8 Ogo 2015

PAS Kembali Ke Era Extremism, Nak Bunuh Ahli Keluar Jemaah (?)

Fikrah ‘Holier than thou’ yang meresahkan – Ahmad Zhafri Md Noor

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru.

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar pembunuhan karekter (character assassination) secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan daripada satu kelompok kepada kelompok yang lain sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen, antara pihak yang tuhan ‘meletakkan tanganNya’ kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran, antara para “mujahidin ” yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa. Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas) sebagai kelompok yang disebut sebagai “jamaatul Muslimin” (jemaah orang Islam), ghuraba’ (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

Tuhan dijadikan satu objek yang dipergunakan untuk mewujudkan persepsi kelompok mereka cukup relevan, terpilih dan mulia di sisi Allah. Sesiapa yang menentang mereka adalah terdiri daripada kelompok yang menentang hukum Allah, paling tidak bersekongkol dengan musuh Allah, munafiq haraki, pembantu kuffar, parasit, golongan yang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bahkan diwujudkan istilah tapisan dan ditapis untuk menunjukkan Allah menapis kelompok mereka daripada perencanaan kelompok-kelompok ‘jahat’ tadi. Akibatnya, sebarang perbezaan cara pandang sesuatu isu dilihat sebagai satu dosa, celaru fikrah, tidak mentaati pemimpin utama, bahkan dipandang sebagai kelompok yang terkeluar daripada jemaah mereka.

Istilah jemaah parasit, pro-IRC, jemaah dalam jemaah, biro politik NGO dan Grand Design mula dipopularkan dan tersebar secara besar-besaran pasca Muktamar PAS yang lepas. Selama ini, istilah –istilah tersebut hanya tersebar di tamrin-tamrin, perjumpaan tertutup sesama ahli dan dalam program terpilih. Ia juga boleh dikatakan sebagai rahsia umum yang hanya diketahui pengamat-pengamat politik, ahli-ahli harakah Islamiyyah (Gerakan Islam) dan kelompok Islamis yang lain. Namun istilah ini dikeramatkan bagi mentahzir sesuatu kelompok melalui beberapa penulisan samaada dalam bentuk buku atau dalam bentuk status facebook.

Salah satunya adalah buku yang ditulis seorang pemegang Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan Latihan yang dipasarkan dan dipromosikan semasa Muktamar yang lepas. Buku itu sendiri dikritik ketulenan faktanya orang terlibat. Dan ajaibnya, orang yang terlibat itu masih lagi hidup, sihat dan masih lagi aktif berpolitik namun tidak dijadikan sumber primer dalam penulisan buku sejarah jemaah tersebut. Akhirnya, ketulenan fakta itu menjadi polemik yang tak berkesudahan antara pengarang buku dengan mereka yang terlibat.

Facebook juga dijadikan medan perjuangan dan jihad persis medan Badar, Uhud, Khaibar, Mu’tah bahkan persis Medan Rabia di Mesir pada zaman moden ini. Dan ironinya, ‘jihad’ itu bukan dilancarkan kepada golongan murtad dan enggan bayar zakat seperti mana zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar, atau kepada Nabi Palsu Musailamah Al Kazzab , tetapi dilancarkan terhadap sekelompok Islam yang lain. Peperangan ini bukan lagi dilihat sebagai peperangan hujah, intelektual dan penuh fakta tetapi dilihat sebagai peperangan disaluti persepsi, penuh prasangka, terpalit emosi, hikayat politik dari mulut ke mulut jauh daripada hujah yang benar. Malangnya , segelintir daripada manusia meyakini dan beriman inilah peperangan antara haq dan batil. Pemahaman literal ini amat sukar dibendung dalam udara penuh ketaksuban ini.

Saya berpandangan setiap manusia berhak mempunyai pemikiran mereka berada dalam kelompok (bangsa, negara, jemaah, organisasi) yang lebih baik daripada kelompok yang lain. Namun ia menjadi suatu sikap yang ekstrem apabila hanya menghadkan kebenaran itu hanya berada dalam kelompok mereka, dan kelompok lain berada dalam kesalahan dan kesesatan yang nyata. Apatah lagi menjadikan parti atau jemaah sebagai syarat lengkap keimanan !

