Keadaan di ibu negara dengan kehadiran ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 masih terkawal sekakat ini.
Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Peserta yang mula berkumpul di beberapa lokasi sejak awal pagi, dilihat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.
Sehingga jam 4.20 petang, jumlah peserta BERSIH 4 kini dianggarkan melebihi 100,000 orang.
10.25pm Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Raja – Dianggarkan 10,000 orang masih cekal berhimpun sambil melaungkan slogan "Bersihkan negara" dengan dipimpin bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.
Para peserta yang keletihan dilihat berehat di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dan mengambil peluang untuk membeli makanan ringan dan minuman.
9.59pm: Ada peserta mula memasang khemah untuk bermalam di Jalan Raja, berhampiran Dataran Merdeka.
9.47pm: Kumpulan muzik BangsArt mula membuat persembahan.
9.40pm: Paluan gendang dengan sorakan Bersih mengalu-alukan ucapan daripada aktivis Adam Adli.
“Kami akan jaga negara ini untuk kamu semua. Untuk anak-anak kami, kami janjikan masa depan yang lebih baik daripada kami. Kita rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri. Kita hanya akan berhenti berjuang apabila berjaya capai kemenangan.”
9.37pm: Maria Chin ucap terima kasih kepada Dr Mahathir kerana datang ke Dataran Merdeka.
“Terima kasih kerana datang. Kami jemput semua dan harap lebih ramai orang daripada Umno menyertai kami kerana ini adalah desakan negara untuk perubahan.”
9.22pm: Simpang Jalan Raja-Jalan Parlimen - Pemimpin GHB, Mohammad Sabu dalam ucapannya menggambarkan Jho Low sebagai usahawan yang mencuri wang.
Beliau dengan berjenaka berkata, isteri PM, Rosmah Mansor akan "kurus" jika melihat jumlah hadirin pada malam ini.
Katanya, Najib juga kini lebih teruk dari Mahathir.
"Walapun dia (Mahathir) menghadapi beberapa isu, beliau berpendapat Najib lebih teruk dari dia," katanya yang disambut dengan ketawa oleh para hadirin.
9pm: Tian Chua memberitahu Malaysiakini, kedatangan Mahathir menunjukkan bekas PM itu sendiri memberi sokongan kepada BERSIH.
Ia juga menunjukkan Mahathir akur bahawa saluran paling berkesan untuk membetulkan keadaan dan buat perubahan ialah melalui kuasa rakyat, katanya.
"Ini bagi saya satu kemenangan rakyat Malaysia dalam menarik sokongan dari semua pihak.
"Mahathir terpaksa juga akur kuasa rakyat itu ialah saluran paling berkesan."
8.35pm: Jalan Raja - Mandeep Singh, aktivis BERSIH beri jaminan kepada polis bahawa para peserta tidak akan melepasi sekatan di Dataran Merdeka.
"Kami akan bekerjasama dengan polis untuk mengekalkan keamanan dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh 28 jam."
Terdahulu, Mandeep menemui ketua polis daerah Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh.
8.10 pm: Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 menyuntik semangat baru kepada peserta.
Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka sebentar tadi Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.
"Ini kuasa rakyat," katanya.
Berjalan di belakang Mahathir, Siti Hasmah dikerumuni peserta BERSIH 4 yang ingin bersalaman dengan beliau.
Walaupun situasi agak sesak beliau kelihatan tenang berjalan dengan pakaian baju kurung berwarna biru muda breserta selendang yang dililit di leher.
6.43pm Persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Raja - Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberi peringatan supaya orang ramai tidak merempuh halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa.
"Kita tak akan sokong sesiapa yang rempuh barricade. Kalau nampak orang nak rempuh, halang dia. Kita tak akan masuk dalam Dataran," katanya.
Beliau meminta orang ramai supaya bermalam di persimpangan jalan dan tidak masuk ke kawasan Dataran.
6.20pm Jalan Tun Perak -Pasukan berbasikal BERSIH menjadikan sebuah tempat di Jalan Tun Perak untuk mengumpulkan sampah-sampah.
Kelihatan puluhan bungkusan sampah dilonggokkan setempat di tepi jalan.
Salah seorang anggota pasukan itu Shuk Yi berkata mereka menyediakan seratus ribu beg sampah dan kini telah mengumpul lebih kurang 8,000 unit.
