahankan kepentingan partinya, berbanding kepentingan rakyat hatta kemuliaan Islam itu sendiri – Islam rahmat ke seluruh alam.
Sindir saya begini, jika parti Islam tersebut lebih mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, patut lafaz bai'ah cerai talak isteri jika ponteng perbahasan di parlimen.
Ini kerana ponteng persidangan Dewan Rakyat ertinya mengabaikan kepentingan rakyat terbanyak.
Mengutamakan Islam ertinya mengutamakan kepentingan rakyat terbanyak, berbanding kepentingan parti Islam terdahulu itu.
Kalau diri sendiri rajin ponteng sidang dewan rakyat di Parlimen, jangan pula lafaz bai'ah parti Islam berkenaan demi mengutamakan keserakahan politik melampau pemimpin parti Islam terbabit semata-mata.
Sesungguhnya Islam agama kasih sayang, maka pemimpin terbabit hatta parti Islam terdahulu elok jangan memperolok-olok kedudukan wanita atau agama Islam sendiri.
Islam memartabatkan institusi kekeluargaan atas rasa kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anak, bukanlah sebaliknya.
Firman Allah SWT:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِلْعَالِمِينَ
Maksud:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [Surah Ar-Room: 22]
Jangan keserakahan politik melampau peribadi diri sendiri sampai mahu meruntuhkan institusi kekeluargaan umat Islam yang lain.
Kalau 'negara Islam' sekecil keluarga ini pun mahu diruntuhkan atas serakah politik peribadi, bayangkan jika pemimpin melampau terbabit mentadbir negara.
"Islam rahmatan lil alamin."
* Penulis ialah Ketua Penerangan Amanah Pulau Pinang.
ULASAN GB
Sudah banyak kali GB ulas mengenai isu ponteng parlimen ini. Petikan ulasan-ulasan GB sebelum ini:
Presiden PAS menyatakan wakil rakyat yang tak letak jawatan akan dilaknat. Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Dr.Haron Din mengeluarkan "fatwa"nya haram gaji dan elaun jika wakil rakyat PAS menyertai parti lain.
Memang pelik dan teruk sekali kenyataan-kenyataan berkenaan kerana jika demikian, kesemua wakil rakyat PAS kena letak jawatan sebab PAS sendiri telah khianat denagn rakan-rakan sepakatan sehinggan Pakatan Rakyat kini sudah hancur binasa. Kesemua gaji dan elaun wakil-wakil rakyat PAS yang masih kekal di dalam PAS itulah yang sebenarnya haram kerana rakyat mengundi mereka bukan kerana mereka PAS semata-mata tetapi adalah kerana pada pilihanraya rakyat mengundi di atas dasar mereka adalah calon Pakatan Rakyat.
Jika mengundi di atas dasar PAS semata-mata, cuba lihat di kerusi-kerusi dimana pertandingan tiga penjuru iaitu di
1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Dun Seberang Takir (Terengganu)
7) Parlimen Labuan.
Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya terlepas kepada Umno/BN! Di Sungai Acheh PAS dengan calonnya Mohd Yusni Mat Piah TELAH HILANG DEPOSIT dengan hanya mendapat 690 undi. Jadi jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas dan PAS kecundang di tempat-tempat yang tidak dibantu rakan dari Pakatan Rakyat. Lagi mahu sembang kencang dan mahu tunjuk lagak.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan dimana calon-calon PAS yang khianat dengan Pakatan Rakyat itulah yang bakal dihukum oleh rakyat. Gaji dan elaun merekalah yang lebih "syubhah".
Selain itu sebelum ini GB pernah menyatakan bahaimana pula wakil rakyat PAS yang gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat sepertimana yang diamanahkan? Mengapa Majlis Syura tidak mengeeluarkan hukum tentang gaji dan elaun yang diterimanya? Petikan:
Seorang yang berjawatan Presiden Parti Islam, seorang yang bertaraf "ulama dunia" tetapi tidak menjalankan amanahnya sebagai wakil rakyat untuk hadir di Parlimen begitu banyak kali.
Haji Hadi telah ponteng sebagai ahli parlimen sewaktu tiga undang-undang penting dibahas dan diluluskan secara undian belah-bahagi iaitu, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Pindaan Akta Hasutan dan Undang-undang GST.
