tag:blogger.com,1999:blog-363718045764250482.post1304094002694295662..comments2024-03-27T17:16:11.944+08:00Comments on KELAB GREENBOC: [WAJIB TONTON] Fiqh Malaysia Dokongan GHB Penuhi Realiti Politik MalaysiaAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/05470067752696277982noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-363718045764250482.post-12408700531324964642015-08-25T21:08:20.308+08:002015-08-25T21:08:20.308+08:00Nik beduh nak lawan nunji,
Dia nak buat kongres si...Nik beduh nak lawan nunji,
Dia nak buat kongres siku dan lutut.
Kongres apanya.kongres bedegar dalam fb sorg2 bleh laAnonymoushttps://www.blogger.com/profile/16347497158236589085noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-363718045764250482.post-68935100314465004952015-08-25T18:52:32.097+08:002015-08-25T18:52:32.097+08:00Ketetapan resolusi betul-betul menekankan kepada p...Ketetapan resolusi betul-betul menekankan kepada penghayatan Rahmatan Lil Alamin.

Insya-allah dengan keazaman yang kuat dalam menghayati ketetapan resolusi ini akan berjalan lah sekali pembangunan dan kemajuan masyarakat, keharmonian agama sehingga melahirkan rakyat Malaysia yang baru.

Disini tidak diutamakan penyatuan melayu, hak-hak melayu yang terhakis sebagai satu propaganda melemahkan melayu. Jika ini dapat di hentikan, kaum lain juga rasa aman dan secara tidak langsung hak mereka untuk hidup dalam aman telah tertunai.

Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-363718045764250482.post-14154855805098908582015-08-25T10:45:44.408+08:002015-08-25T10:45:44.408+08:00Ilmu tanpa amal ibarat pokok rendang yang tidak be...Ilmu tanpa amal ibarat pokok rendang yang tidak berbuah. Ilmu bukan sekadar teori sahaja tetapi melibatkan praktis. Sehebat mana pun ketinggian sesuatu ilmu tidak akan bermanfaat jika tidak diamalkan. Ilmu bukan untuk diarkibkan dan juga bukan untuk digedungkan di perpustakaan. Begitu juga dengan ilmu politik Islam. Ilmu politik Islam adalah sains yang memerlukan kajian yang mendalam. Politik Islam seperti yang digambarkan di dalam ayat-ayat al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab muktabar adalah berbentuk umum sahaja. Pengamal-pengamal politik Islam berkewajiban mengamalkan perjuangan berdasarkan kerangka prinsip-prinsip agama, tetapi mestilah menggunakan pendekatan-pendekatan "mesra" yang memungkinkan masyarakat setempat dapat memahami dan seterusnya menerimanya.

Berbeza dengan Pas, GHB menggunakan pendekatan menerangkan tetapi tidak menyerang dan menghukum. GHB hanya akan melaksaanakan hukum-hukum Islam setelah mencapai kemenangan. Pas pula terlalu gopoh ingin melaksanakan hukum Hudud dalam situasi belum ada kuasa di parlimen. Perlembagaan negara hanya boleh dipinda jika mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan Pas hanya ada 21 orang ahli parlimen.
Ini bermakna Pas kekurangan 127 orang ahli parlimen untuk mendapat mandat meminda perlembagaan negara. Pas termakan dengan janji "manis" Umno untuk menyokong RUU Hukum Hudud di Kelantan. Sehingga kini Hadi Awang masih gagal membentangkan "bill persendirian" RUU Hukum Hudud di parlimen. Pas terlalu ghairah untuk melaksaanakan Hukum Hudud yang natijah nyata Pas berpecah.

Islam tidak mendapat manfaat dari perpecahan Pas. Pas menjadi lemah dan GHB pun tidak diketahui lagi akan kekuatannya. Presiden Pas, mencaci dan menghalau ahli-ahli yang tidak sehaluan dengan beliau. Pas menggunakan pendekatan cerca, halau dan pujuk. Presiden Pas juga mencabar golongan progesif Pas agar menubuhkan parti sendiri. Pujukan Pas tidak memungkinkan golongan progesif kembali ke pangkuan Pas. Apabila golongan ini berjaya memberikan kenyakinan tentang prinsip perjuangan dan pendekatan, maka ramailah pimpinan Pas di semua peringkat, bekas pemimpin dan orang awam menyertai parti baharu ini. Harap-harap pertembungan Pas dan GHB tidak menguntungkan BN. Jika salah percaturan Umno yang terlalu lemah kini, mampu meraih kemenangan pada PRU 14 jika berlaku bertembungan tiga penjuru antara Pas, GHB dan BN.Dr.Paridul Adras Ismailhttps://www.blogger.com/profile/17326897206351625331noreply@blogger.com