Terdapat 25 orang sukarelawan berbasikal BERSIH.
5.50pm: Dataran Merdeka - Pemimpin Jingga 13, Fariz Musa mengumumkan perhimpunan berehat seketika sebelum bersambung pada jam 9 malam ini
Peserta kelihatan mula bersurai ke pelbagai arah meninggalkan Dataran Merdeka.
5.45pm: Dataran Merdeka - Penganjur BERSIH 4 berkata jumlah kehadiran setakat ini ialah 200,000 orang.
"Ada 200,000 orang berkumpul secara aman di Kuala Lumpur untuk BERSIH 4. Tahniah kepada semua," kata kenyataan yang dibuat melalui platform Prime itu.
Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menganggarkan kehadiran - pada jam 3 petang tadi - adalah seramai 25,000 orang.
Anggaran Malaysiakini melalui wartawannya pula adalah 100,000 orang ketika kemuncaknya pada jam 4 petang.
Senator Australia, Nick Xenophon didakwa menghadiri sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di Adelaide, hari ini.
Menerusi sebuah perkongsian di laman twitter @AmritaMalhi, Xenophon didakwa memberi ucapan dan mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
5.15pm: Dataran Merdeka - Polis Kuala Lumpur berkata mereka berpuas hati dengan cara perhimpunan hari ini dijalankan.
Ketuanya, Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis berharap perhimpunan itu akan berlangsung aman hingga akhir.
Star Online melaporkan, polis menganggarkan jumlah kehadiran hari ini adalah 25,000 sehingga jam 3 petang tadi. (Tak apa ler 25,000 kata polis... walaupun sumber lain menyatakan lebih 100,000 -GB)
4.55pm: Pasir Gudang - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih "memikirkan" sama ada akan turun menyertai perhimpunan BERSIH 4 atau tidak esok.
"Saya masih berfikir," katanya ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan menyertai himpunan aman itu Ahad ini atau sebaliknya.
Terdahulu Mahathir menghadiri program Bicara Negarawan bertajuk "Malaysia hari ini: Ke mana kita” di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor
Lebih 3,000 orang hadir
4.30 pm: Dataran Merdeka - Aktivis masyarakat dan bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata himpunan hari ini menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa suara rakyat tidak boleh diabaikan.
Beliau juga mendakwa perhimpunan hari ini adalah BERSIH terbesar pernah diadakan setakat ini.
Selepas ucapan itu, ketua Jingga 13, Fariz Musa meminta poeserta duduk dan memberi laluan kepada petugas perubatan kerana ada seseorang diserang sakit jantung.
4.18pm: Dataran Merdeka - Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam ucapannya berkata, semua peserta perhimpunan hari ini datang kerana mereka adalah "rakyat Malaysia" untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.
Kata Maria, perdana menteri tidak bertanggungjawab kerana amalan rasuah berlaku dalam negara ini.
"Oktober ini kita mesti usulkan undi tidak percara kepada perdana menteri," katanya.
4pm: Dataran Merdeka - Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4.
3.48 Jalan Raja Laut -- Ribuan peserta demonstrasi duduk di atas jalan raya sambil menonton persembahan kumpulan pemuzik protes BangsArt. Vokalisnya Amir Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram. 'Awesome', kata lelaki Norway
3.3pm Jalan Raja Laut - kumpulan dari Sogo telah tiba di Dataran Merdeka. mereka semua membunyikan vuvuzela dan bersorak.
Seorang warganegara Norway yang telah menetap di negara ini selama setahun berkata, perhimpunan BERSIH bagus bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih demokrasi.
"Saya rasa ia awesome dan penting kerana Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang antirasuah dan sebuah negara yang berdemokrasi," katanya yang mahu dikenali sebagai Cessile.
3.30pm Anggaran peserta: 80,000 orang dan makin bertambah.
,br> 3:10pm Sogo - Peserta di Sogo kini berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan reformasi.
3.05pm Sogo - Menteri Besar Selangor Azmin Ali kini berucap.
Beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.
"Dengan kehadiran begini, saya yakin kita mampu singkirkan Najib dari Putrajaya," katanya.
3.06pm Dataran Merdeka - Seramai 20,000 berada dekat Dataran Merdeka. Seorang ulama PAS yang kini bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) memberikan ucapan.