Penggunaan dalil berupa nas Al Quran, hadis, bahkan kata-kata ulama untuk merujuk kepada kelompok mereka sahaja ditentang ramai ulama dan asatizah seperti Sheikh Solāh ‘Abd al-Fattāh al-Khālidī, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman ,pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Rozaimi Ramle dan penceramah bebas, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang secara tuntas mengkritik penyalahgunaan dan penyalahtafsiran nas-nas Al Qur’an dan hadis. Sifat keumuman sesuatu nas itu tidak selayaknya dijadikan harta intelektual dan eksklusif sesuatu kelompok.

Saya fikir, setiap parti yang bergerak atas landasan demokrasi di Malaysia harus sedar mereka membawa satu bebanan untuk menterjemahkan demokrasi sepertimana yang diungkapkan Sir Abraham Lincoln, “Government of the people, by the people and for the people” (pemerintahan dari rakyat, rakyat dan untuk rakyat). Setiap daripada parti politik, ahli politik bahkan anggota kepada parti politik harus sedar setiap daripada mereka membawa suara rakyat. Keberadaan mereka sebagai perwakilan rakyat adalah dengan asbab untuk menjadi khadam kepada rakyat, bukan sebaliknya. Rakyat tidak seharusnya ditakutkan dengan dalil dan penghukuman di akhirat akibat tidak mengikut pandangan dan ijtihad mereka.

Sebenarnya mengungkapkan perkara-perkara di atas adalah sukar dalam situasi dan iklim politik Malaysia yang tak menentu. Ini ditambah lagi dengan kisah-kisah penyelewengan yang dikatakan dilakukan pegawai tinggi kerajaan dan pergolakan dalaman parti samaada bagi pihak parti-parti pembangkang dan juga Barisan Nasional. Kedua-dua pihak, samaada pembangkang dan Barisan Nasional menghadapi satu krisis yang amat memenatkan, yakni krisis pemahaman dan pengamalan amalan demokrasi. Sebagai seorang anak muda yang membesar sepenuhnya di Malaysia, menonton “filem-filem “ sandiwara politik amat menakutkan. Kesimpulannya, biarkan nas agama berada dalam “daerahnya” yang tersendiri tanpa dimonopoli sekelompok manusia. Kita bukan berada dalam negara yang mengamalkan Wilayatul Faqih !


TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH


ALOR SETAR : Tokoh ulama PAS Negeri Kedah, Tuan Guru Abdul Wahab Hassan melontarkan peringatan bermakna untuk direnungi seluruh anggota Harakah Islamiyah PAS berhubung pendirian dan tindakan terhadap situasi dalaman yang sedang melanda jamaah masa ini.

Menurutnya, terdapat empat kewajipan utama pemimpin dengan perkara pertama adalah ‘tanfizu syariah’ iaitulah meluluskan syariah sekadar boleh dan termampu, di mana hasrat itu tidak ada pada parti Islam baharu yang disebut-sebut akan ditubuhkan.

Kedua ujarnya, ‘nasyru dakwah’ iaitulah mengibarkan dakwah seluas-luasnya dan ketiga adalah ‘al qada u ala tawaghit’ yakni segera menyelesaikan segala bentuk penyelewengan terutama di dalam jamaah.

“Saya tengok terlalu lewat bertindak dari pimpinan. Semua yang ternyata bawa cela (kerosakan) tak patut lekat (berada) dah, bagi saya jangan taruh (simpan) dah. Puak ni taruh jadi bahaya, jadi duri dalam daging,” tegas beliau yang dikenali dengan julukan Tuan Guru Awang Lanai.

Manakala keempat katanya, ‘idadu jaish ‘ila ikalimatillah’ iaitulah menyediakan sebanyak mungkin tentera atau kumpulan tenaga kerja untuk meninggikan kalimah Allah.

