8 Ogo 2015

Makin Bercelaru... Nak Bersama Pakatan Tetapi Nak Tanding Lawan DAP


PAS seru cari formula baru satukan pembangkang

PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

PAS telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan DAP pada 11 Julai, dan secara rasmi juga menguburkan Pakatan Rakyat.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

"Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) berkata RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Najib adalah sumbangan penderma dan bukan dari dana 1MDB.

Tuan Ibrahim berkata, selain skandal RM2.6 bilion itu, nilai ringgit terus lemah manakala penyiasat SPRM yang menyiasat skandal itu sendiri disiasat.

"Rakyat bosan dan meluat melihat ahli politik bercakaran. Apakah tidak ada formula baru bagi membina persefahaman?

"Mari ketepikan perbezaan dan bersamalah selamatkan negara," katanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim dibuat di tengah-tengah rancangan untuk menubuhkan pakatan pembangkang baru selepas pemimpin progresif PAS diketepikan oleh kepimpinan konservatif baru parti itu. -mk


Calon DHPP diletak di kawasan ditandingi DAP

Lembaga Disiplin PAS sehingga kini menerima beberapa laporan daripada PAS cawangan terhadap pembabitan pemimpin parti itu dalam Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan tersebut sedang diteliti oleh pihak terbabit sebelum diambil tindakan lanjut.

“Setakat ini belum lagi diambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pemimpin PAS yang terbabit Harapan Baru.

“Tindakan yang bakal diambil bukan semata-mata berdasar kritikan mereka terhadap kepemimpinan PAS yang ada sekarang.

“PAS mengamalkan dasar terbuka sesiapa sahaja boleh menegur pemimpin. Namun kita lebih lihat jawatan yang dipegang mereka dalam wadah baru tersebut,” katanya selepas ceramah isu semasa di Markas PAS Sungai Durian di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah, timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Johari Mat, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan.

Selain itu Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Ketua Penerangan, Datuk Nassuruddin Daud, Timbalan Pengerusi PKR Kelantan, Ruslan Puteh dan wakil-wakil rakyat.

Tuan Ibrahim berkata PAS juga tidak mengambil tindakan di atas kehadiran pemimpin terbabit pada program anjuran Harapan Baru.

“Mereka masih lagi ahli PAS. Kita sebenarnya menggunakan kaedah pujuk dan bincang sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan.

"Dari segi peraturan parti sekiranya mana-mana wakil rakyat masuk parti lain secara automatik dia akan hilang keahlian dalam PAS.

"Lagi pun semua calon PAS terikat dengan baiah, dia mesti mengosongkan kerusi yang dimenangi dan beri semula mandat kepada rakyat. Kalau dia tak buat dia langgar baiahnya sendiri," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa hairan Harapan Baru berterusan menyerang pimpinan PAS di Kelantan dengan membuat pelbagai andaian, kerajaan PAS akan jatuh.

Menurutnya strategi itu merugikan pembangkang kerana secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga berkata biarpun PAS dilihat bersendirian, namun parti itu merupakan pembangkang yang paling lama di negara ini.

“Kalau ada parti pembangkang yang menang namun tidak mencukupi majoriti untuk membentuk kerajaan, maka ketika itu mereka akan merujuk kepada PAS,” tambahnya.

Berucap sebelum itu katanya PAS akan menampilkan lebih ramai calon kalangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya juga calon daripada DHPP kemungkinan besar akan diletak di kawasan yang ditandingi DAP bagi memberi pilihan kepada pengundi.

“Kita memberi pilihan kepada pengundi Islam yang tidak berminat kepada DAP. Kita akan buat analisa lanjut mengenainya,” kata beliau.

Pada program itu Tuan Ibrahim dan Ustaz Ahmad menyampaikan sijil keahlian baru PAS kepada beberapa kawasan di Kelantan.
-HD


ULASAN GB

Makin bercelaru kini pendirian PAS. Sekejap suruh kuatkan pembangkang, sekejap lain pula berpendirian nak letak calon DHPP dimana DAP bertanding.