Dan yang paling teruk ialah semasa private bill disenaraikan di dalam agenda Dewan Rakyat kali kedua, YB Marang itu ponteng lagi malah ketika itu beliau berada di Jepun!
Kelmarin, sewaktu semua ahli parlimen pembangkang terpaksa berhimpun di Padang Kawad Menara Parlimen bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan penggunaan wang terbabit untuk kegunaan pilihan raya yang lalu, Haji Hadi ponteng lagi.
Rupa-rupanya beliau berada di Kelantan, mengeluarkan kenyataan dari sana akan memecat ahli PAS yang menyertai parti lain. Tidak uzur syarie.
Itulah sikap Ahli Parlimen Marang terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang ahli parlimen! Apakah tidak berdosa jika tidak menunaikan amanah atau dalam ertikata lain KHIANAT sebagai seorang ahli parlimen yang telah dipilih oleh rakyat? Apakah hukumnya memakan gaji buta itu? Beliau yang sepatutnya dipecat dari PAS kerana mengkhianati parti juga. Bukankah ahli parlimen juga ada mengangkat sumpah semasa ditabalkan menjadi seorang MP untuk berkhidmat dengan amanah dan jujur
Lepas tu hebat dan segera pula nak barua, celaka, mentololkan orang lain dan kini nak melaknat orang.
Kita menunggu hukum kebenaran dan keadilan yang akan terus berjalan untuk menghukum pimpinan tertinggi PAS dan PAS sendiri lantaran pengkhianatannya kepada rakyat. Nanti akan ketahuilah semua siapa yang barua, celaka, tolol dan terlaknat yang sebenarnya....
InsyaAllah, berani kerana benar!
Tetapi Presiden PAS sendiri tidak mengulas apa-apa mengenai apa hukumnya mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat dan apa hukumnya orang yang kerap ponteng parlimen dan tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang wakil rakyat dengan baik. (Setiap wakil rakyat perlu mengangkat sumpah dengan memulai WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" dihadapan speaker untuk menjalankan tugas dan tanggungjwabnya dan menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai wakil rakyat dengan jujur dan sedaya upayanya). Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu dilaknat Allah dan Rasulnya?
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Kerana kerap ponteng parlimen, parlimen tidak akan terima dan akan mencampak mereka yang ponteng itu keluar dari parlimen di pilihanraya akan datang!
23 ulasan:
Bahan fikir utk rakyat malaysia yg mahu menggunakan akalnya
Aduhai PAS:
Yang dipentingkan kesetiaan kepada parti
Yang ponteng sidang DUN & Parlimen saja tidak mengapa
Yang jadi ADUN & MP makan tidak buat kerja tidak mengapa
Yang mencaci maki sesama jemaah atas alasan cinta ulama tidak mengapa
Yang memijak gambar pemimpin sendiri atas alasan cinta ulama tidak mengapa
Yang membaca doa laknat untuk pemimpin sendiri atas alasan cinta ulama tidak mengapa
Yang mengeboo pemimpin sendiri atas alasan cinta ulama tidak mengapa
Yang mengkhianati perjanjian tidak mengapa
Yang memutuskan hubungan tidak mengapa
Yang mentakfiri sesama sendiri tidak mengapa
Yang meniupkan kemelayuan melebihi islam tidak mengapa
Yang penting semua dihalalkan atas kepentingan agama
Agaknya diapun maksum macam imam 12 syiah gak?
Ciri2 syiah sangatlah teserlahnya..
Yang penting pas dan unmo terus berkuasa, dan boleh terus Tikam cina Babi (kerana cina makan Babi?)
Yang lain Tak ape
tolong letak jawatang hj hadi
demi parrt islam dan perpaduang islam
Ramai yang berselindung disebalik kopiah, serban dan jubah, sedangkan hati penuh dgn syaitan. Ulamak tak maki org, tak tuduh tanpa siasat, tak ponteng parlimen , yang menyokong ulamak macam ni memang BUTA hati.
"WaLLAHI" di Ucap...Ponteng PARLIMEN
"WabiLLAHI" di Lafaz...Pon PONTENG Lagi
Ponteng Ke Jepun...PONTENG ke LONDON
Sape kah Peng KHIANAT??..Terang SEKALI!!!
