28 Ogo 2015

Seorang "Tan Sri" Akan Sertai Harapan Baru...

Tan Sri antara akan sertai Harapan Baru

KOTA BHARU - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang akan melancarkan Parti Amanah Negara (Amanah) pada 31 Ogos ini, akan melibatkan pemimpin pelbagai peringkat, termasuk yang bergelar Tan Sri.

Pengerusi Harapan Baru Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka yang terlibat dalam Amanah adalah daripada golongan profesional dan individu yang pertama kali terlibat dalam politik.

“Beberapa nama besar akan turut diumumkan sempena pelancaran itu, malah mereka yang terlibat dengan Amanah bukan dalam kalangan pemimpin yang bertanding pada muktamar Pas tahunan Jun lalu.

“Ini sekali gus menolak dakwaan penubuhannya disebabkan kecewa selepas digugurkan daripada barisan kepimpinan parti,” katanya kepada media selepas melawat mangsa kebakaran di Taman Kenangan di sini, kelmarin.

Wan Abdul Rahim berkata, pada majlis pra pelancaran itu juga beliau akan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, bagi memberikan komitmen kepada parti baharu itu.

“Pada hari itu juga barulah ada parti, borang, pendaftaran, nama, logo dan kita akan edarkan borang keahlian,” katanya.

Wan Abdul Rahim, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu juga berkata, pelancaran secara rasmi akan diadakan pada 16 September di Kuala Lumpur.

“Pada 11 September kita akan melancarkan di Kelantan yang disertai pengisytiharan kepimpinan di peringkat negeri,” katanya. -SH

ULASAN GB

Nampaknya lagi dihentam GHB ini lagi ramai yang menyertainya.

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya mereka kumpulan yang disifatkan oleh Al-Quran.... "tidak takut dan tidak resah dengan celaan orang yang mencela.."





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




12 ulasan:

AyahDi berkata...

Permata yg cantik hasil dr proses canai yg lama .
Emas ....utk mjadi perhiasan yg mahal perlu dibakar dan ditempa terlebih dahulu.

Abdul Said berkata...

Seluruh dunia sedang memerhatikan Malaysia. Malaysia kini jadi bahan lawak antarabangsa. Jangan terkejut kalau ada orang politik Malaysia lepas ni jadi 'stand up comedy'. Mesti lawak habis. Oh ye untuk mereka yang ada urusan peribadi di luar negara kalau malu mengaku jadi rakyat Malaysia jangan susah hati. Anda boleh kata anda dari Penang. Penang terkenal dahulu kala sebagai mutiara timur. Atau katakan anda dari Melaka yang pernah dijajah oleh Portugis atau katakan anda dari Jesselton, North Borneo atau pun Selangor. Inilah masanya nak kenalkan negeri masing-masing. Bila ditanya tentang Malaysia buat 'blur' saje!!!

omar daud berkata...

Salam

Syabas GHB, berkat commitment pertugas-pertugas dan pemimpin-pemimpin yg ternyata mempunyai VALUE dikacamata rakyat Parti Amanah Rakyat akan muncul menjadi alternatif bagi rakyat malaysia.Rasa kagum GHB membina kekuatan sendiri,bukan kelemahan parti lawan/kawan, dijangka parti akan pergi jauh.

Short term planning menjelang PR14.
Mendapatkan seberapa ramai ahli,perkuatkan jentera parti,orginisasi yg bersistematik,bergerak bersama PR2.0,memulakan memberi ilmu-ilmu pilihanraya/public relation pada jentera parti yg sudah ditapis.Consistent dlm PLAN ,setiap gerakkan kerja ada analysis dan membuat correction sehingga pilihanraya.

Long term planning:

Acitivities utk ahli-ahli:
activitie2 utk pemimpin 2, lama,muda,setempat:
activitie2 ilmu agama utk semua ahli:
activitie2 utk penyatuan perkauman.
activities utk ekonomi,budaya islam,dailog/forum sesama ahli:
activities: pemimpin dan ahli-ahli.
activities interaksi ahli dan masyarakat setempat.
dan yg penting Tabung ahli2 utk tujuan perniagaan,pelajaran dan membantu ahli-ahli yg kurang kemampuan.

Insyallah jika dapat keredhaan allah PAR akan dapat mengantikan umno,dlm membudayakan masyarakat malaysia yg patuh pada agama,sayang menyayang antara satu sma lain, berintigerity,amanah,kuat bekerja,budaya tidak meminta dan berdikari hasil activity-activity PAR.

go PAR go

wassalam.

asri adnan berkata...

Tan sri Mohammad b Mohd Taib aku rasa, kalau tak betul sorry ye.

Malaysiabaru berkata...