3pm Masjid Negara – Peserta bergerak dari Masjid Megara menuju ke arah Dataran Merdeka.
2.55 petang: Mat Sabu dengan Kit Siang mula bergerak ke Dataran Merdeka
Mat Sabu dalam ucapannya sebelum itu meminta "kita bergerak pelahan-lahan ada 33 jam tidak perlu berlumba-lumpa. Jalan macam ala mak inang Pulau Kapas.
"Bila ada tempat berhenti kita berhenti. kita terus ke Dataran Merdeka jangan masuk kawasan padang. Kerusi sudah diatur untuk sambut Merdeka.
Jangan kacau langsung. Ikut arahan.kita sudah buat banyak kali, kita disiplin. Elakkan provokasi. Ikut acara yang diatur Bersih. Sehingga 12 malam esok selepas doa dibaca baru kita bersurai," katanya.
2.40pm: Dataran Merdeka – Dipimpin seorang wanita daripada Batu Pahat, Jacqualine Neo, lebih 10,000 orang menyanyikan lagi Negaraku di Dataran Merdeka.
Keadaan sebelum itu hingar bingar dengan tiupan vuvuzela.
Kawasan padat. Beberapa orang peserta mengadu talian telefon bimbit mereka terputus.
2.30pm: Peserta dianggarkan 50,000 orang, berdasar pemerhatian Malaysiakini.
2.20pm Masjid Jamek – Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berucap.
Beliau berkata orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul kerana tidak boleh lagi menerima amalan rasuah dalam negara.
Beliau mengingatkan akan berkumpul secara aman selama 34 jam seperti dirancang.
“Boleh tidur di tepi jalan atau atas rumput. Semuanya boleh. Dan kita akan berada dalam keadaan aman,” katanya.
2.06pm Masjid Negara – Di perkarangan masjid, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata orang ramai berkumpul kerana hendak menyelamatkan negara supaya tiada krisis politik dan ekonomi.
“Kita mahu ketelusan dalam kerajaan. Nampaknya ada orang takut dengan perkataan BERSIH, mereka mahu hapuskan perkataan itu.
“Kita mahu anak cucu dan negara aman damai dengan perkara BERSIH,” katanya.
2.03pm Selain di sekitar Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu perhimpunan itu juga turut berlangsung di luar negara.
Facebook Global Bersih melaporkan, 74 lokasi perhimpunan BERSIH 4 yang turut diadakan di seluruh dunia.
Di Melbourne, Australia, wakil KiniTV, Shanice See melaporkan hampir 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut.
2:00pm Sogo - Semua peserta menyanyikan lagu Negaraku sebelum berarak ke Dataran Merdeka.
Doa dibaca supaya perjalanan ke Dataran Merdeka serta seluruh rakyat Malaysia selamat.
Mereka turut melaungkan "bersih" sebelum berarak.
Ucapan turut disampaikan oleh wakil Bersih Wong Cheng Huat di atas sebuah kereta pacuan empat roda jenis Hilux.
Turut kelihatan ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bekas naib presiden PAS Salehuddin Ayub.
1.30pm: Sogo - Peserta beragama Islam solat berjemaah di pekarangan pusat beli-belah Sogo. Ia diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Putih, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.
Selesai solat peserta bersiap sedia untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Jumlah kehadiran di Sogo kini mencecah kira-kira 2,000 orang.
Walaupun peserta semakin ramai, aliran lalu lintas tetap seperti biasa dan tiada sekatan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.
1.30pm: Brickfields - Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Aruchelvan berada bersama kira-kira 600 peserta. Katanya, mereka akan berarak bersama Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kira-kira jam 2 petang.
Aruchelvan juga menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh atau termakan umpan pencetus kekacauan jika ia berlaku.
"Ingat - senyum kepada polis. Jangan cabar mereka," katanya.
Kebanyakan peserta di sini terdiri daripada ahli PSM, Hindraf, komuniti India dan Orang Asal. Turut jelas kelihatan, bendera tuntutan royalti Kelantan dan anti-GST.
Turut berada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy. Faizal Fauzi dari Sungai Petani, Kedah. Katanya menjadi tanggungjawab untuk beliau turun menyertai BERSIH 4 bagi menamatkan amalan rasuah dan kerosakan negara.