"WataLLAH" di Lafaz...Me Langgar SUMPAH
Sumpah LIDAH...Peng Khianat Pem FITNAH
SUMPAH Pen CURI...Pe Nyamun RASUAH
Sorban & JUBAH...Men Dustai ALLAH
"WaLLAHI"..WabiLLAHI".."WataLLAHI"..di Ucap
Ponteng me MONTENG..Khianat mem FITNAH
Sesat MURTAD..Men CURI Me Nyonglap
Tak SEDARkan Diri..Menipu ALLAH
MURTAD itu...Tunggang TERBALIK
AUTA Si "Mabuk"..TAK Leh di PAKAI
Klentong MENIPU..Tak serik SERIK
Dah Terang GOBLOK..Nak Tunjuk PANDAI
Dah Terang BODOH..Nak Tunjuk PANDAI
Cahaya ALLAH...Me Nyuloh TERANG
IQ di Siku...Di Lutot si LEBAI
IQ yg Ciputt...Mudah di BANGANG
Amanah..AMANAH..Amanah..ALLAH
RAHMAT..NYA..Untuk..Seluruh ALAM
Sumpah...AMANAH...Terhadap UMMAH
Di GENGGAM Erat...Siang dan MALAM
Rahmat"NYA Untuk...Seluruh MAYA
Tasbih & TAHMID...Di Langit & BUMI
CITA dan CINTA...Ke Dakapan yg"ESA
Ter PATERI Kukuh...Ke Dasar HATI
Bagi menamankan kedudukan PAS dimata pengundi yang tidak berparti suruh Hj.Hadi letak jawatan sebab semenjaka dua menjak kebelakangan ini HJ.Hadi sebenarnay telah tersasar jauh dari perjuangan sebenar PAS Hj.Hadi hanya hendak memuaskan nafsu serakahnya yang tidak kesampaian diketika amanat Hadi tidak tercapai sewaktu diamanatkan,makanya sekarang semua apa yang diucapakan telah bercanggah dengan apa yang diperakui oleh jemaah sendiri,contoh terdekat Tuan Ibrahim Tuan Man tidask sehaluan pendapat dengan Hj.hadi sendiri,seorang cakap ayam seorang cakap itik,apakah pemimpin atasan PAS telah hilang fokus untuk memmimpin dan berjuangan untuk kepentingan rakayat.
PRU 14 nanti tahulah langit tinggi atau rendah
sesiapa yang rajin dan ada masa, boleh tak check kehadiran ahli parlimen sejak 2013 dan kita dedahkan kepada umum
Tapi hairan PKR masih menanti pas.so nampak disini pkr mcm tiada pendirian.Tiada ketegasan.Patut org yg khianat spt pas disingkirkan tp pas masih dilayan istimewa spt pr
2.0 pulak terhegeh2 nk pas.Makin bangga dan sombong bongkak lah si Hadi sbb parti lain masih menanti beliau.PKR tolong tegas sikit.Hadi byk Kali mengkhianati pr.kes pil kuda,kes mb selangor dan bermacam kes lagi tp kenapa PKR masih xserik.GB tlg bg pencerahan.. KALAU
Org khianat spt ini masih disanjung pkr.Apalah beza nya dgn umno yg mengangkat penyamun abg pemimpin..Aduhhhh.sedihnyaa aku sbg pengundi2 pembangkang
Ntahla.bosan betul. Pangkah bn la biar semua menderita lg puas ati.naik semua kos gst dsb
Hahahahahahaha
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Sikap UJUB adalah satu phenomena baru di abad ini. Ramai Ustaz2 suka memberi hukum dan dalam ilmunya kadang2 terlebih menonjol kehebatannya seolah-olah orang lain tidak pandai sepertinya. Sikap ini menjadikan lebai2 kita meraskan mereka berpengaruh sehingga mendorong pengikut2 nya menyokong secara tidak ilmiah. Inilah masalahnya. Baiah di Parlimen juga menggunakan perjanijian dengan Allah demi rakyat, sekiranya dia gagal melaksanakannya, adakah dia akan terlepas dari tanggungj jawap di akhirat. Fikir2 lah sendiri sekiranya anda mengejar jawatan kerana semuanya itu penuh dengan ujian.
persoalan
wan azizah mengkhianati perjuangan anwar ibrahim?
azmin tidak mahu lagi berjuang? mahu relaz goyang kaki di kerusi empuk MB untuk 12tahun lagi?
