28 Ogo 2015

Dr Dzulkefly: Mengapa Kami Tubuhkan GHB?

Petikan Ucapan Dr Dzulkefly Ahmad Di Program Dialog Terbuka Politik Malaysia, Lembah Pantai

1. Betul kami kelompok kalah. Tetapi tidak pernah dalam sejarah pemilihan, berlaku kalah yang gugurnya setandan sebegini. Kami mengakui kekalahan itu, namun kekalahan yang mungkin juga merupakan 'rahmat yang tersembunyi'.

2. Kami dikalahkan dengan cara telah pun tuan-tuan ketahui. Kelompok kami dianggap sebagai mengekang kelompok yg diketuai presiden kerana setiap kali mesyuarat kelompok ini datang dgn penghujahan yang cukup, sehingga presiden tidak dapat membuat keputusan dalam perkara dasar. Hakikat ini diakui okeh Ketua Dewan Ulama (intrview MM).

3. Betul juga kita kelompok 'kecewa'. Kita kecewa kerana sejurus kita kalah, sementara TGNA sudah tiada, PAS membuat pendirian berpisah dengan DAP, sekaligus berakhirnya PR. Mengkuburkan satu muafakat politik yang disuburkan sekian lama yang memberi manfaat yang besar kepada perjuangan Islam yang inklusif dalam sebuah mesyarakat majmuk.

4. Asalnya tiada sorang pun di kalangan kami mahu buat parti baru. Tak ada niatpun. Tapi pada 16 Jun di Johor, kami buat brainstorming, sebulat suara bersetuju meneruskan perjuangan TGNA, membawa Islam 'Rahmatan lil alamin' yang menaungi semua. Semua berasa selamat dan terbela di bawah lembayung 'Islam Untuk Semua'. Justeru cara terbaik untuk membawa mesej itu adalah dengan meneruskan tahaluf siyasi.

5. Kenapa kami tubuh wadah baharu, adalah kerana mahu mengangkat kembali agenda Pakatan Rakyat 2.0 utk depani persaingan sengit PRU14 akan datang.

6. Kalau persoalan hudud dijadikan sebab PR pecah, itu tidak tepat. Ketika metrai polisi bersama pada April 2008 pun tidak agenda hudud dalam 'Dasar-dasar Bersama atau 'CPF'. Sejak awal lagi tidak ada. Zaman TGNA masih ada, Karpal Singh masih ada. Bab hudud kita 'setuju untuk tidak bersetuju'. Kelantan boleh terus bentang dan rakan-rakan boleh kekal tidak setuju. Mengapa berubah sikap dan pendirian? Tentunya banyak lagi yang tidak difahami umum. Mengapa langgari perjanjian tahaaluf?

7. Kami berkeyakinan ini wadah politik Islam baru untuk menjadi satu penyelesaian kepada kemelut dan krisis yg didepani negara dan rakyat. Kami meyakini bahawa ini kehendak dan desakan rakyat untuk kami angkat semula PR 2.0 bagi berdepan kemelut kebobrokan pentadbiran negara pimpinan Najib Razak dan Umno-BN.

8. 1MDB meletakkan Malaysia 'sempurna' dalam krisis. Tiada lagi aspek dalam negara yang tidak berkrisis dan dalam kerentakan. Semua cabang kuasa yakni Legislatif dan Judisiari, dijerut dan dicekik pihak Eksekutif. Negara hampir lumpuh dan kegagalan sistem itu dicerminkan oleh keruntuhan nilai matawang ringgit negara.. Alahai!

9. Jadi inilah masanya, rakyat membuat perubahan bersama kami harapan baru sekaligus bersama Pakatan Rakyat 2.0 menumbangkan UMNO-BN.

-Team media GHB


GHB: Gabungan baru untuk sejagatkan Islam

Parti Islam baru, yang yang digerakkan bekas pemimpin kanan PAS, akan menyertai gabungan baru bersama PKR dan DAP demi 'meluaskan' sifat inklusif dalam Islam.

Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad berkata langkah itu demi menunjukkan Islam sebagai agama rahmah dan mampu bekerjasama, bukan mengasingkan diri dan memandang rendah pihak lain.

"Muafakat ini (gabungan pembangkang baru) sebagai wasilah untuk menunjukkan Islam yang sejagat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Kita tidak mahu menimbulkan satu persepsi bahawa Islam ini adalah untuk kelompok Muslim sahaja (apabila Pakatan Rakyat terungkai).

"Ia memberi satu tanggapan buruk kepada Islam bukannya sikap inklusifnya," katanya lagi.

