2 Ogo 2015

[BERGAMBAR] Syabas Raja Bahrin, Pengerusi Harapan Baru Terengganu!

Pas Terengganu putus hubungan dengan Raja Bahrin

Susulan tindakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mengiisytiharkan dirinya secara rasmi sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu, Pas Terengganu mengambil keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan beliau lagi.

Setiausaha Pas Kawasan Kuala Terengganu Mohd Soud@Said@Mat Ali berkata, keputusan itu diambil setelah hasil mesyuarat Pas Kuala Terengganu semalam.

"Pas kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1hb Ogos 2015 berpegang kepada perkeliling isu Harapan Baru yang dikeluarkan Pas Pusat bertarikh 29hb Julai 2015 rujukan: PAS/PA/2.01/15-17(8) antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu," petik kenyataan rasmi Pas Kuala Terengganu hari ini.

Terdahulu, Kamarul Bahrin mengumumkan bahawa beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu dalam satu himpunan Harapan Baru pada 31 Julai 2014 di Jerteh, Terengganu.


Harapan Baru Tembusi Terengganu

Sekalipun menerima perlbagai dugaan dan ancaman di negeri Terengganu namun, ngo itu tetap menerima sambutan hangat dan luar dugaan apabila program roadshow di Besut berjaya disempurnakan pada 31 Julai kelmarin.

Sebelum ini seorang doktor gigi yang bernama Dr. Azman Ibrahim didalam statusnya telah mengundang kontroversi di laman sosial apabila membuat ugutan agar Harapan Baru tidak datang ke Besut.


Status itu khabarnya telah dibuang daripada lamannya apabila menghidu ada pihak mahu membuat aduan kepada pihak polis kerana ternyata tulisannya itu berbaur hasutan dan berunsur jenayah.

Apa yang berlaku pada malam itu, Harapan Baru berjaya menembusi tembok halangan dan roadshow itu berjaya diadakan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Syabas dan tahniah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, seorang akitek professionnal yang telah dinamakan sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu.







IKLAN BERBAYAR







16 ulasan:

Omar Daud berkata...

Salam semua:

Alhamdulillah terjawab jua akhirnya, Raja baharin memihak pada Harapan Baharu,syabas GHB, Memulakan kempen yg cukup baik,tiada MAKI HAMUN,baru-baru ini saya ka Ijok selangor ,ramai ahli-ahli PAS kawasan menghadirinya.
Dari feedback di perengkat grass-root PAS ramai bercakap2 akan berpindah ka Pakatan Baharu.Di Selangor tidak menjadi masaalah, usaha kempen-kempen penerangan secara man to man cukup berkesan,tiada paksaan,tiada maki hamun,cuma memberi penerangan tawaran yg GHB lakukkan.

Syabas team-team GHB,SALUTE you all kempen penerangan yg cukup profesional.

KIPIDAP.
AMANAH,PROGRESSIVE,PEDULI.
WASSALAM.

air gunung berkata...

Dr gigi wat kenyataan mcm org sakit gigi.
aku mati2 ingat org umngok jer yg vongok dlm politik kepartian neh.hampaeh tol.dlm PAS yg cerdik pandai pon(doktor) kepala hotak beku otak udang mcm samseng kg dusun

My Kakak berkata...

Syabas saudara Omar dan rakan2 GHB. Teruskan agenda kita. Jgn ribut rumahtangga UMNO melekakan kita. Hanya pululan KO pilihanraya medium kita utk hapuskan penyamun negara dr bumi Malaysia ini. Melayu UMNO tidak boleh diharap lagi. Penakut dan pak hangguk. Sudah terang kesalahan ketua mereka , masih disokong dan di julang. Tanpa rasa malu. Tanpa rasa bersalah. Harga diri sudah dibeli. Bayang2 tidak sama lagi dgn tuannya. Bersama kita kukuhkan gelombang ini. Seluruh negara demi Malaysia tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Jika media bn sudah memberitakan hal baik2 tentang pas dan hal buruk2 tentang harapan baru, apa erti semua ini wahai manusia yang berakal?

Jika najib sendiri memuji2 hj hadi dan kepimpinannya, apa maksud ini semua wahai orang2 pas?

Erti dari semua ini adalah pas yang asal sudah mati. Memang sudah mati.

Tanpa Nama berkata...

Terus kan harapan baru.jgn hirau pas lagi.biar mrk mabuk pil kuda jgn dilayan....

pan berkata...

Habih..Habih...itu la modal juak walaun...ilmu ok..akhlaknya hampeh!!!

Tanpa Nama berkata...

Sy stuju komen2 diatas,kita ghb jgn kempen scara maki hamun mahu pun sindiran,tunjukan kita(ghb) politik matang

Tanpa Nama berkata...

Terbaik!!!!!!! Tengku. Islam For All..All From Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah...dulu mahathir kata golongan cerdik pandai masuk pas...skrg cerdik pandai dah mula hijrah masuk GHB tinggalkan pas...

Faizal berkata...

Hahaha... Abang Omar. Ade kipidap tu. Apa2 pon semoga sukses HB di PRU akan datang.