Keluar parti menggugat kestabilan parti. Ponteng sidang dun atau sidang parlimen pula tidak amanah kepada pengundi yang memberikan mandat dan kepercayaan. Keluar parti tetapi masih menghadiri sidang dun atau parlimen masih lagi menunaikan tanggung jawab sebagai wakil rakyat. Istiqamah dalam parti tetapi ponteng sidang dun atau parlimen sememangnya pecah amanah kepada rakyat yang mengundinya.
Mana yang lebih memberi mudarat kepada negara, ponteng sidang dun atau parlimen atau keluar parti. Bagi Pas, keluar parti itu lebih mudarat dan lantas digelarkannya pengkhianat. Baiah talak tiga kepada isteri adalah isi kandungan baiah Pas kepada wakil-wakil rakyatnya. Timbul persoalan adakah ada peruntukan dalam hukum-hakam perkahwinan Islam yang membolehkan wakil rakyat perempuan di Kelantan mentalak suaminya dengan talak tiga jika keluar parti.
Jika Izani Husin (MP Pengkalan Chepa), Zailah Mat Yusuf (MP Rantau Panjang), Rohani Husin (Adun Tanjong Mas) dan Mumtaz Mat Nawi (Adun Demit) keluar Pas, tertalak tigakah perkahwinan bersama pasangan mereka? Apakah isteri boleh mentalak suami? Harap-harap keempat-empat wakil rakyat ini tidak keluar Pas, dikhuatiri heboh diseluruh dunia muslimat Pas boleh mentalak suami menggunakan entiti baiah.
Sewajarnya wakil-wakil rakyat yang ponteng sidang parlimen atau dun melepaskan jawatan kerana tidak menunaikan tanggungjawab. Gaji dan elaun yang mereka perolehi adalah wang rakyat. Apakah Pas menganggap ponteng sidang dun atau parlimen itu lebih mulia daripada keluar parti? Parti hanyalah wadah politik, sedangkan menghadiri sidang dun atau parlimen adalah satu kemestian dan tanggungjawab. Jangan makan gaji buta. Gaji buta itu haram!
Keluar parti belum tentu mengkhianati rakyat.
Ponteng senyap-senyap sah-sah mengkhianati rakyat. Satu dah lah ponteng tapi depan rakyat macam dia bagus. Rakyat kena tipu dua kali.
Ada satu kerusi kosong. Kerusi kosong tengah-tengah ada lah mewakili Islam. Di sebelah Liberal dan sebelah lagi demokrat sekular. Yang rugi Islam. Buat malu.
Aku dah x hormat kat Aji Adi ni. Dia ingat dia ni ulama besar dunia??? Syurga dan neraka bukan kita yang menentukan ke mana kita di tempatkan.. Allah SWT akan menentukan. Sesungguhnya Allah maha mengetahui.
Sumbangan org cina terhadap ekonomi malaysia sgt besar..jgn mudah lupa jasa2 mereka..kamu asyik taksub dgn bangsamu apa yg kamu dapat..pemimpin2 kamu asyik main isu sentimen melayu utk terus berkuasa dan terus kayaraya walaupun curi harta rakyat secara 'halal', rakyat dibawah papa kedana umpama umpan cacing menyokong dan puja membuta tuli dan tak ubah mcm kuli batak...sedar2lah semuanya hanya mainan politik pemimpin2 besar melayu..tengok jamal yg ketuai baju merah, asyik main isu melayu utk dia terus kaya dgn pemilikan hotel dan perniagaan..yg dibawah apa dapat? Dpt letih dan penghinaan saja.
Mungkin PKR terkeliru menyangka pas masih disokong org melayu...sebenarnya sudah ramai org melayu meninggalkan pas secara senyap termasuk saya sendiri...nk tahu pas kuat atau tidak tunggu saja p-raya kecil dan dari situ tahulah org melayu sudah tidak bersama pas lagi.pas bakal.kalah teruk.
Dia cuma ulamak besar dunia tempurung,macam dunia katak bawah tempurunglah.
Jadi wakil rakyat PAS perlukan baiah.
Jadi ulamak dunia tak perlu baiah.
Demi maruah Islam Hj Hadi perlu lepaskan amanah sebagai ulamak dunia.
Apa saja yg keluar dari mulut hadi semuanya BUSUK DAN MENJADI DOSA ingatlah wahai hadi..tidak ada sepatah pun yg di ucapkan melainkan di catat oleh rokip dan atiq
Catat Ulasan