Beliau turut memetik takrif kepimpinan oleh Imam Al-Mawardi RA dari kitab Ahkamu Sultaniah yang bermaksud “Kepimpinan diasaskan sebagai pengganti Nabi-nabi meneruskan sistem pemerintahan dalam menjaga agama dan urus tadbir dunia dengan hukum hakamnya dan pegangan mereka di tengah-tengah ummah adalah wajib disepakati”.

Perkara itu terangnya, telah tercatat sejak tahun 450 Hijrah lagi, malangnya ulama-ulama di dalam UMNO membutakan mata dan membisu terhadap perkara itu kerana menjaga periuk nasi dan kepentingan peribadi.

“Ini sebab depa (mereka) belajar (agama) mula tujuan macam tu dah. Sebab tu saya pesan kepada pelajar kita yang pergi mengaji luar negeri, jangan niat pergi belajar tu untuk nak cari makan gaji, nampak kuasa dan sebagainya.

“Siapa yang niat tujuan dia belajar (agama) macam tu, Allah akan turunkan dia tiga bala. Yang pertamanya dibalakan dengan jawatan. Kedua Allah letakkan dia dipinggir negeri di tempat tidak ada orang boleh kira berbicara.

“Bala ketiga Allah Taala matikan ketika umurnya muda lagi, tak sampai had pencen akan mati awal. Jadi yang belajar kerana tujuan tu, tengok dalam kitab Ihya’ Ulumuddin Imam Ghazali sebut nasihat ni kepada pelajar-pelajar.

“Jadi, pergi luar negeri kena niat elok nawaitu. Ingat niat nampak habuan besar, balik rupanya jumpa tiga bala ni,” ujar Mudir Pondok Tahzibun Nufus Lanai, Parit Panjang.

Kerana itulah katanya, pemilihan pemimpin dalam Islam, apatah lagi Jamaah Islam, mestilah mereka yang ahli agama dan sekiranya tidak, bermakna parti atau kumpulan tersebut hanya ada Islam pada nama semata-mata.

Malah menurutnya, sebagaimana pemimpin itu adalah pengganti Nabi menjaga agama dan politik dunia, maka perlantikan pemimpin di kalangan umat juga wajib dengan ijmak ulama.

Beliau yang berpengalaman hampir 30 tahun sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan Baling turut menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

“Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

“Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.

“Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.

Katanya, Gerakan Harapan Baru (GHB) dalam pemerhatiannya mengambil pandangan mereka daripada golongan bukan Islam terutama DAP berdasarkan sikap berdiam diri anggota GHB tatkala DAP menyerang pimpinan PAS, di mana diam itu adalah tanda setuju.

Sedangkan katanya, serangan DAP itu adalah kepada para alim ulama dan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Beliau menggesa agar golongan seperti itu jangan dibawa masuk ke premis dan entiti jamaah serta dijauhi.

Membaca petikan kitab, Tuan Guru menyebut, mendepani gerak kerja jamaah adalah wajib atas setiap Muslim dan mengerjakannya dan melunasinya adalah tanggung jawab yang dituntut serta dipertanggung jawabkan di hadapan Allah.

“Akan ditanya kamu kerja tak untuk kuatkan jamaah Islam. Tuhan akan tanya kamu buat tak kerja ni? Tahap mana kamu kerja? Itu saja akan ditanya. Kita hidup atas muka bumi kuatkan tak jamaah Islam?

“Ini kadang-kadang tak ambil tahu langsung masalah jamaah Islam nak hidup atau mati, senyap saja. Nabi kata, “Setiap amalan dicatat dan dipegang dengannya pertanggung jawaban atas mereka”.

“Kerana inilah Islam seru kita untuk tempatkan diri dalam jamaah dan tegah untuk pencilkan diri ketika adanya jamaah. Kalau tak ada, wajib kita bantu tubuhkan jamaah. Jelas kena ada jamaah sehingga kalau pemimpin menyeleweng sekalipun, zalim sekalipun tetap kena duduk dalam jamaah,” terang beliau.

