31 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] LIVE - Peserta BERSIH Nyanyi Lagu NEGARAKU

Peserta menyanyikan lagu Terima Kasih Rakyat Malaysia dan lagu Negaraku pada jam 12 tengah malam.

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebelum itu melaungkan "Merdeka" sepuluh kali diikuti oleh orang ramai. Mereka mula bersurai perlahan-lahan. Sementara itu, Polis Kuala Lumpur pula memberi jaminan keadaan bandar raya Kuala Lumpur selamat untuk sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-58 yang akan berlangsung esok.




12:40am: Suasana sedikit tegang apabila sekumpulan petugas bertindak menghalau media supaya pulang namun ia tidak diendahkan. Malah petugas media menggesa pihak polis menghalau terlebih dahulu peserta Bersih 4.0.

12.35am: Dataran Merdeka – Terdapat beberapa peserta alami kecederaan ringan selepas terkena mercun yang dilempar ke arah mereka, lapor The Star Online. Dua suspek yang membaling mercun juga dilapor turut cedera apabila ditangkap orang ramai

12.10am Jalan Raja Laut – Letupan kuat kedengaran di seberang jalan menghadap bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Orang ramai kemudian mengepung pihak yang didakwa membaling mercun dan memanggil polis. Keadaan tegang.

Gambar seorang gadis Cina berselfie dengan Mohamad Sabu viral di media sosial. Ramai yang mengutuk Mat Sabu.

Apa yang GB lihat, gadis Cina tersebut adalah seorang "peminat" Mat Sabu. Sekadar bergambar. Jadi apa ada hal?

Cuma yang anti Mat Sabu dan anti parti baharunya akan menjadikan itu sebagai satu isu. Dalam simpanan GB ada banyak gambar pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO yang bergambar dengan gadis-gadis jelita tak tutup aurat, tapi GB tak mahu siarkan untuk tidak mengaibkan sdra. seIslam...

Ulasan sahabat-sahabat:
1. Pemikiran orang Pas sekarang ni dah makin mengecil macam pemikiran nyamuk. Mereka telah hilang big picture dari Bersih 4.0 ini. Yang depa nampak dan dok sebar ialah gambar Abang Mat ambil gambar sebelah amoi, yang diambil dengan cara amat mendadak, menurut seorang sahabat yang jadi saksi. Itulah pemikiran orang Pas kini, makin mengecil dan tak lari dari penyakit memfitnah dan melabel orang

2. Ada seorang ulama Kedah yg sudah aruah yg pernah terserempak dgn seorang wanita yg pernah dinasihatinya ketika wanita itu bermasalah lama dulu. Wanita itu terlalu gembira berjumpa beliau lalu terus memegang tangan beliau dikhalayak ramai dan mengucapkan kesyukuran. Beliau tidak menepis tangan wanita itu tetapi setelah keadaan tenang baru beliau "memperbetulkan balik" adab dia dan wanita itu.

Sheikh Yusof Qardawi juga pernah begitu.Ikut Al-Qardawi,menjaga air muka wanita yg "tiba-tiba excited " itu juga sangat penting.


LINTAS LANSUNG: Malaysiakini melaporkan:

11pm: Dataran Merdeka - Kira-kira sejam lagi untuk BERSIH 4 menutup tirai, jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 80,000 orang. Sesetengah pihak pula mendakwa jumlah semasa mungkin melepasi 100,000 orang.


10.30pm: Menara Maybank - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua meminta peserta BERSIH 4 tidak terlalu bimbang apabila tidak ramai orang Melayu menyertainya.

Kata Pua, keadaan itu berlaku kerana PAS tidak menggerakkan ahlinya dan meminta orang ramai memberi masa kepada Gerakan Harapan Baru ditubuhkan secara rasmi.

10.17pm: Jalan Parlimen - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba bersama anaknya, Nurul Nuha Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau akan menyampaikan ucapan kepada peserta BERSIH 4 selepas ini. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang mahu bergambar dengannya.

Laungan "Reformasi" juga kedengaran ketika Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berjalan ke arah pentas berhampiran Dataran Merdeka.

10pm: Jalan Tuanku Abdul Rahman - Band Rakyat Rhythm menarik perhatian peserta dengan lagu mereka, Malaysiaku dan Rasa Sayang. Mereka menggunakan baldi plastik, tin serbuh minuman dan kayu untuk menghasilkan irama.

9.40pm Dataran Merdeka - Depan pentas BERSIH, orang ramai membuat rantaian manusia ketika seorang anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Farhana Halim berucap.

Peguam itu berkata beliau bersedia untuk berjalan lagi 34 jam dan 34 hari lagi untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak berundur.

“Kita mahu Najib dan Rosmah berundur,” katanya.

8.00pm: Buat masa ini kuliah maghrib disampaikan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.


7.45pm Jalan Tuntuk Abdul Rahman - Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Sabu mengimami solat Maghrib berjemaah.


7.00pm : Datuk Husam Musa hadir ke program BERSIH 4.0 dan menyampaikan ucapan. Sila ke bahagian video di bawah untuk ikuti ucapannya.

6.45pm Dataran Merdeka - Pasukan Paramedik BERSIH 4 mengesyaki kes keracunan makanan yang melibatkan peserta berpunca daripada air minuman kotak yang disuntik bahan kimia tertentu.

Seorang anggota Paramedik, Nesa Balakrishnan berkata, semalam pihaknya menerima tujuh pesakit yang terkena tanda-tanda cirit-birit dan sakit tekak.

"Pemeriksaan kita mendapati minuman yang diagihkan ada kesan suntikan di bahagian atas kotak.

"Minuman diagihkan dengan diletakkan dalam kotak ais. Bila peserta ambil minuman dalam keadaan basah, tak perasan kesan suntikan itu,"
katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu hari ini pasukan perubatan itu menerima tiga pesakit.