Media melaporkan parti Islam itu bakal dinamakan sebagai parti Amanah Rakyat tetapi pemimpin GHB enggan mengesahkannya buat masa ini.

Anggota bukan Islam

Tokoh DAP Lim Kit Siang hari ini berkata satu gabungan baru pembangkang dapat dibentuk sempena Hari Malaysia 16 September ini, jika parti Islam baru dibentuk menjelang 31 Ogos.

Pembentukan gabungan baru itu sedikit sebanyak dilihat akan mewujudkan landskap baru politik tanah air apabila PAS, sebuah lagi pembangkang berpengaruh, akan bergerak sendirian.

Sementara itu, Dzulkefly berkata terdapat sambutan luar jangkaan masyarakat terhadap penubuhan parti baru khususnya daripada komuniti Cina dan India di samping kaum Melayu-Islam, di bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Katanya, mereka merasakan PAS "tidak memenuhi harapan mereka" termasuk menjadi ahli penuh untuk memilih kepimpinan parti.

Parti baru itu menerima keanggotaan penuh bukan Islam, walaupun menjadikan Islam sebagai ideologi teras.

Berhubung status pendaftaran pula, Dzulkefly berkata pihaknya telah menyediakan semua dokumen untuk melengkapkan proses pendaftaran sebagai parti politik di Jabatan Pertubuhan (RoS).








ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




13 ulasan:

lelaki dicermin berkata...

Terlalu ingin... sampai mcm tahap mengidam... nak tgk pas bila bersendiri...

Timnajib Jomfikir berkata...

In Shaa Allah saya akan bersama-sama dengan anda.

Teruskan legasi perjuangan TGNA. Pemikiran Allahyarham tetap terpahat dalam diri kita.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah menyimpang dari perjuangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Ini terbukti semasa muktamar yg lepas cara pemilihan pemimpin dibuat mengikut konsep judi cai. Inilah parti yg mendakwa sbg gerakan Islam tetapi perlaksanaan sebaliknya.

Budaya mencaci, maki hamun, memfitnah, melabel org seolah2 dipelopori oleh golongan ulamak terutama Hadi.

Islam for All. Pas for Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Penyakit umno benar2 telah menjangkti pas. Antaranya ialah sindrom penafian. Semacam meroyan pemimpin pascai sekarang. Asyik mengungkit sejarah. Asyik mendakwa diri kuat dan sentiasa dpt sokongan.

Mendakwa ramai kemasukan ahli2 baru. Ironinya berduyun duyun pemimpin dan ahli keluar pas. Apa lagi sokongan pengundi bukan melayu atau non muslim.

Pas mendabik dada mereka dapat sokongan sebab DASAR ISLAM yg dperjuangkan pas. Ye ada benar. Tapi sokongan kuat tersebut ketika TGNA ada dan kumpulan profesional berada dalam pas. Slogan PAS FOR ALL hasil idea golongan pro dan dokongan TGNA menarik minat kaum bukan melayu dan non muslim.

Pemimpin pas sekarang jgn lah berkhayal menyedapkan hati sendiri dgn sejarah lampau Parti. Zaman dah berubah!! Pemikiran rakyat serta keperluan zaman ini berbeza dpd dulu.

Jgn cakap takbur bahawa GHB cuma boleh bertahan 2 tahun. Silap2 parti kamu yg berusia nyanyuk tu lah yg akan karam dalam tempoh tak sampai 2 tahun.!!! Jadilah kamu pemimpin pascai diingat oleh sejarah dan generasi akan datang sebagai pemusnah dan pengkhianat parti PAS yg telah diusahakan dengan keringat air mata dan darah para pejuang pas terdahulu.

Sesungguhnya pemimpin2 dan perwakilan pasCAI selepas muktamar adalah badut2 politik yg akan expired tak lama lagi.

dhoif berkata...

https://fazlizainul.wordpress.com/2013/09/15/pas-keluar-pakatan/

baca,fahami forward pd ahli2 pas

My Kakak berkata...

Banyak cabaran AMANAH nanti. Bersama kita fokus agar ianya meluncur kemas. Agar semangatnya menular di segenap pelosok tanah air. Setiap kita berperanan memantapkan AMANAH. Strategi tersusun, promosi berkesan dan akhlak dalam berceramah dan semasa mengeluarkan kenyataan akan mencerminkan integriti AMANAH. Bakal meningkatkan pengharapan rakyat ke arah Malaysia yg diidamkan. Ya jangan lalai dan lupa provokasi , fitnah dan spin dari mereka yang cemburu dan takutkan AMANAH tumbuh pantas.