Nakhoda kedua PAS (Tuan Ibrahim) kini keluarkan banyak kenyataan. Tiba-tiba didapati ada kenyataannya terpaksa diperbetulkan apabila ianya tidak selari dan tidak seiring dengan kehendak nakhoda 1 (Haji Hadi Awang) bersama penasihatnya (Mustafa Ali).

Justeru itu terpaksa lakukan u-turn supaya tidak terkena tuduhan "jebon baru" dalam barisan kepimpinan PAS sedia ada.

Slogan "Istiqamah Sehingga Kemenangan" tidak dapat dipertahankan. Malah dari awal lagi apabila PAS bertindak memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP bukti jelas PAS gagal beristiqamah.

Yang ada cuma lemparan tuduhan dan caci maki terhadap DAP. DAP anti-hudud katanya. Menyamai dan mengikut rentak dan irama dari UMNO.

Tetapi PAS tidak berani pula nak menyanggah 'fatwa" Syeikh Yusof Al-Qardhawi yang menyatakan [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud:










IKLAN BERBAYAR







33 ulasan:

Abdul Said berkata...

Memandangkan kepimpinan PAS sekarang menjadi tak tentu hala, bercelaru dan huru hara maka dicadangkan biarlah seorang sahaja yang memberi kenyataan tentang polisi PAS. Kini terserlah sangat yang kepimpinan PAS seperti orang mabuk tuak. Air lior meleleh, cakap tak tentu biji butir dan jalan terhuyung hayang. Sudahlah tu. Bawak bertenang dan carilah guru PR di universiti atau kolej atau pengamal PR yang profesyenal untuk mengajar beberapa orang pemimpin cara menyalak dan menjerit yang teratur, beradab dan sekata.!! Pandai mengajar kitab tak semestinya pandai memberi ceramah dan berhujah!!

Tanpa Nama berkata...

Kesian TMTI ,seolah2 dia keseorangan dalam Pas ,ideanya bernas juga tetapi peminpin lain berlagak sombong,angkuh ,tidak mahu menerima kenyataan bahawa PAS kini sudah TAK PAS,(Tak lulus) kata orang terenganu,Sebaikmnya TMTI muhasabah diri dan fikir dengan matang mengguakan akal yang allah kurniakan ,.mana lebih baik TMTI berjuang dalam Pas atau berjunagn bersama GHB,

Tanpa Nama berkata...

Cakap berbelit belit. Pas parti putar belit. Guna ayat quran untuk menghalalkan dengan selera mereka. Menggunakan ayat quran juga untuk mengharamkan kan orang lain Inilah kerja haron din dan haji hadi. Msuka memutarbelitkan ayat quran. Sebab itu sekarang sudah terbelit sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Formula nya? Lawan PKR, lawan DAP......bagi peluang kat Najib & BN rembat habis habisan khazanah negara, itu lah formulanya! Selagi konco2 hadi dan arun ada sorry lah TITM.........lu pun sama!

Tanpa Nama berkata...

Mengkhianati rakan dan menikam rakan dari belakang bukanlah sifat Nabi Muhammad. Justeru, PAS perlu dipinggirkan. Boleh jadi PAS ialah sebahagian dari tentera Dajjal.

Anti Fitnah berkata...