"Tak ada rasuah, tak ada Najib," katanya ketika ditanya apa yang diharapkan daripada perhimpunan kali ini.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang, Tengku Zulpuri Shah bersama isteri Aida Ross tiba di Masjid Negara bersama sekurang-kurang 20 kereta lain.
Menurut Tengku Zulpuri, sebahagian daripada mereka berkumpul di Jalan Petaling dan Sogo, terutama golongan lebih muda. Pimpinan atasan DAP pula akan berada di Masjid Negara selepas solat Zuhur.
1.25pm: Jalan Tun Perak - Ketika kebanyakan peserta melaungkan "Bersih", sesetengah lagi menunjukkan rasa bangga dengan negeri masing-masing, terutama dari Johor.
Ada peserta membawa sepanduk memapakan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sambil melaungkan "Daulat Tuanku".
Satu kumpulan lain - majoritina Cina - membawa sepanduk bertulis Made in Muar (buatan Muar) serta bendera negeri dan Malaysia.
1pm: Dataran Merdeka - Kira-kira 20 peserta berdiri di tepi penghadang ke padang selepas tiba dari Jalan Parlimen, manakala yang lain berada kira-kira 50 meter dari situ.
Dua penghadang dipasang bagi mengelak orang ramai memasuki Dataran Merdeka dan ada lebih kurang 100 anggota polis berkawal. Hanya kenderaan tertentu dibenarkan masuk ke kawasan sekitar.
Keadaan kekal tenang dan terkawal.
12.51pm: Masjid Negara - Keadaan agak tenang. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang berada di sini. Lebih 50 gerai menjual baju, makanan dan minuman di buka sejak 8 pagi. Lalu lintas dari Jalan Perdana ke Jalan Kinabalu bergerak lancar.
12.35pm Sogo - Ribuan peserta BERSIH 4 kini membanjiri pekarangan pusat membeli-belah Sogo. Keadaan kini seperti pesta apabila mereka membunyikan vuvuzela dan bersorak apabila kereta yang lalu-lalang membunyikan hon.
Terdapat juga poster yang bertulis "Bebaskan Anwar" dibentangkan. Di satu sudut di pekarangan pusat membeli-belah itu juga turut tersedia satu kempen kumpul tandatangan bagi menggesa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.
Lalu lintas di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi masih lagi bergerak lancar. Beberapa anggota polis trafik juga kelihatan bagi mengawal lalu lintas.
12.30pm: Pasar Seni - Kumpulan muzil The BangsArt membuat persembahan. Adam Adli adalah salah seorang anggota kumpulan ini. Mereka mengetuai perarakan kira-kira 300 orang dari Jalan Hang Kasturi ke Pasar Seni.
12.25pm: Sogo - Restoran Nandos turut mengambil kesempatan memberi air percuma kepada peserta BERSIH 4 di sekitar pusat membeli-belah.
12:04pm: SOGO - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tiba di pekarangan Sogo. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang ingin bergambar dengannya sambil melaungkan "Bersih".
Kredit kepada pemilik-pemilik foto dan video berikut:
Anak muda cina bertindak menjaga rakan2 muslim mereka menunaikan solat di himpunan BERSIH @Dataran Merdeka, kami anak Malaysia!
Khidmat sukarelawan ARIF yang cemerlang
Indahnya suasana malam
BERSIH 4.0 DI ALJAZEERA
LIVE VIDEO
p/s Blog GB tak dapat nak buat LIVE STREAMING sendiri kerana ada masalah teknikal dan keselamatan.
Entri ini dikemaskini setiap 15 minit. Sila refresh.

20 ulasan:
Semasa aku muda dulu biasanya aku akan bersama sama didalam lautan manusia ini. Kini umurku sudah 75 tahun. Insyaallah aku bersama anak anak aku akan turun petang ini atau besok. Tiada walak lagi pada pemimpin pas. Allahuakbar.