Tuan Guru turut membacakan hadis Nabi di mana menegaskan sesiapa keluar dari jamaah yang telah terpimpin maka boleh dipenggal lehernya kecuali ia kembali kepada jamaah dengan menegaskan bahawa hadis itu kuat kerana terdapat dalam Musnad Imam Ibnu Hambal, Sunan Tarmizi dan Sahih Muslim.

Jelasnya, terjadinya perkara-perkara sedemikian adalah disebabkan berjuang dengan tidak berpandu al-Quran dan hadis serta berjuang mementingkan jawatan dan kebendaan, bukan menuju akhirat.
-Harakahdaily (30.6.2015)



BUNUH INI JAWAPAN USTAZ AHMAD AWANG


"Jika keluar PAS kena hukum bunuh ikut hadis yang dibawa, maka orang yang tandatangan Perlembagaan PAS dulu yang perlu dibunuh kerana dalam Perlembagaan PAS membenarkan Ahli PAS keluar PAS dan bukan setakat keluar PAS malah mansuhkan PAS pun dibenarkan oleh perlembagaan PAS".

~Ustaz Ahmad Awang
Baling, Kedah.
03.08.15













IKLAN BERBAYAR







25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lawak bhai..

Main bonuh2 plak..

Sng ja jwpn UAA..

Mau terkedu pilu sayu la geng siku lutut..

Tanpa Nama berkata...

Bagus. Lepas ini, silalah keluarkan hadis palsu pula.

Tanpa Nama berkata...

Jaga-jaga sabotaj Pas yang ingin U-Turn ke Pakatan Rakyat 2, nanti kerusi dilari kepada UMNO?

Tanpa Nama berkata...

satu kumpulan bernama taliban masih belum keluar mereka ada dalam pas tunggu saja

Tanpa Nama berkata...

maka kembalilah 'ia' ke era 'keras dan ganazz'

org2 mcm saya yg tak berapa lebai ni lebih baiklah keluar parti..

berbaju-t dan berjeans nanti dikira munafik kot..eee takutlah!

kena hukum bunuhlah, ye ke? Eee,...PAS skrg tak mcm masa arwah tgna dulu

Tanpa Nama berkata...

Murahnya nyawa orang2 Islam ye.

Malaysiabaru berkata...

Ayatuloh Iran dah berbaik dgn Amerika

Ayamulloh pas dah berbaik dgn umno

Kerana fulus

Budaya yg di bawa ding ayamg dari perangsang seks Selangor .. Tnatawi hellfire dan nik abudoh

3ekor ni akan jahanamkan tuang presideng

Unknown berkata...

Tu GHB belum launch lg. baru panas enjin. Tu PR 2.0 belum lancar lg. baru nak masuk gear. Kalau GHB takeoff dan sambutan meriah manakala PR2.0 dan meluncur lancar... X tahu la apa pulak hujah dan fatwa PAS.

Abdul Said berkata...

Tak tau nak cakap apala kalau orang yang dipanggil ulamak boleh keluar hujah macam tu. Patutla minda tertutup, fikiran jumud dan boleh memalukan orang Islam. PAS itu hanya salah satu cara atau kenderaan untuk menuju kepada keredhaan ilahi. Cara lain pun banyak. Namun bila kenderaan sudah jatuh ke tangan orang pendek fikiran tibalah kita pergi kepada kenderaan lain. Kadang-kadang kesian tengok orang Melayu. Mengaku Islam, nampak alim tapi hati Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Apalah kata orang-orang cerdik pandai (tidak berugama dan lain ugama)kini berugama Islam (setelah mengkaji)tentang tindakan-tindakan lebai-lebai mercun ni terhadap sesama Islam. Alhamdulillah nasib baik mereka tidak berkuasa!! Kalau tidak semua orang boleh dibunuh!!!

Unknown berkata...

Pendekatan Islam mereka bukan untuk rahmat seluruh alam.

Masa TGNA masih ada, puak2 ni..pijak semut pun tak mati.