Sekarang fahamlah aku akan kata-kata Naib Presiden PAS, Nik Amar bahawa PAS menyertai Pilihan Raya bukan untuk menang. Puak ini hanya ingin bertindak sebagai "kacau daun" dengan harapan BN akan terus memerintah. Puak ini memang bercita-cita memecahkan undi Pakatan agar ianya memberi kelebihan kepada BN.
Memang celaru minda PAS kini. Lain yang diucapkan, Lain pulak yang dilakukannya.
Kenapa begitu benci dgn DAP ni? Beza antara UMNO dengan DAP ialah Islam dan Bukan Islam sahaja. Kalau nak lihat pada perilaku, DAP lebih mulia daripada UMNO.
DAP tidak pernah membunuh umat Islam sedangkan UMNO telah membunuh begitu ramai umat Islam di Memali.
DAP tidak pernah merogol umat Islam sedangkan UMNO telah memperkosakan bangsanya sendiri.
DAP tidak pernah menipu umat Islam sedangakan selama ini UMNO yang melakukannya.
DAP tidak pernah mengkhianati Melayu dengan mempergunakan undang-undang negara sedangkan UMNO dok berbuat sedemikian.
Banyak lagi dah ...
Adakah PAS ni buta mata dan buta hati? Semasa LGE mempertahankan maruah anak gadis Melayu sehingga dipenjarakan, di manakah kamu? Pernahkah ceramah agama begitu bebas di PP di zaman BN memerintah berbanding dengan DAP sekarang ni? .... Penat bercakap dengan orang .....

Tanpa Nama berkata...

TITM.. Pas bukan agama... Pas cuma medium.. medium yang TITM pijak sekarang sangat lah kering dan kontang, zat2 nya hancur dengan racun.. kalau TITM mampu membaja seorang diri, bajalah dengan sabar.. kalau tidak mampu cari lah tanah lain dan sama samalah kita baja dan suburkan.. jangan pula terbawa racun..

Unknown berkata...

Jikalau hendak memperkuatkan pakatan...sewajarnya mereka2 yang berada didalam PAS keluar dan menyertai GHB. Jika mengharapkan PAS menjadi rakan dalam pakatan sekali lagi....lebih baik jangan, kita sudah maklum sikap PAS terhadap rakan pakatan malah terhadap jemaah sendiri yang berbeza pendapat. Sebagai langkah taktikal mereka akan berbuat apa sahaja untuk mengembalikan sokongan kepada parti PAS. Pelbagai alasan akan di gunakan untuk bersama pakatan semula dan bila hajat sudah di capai...mulalah khianat pada rakan2..TITM takda taring sebenarnya sebab kuasa pemutus bukan pada beliau...jadi pakatan baru mesti berhati2 taktik licik kumpulan yang sudah tidak boleh dipercayai..'silent majority' memang sudah jelek dengan permainan kumpulan ini, sudah terpinggir baru hendak kata 'perkukuhkan pakatan'..

Unknown berkata...

Salam:


Kesihan tidak terhingga saya pada TITM, KALAKAU juga dengar nanti tuan dichop JEBON 2.0.
Utk pengetahuan TITM takada gunanya tuan melalak sorang-sorang, nanti muktamar 62 tuan pula di jatuhkan sebab melawan tawkeh.Ataupun tuan himpunkan ramai2 JEBON2.0 untuk kalahkan mereka-mereka itu di muktamar nanti.

okay tuan,sekurang2nya tuanlah saorang sahaja yg tinggal dlm PAS dapat menghiburkan kami..menghadapi kenaikkan harga barang/GST.
p/s:Tuan berhati-hati dijalanraya/berhati-hati dgn geng2 gelap.
kirimkan salam pada tok usen ceroi.dia dah buat kenduri sakan ka!!
wassalam.

dinULTRAMAN berkata...

semua rasa keliru,
penyokong haru biru,
ahli asyik kepada digaru,
pimpinan sudah celaru,
Tuan Ibrahim pasti menangis tanpa lagu.

kerana bersama geng tamak,
tuan ibrahim hilang kawan,
kerana bersama geng mulut mengarut,
tuan ibrahim jadi kera sumbang,
kerana bersama geng nafsu jahat,
parti tuan ibrahim punah ranah,
kerana bersama geng berlagak ulamak,
penyokong tuan ibrahim telah lari lompat pagar,
kerana bersama geng cakap besar,
tuan ibrahim mula tersedar, kawannya hanya biawak hidup.

biarlah tuan ibrahim,
yang lama jangan dikenang,
nasi telah menjadi bubur,
tiada esok bagi mu!.