Difahamkan, pasukan Paramedik telah membuat laporan polis berhubung kes keracunan berpunca daripada minuman tersebut.

6.15pm: Masjid Jamek - Walaupun PAS sebelum ini tidak mengeluarkan kenyataan rasmi meminta ahlinya untuk menyertai himpunan BERSIH 4, namun kelihatan Naib Presidennya Idris Ahmad turut berada di perhimpunan ini.

Beliau yang memakai baju korporat PAS Perak yang berwarna kuning ditemani beberapa rakannya. Turut kelihatan bersama beliau, bekas anggota jawatankuasa PAS Pusat Abdul Ghani Shamsuddin.

Ditanya mengapa beliau hadir pada perhimpunan hari kedua ini, Idris hanya tersenyum.

Ditanya lagi mengapa pimpinan lain tidak turut serta dalam perhimpunan BERSIH 4, beliau hanya ketawa dan enggan mengulas.

Ulasan GB: Sekalipun ramai juga orang PAS kutuk BERSIH 4.0.. tiba-tiba hadirin dikejutkan dengan kehadiran Naib Presiden PAS, Ust Idris Ahmad di program BERSIH 4.0. Apa agaknya komen pengutuk-pengutuk BERSIH 4.0 dari kalangan ahli-ahli PAS?


6.00 pm: Masjid Jamek - Peserta BERSIH 4 terus membanjiri sekitar jalan Masjid Jamek dan Stesen LRT Masjid Jamek.

Ribuan peserta berkumpul dan berarak dengan pelbagai ragam.

Antaranya sekumpulan peserta berarak sambil memukul bahan buangan seperti tong cat, botol mineral dan tin minuman sebagai alat muzik.

Terdapat juga perarakan tarian singa yang disertai pemuzik yang berarak dari Jalan Tun Perak ke Masjid Jamek.

5.20pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad tidak bercadang untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4 walaupun menyatakan sokongan kepada ribuan orang yang berdemonstrasi sejak tengah hari semalam.

Mantan perdana menteri senja semalam turun di Dataran Merdeka sebentar tanpa sebarang kenyataan kecuali "teruskan, teruskan."

Petang ini, dalam kenyataan di sebuah restoran, beliau berkata: "Semangat saya bersama anda semua. Saya kena pulang ke rumah."

Petang semalam, mengulas perhimpunan tersebut, isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali berkata ringkas: "Inilah kuasa rakyat."

5.15pm: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa memuji peserta BERSIH 4 yang disiplin dan patuh pada arahan pihak berkuasa untuk tidak masuk ketempat larangan serta membuat sebarang kekacauan.

"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.

"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

5.15pm: Pasar Seni - Dalam sidang medianya, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau turun ke Kuala Lumpur sebagai menyatakan sokongan kepada rakyat yang sedang mengadakan bantahan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Ditanya sama ada beliau menyokong BERSIH, mantan perdana menteri berkata beliau menyatakan solidariti dengan orang ramai.

Ditanya beliau bersetuju menggunakan demonstrasi untuk menukar kerajaan, Dr Mahathir berkata:

"Kalau kerajaan tidak peduli undang-undang, (kita) kenalah menggunakan demonstrasi sebagai pilihan terakhir.

"Lihat apa yang terjadi sewaktu Ferdinand Marcos memerintah Filipina, rakyat terpaksa menggulingkannya."

4.55pm: Pasar Seni - Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media di sebuah restoran di sebelah Pasar Seni.

Sebelumnya beliau menyampaikan ucapan di depan kompleks tersebut setelah bergerak dari stesen Komuter KL.


Beliau dan isteri diiringi oleh Datuk Zaid Ibrahim.

4.30pm: Stesen Komuter KL - Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Dr Siti Hasmah Ali telah tiba, dijangka sedang menuju ke arah kumpulan ribuan penyokong BERSIH 4 di Jalan Tun Perak.


Dr Mahathir, yang diiringi bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim, kelihatan disambut beberapa penyokong BERSIH di stesen ini.

Sementara itu, bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik muncul di perhimpunan BERSIH 4 di Perth, Australia semalam.

3.35pm: Dataran Merdeka - Hujan mulai turun. Sementara ada peserta yang mencari tempat berteduh, ramai juga yang tidak mengendahkan suasana basah itu. Mereka teruk bersorak dan melaungkan "Najib Undur" dan "Hidup Rakyat".

3.30pm Tiga menteri kabinet dan pemimpin tertinggi Umno mengulas kehadiran bekas menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan BERISH 4 semalam.

Bernama melaporkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana bekas Perdana Menteri itu hanya berada di kawasan perhimpunan itu selama "enam minit".

Dalam laporan yang lain, agensi berita itu meaporkan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran Dr Mahathir itu sebagai "mengecewakan dan dikesali".

Ismail berkata Dr Mahathir merupakan individu yang paling lantang menentang demonstrasi jalanan terutama ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan berlaku demonstrasi besar-besaran oleh kumpulan reformasi, lapor Bernama.

"Akhirnya Tun (Dr Mahathir) sendiri dahulunya penentang kuat kepada demonstrasi jalanan akhirnya dia sendiri terlibat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Beluran di Sandakan, hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak membidas Dr Mahathir dianggapnya telah melanggar prinsip beliau sebelum ini yang menolak demonstrasi jalanan. 3pm: Dataran Merdeka - Kira-kira 50,000 peserta menyertai BERSIH, kira-kira sembilan jam sebelum perhimpunan selama 34 jam berakhir tengah malam ini.

Dalam tinjauan udara, kebanyakan mereka berada di sekitar simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kawasan paling dekat dengan Dataran Merdeka yang dibenarkan.

