7 Ogo 2015

Mantan Bos SPR Minta Najib Henti "Tipu" Rakyat

Bekas bos SPR minta PM henti 'tipu' rakyat

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”. -mk (14-12-2014)


Video PM kata dana perlu masuk akaun parti jadi viral

Isu hangat berkaitan dana parti berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat perhatian warga alam maya.

Terbaru, beberapa blog dan laman portal telah memetik rakaman ucapan Najib di Youtube semasa Perasmian Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya pada Februari 2012.

Ia kemudian diviralkan di laman Facebook oleh pengguna media sosial.

Menerusi rakaman video itu, Perdana Menteri berkata, sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi.

“Bagi pihak kerajaan saya menganggap isu ini amat penting kerana jika tiada sesuatu dasar yang tepat, telus dan jelas mengenainya, maka ia boleh memberi peluang dan ruang kepada pelakuan rasuah.

“Sebagai langkah proaktif, demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah GTP (Program Transformasi Kerajaan).

“Ia bertujuan mengawal Political financing (pembiayaan politik), inisiatif ini akan memberikan penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik samaada di peringkat pusat atau negeri hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti,” kata Najib dalam video berkenaan.

Tambah beliau, langkah itu adalah bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahkan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian.

Katanya, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah disertakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.

Ujarnya, menerusi akaun yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap tahun kewangan berakhir.

Katanya, kerajaan percaya dengan cara itu akan mengelakkan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi dan sumbangan itu dapat disampaikan kepada parti dan rakyat di semua peringkat.
-FMT










IKLAN BERBAYAR







13 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Mutakhir ini sedar atau tidak rakyat Malaysia sering dibohongi. Seandainya yang membohongi rakyat itu adalah samseng, malaun atau pengkhianat negara tidaklah menjadi persoalan. Namun ternyata yang membohongi rakyat adalah pemimpin nombor wahid negara. Lebih malang lagi, apabila pemimpin itu berbohong, beberapa orang menteri pula menyokong pembohongan tersebut. Malang bagi rakyat Malaysia kerana pembohongan tersebut diulang-ulang oleh media massa perdana yang akhirnya kebanyakan rakyat percaya pembohongan tersebut seakan-akan benar. Terima kasih BN kerana berjaya membohongi rakyat.

dinULTRAMAN berkata...

penipu ni masih hidup ke?
punah ranah sistem politik umat melayu akibat tangan najis milik beliau.
sudah pencen, duduk diam-diam dosa yang telah dibuat dan dimana tempat tinggal setelah mati.

Tanpa Nama berkata...

mantan spr ini pon dulu ikut menipu bersama bn

Tanpa Nama berkata...

lu masa ada jawatang pung menipu gak. menipu nak menangkan pemerintah zalim. kerana penipuan lu lah, dia skrg berkuasa...

Tanpa Nama berkata...

HARAMJADAH punya PM !
Dia TERLUPA apa yg pernah dia UCAPKAN !
ITULAH PENIPU NOMBOR WAHID NEGARA, NAJIB PEROSAK !

Malaysiabaru berkata...

Najib has to go !!!

Tanya haiwan beruk dan manusia semua kata

Najib has to go !!!

Tanpa Nama berkata...

Lazimnya filem2 tamil banyak yg paparkan versi kerajaan yg x amanah dan pemimpin menipu dan salahguna kuasa dan mengongkong para penguasa mcm polis..kastam..pencegah rasuah dll...biasanya juga hanya pemimpin lelaki shj terlibat...tapi d malaysia terover2....habis smua pakat jd pelakon...

doa yg terbaik buatmu malaysia..

Tanpa Nama berkata...

Sama lah tu...awak dulu masa ada kat SPR pun menipu jugak.Suruh dia baca balik kenyataan2nya di dada2 akhbar masa jadi pengerusi SPR dulu. Bila dah pencen dan x dapat kontrak baru lah bertukar nak jadi baik. Bagi kontrak senyap lah tu..

Tanpa Nama berkata...



Apa Mamat ini cakap?

Apa-apa jawatan tinggi pun memang tidak ada kuasa.

Kalau ada kuasa pun di gunakan ke atas orang bawahan. Tak payah lah nak bersuara. Simpan je lah dan duduk diam-diam. U di bayar dengan duit rakyat sepatutnya U berani lah demi untuk keadilan. Sekarang baru U berani setelah tidak ada jawatan. Bagaimana kalau Najib bagi U jawatan sekarang dengan bayar gaji U guna 2.6 billion?

Semasa U ada jawatan memang lah U tidak mencuri duit rakyat tetapi U telah mencuri 'Undi Rakyat' Kerana SPR lah Kapten Zaidi kena buang kerja. Banyak senang U cakap bila ada jawatan U tidak ada kuasa.

U cuma tidak ada kuasa 'bercakap'. Kalau bercakap pun U kena sokong dan tidak boleh lawan. Untuk pengetahuan, jawatan TPM pun tidak ada kuasa sebab itu TPM kena pecat. Apasal U tidak ambil tindakan yang serupa dengan TPM, sekarang sudah jadi mantan lah. Sebab U bukan sahaja tidak ada kuasa tetapi tidak ada maruah. Sekarang U mau maki orang.

Masalah orang-orang yang berjawatan tinggi macam Rashid ini ia lah masalah keyakinan dan kepercayaan sesama mereka sendiri. Mereka takut dengan orang-orang disekeliling mereka. Lihat lah apajadi pada Muhyiddin yang sepatutnya diberi sokongan tetapi sebaliknya kena hentam sedangkan rakyat pun bersama-sama dia.

Terlalu ramai sangat orang seperti Ezam, Zahid, Ibrahim Ali, Lokman, Zambri dan terkini Hj Hadi and the geng. Orang Melayu dah punah, hilang integriti, hilang kredibilti . Melayu perlukan pemimpin yang berani dan mempunyai kewibawaan yang luar biasa untuk melakukan perubahan.

Daripada maki orang, lebih baik fikirkan siapa kah diantara pemimpin melayu yang terbukti mampu membuat perubahan dan kuat berpegang pada ada keadilan dan amanah.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini semua Bos-Bos tutup mulut, main ikut perintah.Jadi jangan lah berlagak handal sangat masa ada jawatan.

Tapi sekarang sudah ada satu bos yang berani mempertahankan maruah nya iaitu Pengarah Operasi Khas dan akibatnya dia ditukar-serta merta.

Najib menipu satu hal, tetapi membiarkan Najib dan Zahid buat sesuka hati perlu ditangani segera. Ramai bos-bos melayu yang bagus-bagus jadi mangsa dan perlukan pembelaan. Sekadar berucap tidak memberi kesan.

Kalau nak bercakap sahaja, bercakap lah sampai masuk penjara demi rakyat.

Tanpa Nama berkata...

bertaubat atas kesalahan kamu sebelum nak maki org. kamu bertanggungjawab memenangkan umno/bn yg seterusnya menabalkan najib sbg pm! skrg nak maki dia pula. macam dr m juga, dia yg lantik najib skrg dia nak heboh! skandal tak akan habis selagi penyangak berkuasa. faham2 lah

Tanpa Nama berkata...

Ish ish... tan sri ni tak sedar diri. Dulu kau yg menipu, sepatutnya masa kau berkuasalah perlu bersuara. Nampak sangat tak amanah pegang jawatan. Takut mis soru. Bangang punya tan sri..... bodo.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin menipu rakyat tidak akan mencium bau syurga