Tanpa Nama berkata...

Ini Jawapan PAS Kenapa Hadi Tidak Serang Najib!

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mengambil kesempatan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Pusat daripada beberapa isu yang dibangkitkan di media sosial atas sebab lebih penting iaitu kesejahteraan agama, rakyat serta negara.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuk, walaupun ada antara isu itu merupakan kesempatan terbaik untuk Abdul Hadi menyerang, tetapi pendirian dibuat oleh Presiden PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan mensejahterakan rakyat.

“Sikap yang ditonjolkan seperti ini menjadi satu lagi petunjuk penting Pas semakin menjadi inklusif berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Zuhdi turut memberi contoh sifat inklusif Pas yang kini lebih menyerlah kerana turut menjemput kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam majlis-majlis sambutan Hari Raya Puasa berbanding hanya anggota pakatan rakyat sebelum ini.

“Salah satu pendekatan yang akan diterapkan kepada organisasi akar umbi Pas ialah berikhtiar menutup ruang bermusuh atau ruang bersaing bersandarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: “Janganlah kamu bercita-cita menemui musuh”,” katanya.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, keputusan Majlis Syura Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP membuka ruang lebih besar untuk Pas berhubung langsung dengan rakyat khususnya kaum Cina.

Jelasnya, hubungan Pas dengan kaum Cina sebelum ini dibuat melalui DAP yang bertindak sebagai jambatan penghubung tetapi kini PAS mencipta ruang sendiri tanpa memerlukan lagi perantaraan DAP mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Apa yang penting organisasi PAS di semua peringkat perlu kreatif mencipta ruang bersama dan menutup ruang bermusuh dengan mana-mana pihak kecuali terhadap mereka yang jelas chauvinist dan bersifat anti Islam,” katanya. – mynewshub.cc

Tanpa Nama berkata...

wahai pembenci pas....hebatkah kamu ??? menghina pemimpin pas ???

pemimpin mungkin salah..tetapi polisi parti berteraskan AL Quran dan

Hadis Rasul SAW...jangan dipermainkan...terang lagi bersuluh awak2

semua sebenar nya siapa????? umnooooo....or pluralism or liberalism

bertaubat sedara...!!!!!

Tanpa Nama berkata...




Sorg yg lalok pilkuda bg pesan kat gua..

Jgn sampai dipatuk oleh ular yg sama dua kali

Lg sgt2 bahaya skali..jgn sampai dipatuk belit sorban ularrrrmak fakeh itu berkali2

Klu jumpa ular dgn ularrrrrMak fakeh tu,yg mana satu lu org bg mampoosss lebih dahulu?

Maseh ingatkah kat tasek Kenyir? Terapong2 ularrrrrmak ini ber bai'ah mngutuk jebon

Jgn jd tolol siku lutut prcayakan spesis ini lg!

Nanti dekat hari undi, depa buat fitnah lg!!


Tanam itu bangkai..kasi buang jauh2!

Kasi bungkuss, kasi mampooss!

Bakar kasi hanguuussss!

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya GHB nak bertanding kwsn mna brwoo

Tanpa Nama berkata...

GHB adalah komponen Pakatan 2.0. Oleh itu kerusi GHB akan ditentukan secara muafakat di dalam Pakatan 2.0.
PAS sudah tolak DAP, ertinya tidak akan bersama Pakatan lagi.

Oleh itu yang patut anda tanya ialah PAS mahu bertandint kwsn mna?

Tanpa Nama berkata...

anon 7:12 PM
awak sendiri sudah mengaku "pemimpin mungkin salah"
maka itulah jawapan kami di depan Allah!
Kami tak ikut PAS sebab pemimpinnya tidak berakhlak Islam, kuat memfitnah, kuat duniawi beli plat kereta, kuat U-turn menyebabkan jemaah huru-hara, kuat memaki hamun sampai ahli jemaah pun di jebon, dibarua dan ditololkan.

sudahkan sdra suruh pemimpin PAS bertaubat?
Sebelum Allah menurunkan laknatnya kepada PAS dan para ahlinya?