Dataran Merdeka sedang dipersiapkan untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58 esok.

Daripada jumlah itu, 10,000 berjalan-jalan di Jalan Tun Perak, antara persimpangan tersebut ke Menara Maybank. Selebihnya berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dari arah kompleks Sogo) dan sekitar Leboh Pasar Besar.

2.30pm: Jalan Tun Perak - Selepas berehat selama dua jam, ribuan penyokong Bersih mendengar ucapan-ucapan dan berhibur dengan persembahan dalam keadaan berjerebu.

Dalam ucapannya, ahli jawatankuasa BERSIH New Sin Yew berkata semua peserta berbaju kuning dengan tulisan BERSIH 4 dianggap "penjenayah" kerana kerajaan mengharamkan pakaian itu Jumaat lalu.

"Kita semua hari ini jadi penjenayah. Kerana Zahid Hamidi mengharamkan baju BERSIH tetapi apa kita buat, kita datang juga.

"Kita tidak takut undang-undang yang menindas. Hak kita dijamin dalam Perlembagaan - hak untuk bergerak dan meluahkan perasaan. Kerajaan tidak hormat hak kita," kata New.

"Tunjukkan kepada kerajaan, (kita) tidak takut kerajaan, sepatutnya kerajaan takut pada kita."

Beberapa sukarelawan cuba mengawal kebingitan bunyi vuvuzela dengan menaikkan plakad "No vuvuzelas" tetapi tidak ramai pengguna alat tiupan itu mempedulikannya.

2.30pm: Dataran Merdeka - Selepas mesyuarat dengan Ketua Polis Dang Wangi Zainol Samad, Pegerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberitahu bahawa sambutan ambang kemerdekaan dipindahkan ke Bukit Jalil.

"Sambutan malam ini diadakan di Bukit Jalil, tapi perarakan Merdeka esok akan diadakan di sini (Dataran Merdeka)," katanya.

Maria kemudiannya berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada polis kerana bekerjasama dan beliau berjanji akan menamatkan perhimpunan BERSIH sebelum tengah malam.

Sementara itu, Maria berkata beliau tidak ambil berat khabar angin bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat penampilan sekali lagi dalam perhimpunan itu.

"Jika dia datang, kita akan sambutnya sebagai peserta," kata Maria.

Sementara itu, Bernama melaporkan persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

"Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja.

"Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu," katanya ketika ditemui oleh pemberita di ibu negara, hari ini.

2.25pm: Perdana menteri memperkecilkan jumlah peserta BERSIH 4 dengan menggambarkan mereka hanyalah segelintir rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati.

Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata pihaknya boleh mengumpulkan ratusan ribu penyokong berbanding BERSIH yang hanya berjaya menarik kira-kira 20,000 peserta, lapor Star Online.

Bercakap di Hari Peneroka di Kuala Terengganu hari ini, beliau juga berkata majoriti rakyat masih bersama kerajaan. BERSIH juga tidak mengambil berat kebajikan orang ramai, khususnya di luar bandar, tambahnya.

Perhimpunan 34 jam anjuran BERSIH antaranya bertujuan mendesak Najib berundur atas skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

1.55pm: Jalan Tun Perak - Di tengah-tengah 30,000 penyokong BERSIH 4, sekali-sekala muncul mesej sinis yang mengkritik perdana menteri sehingga menjadi perhatian ramai.

Plakad kuning bertulisan "Najib! Dermalah RM20,000, saya nak kahwin!" menyindir Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan memilik wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.


"Saya ingin menyindir Najib. Saya masih bujang, mahu berkahwin tetapi saya tidak mampu," kata Firdaus Misnan, 29, kepada Malaysiakini.

1.30pm: Dalam kenyataannya, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah mengutuk tindakan mengedar minuman kepada peserta perhimpunan semalam yang didakwa menyebabkan keracunan makanan.

Menyifatkan tindakan satu usaha "sabotaj", Maria menasihati peserta-peserta BERSIH agar mengambil minuman percuma di khemah-khemah rasmi tajaan penganjur perhimpunan selama 34 jam itu.

1pm: Jalan Raja - Bersih mengumumkan bahawa sebarang mesej yang tersebar di WhatsApp meminta peserta hadir ke Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) untuk mengutip elaun RM200 adalah palsu.

"Jika anda mahu derma, pergi mencari Najib. Kami tidak memberikan sumbangan. Kita hadir di sini ikut kemahuan kita sendiri," kata seorang juruhebah.

12.45pm Jalan Tun Perak - Walaupun matahari memuncak di atas kepala dan masa makan tengah hari, kira-kira 30,000 peserta Bersih 4 memenuhi jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka sambil tidak henti-henti melaungkan "Bersih".

Mereka yang berbaju kuning kembali memenuhi jalan ini mulai dari Menara Maybank ke arah simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kira-kira 200 meter dari Dataran Merdeka.

Tinggal lagi 11 jam menjelang tengah malam untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-58. Bersih menganjurkan perhimpunan ini selama 34 jam mulai 2 petang semalam.

12pm: Dataran Merdeka - Aktivis Bersih Mandeep Singh berkata hasil pertemuan dengan polis tadi, pihak keselamatan memberi kerjasama yang baik.

"Segalanya berjalan lancar, Rakyat malaysia bersama anggota keselanatan untuk rakyat Malaysia.

Beliau juga mengingatkan peserta supaya tidak memasuki kawasan larangan dan perhimpunan masih berbaki 12 jam lagi.

Perhimpunan bermula 2 petang semalam dan akan berakhir tengah malam ini.

"Rundingan yang baik dan jangan duduk kawasan larangan. Inilah sejarah rakyat Malaysia bersama anggota keselamatan. Kita harap semua berjalan lancar," katanya.