Skrg kita kena, Moving forward..

Tanpa Nama berkata...

CERAMAH TUAN IBRAHIM TUAN MAN MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT DI TUMPAT, KELANTAN (GAMBAR)
Inilah hasil yang dituai oleh PAS setelah melalui proses "pembersihan."

Biar gambar berbicara

Salute GHb go forward..
biarkan luncai dgn labu2nya

detail atas
http://yongsukakuning.blogspot.com/2015/08/ceramah-tuan-ibrahim-tuan-man-mendapat.html

Tanpa Nama berkata...

AKU TAKNAK KOMEN BANYAK,KLU MCM NI LE...PAS KOMPOM AKAN JADI EKSTREME MCM "ISIS"

Tanpa Nama berkata...



ISLAM..

ISLAM itu

ISLAM itu ada dsegenap penjuru

ISLAM = SURRENDER = PASRAH = myerah sPASRAH7nya kpd ALLAH = iaitu nilai2'ALLAH(Integrity & transparency to d core/to d highest order) itu ada dsekeliling kita..



Lihatlah..

Angin itu PASRAH = SURRENDER = ISLAM kpd ALLAH

Air juga PASRAH = SURRENDER = ISLAM kpd ALLAH

Api juga PASRAH = SURRENDER = ISLAM kpd ALLAH

SEBAB..

++ sbb itu nabi Musa as dpt mmbelah "AIR" dilaut Merah krn Musa as bnar7PASRAH-SURRENDER-ISLAM smutlak7Nya kpd ALLAH

++ begitu juga "ANGIN" tunduk brbakti kpd nabi Sulaiman as...apb Sulaiman tlh smutlak7PASRAH-SURRENDER-ISLAM kpd ALLAH

++ demikian kisah Ibrahim as yg tidak dimakan "API" apb tlh skudus7PASRAH-SURRENDER-ISLAM dgn total kpd ALLAH


ISLAM

ISLAM itu universe

ISLAM itu universe n universal..

ISLAM itu tlh mlenyapkan smua sempadan2 Kaum-Bangsa-Tradisi-Daerah-Negara-Benua-Planet2 hatta apa jua yg tlh mnjd "blok/kesumat" ddlm minda!

Sbb itulah ISLAM...ISLAM tlh mnjd "Rahmatan-lil-ALAMIN"..ksluruh alam-alam..



DAN

Rahmat

Rahmat itu

Rahmat itu hanya & hanya akan hadir apb kita bnar7PASRAH-SURRENDER-ISLAM(integrity-transparency to d highest order) skudus7smutlak7nya kpd ALLAH..


Bumi

Bulan

Bintang2

Matahari

Langit dgn sgl isinya..

Semua isi CAKRAWALA yg diatas itu dgn Deen-SYSTEM-galaxy planet2 yg mngorbit kudus skudus7nya kpd paksi putaran mrk adalah lambang PASRAH = SURRENDER = ISLAM(integrity to d highest order) yg mutlak kudus smutlak7nya total-AHAD-complete khadrat ALLAH..

APA?

Apa itu JAMAAH??

Apa kah sbnr7JAMAAH Islam itu???

Sbnr7Hakikat JAMAAH Islam adalah JAMAAH yg bnar7PASRAH = SURRENDER = ISLAM(integrity to d highest order) dgn skudus7nya mnjd SATU dgn deen-SYSTEM-universe yg diatas itu....dan itulah sbnr7Hakikat JAMAAH-universe-berSATU.."AHAD"..yg dihayati oleh smua nabi2 as..

..rugi serta CILAKAlah bg ssiapa jua yg keluar drp JAMAAH-maha7AGONG yg berSATU ddlmnya sluruh ROH-jiwa nabi2 & wali2 itu yg brSATU dgn sluruh CAKRAWALA isi langit & bumi yg bnar7PASRAH-SURRENDER-ISLAM skudus7nya kpd ALLAH..ddlm deen-SYSTEM-univrse"NYA itu..


Hadamkan..

Renongkan sdlm7nya..