Tanpa Nama berkata...




SeSUMPAH menyamun berbillion-BILLION
Bersama siPONTENG sikaki FITNAH
Indahnya "AKIDAH" pemFITNAH peNYAMUN?
"Ikhlas" berHUDUD...kerana ALLAH..??


SeSUMPAH menyamun berbillion-BILLION
Bersama pngKHIANAT...Fitnah pilKUDA
Mantapnya "AKIDAH" pngKHIANAT peNYAMUN??
Menegakkan HUDUD...tuntutan yg'ESA..???


SeSUMPAH menyamun berbillion-BILLION
PONTENG u-Turn FITNAH yg "SUCI"
Sucinya "AKIDAH" pemBELIT peNYAMUN???
HUDUD mrk...""diredhai"" ILAHI..????


HUDUD mereka...""diredhai"" ALLAH
FITNAH meNYAMUN...jihad yg SUCI
BANJIR negeri...balak meLIMPAH
RINGGIT merudum..negara pon 'MATI'


Banjir NEGERI....balak meLIMPAH
Ringgit menJUNAM..NEGARA pon 'MATI'
Begitulah HUDUD yg """diredhai""" ALLAH..????
PeNYAMUN pemFITNAH yg "berAKIDAH" suci!?????


Menyamun meROMPAK menzalimi UMMAH
Auta pemFITNAH mendustai ALLAH
Hudud peNYAMUN siharram'JADAH
Hudud pemFITNAH menyonglap GHONIMAH


Bila peNYAMUN dengan pemFITNAH
Bersandiwara HUDUD kehadrat ALLAH
BALA pon datang melimpah-LIMPAH
Hancur NEGARA...tersiksa lah UMMAH

Tanpa Nama berkata...

aku harap GHB akan menjadi parti Islam yg menggantikan pas. jadilah parti yg dominan dlm pakatan baru.

tindakan pkr yg playsafe tidak disenangi. setelah diaibkan dgn pelbagai cara, pkr masih lg memberi ruang pd pas dlm pentadbiran. pkr nak pas buat apa lg sblm pas dikeluarkn?

1. hina presiden pkr - dah
2. biadap kpd ketua umum pkr - dah
3. fitnah calon pkr - dah
4. letak calon dikerusi pkr - dah
5. tak sokong presiden pkr sbg calon mb - dah
6. tak sokong presiden pkr di permatang pauh - dah
7. menipu rakan dlm pr - dah
8. sokong bekas ahli pkr yg dipecat - dah
9. label pkr - dah
10. rebut jwtn pkr - dah

adakah hadi perlu ludah muka kak wan, baru azmin akan bertindak? atau pun tindakan azmin ni sbg balasan krn sokong dia jd mb?

tak taulah apa yg ada dlm kepala azmin skrg ni.

tetiba je kluar isu DEIG. brp byk lg sykt yg akan ditubuhkan semata2 nak beri jawatan kpd kroni?

knp tak dirombak sj mbi dgn pimpinan baru dan halau keluar saki baki khlaid dlm tu?

Ritchie Blackmore berkata...

Islam rahmat utk semua tapi bagi pas yg berfikir secara konsevertif islam adalah semata mata hudud shj.

Malaysiabaru berkata...

Hati hati dgn deaf ni, mamat ni nak menghasut dan promo benda tak betul.. Semua blog dia punya

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kronologi kewujudan PasMa, G18, GHB dan kemuncaknya penubuhan Parti Amanah Negara adalah rentetan rasa tidak puas hati sebilangan pimpinan terhadap kepimpinan tertinggi parti, terutamanya Presiden Pas. Bermula dengan kempen menjelang Muktamar Pas 2015 sehinggalah menjelang saat tertubuhnya PAN pada 31 Ogos 2015, Pas sudah terbahagi dua. Pertama Pas konservatif, yang dianggotai oleh ulama dan profesional yang pro ulama. Kedua, Pas progesif yang didokong oleh golongan profesional dan golongan ulama yang kotemporari. Golongan kedua inilah yang bakal menubuhkan PAN.