Sebelum itu, di Jalan Tun Perak, Mandeep menyampaikan ucapan dan membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Najib kata kita tidak patriotik, tapi kami datang untuk sambut merdeka sejak jam 2 petang semalam," katanya sambil berkata rakyat Malaysia sudah muak dengan perdana menteri.

Beliau turut mencabar Najib mengadakan sesi sidang tergempar parlimen bagi supaya mengadakan undi tidak percaya.

Kemudian beliau menggesa terus berhimpun sehingga demonstrasi itu tamat tengah malam ini.

Selepas ucapan Mandeep, ahli musik menaiki trak untuk menyanyikan lagu Ella, 'Standing In The Eyes of The World', dan Bon Jovi, 'It's my life', dan peserta menyanyi bersama-sama.

11am: Muka depan akhbar utama di rak jualan hari ini juga berwarna kuning sebagai tanda kepada perhimpunan Bersih 4.

Tinjauan segera kepada liputan akhbar itu mendapati muka depan akhbar Cina dan Tamil dengan tajuk penuh berwarna bagi perhimpunan itu, telah mendominasi rak akhbar.


Akhbar pro-Umno turut tidak terkecuali, menyampaikan secara negatif mereka berkaitan perhimpunan tersebut.

Berita Harian bertajuk 'Bersih 4 Tak Sayang Negara', manakala akhbar Mingguan Malaysia bertajuk 'DAP kuasai Bersih 4.0' mengekalkan perhimpunan itu adalah "haram".


New Straits Times, bagaimanapun, mendapati letupan di Bangkok lebih mempunyai nilai berita daripada tajuk halaman depan, walaupun ia meletakkan di sisi bahagian bawah bertajuk 'Merdeka Spirit'.

9.50am: Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,500 penyokong Bersih berlegar-legar di jalan-jalan berdekatan Dataran Merdeka. Ada yang masih tidur dan ada juga yang baru bangun.

Beberapa kumpulan peserta muncul dari arah stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa ratus lagi bergerak dari arah Pudu Sentral.

Mereka yang menuju ke kawasan lapang berhampiran Dataran disambut wakil rakyat Bakri, Er Teck Hwa, yang membahagi-bahagikan roti dari sebuah lori yang dibawanya dari Johor.

9.40am: Jalan Raja - Seorang peserta perhimpunan, Isaiah Jacob, tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan.

Orang Kurang Upaya (OKU) ini, yang sudah tiga kali menyertai demonstrasi Bersih, mengajak peserta memperjuangkan hak dan menuntut perubahan.

"Najib, dengarlah rintihan rakyat," katanya.

Ucapan beliau mendapat tepukan gemuruh. Selepas ucapan, beberapa peserta mengucapkan terima kasih, ada juga peserta yang mengambil kesempatan bergambar bersama Isaiah.

Peserta di Dataran Merdeka bertambah menjadi kira-kira 7,000 kerana ramai peserta akan hadir pada hari kedua perhimpunan.

9.28pm - Jalan Raja - Penganjur mengumumkan program hari ini dengan tiga pentas dibina berdekatan Dataran Merdeka, di Masjid Jamek depan Bank OCBC dan di Jalan TAR.

Mereka turut mengarahkan peserta berhenti menggunakan vuvuzela kerana ia mengganggu pihak keselamatan dan pengawalan peserta.

Mereka juga meminta setiap orang meminimakan muatnaik foto dan video ke internet kerana ia mengurangkan kualiti talian internet kepada orang lain dalam himpunan itu.

9.00am - Senaman diikuti ibadat keagamaan masing-masing.

10am-12pm - Pesembahan BangsART, Awake (Chinese band), persembahan Bangra, ucapan oleh Yi Leong & Khairol Najib.

12pm-2pm - Pengumuman dan makan tengahari

2pm -7pm - Persembahan dan ucapan

7pm -9pm - Pengmuman dan makan malam.

7.30pm - Solat Maghrib

7.50pm - Solat Hajat

8.10pm Zikir/Doa Munajat

8.40pm - Solat Isyak

9.00pm - Tazkirah

9pm-11.59pm - Ucapan tentang 'What next?' Diketuai oleh pemimpin Bersih dari pelbagai tempat

Tengah malam - Penutupan oleh Maria Chin Abdullah & Nyanyian NegaraKu.


Penganjur kata mereka akan memaklumkan sebarang pindaan program.

9am Dataran Merdeka - Kira-kira 40 polis bermotosikal tiba di belakang sekatan. Dalam jarak jauh dari sekatan itu, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Ivy Josiah berada di atas pentas mengetuai senaman dengan peserta.

Beliau berjaya memujuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah untuk bersamanya di atas pentas. "Putrajaya, perlu bersih, kami memerhatikan anda," Josiah berkata sambil mengetuai senaman tarian.

Peserta hadir untuk menyertainya. Aktiviti itu berakhir apabila Josiah mengingatkan mereka supaya menjaga kebersihan jalan, mematuhi peraturan dan yang paling tidak memecahkan sekatan.

Dengan acara itu, BERSIH memulakan aktivitinya hari ini.

8.45am Dataran Merdeka - Kebanyakan peserta yang bangun menyertai kira-kira 4,000 peserta lain di kawasan itu. Peserta yang hadir ke situ majoritinya dari Jalan Tun Perak.

Empat helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi di udara, peserta dengan penuh semangat melambai dan menjerit "Bersih" kepada mereka.

Sementara itu, sebuah pentas sementara sedang disediakan depan Dataran Merdeka dan banyak berkumpul di sekitar pentas dengan menjangkakan terdapat aktiviti pagi.

Beberapa sukarelawan BERSIH tutut membantu pekerja Alam Flora mengimpun dan membuang sampah semalam, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam lori sampah.