Semuga kalian semua mendapat bimbingan Allah s.w.t dan tidak melakukan perkara mungkar seperti mengambil wang dan harta negara, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri, membunuh manusia sesuka hati (kes Memali, Altantuya , Kugen, Teoh dan sebagainya) dan membuat perkara-perkara yang memudaratkan manusia (meluluskan lesen judi dan membina kilang arak). Kepada yang menzalimi manusia anda akan mendapat balasan didunia dan diakhirat. Pangkat dan harta hanya untuk perhiasan sementara. Apabila tuan bersara, tuan adalah nobody bahkan tong sampah dihadapan rumah tuan lagi bermanafaat kepada manusia dari tuan sendiri. The line is getting shorter. Kita semakin dengan dengan kematian. Akan tinggal bini cantik atau gemuk, akan tinggal suami botak atau buncit, akan tinggal kancil buruk atau lexus baru, akan tinggal alba murah atau rolex mahal. Tuan atau puan akan tinggal sendirian dan dimakan cacing dan ulat. Tuan akan tidur sendiri sementara janda muda tuan akan ditiduri lelaki lain. Puan akan tidur sorang diri sedangkan suami puan akan meniduri bini muda yang baru!!. Tinggal semuanya dan akan dihitung semuanya. Bertaubat dan sedarlah sebelum dibaham tanah
!!.
2.43 pm akhir umur ni kena banyak munasabah diri la.
Salam..
Anggaran semua adalah 400 000
Jika di campur yg tak pakai baju kuning duduk tepi jalan.. Atas motor di kedai.kopi dan menonton dari rumah.. Ada yg tak pakai baju kuning ... .. Ada pula yang takde transport ke k.l kerana bas semua penuh dgn aktiviti di stadium msrdeka bukit Jalil dan dataran merdeka..
Easily 400 000 petang tadi...
Malam nanti dan esok boleh cecah 1 000 000 orang
Semoga berhasil
Turunlah dgn niat yg ikhlas
in sya Allah selamat dunia akhirat, biarkan sahaja Najib dan puak puak yg zalim dan penyokong kezaliman tu.....mereka akan hancur jua
Terbukti pas dah tidak relevant atas pilihan mereka sendiri.
Pas Kini boleh sendiri kerana lebih kuat, atau syok sendiri bersama najib unmo
Suka hati mereka. Suka tidak, Nama pas dah terikat dengan najib atas pilihan presideng dan di pilih oleh perwakilan pusat.
Hidup bersama najib, nanti Mampus bersama
Taniah kepada pas!
Yang sedang menonton diseluruh dunia dengan rasa ingin bersama melalui internet mencecah lebih puluhan juta. Hidup rakyat semua bangsa. Allahuakbar.
2.00 PM - Aku dengan famili sampai di Dataran Maybank dengan gema 'BERSIH' 'BERSIH' 'BERSIH'. Kami cuba menyusuri celah-celah orang ramai menuju ke Mesjid Jameek. Bagaimanapun orang terlalu ramai sehingga kami tidak dapat mencelah lagi. Kami hanya mampu berjalan sampai ke Jalan Hang Lekir dan duduk di tepi jalan.
Namun dari pukul 4 orang semakin ramai dan ada yang mencari jalan keluar menuju ke arah lebuh ampang.
Dan besuk Aku dengan Abang pula akan turun menyertai BERSIH.
Aku berbangga kerana aku bukan di Bangsatkan tapi aku Bersih .
Bersyukur sangat sangat tuan Admin
Tun M dah turun ...
Makananya esok insyallah 1 000 000 . Hari ahad di khaskan untuk ahli umno.
Teruja... tapi kali ni tak dpt hadir...
suprise suprise suprise: Tun Mahathir dan isteri tiba 7:30PM tadi. Lagi suprise Ustaz Azhar idrus(UAI) pun ada.
Masih ada 26. Jam lg... Boleh dtg ke Kl..... Dr pneng pon ada masa lg.... Rugi tau tk lihat perhimpunan paling aman bersih...