"Afa ghoira DEENI-LLAHI yabghun wa lahu ASLAMA man fissamawati wal ardi.." Ali-Imran(3 :83)

"Adakah deen-SYSTEM slain ALLAH yg kamu cari..sdangkan tlh PASRAH = SURRENDER = ASLAMA @ Islam smua yg ada dilangit & dibumi kpd SYSTEM(integrity to d highest order) milik ALLAH itu..dgn rela/kudus..dan dipaksa/dsentap'NYA..?"


Nota:

Semua isi CAKRAWALA adalah mahkluk2 yg PASRAH = SURRENDER = ISLAM kpd deen-SYSTEM-universe ALLAH itu..kecuali mahkluk2 dr kalangan Jin & manusia yg sombong-TOLOL-KORUP-FITNAH-khianat yg mnyimpang-MURTAD-sesat diatas deen-SYSTEM-universe yg maha7LURUS lg maha7KUDUS itu...dan mrk inilah yg akan disentap/dpaksa swktu hayat/nazaknya kelak!?


PEACE..wsalam..

Tanpa Nama berkata...

PAS berideologi khawarij, dari dulu lagi.
Aku keluar dah dah perasan perkara ni lama dulu.

Unknown berkata...

Salam

Kesihan ahli-ahli PAS yg lurus bendul,tak tahu menahu apa yg berlaku kat atas,Pas dah jadi"PAS sdn BHD",CONFIRMED semua keturunan saya takkan joint,Kalau joint cari penyakit.PERIOD.

tunggu masa nak jadi IS,Taliban JIKA TAK DIBENDUNG dari awal.

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

presideng pro syiah pro assad iran. yg lain khawarij.
helo pas kau ingat rakyt ni tunggul ke nk bunuh senang2.
2 tanduk setan iaitu syiah dn khawarij sedang menghuru harakn dunia.
dan pas berjangkit setan2 itu.
kt puak assobiyah kebangsaan tkde pulak nk dbunuh. malah jilat lagi.
jgn sampai rakyat kerjasama dgn pdrm utk hapuskn puak sesat dlm pas ini.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul pasrah kpd Allah. Tapi nampak dlm serban ada keris.

Tanpa Nama berkata...



Dah ramai yang dah keluar PAS sebelum ini tapi yang mati pun bukan sebab kena pancung tapi sebab uzur dan berpenyakit. Tiba-tiba sekarang pulak boleh main bunuh-bunuh. Selepas baiah, guna pulak bunuh-bunuh! Ini keluar parti bukan keluar jemaah.

Macam pasukan bola, jika kita tak suka JDT tapi bila JDT lawan kelab bola lain, kita akan sokong JDT. Tapi bila JDT lawan Pahang, kita tidak beri sokongan pada JDT.

Dia kata dah jumpa pemimpin dan bacakan depan pemimpin, tapi dia tahu tak pemimpin tersebut lagi suka pilih mencaci, menfitnah dan melabel dari ikut hadis.

Macamana lah orang nak terima hudud kalau macam ini cara PAS. Melihat kepada pendirian dan ilmu nya, ada kah dia akan lakukan apa yang Hj Hadi telah lakukan sehingga PAS berpecah? Jika Hj Hadi berpegang teguh pada Islam seperti dia, rasanya tidak jadi sampai macam ini. Dalam masa yang sama, dia telah memperlekehkan TGNA yang mempunyai hubungan yang baik dengan DAP melalui kesepakatan dalam PR dan TGNA sendiri tidak setuju dengan kumpulan UG untuk keluar dari PR.

Tembelang PAS lagi membusuk sebab perlembagaan PAS sebenarnya tidak mengikut Al Quran dan Hadis seperti yang di war-warkan.

Tanpa Nama berkata...

SEMUA ini kerana DIA dan jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
12. dia selalu ponteng sidang parlimen?
13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah macam ni sekali sikap atau pendirian pakar rujuk pas yakni ulamak2 kitab kuning maka berakhirlah zaman kegemilangan pas sebagai sebuah partai politik yang dulunya diramaikan oleh bermacam2 golongan yang mahu tertegaknya keadilan dan keislaman di bumi Malaysia ini.