BERSIH di bandar New York


Bandar New York (NYC): Sebagai sebahagian daripada gerakan Global BERSIH, kira-kira 500 rakyat Malaysia menghadiri himpunan Bersih 4 yang diadakan bertentangan dengan ibu pejabat PBB di bandar New York hari ini.

Ucapan telah disampaikan oleh beberapa orang rakyat Malaysia termasuk menantu kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Syaheedah Jes Izman. Turut hadir anak lelaki Anwar, Nurul Ihsan.

Peserta kemudian berarak sejauh 300 meter ke persimpangan dengan pintu masuk utama pejabat PBB di mana ucapan disampaikan. Kemudian peserta yang bersemangat itu bersurai selepas menyanyikan lagu Negaraku.

Perhimpunan tu dianjurkan oleh beberapa anak muda Malaysia di NYC yang dikenali jawatankuas bertindak Bersih 4.0 NYV. Mereka juga mencetak baju T kuning BERSIH yang diharamkan mengikut versi mereka yang direka oleh anak perempuan Anwar, Nurul Hana. 8:00am Simpang Jalan TAR-Jalan Tun Perak Sekumpulan 20 individu melaungkan "Bebas Anwar! menarik perhatian peserta Bersih. Kumpulan itu juga melaungkan "Reformasi!".


7:44am Jalan Raja - Ribuan peserta memula hari mereka pagi ini dengan membersihkan diri dan bersarapan pagi.

Seorang sekretariat BERSIH memberitahu Malaysiakini bahawa senaman yang dijadualkan pagi ini dianjakkan ke jam 9 pagi untuk membolehkan para peserta bersiap sedia.

Sementara itu kelihatan tidak ada perarakan latihan untuk Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini seperti yang diumumkan semalam kerana pihak berkuasa akan meggunakan tempat itu untuk sambutan hari kebangsaan itu pada Isnin.

7:15 am Jalan Raja - Ratusan para peserta berdiri tegak sambil menyanyikan Negaraku.

7am Jalan Raja - MP Shah Alam Khalid Samad mendakwa sekurang-kuranya 30 peratus daripada para peserta terdiri daripada golongan Melayu.

Katanya, jumlah peserta dari kaum lain meningkat secara mendadak kali ini.

"Jika anda hitung, 30 peratus daripada 200,00 penyokong adalah sama dengan perhimpunan sebelum ini.

Isu kaum dalam perhimpunan itu tidak harus dilayan," katanya dalam satu ceramah ringkas kepada kira-kira 100 orang.

6.30am Simpang Jalan TAR-Jalan Tun Perak. Para peserta perhimpunan mula bangun dari tidur dan mengemaskan tempat tidur mereka. 6am Simpang Jalan Raja-Jalan Tun Perak - Para peserta bergegas ke Masjid Jamek sebaik sahaja azan Subuh dilaungkan.

Beberapa orang peserta bagaimanapun memilih untuk menunaikan fardu Subuh di Jalan Raja bersama rakan-rakan mereka.

Pelbagai gelagat para peserta dapat diperhatikan di kawasan sekitar perhimpunan.

Selain hamparan tikar, kotak dan beg tidur, ada juga yang menggunakan rajut.

5.05am Jalan Tun Perak - Sekumpulan anak muda mengedar sandwic percuma kepada para peserta.

Mereka menyediakan 1,500 sandwic tuna untuk diagihkan kepada peserta yang bermalam di kawasan perhimpunan.

Kumpulan ini bertegas untuk tidak menerima bayaran, seperti ditunjukkan pada slogan "Duit kopi tak mahu" di poster yang dibawa.

4.52am: Jalan Raja - Seorang peserta bersama pasangannya berlindung dalam sebuah khemah.

Pemuda yang hanya ingin dikenali dengan nama Andy itu berkata khemah tersebut untuk melindungi barangan berharganya.

Katanya, tindakannya mendirikan khemah itu "tidak apa-apa" walau perkara itu ditegah DBKL.

'Hadir ke BERSIH 4 (dianggap) haram, pakai baju (dianggap) haram jadi apalah sangat dengan satu khemah kecil?".

Selain itu, dua lagi khemah turut dikesan di Jalan Parlimen.

3.11am Jalan Raja - Lim Kit Siang menginap di salah sebuah khemah yang didirikan Mohamad Sabu, berhampiran sekatan polis dekat Dataran Merdeka.

2am Simpang Jalan Raja-Jalan Tun Perak – Ribuan peserta yang tadinya cergas bertenaga kini hampir kesemuanya rebah.

Ada yang melelapkan mata di atas hamparan dan ada juga yang hanya berbaring di atas aspal, dengan berbantalkan lengan.

Deru angin mendinginkan lagi malam yang kian larut.

1am Jalan TAR – Pemimpin pasukan perubatan BERSIH, Geng Ta mengesahkan, pasukannya terima 13 kes keracunan makanan setakat ini.

Seramai 13 orang peserta mengadu mengenai sakit perut dan cirit birit dan seterusnya, enam orang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, katanya.

“Pasukan perubatan kami akan mengendalikan kes ini sebagai keracunan makanan,” katanya yang menambah, keadaan para peserta itu kini stabil dan tidak dianggap serius.

Tambahnya, ia mungkin berpunca daripada minuman yang diminum oleh para peserta berkenaan.

Katanya, ada pihak mengesyaki minuman yang diletakkan di tepi jalan itu dicemari oleh pihak tertentu.

“Kami menghantar segala laporan ini kepada polis kerana kes ini sepatutnya disiasat polis,” kata Geng Ta.



Unit Arief berjaya menahan seorang pemprovokasi
yang cuba melempar mercun


Seorang lelaki Cina memberi air minumnya kepada lelaki muslim untuk mengambil wuduk utk solat Asar...hanya di ‪#‎Bersih4









































p/s Blog GB akan cuba kemaskinikan entri ini dari masa ke semasa. Sila refresh setiap 30 minit.