Dengan wujudnya perpecahan ini, Presiden Haji Hadi telah meletakkan golongan yang tidak sehaluan dengan beliau di kandang orang salah. Pada mulanya beliau menggelar pihak ini sebagai barua, tolol, broker, agen Yahudi, proxy Dap, kafir harbi dan sebagainya. Gelaran ini tidak mematahkan semangat kepolitikan golongan progesif sehinggakan beliau menghalau keluar dan meminta agar menubuhkan parti baharu. Cabaran agar menubuhkan parti baharu disambut oleh mereka. Ura-ura penubuhan parti baharu ini menyebabkan Pas rasa gusar dan bimbang dikhuatiri menjadi parti pesaing. Maka timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim cuba membuat pusingan U agar mereka kembali kepangkuan Pas. Apa pun pujukan TITM tidak diendahkan oleh mereka. Setelah senjata pujukan tidak mengena, maka Hadi Awang pun menghukum dengan mengaitkan mereka ini sebagai "gugur dalam perjuangan".

Pas ditubuhkan atas nama demokrasi. Parti Amanah Negara juga ditubuhkan untuk memenuhi permintaan ahli-ahli yang cintakan demokrasi. PAS dan PAN bukan agama walaupun kedua-dua parti ini dasar perjuangannya berteraskan agama. Pas dan PAN adalah wadah politik untuk sama-sama menegakkan keadilan dan menumbangkan kerajaan yang menzalimi rakyat. Kenyataan keluar Pas dianggap sebagai "gugur dalam perjuangan" adalah kenyataan yang pra-matang. Dalam negara demokrasi, pelbagai wahana politik boleh disalurkan untuk memperjuangkan Islam. Bukan Pas sahaja yang memperjuangkan Islam!

Tanpa Nama berkata...

Pengakuan Dr Dzul akan menutup mulut mereka yang duk asyik mengatakan pemimpin GHB kalah bertanding dan keciwa. Dr Dzul juga memberi penjelasan yang lebih baik dari sekadar menuduh kumpulan G18 menubuh GHB kerana kalah dan keciwa.

Selagi tidak mengaku selagi itu lah mereka akan guna modal kalah dan keciwa.

Bukan G18 sahaja yang keciwa tapi ramai yang keciwa termasuk penyokong. Kekeciwaan tersebut melarat ke ahli PAS didalam AJK yang telah meletak jawatan.

Kesimpulannya selepas ini kita tidak boleh mengatakan mereka keciwa sebaliknya mereka membawa perubahan yang lebih baik kepada satu wadah politik.

Jika mereka masih di dalam PAS sehingga sekarang PAS dan DAP saling serang menyerang. PAScai akan bertambah-tambah keras kepala dan degilnya. Sekarang ini pun Presiden mereka kendur sikit bukan pasal ahli keluar PAS sahaja tetapi pasal tempat bergantung mereka iaitu Najib dah nyawa-nyawa ikan.

Apa kah semudah itu kita akan terima pemimpin PAScai sekiranya mereka menunjukkan penyesalan mereka dan insaf ??

Tanpa Nama berkata...

Sejak akhir2 ini saya lihat makin terserlah punca sebenar krisis PAS berlaku akibat komplot pemimpin PAS yg ada sekarang bersama dengan pemimpin UMNO untuk menyahkan pemimpin yg lantang dan agresif menyerang UMNO/BN.krisis berlaku sejak kepimpinan almarhum tok guru nik aziz di buat oleh org yg sama melakukan pengkhianatan runding belakang dengan UMNO. almarhum sudah nasehatkan berkali2 jangan percayakan UMNO dan terjerat dalam lubang yg sama.pemimpin tersebut acapkali menyusahkan kepimpinan almarhum.sewaktu almarhum uzur,pemimpin tersebut mula tunjuk belang.lihat saja bagaimana strategi jijik pemimpin pengkhianat tersebut lakukan selepas berkomplot dengan UMNO dengan media UMNO menyerang habis habisan pemimpin PAS yg agresif menentang UMNO hingga ucapan tahniah UMNO pada rakan komplot nya menang dalam pemilihan . Terpecah nya rahsia besar apabila pengikut pemimpin tersebut dari kelantan mula nak tutup malu akibat sudah terjerat dengan UMNO terpaksa isytiharkan genjatan senjata akan di tamatkan jika UMNO tak beri laluan RUU di parlimen. Sekarang media UMNO sudah mulakan kempen serang pemimpin PAS balik selepas nik amar mulakan ugutan. Isu balak kelantan memang benar2 terjadi selepas husam di tendang keluar dengan fitnah yg amat teruk dari pengikut pengikut pemimpin tersebut.anak syarikat kerajaan negeri sudah mula di siasat dan ada yg di tahan serta kereta di sita. Kerana pangkat,harta dan jawatan sanggup berkomplot dengan UMNO. Sekarang Misi UMNO sudah berjaya. Tahniah pada pemimpin pengkhianat tersebut.