Tanpa Nama berkata...

Banyak juga statement dia yang bertentangan dengan presiden.. tapi malu-malu kucing je, takut terima nasib macam muhyiddin kot.. hehe..
Dengar cerita masih bagi peluang pada ghb untuk kembali, hari tu bukan main halau nak bersihkan pas konon.. tak payah la risau, kan ke nyawa ghb tu 2 tahun je.. hehe dari celaru dah jadi parti lawak la pulak pas ni..

Tanpa Nama berkata...

TITM.......lu cakap apa pung ikut sistem pas kena mursyidul buat keputusan, sebelum buat keputusan mursyidul kena pergi jumpa jing islang di mekah dulu.......kurang2 3 bulan baru dapat keputusang! gwa ingat takyah la lu org turun bersih 4.0 ni......lu orang pergi tangkap jin lagi baik atau pun pegi cari derma 2.6Billion kat timur tengah!

Tanpa Nama berkata...

Parti Paih berlandaskan Al Quran dan Hadiths, tapi U lamak Uturn sepanjang masa, boleh pakai cai lak tu! nak tegelak lah!!!!KAH KAH KAH
Kini mucul Parti yg juga berlandaskan Al-Quran dan pemimpin tak konna2 macam hadi & arun.Tak kan murtad kot kalau join parti baru ni. HIDUP GHB! Kepada Zuhdi, PKR dan DAP dah lama dah menjemput semua parti ke majlisnya........zuhdi kata Paih baru nak buat.....KAH KAH KAH! Paih baru keluar dari zaman Batu ke! Betoi ka zuhdi and gang baca Quran & hadiths?

Tanpa Nama berkata...

tuan berahim hanya menghuru harakan lagi PAS

semua yg tuan ckp tu bertentangan dgn presideng dn harunding PASUG

susah payah depa singkirkan progresif kini tuan nk lawan gagalkan
rancangan mereka

tak lama lagi tuan akan terpinggir... tengoklah sebb berlebih2 memujuk
progresif

PAS tolak DAP sebb kafir kunun tolak hudud yg PAS permainkan itu

sekarang nk guna org kafir DHHP utk wakili PAS..... laa PAS ni betul ke
parti islam?

kau dh maki hamun progrisif konon jadi alat kafir sekarang kau pula nk guna
kafir guna tiket PAS.... apa punya munafik haraki la PAS ni

org kafir dlm DHHP takkan nk layan PAS laaa.. mereka kecil hati kau buat
sahabt sendiri mcm anjing.. mereka sendiri tau PAS tk mengamal islam bila
membenarkan fitnah berleluasa

mereka akan fikir, jika progresif pun boleh dicaci maki apatah lagi mereka

heloo taliban

boleh ke PAS guna kafir utk wakili parti islam???? kau taknk istihar perang ke
sebb PAS sekongkol dgn kafir

PAS letak lah sapa pun, letaklah yahudi sekali pun atas tiket PAS, org bukan islam
dah tolak PAS... sebb bukan calon PAS yg mereka nilai tp PAS itu sendiri yg sudah
hancur dan menejadi kuda tunggangan umnu

seluruh PAS sudah tercemar.....tuan berahim kalau nk selamat sila masuk GHB









Tanpa Nama berkata...

Anonymous 7:12 PM said...

wahai pembenci pas....hebatkah kamu ??? menghina pemimpin pas ???
pemimpin mungkin salah..tetapi polisi parti berteraskan AL Quran dan

Hadis Rasul SAW...jangan dipermainkan...terang lagi bersuluh awak2
semua sebenar nya siapa????? umnooooo....or pluralism or liberalism
bertaubat sedara...!!!!!