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dh mampu menerima penyelewengan demi penyelewengan dr kerajaan hingga menyebabkan mereka menerima kesannya. Utusan malaysia klu kau nk tahu sebenarnya semua bangsa dan fahaman politik termasuk org umno turun menyertai bersih

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dh mampu menerima penyelewengan demi penyelewengan dr kerajaan hingga menyebabkan mereka menerima kesannya. Utusan malaysia klu kau nk tahu sebenarnya semua bangsa dan fahaman politik termasuk org umno turun menyertai bersih

Malaysiabaru berkata...

Jika semalam Tun M hadir di bersih

Hari ini kami Bersih menantikan kehadiran umno dari Kedah dan Johor..

Sampai bila orang melayu ada presiden pembohong penipu peminta sedekah dan pemngkhianat kepada bangsa...

Takde pemimpin melayu yg lebih layak dan bagus ker untuk pimpin umno?

Adakah umno dan 15juta orang melayu berpuas hati dengan Najib?

P.s pakai baju biasa pun takpe kami menerima sahaja sesiapa yg datang

Putra IJ80 berkata...

Alhamdullilah...Doa. Ustaz.Fadhil Nor telah di makbulkan Allah......

Tanpa Nama berkata...

Ok la tu jangan kata apa 2 lagi .yg penting kita bersatu kepada yg benar.

Abdul Said berkata...

Janganlah dihairankan apa yang di buat oleh akhbar BH dan Utusan. Itu memang kerja mereka. Mereka seperti lalang. Mereka mengikut telunjuk siapa yang mengawal mereka. Namun semua kerja mereka tidak menjadi. Sebagai contoh dari tahun 60an lagi mereka selalu memburuk-burukan Singapura. Selalu memfitnah kerajaan Singapura. Mereka kata orang Melayu Singapura ditindas. Sekarang apa dah jadi. Melayu Singapura tetap maju dan Melayu Malaya jadi bangsat. Melayu Singapura boleh bersaing dengan bangsa lain disana. Begitu juga dengan perkembangan Islam di Singapura. Islam ditadbir mengikut acuan assunnah. Pelbagai bangsa menerajui perkembangan Islam di Singapura. Sesuatu yang patut dibanggakan oleh orang Melayu Singapura ialah mereka telah membenamkan umno sehingga tidak berkubur!! Biarkanlah 2 akhbar itu dengan kerja mereka. Harinya akan datang bila mereka akan hilang seperti bas sri jaya, talasco dan yang sespesis dengan mereka!!!

Tanpa Nama berkata...

2.6billion ker 42 billion ker semua Tak penting, yang penting orang melayu unmo terus berkuasa.

Juga yang penting ulama ulama pas suci mulia berilmu tinggi di wala'

Lain semua Tak penting

Tanpa Nama berkata...

Masalah bukan unmo jer, PAS juga buat masalah kepada rakyat

Tanpa Nama berkata...

Ulasan GB berhubung kehadiran Ust Idris Ahmad mungkin ada betulnya.

Tapi ini adalah ulusan dari sudut pandangan kehadiran Ust Idris Ahmad yang hanya tersenyum dan ketawa bila enggan mengulas.

PAScai tidak ada pendirian dan seolah-olah mengambil langkah selamat sebagai menunjukkan kepada ahli yang PAScai tidak menyokong pemimpin yang telah melakukan kesalahan besar. Ini bermakna PAScai di atas landasan perjuangan yang tidak berubah. Maka nyata lah PASCai masih suci seperti dulu. Tujuan kehadiran Naib Presiden PAS ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan PAScai dari kehilangan ahli-ahli nya.

Ust Idris Ahmad bukan peserta BERSIH tetapi sekadar berjalan-jalan makan angin. Menyokong tidak, tidak menyokong pun tidak.
Ini lah cara pemimpin PAScai yang tidak berpendirian dan yang telah hilang arah.

Apabila janji PAScai untuk mengadakan satu rally yang sama untuk tujuan yang sama tidak di laksanakan, PAScai akan guna alasan pemimpin mereka telah hadir perhimpunan BERSIH.

Apapun PAScai perlu minta penjelasan dari Ust Idris Ahmad atas kapasiti apakah beliau hadir BERSIH ??


Unknown berkata...

Salam

Kesihan dekat orang-orang melayu mentality suka mengAIBkan orng sudah menjadi biasa macam Budaya nenek moyang kita dulu2,masa zaman atok-nenek kita dulu suka mengumpat dgn tujuan nak meMALUkan seterunya. So budaya ini dibawak hingga kegenerasi sekarang tak kiralah melayu umno dan sekarang ini dibawa oleh orng-orang yg bergelar nak bawa dasar islam.Di jaja dan disebarkan supaya budaya ini diteruskan sampai ke anak cucu.Soal maruah orng dan akhlak sendiri diketepikan. Walaupun mereka tahu abg Mat tak boleh menolak amoi nak tangkap gambar oleh boyfrennya.menganggap macam anaknya.Di depan khalayak ramai.

Saya amat "meningsafi" budaya ini telah saya lakukan semasa saya dalam pemuda tahan lasak 80'an dulu.Kerja-kerja ini semata-mata nak memalukan pehak lawan kita, walaupun kita tahu kerja ini kerja yg sangat hina.Supaya pehak yg kita sokong mendapat pengaruh.Saya rasa ada ajen-ejen dirty department PAS/umno berada bersama group GHB.Macam saya lakukan sokong umno dulu team A dan team B dulu.
saya nak advise pada gerak-kerja GHB dan Pemimpin-pemimpin GHB berhati-hati,tak apa ini pengajaran.Tak mungkin cina yg tangkap gambar tu beri pada orng PAS dan UMNO gambar ini, mesti ada somebody orang lain menunggu kealpaan pemimpin-pemimpin GHB.Mereka-mereka ini ialah gerak-kerja yg rapat dlm GHB,tahu jadual dan perjalanan abg Mat, yg senantiasa memberi lapuran pada taukeh-taukeh mereka. Saya rasa tak susah nak memerangkap mereka ini.Pada pertugas-pertugas yg JUJUR buat penapisan dari sekarang, sebelom terlambat bila pilihanraya nanti.inilah HIKMAHNYA bila kejadian ini berlaku.