Selamat jalan pas. Lihatlah sekarang. Tiada lagi padang yang dipadati manusia. Tiada lagi kerumunan yang ingin mendengar dan bersalaman dengan pemimpin2 yang dihormati. Tiada lagi insan yang mahu mendekati kerana mereka anggap pas bukan lagi membawa rahmat dan kedamaian.

Insya Allah, kami akan teruskan perjuangan dalam wadah harapan baru. Kami yakin inilah jalan yang benar. Syukur. Kami masih memiliki segedong para alim ulamak yang berwibawa. Juga barisan bijak pandai yang ikhlas. Kami yakin, Allah SWT tidak akan sekali2 hancurkan dunia ini selagi Islam belum memerintah.

Selamat tinggal pas, parti yang kami bangunkan dengan airmata dan darah ini hanya mengharapkan balasan baik dari Allah SWT kerana pada suatu masa dahulu kami pernah tumpahkan sepenuh2 keikhlasan terhadapnya.

Tanpa Nama berkata...

HEBAT TAK PAS KAWASAN AKU DALAM USAHA NAK BLOCKING HIMPUNAN GHB PADA 22 OGOS 2015?

Keputusan mesyuarat Khas AJK Kawasan semalam sempena Munaqasyah Ucapan Presiden & Himpunan Istiqamah Hingga Kemenangan.

��Tindakan Cawangan

1.Perlu hantar sekurang-kurangnya 20 orang ahli/ penyokong, muslimin & muslimat ke program Himpunan 22 Ogos 2015.

2.Bas sebanyak 5 biji disediakan setakat sekarang, bertolak 12 tgahari dari B.Islam T.Batu pada 22 Ogos 2015.

3.Kempen keahlian PAS di Cawangan, sekurang-kurangnya 20 org ahli baru, himpun borang yg diisi keperingkat Kawasan utk penyerahan semasa malam Himpunan.

4.Arahan menaikan bendera di Cawangan 2, bendera dibekalkan semasa malam lawatan. 10 keping setiap Cawangan.

Tanpa Nama berkata...

5 Fasa Umat Nabi Muhammad SAW

Umat Nabi Muhammad SAW akan mengalami 5 fasa atau zaman mengikut kerangka masa sebelum berlakunya kiamat. Fasa atau zaman ini bermula daripada perutusan kenabian baginda ketika berumur 40 tahun.

Pertama - Zaman Kenabian

Kedua - Zaman Khilafah. (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)

Ketiga - Zaman Pemerintahan Kerajaan yang Menggigit(Mulkan 'Adhan)

Keempat - Zaman Pemerintahan yang Sombong (Mulkan Jabariyyan)
iaitu zaman sekarang. Pada zaman ini umat islam akan ditindas dan dalam zaman ini juga tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kiamat akan berlaku. Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah iaitu fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia, fitnah Dajjal.

Kelima - Zaman Khilafah (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah)

Tanpa Nama berkata...

anon 1:26

tq atas info

wah PAS sudah sebiji ikut cara umno

yg peliknya kenapa tk kerah operasi mcm tu untuk tuntut HUDUD ke parlimen?

dok ganggu org dtang kenapa?

tetamu patut dirai dan dihormati bukan dihalang

dah mcm kerja fru pulak halang PR dulu

Tanpa Nama berkata...

quran kata org islam yg bunuh org islam lain akan masuk neraka. ini mengatasi hadis2. baru saja tok guru keluar fatwa, daerah sik dan yg berdekatan dgn nya diserang ribut. ada apa2 kaitan? muhasabah diri. istighfar

Tanpa Nama berkata...

Jemaah Islam ngan Jemaah Pas ada bezanya.Kluar Jemaah Islam brmakna murtad.Mmg boleh bunuh.Kluar jemaah Pas hanya stakat kuar parti aje.Apahal lak nk bunuh2?