.............................

Anon 7:12,

kenapa dungu sgt....
kau cuba nk fitnah progresif kunun menentang sunnah?

kau cuba nk bgtau PAS ialah islam dan islam adalah PAS?

kau tau kenapa aku kata kau dungu... sebb kau samakan pemimpin
PAS dgn PAS

yg kami tentang ialah pemimpin PAS yg tidak maksum itu
parit dinilai dr perlembangaannya.. memang perlembagaan PAS
sudah cantik...

tapi pembawakan pemimpin PAS era selepas TGNA adalah kerosakan.
mereka sudah rosak malah sekongkol dgn puak zalim yg menyusahkan rakyat.

ketika anwar terang2 dizalimi kenapa pemimpin PAS tidak menunjukkan sokongan? INI SUNNAH NABI SAW KE?

pemimpin dungu PAS kata PKR sekular, DAP anti islam...

tapi boleh pula berbaik dgn umnu, umnu tiba2 tidak sekular, umnu tiba2 jadi parti islam sama mcm PAS... kau bela mursyidul am umnu al najibur


PAS SUDAH BINASA, KERANA IMAMNYA KHIANAT

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi akan ada gerakan gulingkan titm sebab derhaka kepada tghh
dan tghd.mungkin sudah ada riaknya itu sebab titm terpaksa buat u-turn.

dia pun takut juga dgn pukulan cakar rimau dan siku lutus mungkin banyak
lagi jurus pendekar pas.

saya cadangkan titm cepat-cepat mufarakah dari pas atau pun belajar
jurus-jurus yg boleh mempertahankan diri pengganas pas.

Tanpa Nama berkata...

Amat dhasyat nya kompolan ghb ni menghina PAS... asal dari PAS lupa jasa PAS... lain le pkr n dap yg asal umno n dap yg memang anti nur Islam...ok anda semua lepas n lempias lah amarah kepada PAS...kami akan terus bersama bahtera dlm pelayaran menujui kerdhaan Allah... ingat... kami tidak pernah menghalalkan pendekatan n kesalahan ubn...tetiba kelmarin lks memohon kerjasama totok umno (tun m yg pemfitnah agung abad ini n tsmy timb. presedent umno untuk sama2 menyelamatkan malaysia) lihat siapa yg nak ber "ug" ni...memang penyokong n pemuja ghb mabuk ketum...sanggup menghina Ulamak dgn kalam nista yg amat memualkan...

Tanpa Nama berkata...

anon 7:12 pm

aku tak benci pas sebab pas dulu dipimpin oleh org2 yg aku horamti spt almarhum TGNA, UFN, UYR.

tak guna kalau berteraskan al-Quran dan sunnah kalau pemimpin sendiri langgar perlembagaan. hadi veto seolah2 dia berkuasa sepenuhnya. knp mulut celupar dan khianat dia, ahli2 pas tak tegur?

cuba sebut satu ayat dr al-Quran yg menjadi dasar pas. sila sebut satu pun jadi.

di bawah ini perlembagaan Iran dgn ayat2 yang berkaitan:

Article 7 In accordance with the command of the Qur'an contained in the verse ("Their affairs are by consultations among them" [42:38]) and ("Consult them in affairs" [3:159]), consultative bodies - such as the Islamic Consultative Assembly, the Provincial Councils, and the City, Region, District, and Village Councils and the likes of them...

Article 8
In the Islamic Republic of Iran, al-'amr bilma'ruf wa al-nahy 'an al-munkar is a universal and reciprocal duty that must be fulfilled by the people with respect to one another, by the government with respect to the people, and by the people with respect to the government. The conditions, limits, and nature of this duty will be specified by law. (This is in accordance with the Qur'anic verse; "The believers, men and women, are guardians of one another; they enjoin the good and forbid the evil" [9:71]).

