30 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] BERSIH 4.0 Disambut Di Serata Dunia -UPDATED

Bersih Global bermula di serata dunia

Sementara beribu peserta turun padang ke Kuala Lumpur di perhimpunan Bersih 4 hari ini, beribu lagi melakukan perkara yang sama di serata dunia dalam cara mereka tersendiri.

Di Perth, Australia, rakyat Malaysia berkumpul sejak pagi di Langley Park untuk perhimpunan Bersih 4 mereka sendiri yang dianjurkan Bersihkan Malaysia Perth dan Malaysian Progressive Australia.

Gambar-gambar dimuatnaik ke laman Facebook Bersih 4 Perth, menunjukkan para peserta – ramai antara mereka memakai kemeja-T kuning Bersih 4 dan memegang bendera Malaysia – berkumpul di tempat pertemuan di Langley Park sementara mereka bersedia untuk berarak ke arah Konsulat Jeneral Malaysia di Adelaide Terrace berhampiran.

Terdapat juga gambar menunjukkan Hyundai Veloster kuning yang diparkir di pintu gerbang bangunan Konsulat Jeneral tersebut. Nombor plat kereta tersebut tertera 'BERS1H'.

Pengguna Facebook Soon Yee Yap yang memuat naik beberapa gambar himpunan menulis, "Langit juga cerah untuk perhimpunan ini. #Bersih4 #Bersih4Perth."

Di Canberra, kira-kira 100 rakyat Malaysia berkumpul di hadapan Rumah Parlimen dalam solidaiti bersama rakyat Malaysia di seluruh dunia menuntut reformasi dan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Global Bersih di ibu kota Australia.

Kumpulan tersebut berkata mereka juga menuntut Najib menyerahkan akaun banknya untuk dilihat awam bagi semua penemuan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Najib sedang mengambil semua langkah yang ada untuk melindungi korupsi. Beliau dengan angkuh mengendahkan harapan rakyat Malaysia untuk integriti dan keadilan.

"Beliau sudah kehilangan semua kesahihan untuk kekal di dalam jabatan," kata Sum Dek Joe, jurucakap Global Bersih di Canberra dalam satu kenyataan.

Beliau berkata penting bagi rakyat Malaysia di Canberra untuk menyatakan pendirian tentang isu yang mereka bimbangkan tentang perkembangan politik dan ekonomi di Malaysia dan kerap mengikuti berita atas talian.

"Sesetengah pelajar Malaysia juga di bawah tekanan yang kuat kerana kejatuhan ringgit yang mendadak, yang bermakna keluarga mereka perlu membayar lebih wang untuk membiayai pembelajaran mereka di Australia."

Perarakan tersebut yang dianjurkan bahagian global kumpulan reformasi itu bermula pada 3pm (Australia Eastern Standard Time), merupakan perhimpunan Malaysia yang terbesar pernah berkumpul di Canberra.

Ini kali ketiga rakyat Malaysia di Canberra berkumpul dalam solidariti di bawah nama Bersih. Mereka berkumpul sebelum ini untuk perarakan Bersih 2.0 ada 2011 dan Bersih 3 pada 2012.

Suasana dan semangat untuk berdiri dalam solidariti dengan rakyat Malaysia juga dilihat di Sydney dan Melbourne, Australia.

Di Sydney, rakyat Malaysia berkumpul di Dewan Bandaraya di George Street untuk meluahkan kebimbangan mereka tentang situasi di Malaysia dan kekecewaan mereka dengan kepimpinan kerajaan.

Di Melbourne dan Brisbane, beribu rakyat Malaysia dan rakan-rakan berkumpul di Federation Square untuk tujuan yang sama.

Peserta perhimpunan di merata dunia juga berkongsi saat Bersih 4 mereka di lokasi masing-masing melalui kumpulan Global Bersih di Facebook dan Twitter.

Terdapat peserta perhimpunan Bersih 4, sama ada dalam kumpulan besar atau kecil atau sebagai individu, di Freedom Square Taipei, Taiwan, Suzhou di China; Wellington dan Auckland di New Zealand; Ontario, Kanada, Switzerland, Perancis; Singapura, Mongolia, Qatar dan juga Timor Leste.

Sebuah kumpulan berpakaian kuning juga berkumpul d University of Washington di Seattle, Amerika Syarikat dalam satu gambar di Twitter.

Terdapat juga program solidariti di dalam laut, di mana penyelam di Bali mengambil gambar bawah laut dengan kain rentang kuning Bersih 4. -TMI


CHRIST CHURCH NEW ZEALAND

DOHA, QATAR

JAKARTA

MELBOURNE, AUSTRALIA

CANBERRA, AUSTRALIA

LONDON

HONG KONG

ULAANBATAR, MONGOLIA

ONTARIO, KANADA

PHNOM PHEN, CAMBODIA

SUZHOU, CHINA

SYDNEY, AUSTRALIA

TAIPEI, TAIWAN

TOKYO, JEPUN

WELLINGTON

BALI, INDONESIA














ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah besok kita tuuuruuuunnnnn.

Malaysiabaru berkata...

Tahniah bersih 4.0

BERSIH

Adalah untuk semua...

Dari africa hingga ke Mongolia dan dari iceland hingga ke Australia

Semua ahli umno di jemput pada hari ahad

Datanglah ....

anuariun zaidin berkata...

Sayang ,pas tidak bersama......

Abdul Said berkata...

PAS tidak bersama kerana ia berjuang untuk bangsa Melayu macam UMNO. Ugama hanya topeng untuk mengabui mata orang yang malas atau tidak tahu berfikir. Sudah jelas aksi PAS terhadap kes-kes salahlaku, penyelewengan, salah guna kuasa dan khianat. Mereka sanggup bersekongkol dengan siapa saja untuk survival. Mereka tidak mahu menginggalkan rakan-rakan mereka di Somalia, Afghanistan, Iraq, Sudan, Libya , Mali dan seangkatan. Mereka ingin mengekalkan rekod dan 'trade mark' bahawa negara yang majoritinya umat Islam tidak boleh dipisahkan dengan rasuah dan penyelewengan!!!!

semutapi berkata...

Pas dalah sebuah parti yang bersih dan suci mana boleh keadaan macam tu berdosa kih...kih...kihhhh

Tanpa Nama berkata...

apa nk buat pemimpin pas masih ingat ini zaman malayan union......sama mcm umnu.....sebijik

Tanpa Nama berkata...

Tahniah semua!!