24 Ogo 2015

[VIDEO] Lebih Ramai Letak Jawatan Dalam PAS...


91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan

JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.

Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam. -SH

151 AJK Pas KJ, Subang Jaya Letak Jawatan

PAS hari ini menyaksikan peletakan jawatan besar-besaran peringkat tertinggi kepimpinan Selangor yang membabitkan kawasan Kelana Jaya dan Subang bagi menyertai parti serpihan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim berkata, tindakan itu membabitkan 87 jawatan di peringkat PAS kawasan, manakala di Subang, sebanyak 64 jawatan dilepaskan.

"Peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini dibuat bersama dengan 18 orang lagi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kelana Jaya bagi sesi 2015 dan 2017.

"Selain itu, timbalan ketua muslimat, bendahari dan 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS kawasan turut sama meletakkan jawatan.

"Naib ketua Pemuda serta 3 lagi AJK Dewan Pemuda PAS kawasan juga meletakkan jawatan," kata Isham pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Katanya, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini dan notis akan diserahkan kepada PAS Pusat pada esok hari.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya meletakkan jawatan dalam parti sahaja tetapi semua mereka yang terlibat masih kekal sebagai ahli PAS.

Beberapa hari lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama 183 lain mengumumkan pelepasan jawatan parti mereka bagi tujuan yang sama.

Isham juga mengakui akan kekal sebagai ahli PAS sehinggalah mereka menyerahkan borang menyertai parti GHB secara rasmi di mana mengikut perlembagaan, keahlian akan terbatal secara automatik.

"Kepimpinan tertinggi PAS kata, kalau kita mahu masuk GHB kena lepas jawatan. Jadi, ini yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata, memandangkan peletakan jawatan di peringkat kawasan Kelana Jaya melibatkan dua pertiga daripada ahli jawatankuasa, maka mereka menyerahkan kepada PAS Pusat untuk mengambil alih pentadbiran kawasan tersebut.

Ditanya sama ada tindakan melepaskan jawatan itu akan menyaksikan pemilihan semula dilakukan, beliau menolak perkara itu.

Beliau juga mengakui membuat keputusan melepaskan jawatan dalam parti dan menyertai GHB kerana kecewa terhadap kepimpinan PAS.

"Kita semua kecewa, sebab itu kita sertai gerakan ini. Kalau dulu kita lihat PAS ini apabila menjalankan pakatan dengan DAP dan PKR, pendekatan sudah lebih 'sentrik'.

"Namun kini berubah menjadi seperti sebelumnya, yang lebih konservatif," katanya.

Pada masa sama beliau turut mendedahkan akan ada lagi kawasan yang akan mengikuti tindakan mereka melepaskan jawatan dalam parti.

"Bermula esok, kita jangkakan peletakan jawatan secara besar-besaran. Kita dimaklumkan, Kuala Langat dan Hulu Langat akan membuat pengumuman minggu depan," katanya.

13 Julai lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Ia dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di mana parti tersebut akan melengkapkan Pakatan Rakyat 2.0.
- TMI



SIDANG AKHBAR
PROGRAM HIJRAH HARAPAN BARU JELEBU.

Tujuan:

1. Mengumumkan hijrah parti
2. Meletak jawatan dlm parti lama
3. Memudahkan pengurusan baru utk mengurus dan mentadbir PAS Jelebu.


Tarikh : 28 Ogos 2015 ( Jumaat )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Harapan Baru Jelebu, No.10, Bangunan Kedai, Tmn Cengal, Petaling, Kuala Klawang,Jelebu,NS.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.


ULASAN GB

"Gembira...gembira"....

Demikian kata Presiden PAS ketika mengulas ramainya ahli PAS yang meletakkan jawatan dan bakal meninggal parti.

Jarang sekali kita akan mendengar orang akan menggunakan perkataan "gembira....gembira" untuk menggambarkan "kesukaan" atau "keriangan". Biasanya yang terungkap ialah perkataan "saya suka" atau mungkin kalimah "saya bersyukur" atau "alhamdulillah"..

Seorang ahli bahasa dan psikatri mampu menilai perkataan yang dipilh dengan perasaan sebenar yang wujud di dalam diri seseorang. Pemilihan perkataan "gembira" untuk menggambarkan isi rasa hati tidak berapa kena dari sudut bahasa. Ia tidak tulen. Dan ia tidak dilakukan oleh seseorang yang rasional. Justeru apabila disebutkan "gembira..gembira", ia sebenarnya satu "camouflage" terhadap satu perasaan lain yang sebenarnya melandai jiwa orang yang bertutur. Menutup satu perasaan "kecewa" dan "geram".

Biarlah dia begitu. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan jua... dan telah pun diketahui 'hal yang sebenarnya" disebalik perkataan "gembira..gembira" itu. Baca di sini: Mula-mula HALAU, Lepas Tu GEMBIRA, Tiba-tiba GERAM & KECEWA..



ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




17 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Salam jahanam

Sebentar tadi ringgit jatuh lagi... Cecah MYR4.25...

Tolonglah sokong bersih 4.0

Jgn tunggu 1juta org di buang kerja pada tahun 2016
Jgn tunggu inflasi cecah 8%
Jgn tunggu tunggu penganguran 15%

Jom bersih !

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan selamat berjuang kepada seluruh ahli dan simpatis ghb atau parti baru islam yang bakal dimahsyurkan pada 31 ogos nanti. Tidak diragukan lagi tindakan tuan puan adalah sah kerana hj abd hadi sendiri yang menggalakkan tuan puan menubuhkan parti sendiri. Jadi tidak timbul soal terikat dengan baiah lagi. Jangan diungkit2 lagi soal baiah ini.

Nampaknya negeri johor, melaka, negeri sembilan, selangor dan menteri2 di pantai barat pula menjuarai kebangkitan rakyat kali ini. Sungguh hebat perancangan Allah. Sungguh, Dia memilih siapa sahaja untuk bangkit membela orang2 yang tertindas. Dulu Dia telah memilih golongan tertentu yang sepatutnya berjaya menzahirkan keindahan islam sebagsi rahmat seluruh alam tapi malangnya golongan itu sekarang lebih memusuhi sesama islam hingga ada pula titah perintah dari ulamak mereka supaya tumpahkan darah saudaranya sendiri.

Bangkitlah seluruh rakyat malaysia. Masa sudah suntuk. Tidak lama lagi kemusnahan negara secara nyata bakal terjadi. Sistem politik sudah pun musnah kerana bn mencapai kemenangan dengan sogokkan. Sistem kewangan menuju jurang kebinasaan kerana ringgit jatuh hingga pak arab pun menolaknya. Padahal orang malaysia adalah juara shoping se dunia hingga pak arab pun harus belajar bahasa melayu. Sistem sosial juga hancur, tiada lagi nilai2 kemanusian sesama insan sampai buang anak merata2. Sistem pertahanan semuanya singapore control yakni pilot kita kena melapor untuk masuk ruang udara kita sendiri. Sistem kehakiman, najib kepala penyamun mesti diberi tabik hormat kalau melawat penjara sungai buloh. Ini betul gila punya undang2.

Kalau sudah begini parah dalam semua sistem yang memayungi rakyat, jangan lagi tuan puan buang masa. Sertai parti baru tajaan ghb ini dengan kadar segera.

Selamat datang. Ghb adalah pilihan yang tepat.

Unknown berkata...

Hadi awang kata geng yg keluar pas sebagai nyamuk kecik jje.
Dia tak tau ke nyamuk kecik la penyebab kematian denggi dan malaria

Unknown berkata...

meseg yang jelas dan berfakta perlu dihantar ke PAs Pantai Timur agar membuka mata dan minda.

PR 2.0 mesti diperkasakan demi menghumban UMNO.
Ahli PAS kena menyokong gagasan ini sehingga UMNO tumbang.

PAS akan tetap dengan perjuangannya yang sempit dan eksklusif.
Sedangkan sempadan dunia sudah berkecai.

Kukuhkan GHB sampai mampu menjadi parti Islam terbesar dan menjuarai rakyat seluruh Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Hanya untuk mengubat hati. Gumbira gumbira. Sebenarnya kuciwa kuciwa. Itulah jadinya bila bercakap besar dan sombong.

Tanpa Nama berkata...

Dan jangan lupa nyamuk kecik jugalah yang memakan otak Namrud dan menggigit Iskandar Zulqarnain hingga jatuh sakit.

Abdul Said berkata...

Mana tuan presiden tak jadi nyanyok, Diorang ramai-ramai ni bukan keluar dari parti PAS. Diorang cuma letak jawatan sahaja. Sepatutnya geng-geng serban kenalah rebut peluang mingisi jawatan-jawatan kosong dengan orang-orang mereka. Jangan bagi peluang langsung kepada geng pro, hatta jawatan jaga bangunan ibu pejabat pun kena tarok orang serban.

Dalam sibuk-sibuk pasal ahli-ahli letak jawatan, PAS takde ke komen pasal ringgit jatuhke, ramai penganggur, kos sara hidup naik, ramai tak mampu menyara keluarga dan virus rasuah sudah merata sampai ke pejabat ugama. Takde nak ulas ke? Takde nak bagi kesedaran ke? PAS UMNO, UMNO PAS sama saja!!!

Tanpa Nama berkata...