Kami harapkan sangat perkasa di dagtarkan sebagai party politik

Supaya Muhyiddin boleh join.

Dan sudah pasti ada tiga penjuru di semua kawasan umno dan undi berpecah...

Begitu juga di antara GHB dan Pas pis pus...

Insyallah ada tiga penjuru...

Akhirnya rakyat akan temui sebuah malaysiabaru !!!

Tq greenboc ... You all have made Malaysia a new Malaysia. Syukran kathiron

Tanpa Nama berkata...

Yang penting kita sama2 berdoa agar GHB akan diberkati Allah dan menjadi suatu pertubuhan yang disenagi semua bangsa dan agama ,Agar semua agama mneghormati dan tahu bahawa ISLAM itu benar dan baik

Da Man berkata...

GHB pengganti PAS dan UMNO

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Orang bergelar, intelek atau berjawatan tinggi tidak begitu penting dalam sesuatu pertubuhan politik. Individu yang jujur dan berpengaruh sangat signifikan untuk survival parti. Dato' Hassan Ali, bekas PTD dan pakar motivasi dalam sekelip mata mencipta nama dalam hiraki kepimpinan Pas, tetapi akhirnya beliau dipecat daripada Pas kerana sikapnya yang tidak jujur kepada parti. DR Chandra Muzaffar, seorang ilmuan dan pensyarah UM pernah diangkat menjadi Naib Presiden PKR, namun akhirnya mengishtiharkan diri keluar parti. Tunku Abdul Aziz Ibrahim bekas Naib Pengerusi Transparency International pernah masuk DAP dan pernah diamanahkan sebagai Naib Pengerusi parti tersebut. Tetapi tidak lama selepas itu beliau mengishtiharkan diri keluar DAP. Nakhaei seorang ulama, pernah menjadi Naib presiden Pas, keluar parti dan masuk Umno. Baru-baru ini beliau telah mengishtiharkan diri keluar daripada Umno kerana tidak yakin parti itu mampu memartabatkan Islam.

Parti hanya memerlukan individu yang jujur dan berwawasan. Kejujuran, wawasan dan kaliber kepimpinan dapat memajukan parti. Orang bergelar, kerabat diraja, berjawatan tinggi, tokoh korporat dan intelek hanyalah nilai tambah sahaja kepada parti. Undi seorang Tun, Tan Sri, Datok, Profesor, Dr, Ir, Ustaz, Tuan Guru, Mahaguru hanyalah bernilai satu undi sahaja dalam pilihan raya. Rakyat marhaen, buruh kasar, peminta sedekah, pelacur, mat rempit, gro, perompak, imam, makmum, malahan galandangan juga hanya mampu memberikan nilai satu undi juga dalam pilihan raya. Apa yang penting setiap rakyat tidak kira berharta, berdarjat, berilmu atau rakyat biasa perlu ada kesedaran untuk menukar kerajaan yang zalim kepada yang adil melalui proses pilihan raya.

Tanpa Nama berkata...

Diharapkan GHB atau Parti Amanah Rakyat dapat menarik lebih ramai ahli2 dari kalangan anak2 muda dan golongan atas pagar yg sblm ini kurang berminat dlm politik.

Mereka2 ini yg boleh mengubah lanskap politik tanahair bila berganding dgn Pakatan Rakyat 2.0 walaupun tanpa Pas.

air gunung berkata...

Anggaplah ghb tgh buka ladang baru.so bnyk kerja kena buat dr jenis tanah n kawasan kena tau letak duduk nilai komersialnya.lps tu kena clearkan semak samun peparitan pagar benih baja dsbgainya.perancangan kerjabuat berdikit2 tp istiqomah seperti OD garisringkaskan.so akn bnyk musuh2 nak perosak...berjenis2 dr yg merayap sampaila yg bergentayangan di awan.lawanlah dgn akhlaq dan istiqomah.pasti akn ubur dan bermanafaat ladang tersebut.so....jgn go ghb go...insya Allah sy akn sentiasa menyokong...

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah proses pembersihan.
Gumbira gumbira.

Tanpa Nama berkata...

Rasa-rasanya bukan Tan Sri Mat Taib sebab majlis pelancaran tersebut di Kota Bharu. Mat Taib lebih sesuai menjadi ahli di Selangor.

Orang biasa akan berjasa dengan usaha dan tenaga. Orang bergelar dan berpangkat akan membantu menguat kan parti dari sudut kewangan. Masing-masing ada peranan dan setiap se orang adalah sangat penting. Jadi lah seperti koloni semut, tidak ada yang curi-cuti tulang dan tidak ada yang mementingkan diri sendiri sehingga bangkai lipas yang besar dari nya mampu di angkut oleh semut-semut.