Article 11 In accordance with the sacred verse of the Qur'an ("This your community is a single community, and I am your Lord, so worship Me" [21:92]), all Muslims form a single nation,

Article 14
In accordance with the sacred verse; ("God does not forbid you to deal kindly and justly with those who have not fought against you because of your religion and who have not expelled you from your homes" [60:8]), the government of the Islamic Republic of Iran and all Mu slims are duty-bound to treat non-Muslims in conformity with ethical norms and the principles of Islamic justice and equity, and to respect their human rights. This principle applies to all who refrain from engaging in conspiracy or activity against Islam and the Islamic Republic of Iran.

Perlembagaan pas ada ke sebut ayat al-Quran yg jadi dasar? kalau setakat tulis al-Quran, hadis, ijtihad, dll bla bla bal ... aje, aku rasa DAP lebih Islam dr pas wlipn tak sebut.

Tanpa Nama berkata...

TITM ni celaru sikit. Dia tak bincangkan dgn HA keluar statement. Patut dia bincang dgn HA dulu Baru keluar kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Masalah pertelingkahan antara pas dan ghb boleh diselesaikan dengan mudah sahaja.

Suruh abdul hadi minta ampun dan maaf kepada kawan2nya yang dia halau itu. Kawan2nya pasti akan maafkan.

Suruh abdul hadi letak jawatan dan jadi imam masjid sepenuh masa atas faktor umur dah penghujung. Badan pun dah sakit2. Eloklah duduk di masjid sahaja.

Suruh zuhdi yang amat cerdik lagi pintar tu jadi presiden. Ya, dia sangat2 layak memimpin pas. Bukankah abdul hadi pun dengar cakap dia? Bukan macam tuan ibrahim atau haron din.

Suruh zuhdi selaku presiden tu cepat2 bawa masuk pas bergabung dengan umno. Mesti disegerakan kerana kalau nak hancurkan dap, wajib guna jentera dan gabungan yang kuat.

Suruh bn beri peluang pas jadi calon menentang mana2 calon dap. Ini lebih praktikal dan berkesan kerana bn ada kekuatan. I

Ini cadangan amat jujur dan betul kalau pas ingin sangat2 nak hapuskan dap. Sila bergabung dengan umno bn sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Helllo anon 11:49 PM

Allah tak suruh putuskan silaturrahim dengan orang lain hatta dengan bukan Islam sekalipun.

yang pemuja mabuk KETUM (Ketua Ulama Marang) ialah kumpulan kamu ... tak ingatkah kamu kata caci dan maaki... jebon dan sebagainya kepada sesama ahi jemaah?

Abdul Said berkata...

Sudah berminggu-minggu saya membaca perlabgai komen dan dalam pelbagai blog, satu perkara cukup jelas dan amat menyerlah. Ramai yang marah dan memberi ulasan bukan kerana mereka menentang PAS tetapi mereka marah kerana perangai buruk orang-orang yang dipanggil ulamak PAS. Kenyataan mereka menghina, sombong, besar kepala (mungkin pasal pakai serban) dan berlagak pandai. Mereka yang marah rata-rata tetap menghormati Almarhum TGN, UFN dan lain-lain pejuang yang telah berkorban untuk PAS. Kalau puak-puak yang dipanggil ulamak ni duduk dimasjid, di surau dan dipondok-pondok mereka, besar harapan PAS akan kembali sebagai parti yang dikehendaki oleh Almarhum-almarhum!! Islam tetap progresif, dan sesuai untuk semua zaman sampai ahkirat. Islam jadi 'tak' sesuai bila ia dipelopori oleh orang-orang yang sombong, angkuh, jumud, gila kuasa, gila dunia, nafsu besar dan melupai sumbangan darah dan airmata rakan-rakan mereka!!

Tanpa Nama berkata...

Abdul said,

Well said, bro..

Tanpa Nama berkata...