Lihat ZAHIR kusut WAJAH nya
BATIN mengalir idea nya CELARU
Bundar MATA nya tak tentu HALA
Jiwa terSIKSA tak sape yg'TAHU


Alangkah BERANI nya menipu ALLAH
Bukankah ITU menipu DIRI?
Alangkah TOLOL nya bermain FITNAH
Bagaikan MENIKAM diri SENDIRI


Alangkah TOLOL nya mendustai ALLAH
Ibarat MEMERANGI Alam-SEMESTA
Rasuah-FITNAH menjahanamkan UMMAH
ALLAH-memerangi "pembuat" SENGKETA


Bermain FITNAH..mendustai TUHAN
Mendustai TUHAN..memerangi ALLAH
Begitu lah siTOLOL ditahap GABAN
Songlap-FITNAH...KERINGAT ummah


Mendustai TUHAN...memerangi ALLAH
SORBAN dibelit KETAT dan rapi
Apakah MALANG..apalah JADAH
Si Bapak FITNAH yg ter'TOLOL sekali


Hidup GELAP...KELIRU kelabu
Terjerat HARTA...NOBAT kuasa
Songlap-FITNAH hebat kah AKU???
BerPERANG khadrat ALLAH yg'ESA!????


Bukankah PASRAH...sbnr7PASRAH
Jgn seSEKALI....memerangi TUHAN
LANGIT dan Bumi pasrah-MENYERAH
"KASEH" berCAHAYA...beGEMERLAPAN

Tanpa Nama berkata...



Lihat ZAHIR kusut WAJAH nya
BATIN mengalir idea nya CELARU
Bundar MATA nya tak tentu HALA
Jiwa terSIKSA tak sape yg'TAHU


Alangkah BERANI nya menipu ALLAH
Bukankah ITU menipu DIRI?
Alangkah TOLOL nya bermain FITNAH
Bagaikan MENIKAM diri SENDIRI


Alangkah TOLOL nya mendustai ALLAH
Ibarat MEMERANGI Alam-SEMESTA
Rasuah-FITNAH menjahanamkan UMMAH
ALLAH-memerangi "pembuat" SENGKETA


Bermain FITNAH..mendustai TUHAN
Mendustai TUHAN..memerangi ALLAH
Begitu lah siTOLOL ditahap GABAN
Songlap-FITNAH...KERINGAT ummah


Mendustai TUHAN...memerangi ALLAH
SORBAN dibelit KETAT dan rapi
Apakah MALANG..apalah JADAH
Si Bapak FITNAH yg ter'TOLOL sekali


Hidup GELAP...KELIRU kelabu
Terjerat HARTA...NOBAT kuasa
Songlap-FITNAH hebat kah AKU???
BerPERANG khadrat ALLAH yg'ESA!????


Bukankah PASRAH...sbnr7PASRAH
Jgn seSEKALI....memerangi TUHAN
LANGIT dan Bumi pasrah-MENYERAH
"KASEH" berCAHAYA...beGEMERLAPAN

Tanpa Nama berkata...

Langit petang kelihatan cerah
Menanti senja beransur lalu
Luka ditangan nampak berdarah
Luka dihati sendiri lah tahu


Kalau berjanji mesti ditepati
Jangan jadi macam Hadi
Lain di mulut lain di hati
Hudud di buat tidak menjadi

Mat Sabu kekanda ku
Tubuh AMANAH parti baru
Tinggalkan PAS, jangan ragu-ragu
Untuk gembirakan Hadi selalu

Unknown berkata...

Kita sokong yg terbaik untuk negara kita...

Tanpa Nama berkata...

Najib dan Hadi dua-duanya presiden pelingkup parti masing2 yg akan tercatat dlm sejarah politik Melayu dan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Nak komen amende..kat kelantan lebih teruk dari tu...terlalu ramai rakyatnya ke luar utk cari mkn kat negeri2 lain..hasil balak dah byk kurang sehingga tak ada lagi kawasan balak nk ditebang..mangsa banjir bersabarlah dan byk2 berdoa semoga rezeki Allah turun dari langit.

Unknown berkata...



salam sya harap greenboc ni jgn kerap keluaq crite GHB..... Buat panas Haji Hadi aje....bagi sya semuanya kerje Islam so .....saling tolong menolong lah ...baru betul.... ingat musuh kite ialah umNO. tapi x tahu lah HJ Hadi dan HarunDin tu suke kat Najib pulak....apa pun bincang baik baik.

Rakyat perlu tiukar kerajaan so pemimpin perlu sehaluan lah.....

U all tahu ringgit dh x laku tau....org biznes teruk giler bygkan dgn 4.3 .....semuanya mahal.

so hj hadi matSabu dan yg sewaktu dgnnya bawa berbincang....okay



Tanpa Nama berkata...

Najib dan hadi xkan kekal lama dikala rakyat menolak.Najib berkubur bersama umno dan hadi bkubur mbawa pas.hukum kebenaran akan terserlah juga yg penting rakyat xpernah kenal lelah erti prjuangan.Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...

Relek lah, ulama pas suci mulia masih as a sokongan kuat daripada 3 Juta ahli umno.

Siapa hairan undi cina sikit tu? Siapa hairan undi kuda dap yang sikit?

Tanpa Nama berkata...

Mungkin Hj Hadi menterjemahkan perkataan gembira dari Bahasa Arab kot ?