Tanpa Nama berkata...

profesional yg masih dlm PAS adalh seperti dr gigi itu

tidak profesional dlm sikap dan fikiran

dok ugut lebih dpd PERKASA lagi... mentang2 PAS sekarang PERKUAT
adik beradik PERKASA

PAS dah kuat kaaaaaaann

GHB memanglah kena pegi tempat yg gedeber utk raih sokongan, kalau pegi tempat yg org bijak pandai tidaklah perlu sgt.

rupanya PAS bukan hanya guna siku dn lutut, kini dah guna GIGI pulak

helo doktor gigi, lu tk sedar ke lu bukan ustad,.... lu pun jebon laaa... parasit

tp lu masih boleh buat keje gantung poster utk PAS la... byk kerja2 balaci yg doktor dn profesional dlm PAS boleh buat.

Tanpa Nama berkata...

aku tak mau kata apa2 ttg ulama pas. nanti dikata menghina ulama, tapi cuma nak declare PAS sudah MELEPAS!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan Omar Daud yang saya hurmati,

Saya memang tidak memihak mana-mana parti politik malahan seumur hidup saya yg sudah berusia lebih 50 tahun ini baru PRU 13 kelmarin buat kali pertama didalam hidup ini saya terpanggil utk menyokong UMNO. Saya tidak memandang janji manis ahli politik untuk berjasa untuk rakyat sebab bagi saya cuma ALLAH shj yg memberi rezeki sebenarnya. Sy cuma "menggukur" apa yang parti politik sudah lakukan terhadap ugama Islam Ku itu sahaja.

“ ..Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesunguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya dia mengetahui org2 yg dusta.” (Al Ankabut:2-3)

Jangan la tuan-tuan semua tertipu dengan kata-kata dan janji manis ahli politik yang ada latar belakang pemimpin DAP dibelakang mereka. Tidak kah tuan-tuan sedar bahawa gereja Evangelist Keristian yang disokong DAP ada polisi yang telah mensyirikkan kalimah ALLAH kedalam Bible modified Bahasa Melayu mereka. Cuba tuan bertanya dengan Mat Sabu apakah pendirian beliau tentang penggunaan kalimah ALLAH untuk Bible Keristian Evangelist tajaan DAP yang disokong oleh pemimpin PKR. Kita tak pernah melihat Mat Sabu membantah kebiadapan pihak gereja dan pemimpin DAP pun sebelum ini. Mungkin tuan-tuan berasa tak mengapa biarlah pihak gereja guna kalimah itu. Bukannya rugi pun !!! Kalau itulah pendirian tuan maka cuba tuan tanya dengan mana-mana orang Keristian atau paderi mereka baik didalam atau di luar negara soalan-soalan ini.

1. Benarkah Tuhan kamu didalam bible tidak ada nama dan Tuhan Bible hanya disebut sebagai GOD, FATHER dan LORD sahaja? (Ganti nama sahaja)
2. Benarkah kamu semua beranggapan bahawa Tuhan Bible kamu itu ada anak? Berdasarkan ayat John 3:16 For God so loved the world, that he gave his only begotten Son,….sebab itu di Pulau Pinang pernah terpampang banner “JESUS ANAK ALLAH” (nauzubillahi minzalik).

Tidak ini akan memberi makna ALLAH sudah ada anak pulak didalam Bible bahasa Melayu mereka? Tidak kah sikap dan pendirian biadap ini boleh menjuruskan bahawa ALLAH yang Maha ESA sudah setarap dengan haiwan dan manusia? Nauzubillahi minzalik !!! Bersetuju tak tuan bahawa jika kita mengiakan dan tidak membantah walaupun didalam hati maka kita pun tergolong sama seperti mereka yang melakukan SYIRIK. Dosa Syirik ni heavy duty dan ultimate tuan. Tak percaya ke?

Cuba lihat ayat Al Quran surah An Nisa ayat 48 yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar”.

Parti Harapan Baru dan Pakatan milik Mat Sabu and the geng adalah satu bentuk gagasan yang bakal menyokong polisi pihak gereja Evangelist tajaan pemimpin DAP. Di satu sudut saya sangat menggagumi pengorbanan yang sungguh hebat yang bakal tuan-tuan semua bakal berikan kepada mereka. Manakan tidak? Tuan-tuan sanggup untuk memperjudikan kehidupan akhirat tuan demi bagi membolehkan orang-orang seperti Mat Sabu dan Guan Eng untuk berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

Nampaknya ada seseorang nak bagi tahu kita semua hanya syirik je berdosa besar. Songlap duit rakyat, tidak amanah & zalim kpd rakyat tidak berdosa....

Abdul Said berkata...

Sukar juga untuk mendapatkan pandangan yang tidak berpihak dalam kemelut geng serban menghalau geng pro dalam PAS. Adalah disarankan mereka yang mampu dan berkesempatan mendapatkan pandangan dari orang-orang Islam dinegara-negaa jiran seperti Singapura, Thailand, Vietnam dan sebagainya. Kini ramai orang yang tidak tahu berbahasa Melayu dan Arab tetapi mereka berugama Islam dan berada disekeliling kita. Sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat mahu pun kata-kata sanjungan. Mereka akan bercakap berdasarkan fakta dan realiti. Carilah dan temuduga mereka. Besar kemungkinan mereka melihat perkara yang sama dari kaca mata yang asing.

Tanpa Nama berkata...

Tak usahlah berbelit belit mcm hadi.jugak...dlm DAP dan PKR terdiri perbagai org ,agama dan latar belakang..kalau dia cina kristian,mesti lah gereja tempatnya dan jika melyu islam ,ke masjidlah tempatnya..ini bukan pendirian parti tp pendirian individu2 itu sendiri..
Jgn cuba campuradukkan tindakan individu dan parti. Jgn terlalu jumud mcm pas.