Biasanya orang yg TAKUT Tuhan takkan buat kerja ini, mengAIBkan orang.

Inilah salah-satu BUDAYA DATOK nenek moyang orang-orang melayu yg susah nak kita hapuskan,cepat percaya tanpa usul periksa,bila gambar-gambar ini ditunjukkan pada lebai-lebai kampung.Suka mengAIBkan orang lain (seterunya) supaya kumpulannya mendapat milage dengan keAIBpan orang lain.Tak kiralah berton-ton ilmu agama yg kita pelajari jika HASAD itu ada ,memang susah nak dihapuskan.Walaupun panduan nabi,al-quran terang-terang dah bagitahu tapi NAFSU/HASAD selalu mengoda dan raja syaitan telah mempengaruhi, kata apalah,nasihat apa sahajalah tapi mereka-mereka ini buat juga. Cuma nak pesan di padang masyar nanti tuhan akan tanya satu-persatu, jika kesalahan dgn tuhan kita boleh bertaubat,tapi jika dgn manusia kita kena meminta MAAF daripadanya(kecualilah orang-orang yg terang-terang menzalimi orang dan terang2 mendatangkan mudarat pada manusia dan negara).

sayapun dah meminta MAAF pada orng-orng yg saya AIBkan masa dalam umno dulu,alhamdulillah mereka memaafkan, dan minta taubat banyak-banyak,bertahajud,berzikir banyak2,terlalu banyak dosa masa muda-muda dulu.Contoh berazan dan bersebahyang jemaah bila cukup waktu didepan orang-orang bukan islam adalah satu contoh yg baik,boleh allah turunkan hidayat utk orang lain memelok islam.Marina chin abdulah, satu contoh yg baik,hari itu saya tenguk dia berSOLAT jemaah bersama wanita2 GHB.mungkin dia belum bertudung lagi, sebab PERSEKITARANnya belum membolehkan dia memakai tudung.Jika dia selalu join dan persekitaran yg baik insyallah allah akan turunkan taufik untuknya bertudung.Jika orang-orang macam ini ditunjukkan kerja-kerja mengAIBkan oleh orang-orang yg mengaku islam bagaimana aiik??

Saya menyeru diri saya sendiri/rakan2,agar ALLAH tunjukkan jalan yg lurus,semoga RAHAMATNYA bersama kita.

go GHB go/TAHNIAH PADA ARIEF/PERTUGAS berbanga dgn tugas-tugas anda.
wallahualam.


Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah

POLIS kita sudah matang dan ber fikir.

Abdul Said berkata...

Lawak betul Si najib ni. Dia boleh kumpulkan lebih rami dari bilangan perhimpunan bersih. Kelakar betul. Kalau berani buatlah. Pertama pihak yang menganjur mesti mintak duit. Bila dapat duit 40% kebas masuk poket (biasala projek ameno). Lepas tu paksa jabatan kerajaan hantar wakil (macam sambutan mauludil Rasul). Yang jadi mangsa ialah kementerian pendidikan, kesihatan dan universiti-univeriti. Tokey-tokey bas kompeni umno kena bagi khidmat pengangkutan. Masa nilah yang tak pernah datang KL pun nak pergi juga sebab ada bas berhawa dingin, nasi bungkus, t-shirt percuma ,air kotak dan botol. Satu orang peserta paling minima umno akan berbelanja RM50, kalau umno kumpulkan 40 ribu kiralah sendiri!!. Dalam pada tu mesti ada pembekal kena kencing dengan jawatankuasa penganjur. Tokey bas, tokey air, tokey nasi bungkus, tokey t-shirt dan sebagainya mesti ada yang tak dibayar. Kalau bayar pun tak cukup atau dapat cek tendang. Untuk membuktikan Najib ramai penyokong sila kumpulkan orang-orang kamu!!!!! Kalau boleh kumpulkan juga penyokong -penyokong kamu di London, Ulun Bataar (Mongolia), di Dubai, Beijing dan juga di Pekan!! Silakan. Jangan lambat-lambat sebab nanti GAME OVER. Malaysia akan dapat PM baru!! InsyaAllah!!!

Tanpa Nama berkata...

Hadi tidak bijak.kalau dia seorang manusia cerdik.ini adalah peluang keberapa kita tak tahu untuk dia dilonjak menjadi peminpin tertinggi Malaysia.Kalau isu Kajng ,dia yang menguasai isu itu ,.dai mengetuai dan menyelesaikan nya maka ia akan menjadi ketua.bukan Anwar.dia menguasai LKS dan Azizah.dalam isu hudud dia akan memberi kefahaman kepada DAP ,dalam isu apa juga dalam Pakatan .dia seolah2 jadi ketuanya .memanggil LKS dan memenggil Azizah dan selesaikan isu.dia nampak sebagi ketua.egitu juga dalam Isu BERSIH ini .sekiranya dia di depan perbarisan ,.sudah tentu Mat sabu dibelakangnya.nampak dia jadi ketuanya.Sembahyang berjemaah di tengan Jalan ,dia imamnya.diatas pentas dia memberi ceramah yang segar ,nampak dia bolih mengusai audienya.Dan nampak dia dilonjak keatas oleh segnap lapisan masyrakat,mungkin dia sesuai menjadi PM TETAPI SAYANG ,dia tidak bijak mengmbil peluang dan kni dai sebagai pencacai Umno SEBAB dia tak sokong BERSIH jadi kesipulanya UNO+PAS= NO PAS.