SO KESIMPULANNYA KITA PAKAT LENYAKKAN PAS ATAU MENUKAR PEMIMPIN PAS

YANG ADA SEKARANG.. YANG MENANG MUTAKMAR ..ITU HARI....!!!! TAPI BUKAN

BELASAH SAMPAI MATI PARTI ISLAM SEMALAYSIA PAS...!! SEDARA2 MUTAKMAR

AKAN DATANG INSYALLAH MASIH ADA..SEDARA2 DAN TUAN2 AHLI PAS YANG

MENENTUKAN SIAPA YANG AKAN JADI PEMIMPIN!!!!KALAU TUAN2 AHLI PAS LA..

KALAU BADAN KITA SAKIT JANGAN BUNUH BADAN KITA TAPI UBATI ANGGOTA

YANG SAKIT ITU...ALLAHUAKLAM BIS SOWAT...

Tanpa Nama berkata...

Kalau pilihan secara CAI.... puntung kayu yang ada dalam senarai pasti akan terpilih.....

reborn berkata...

Syuhkur kehadrat allah yang maha agung yang memilki segala2nya. Apa yang berlaku keatas parti pas harus menjadi iktibar pada semua umat rasulluloh saw.nabi akhir zaman. Selaku sebuah parti yang berlandaskan syariat dan hukum2 islam seharusnya yakin akan keagungan allah. Melakukan amal makruf nahi mungkar bagi menunjukkan contoh tauladan bersopan santun, berkhimah dalam segala urusan tidak memecebelahkan sesama saudara islam bermusyakarah sebagaimana yang telah ditunjukan dalam Islam ahli sunnah berjemaah, jujur berani atas kebenaran dan membendung nafsu nafi dan menjauhkan sifat2 amarah yang mana bolih merosak kelimanan dan agidah. Pas sudah lama di kenali olih masyarakat melayu, dan sudah dapat diterima dalam masyahrakat yang berbilang kaum. Pas tak perlu mengemis sokongan kepada mana parti yang tidak menhormati islam dan hukum2 yang telah allah tetapkan. Semua ahli ulamak telah ditegaskan dengan jelas agar tidak termasuk hamba2 yang menaniaya diri sendiri. Sebagaimana yang telah dipejelaskan dalam kitab suci alquran. Bersihkan imej pas dan hapuskan segala virus kemungkaran dalam diri dan ahli2 pas kembali musabah diri dan brrpeganf teguh pada ajaran islam yang sebenarnya yang menolak kesenangan dan penipuan dunia. Lakukan segala amal dengan menolak kemungkaran, segaka2nya kerana allah dan mencintai perpaduan dan keutuhan ummah yang memeluk islam. Demi agama ,bangsa dan kemakmuran negara. Insyallah

reborn berkata...

Saudara2 seislam yang mendukung perjuang pas harus musabah diri agar daoat menbezakan pemimpin yang benar2 memperjuankan kesucian islam, diatas sifat maknusia yang kerdil lazim nya banyak membuat kesilapan walaupun pada dasar dan tujuan utamanya . adalah menegakan kesucian Islam. Maknusia hanya mampu merancang allah jua lah yang berhak memutuskannya. Sebab allah mengetahui segala2nya, orang yang benar2 beriman sentiasa berhati2 bila menbuat segala urusan takut akan balasan diskhirat kelak. Berani mengaku dan bersedia menerima teguran adalah sifat orang2 terpuji dan dikasihi allah. Tidak bermegah diri dan suka pada sanjungan dan pujian akan merendahkan martabat sasaorang hambanya disisi allah. Jangan kerana telah menimba sedikit ilmu berjubah dan bersarban sdah dianggap ahli syurga, subahanallah. Ilmu allah terbahagi pads dua istilah 1 yang tersurat 2 yang tersirat berbahagia lah yang telah allah buka kan hijap akan rahsia2nya. Yang ak mampu menusahakan pencarian, cukuplah dengan berpegan pada keyakinan beriman dengan melakukan amal makruf nahi mungkar. Allah maha pengampun dan maha penyayang insyallah.