Salam semua;
Saya baru sampai rumah, kami sekeluarga,ipar duai dan jiran yg tinggal di kg baru KL baru sampai rumah letih gila:
Ada berita baik untuk GHB, sebenarnya sokongan melayu yg menyertai bersih tidak mengurang.Dari analysis fakta berikut, kami adalah pengikut-pengikut setia bersih, tak pernah sekalipun ponteng berdemo bersama bersih.Awal bersih 1.0 dulu kami ikut berdemo kehadiran tak sampai 50k orang orng melayu yg hadhir adalah 80%.Bersih 2.0 kehadiran orng melayu 60%,total yg hadir tak sampai 80k,pada bersih3.0 kehadiran melayu 50% total kehadiran 100k,Pada bersih 4.0 Kehadiran orng melayu lebih kurang 20-30% dari >200k, jadi bermakna pertambahan ka 200k adalah dari bangsa-bangsa cina dan lain-lain,kehadiran orang melayu lebih kurang macam bersih 3.0.BN dan PAS tak boleh mengandaikan kehadiran orang-orang melayu merosot.Yang untungnya di sini GHB dan dapat mempromosikan kepada rakyat malaysia(semua kaum) mereka mengantikan PAS,SYABAS ARIF, berjaya mengambil alih tugas PAS.kEHADIRAN MELAYU UMNO masih takut-takut, Jika Dr.Mahathir dapat datang esok, ataupun kehadiran Tan sri Muhyidin yassin, mUngkin dapat melunjakkan kehadiran orang melayu umno esok.
Sebab-sebab ramainya orang-orang cina yg hadir adalah faktor ekonomi,Mereka marah sangat BN perniagaan merosot.Dan juga faktor ekonomi keluarga yg baik,sebab Bersih 4.0 kali ini ialah selama 2 hari.
Akhir sekali syabas GHB,Memang layak mengantikan PAS.orng2 yg ingin melihat GHB hancur,mereka akan membesarkan-besarkan kehadiran orng2 melayu,tetapi mereka tidak melihat nisbah VOLUME kehadiran bersih4.0 kaLI INI.dan comparison bersih 1.0,2.0 dan 3.0.(TIADA BEZANYA KEHADIRAN PAS ADA KA TAK ADA sama ja!!) ,orng-orng melayu yg datang lebih kurang sama dgn Bersih 3.0.
WASSALAM.
Sebenarnya bangsa lain kali ini melebihi bangsa melayu ,itu yang sebebnarnya,dan ini adalah rekod ,sejak aku hadirkan diri dari bersih 1 hingga 4..kalai inilah peserta yang paling ramai,baru smapai .letih ,esok join semula,insyaaalh ,biarkan Pas disinggkir oleh peminpinya sendiri.
orang melayu dah berkira.
Kalau makan pun dah kena catu, faham-faham lah.
Kali ini semangat melayu teruk dari dulu. Dah tak tahu nak buat apa.
Yang mana baru ada kesedaran pun dah tak mampu buat apa-apa. Pokai !
Kehadiran Mahathir kena pada masa nya. Tetapi tidak menghapuskan dosanya pada rakyat ketika isu liwat 1, melainkan Mahathir mengaku kesilapannya dan mohon maaf. Mahathir jangan menyerang Najib untuk selamatkan negara tetapi Mahathir mesti tolong bebaskan Anwar untuk tebus kesalahannya yang dahulu.
Sokongan Mahathir kena di sambut, suka atau tidak, kerana kedegilan dan kebebalan Najib terlampau, memerlukan semua rakyat tak kira UMNO PR mesti bersatu demi menyelamatkan negara. Lepas Najib turun, PR dan BN akan sambung semula perjuangan masing-masing.
risau juga ni. peserta melayu kurang kali ni. harap-harap esok orang melayu ramai la turun. haizzz
Sebab orang melayu hidupnya tak susah .orang melayu tak kena GST.bangsa lain kena GST.Kebanyakan orang melayu yang tak turun adalah orang Pas .sebab mereka tak mahu bercampur dengan orang ramai.mereka hanya nak bersma mereka aje.meraka nak jadi kera sumbang.
Dh 75thn hati2. Nanti sesak nafas la, sakitla takut2 menyusahkan org nanti. Kita benci BN yang korup, tapi diri awak tu kena jaga ye...
Jangan tenguk pada angka umur. Saya umur 50an tetapi kalau orang bertanya saya akan kata umur saya 42 tahun. Alhamdulillah tidak ada kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi.
jika kita nak muhasabah diri, apa perlu kita buat? Duduk berzikir setiap malam, pun tak jadi.contoh orang alim ilmu tinggi buat jugak u turn dan fitnah. atau duduk mengenang segala kesalahan dan kesilapan lalu menyesalinya.tapi ramai yang menyesal buat jugak benda yang sama.
anon 3:39 PM 29 Aug, macamana nak muhasabah diri? hanya orang berumur je ke yang kena muhasabah??
Catat Ulasan