Abdul Said berkata...

Encik Anon 7:04 AM. Betul sekali kenyataan tuan. Namun jangan salahkan dia. Bab ugama memang ilmunya luas tetapi dalam bab politik berlatar belakangkan senario Malaysia beliau bingai dan dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang juga bingai yang lebih memikirkan 'apa aku akan dapat' dari berusaha untuk kemajuan orang tua itu!!!

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam Buat Tuan Greenbioc.
Lama Pakcu tak mencelah dalam blog tuan. Hari ini Pakcu masuk sekedar sembang-sembang biasa sebagai orang kampung. Hebat jugak Bersih 4.0 kali ni. Cuma puak Melayu yang kurang dan dimonopoli oleh kaum Cina. Patutlah Abang Mat Sabu tersenyum bergambar tu....dah sehati sejiwa kok....MERDEKA....kah kita ? Walahualam.

air gunung berkata...

Aku dah bosan isu perkauman ni.ntah bila nak abis dan tak kemana.agaknya apa yg umngok or pas lakukan sekarang adalah kehendak agama serta sunnah nabinya bagaimana nak hidup dgn bangsa lain dan agama lain.siapa hidup dlm kluarga bercampur mesti pening.terutama yg mendapat hidayah dan msok ke dlmk kuarga melayu islam.bila kluar kenyataan dr pemimpin dan juga org islam yg perlekeh bangsa juga agama org lain mereka jd serba salah.ini yg aku selalu nmpak dlm keluarga iparku.so ghb.teruskN dgn perjuangan kalian dgn membawa wadah rahmatan lil aalamin.ia bkn kerja mdh.tp anda telah pun melangkah.so teruskN.buktikan anda semua bkn tersilap melakukan pilihan.

Tanpa Nama berkata...

Ini kerana Harapan Baru berpotensi besar menggalakan perancangan PAS-UMNO yang selama ini telah terjalin.




Rancangan asalnya kumpulan2 progresif akan dibersihkan dari kepimpinan.




Selepas itu akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dengan PKR.




Di hari penamaan calon kelak, PAS akan tarik diri dari semua kerusi yg UMNO telah menangi.




UMNO juga akan memberi kemenangan percuma kepada kerusi2 yang PAS telah menangi.




Pada waktu yang sama PAS akan meletak calon melawan PKR dan DAP.




Di kerusi2 tersebut UMNO akan menarik diri.




Hasilnya nanti PKR akan hilang sebahagian besar kerusi mereka.




UMNO/BN akan mendapat 2/3 dengan bantuan kerusi2 yang dirampas oleh PAS dari PKR.




PAS pula akan memerintah di Kelantan daen Terengganu dan mngkin Kedah.




Haji Hadi dan Majlis Syura Ula ma pula akan beri alasan penting menggembalikan majoriti 2/3 kepada UMNO dan BN kerana hendak meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud.




Pendek kata segala2nya halal kerana hudud.




Harapan Baru mengagalkan perancangan ini. Harapan Baru akan meletak calon di kerusi2 yang UMNO dan PAS bertanding.




Tidak akan berlaku menang percuma kepada PAS mahupun UMNO disebabkan Hrapan Baru.




Kalau PKR masih mahu terus mempercayai PAS, silakan.



Namun yang pastinya PAS akan mengkhianati PKR atas nama hudud.

TULANG BESI

Tanpa Nama berkata...

Pro Najib mungkin mampu mengumpul sejuta orang tetapi mampukan mereka mengumpul orang seramai itu selama 34 jam dalam panas dan hujan. Sanggupkah pro Najib tidur malam di KL ?

Jika salah, kesalahan Mat Sabu dapat di maafkan dan menjadi peringatan untuk kita semua kerana suasana yang sesak ketika itu dan kesalahan Mat Sabu tidak lah sehingga merugikan rakyat sebanyak RM 2.6 billion.

Lain lah kalau gambar tersebut menunjukkan gadis cina tersebut mencium tangan Mat Sabu seperti Puteri UMNO mencium tangan pemimpin UMNO.


Tanpa Nama berkata...

Kekurangan penglibatan orang melayu juga adalah kerana bosan dengan sikap pemimpin melayu yang semakin teruk. Beberapa rally sebelum ini tidak memberi impak malahan pemimpin semakin teruk. Jika Harun Din tidak percaya Najib akan memasukkan wang sebanyak itu ke akaun nya sendiri sudah tentu perkara yang seteruk ini menjadi kan orang melayu sudah tidak peduli, apa nak jadi, jadi lah.

Pemimpin UMNO sudah terlampau yang mana perbuatan tersebut terkeluar dari kemampuan fikiran orang melayu. Sama juga lah ibu-bapa yang tidak dapat berbuat apa-apa bila anak nya penagih tegar yang tidak mampu diselamatkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin yang benarnya adalh pengikut Pas ramai yang tak turun disebabkan ikut arahan presiden dia.DAN disinilah silapnya peminpin Pas kerana atas arahan tersebut aseolah2 cina yang mengusai BERSIH ,Sepatutnya semua peminpin besar Pas turut seta dan mengmbil tempat di depan seolah2 Pas yang menjadi ketuanya,secara otomatik cina dan india berada dibelakang kita serta menriam arahan kita.tapi hal begini tidak berlaku.yang berlakunay Pas semakin dijauhi .PRU 14 nanti Pas tidak akan dapat sedikit pun undi dari cina ,percayalah ,Silapanya kerana Pas memiliki peminpin yang masih ego.