3 Ogo 2015

[PANAS] Tengku Sri Paduka Raja Isytihar Keluar PAS

Yang Amat Mulia Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Ismail Nasharuddin Shah telah membuat pengumuman menarik diri daripada menjadi ahli Parti islam SeMalaysia (PAS) bermula dari 29 Julai 2015.

Di dalam satu KENYATAAN AKHBAR yang dikeluarkan yang ditandatangani oleh Tengku Ibrahim sendiri, beliau melahirkan rasa dukacita di atas pergolakan politik yang berlaku dalam PAS.

Menurutnya, beliau merasakan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuknya terus berada dalam parti PAS walaupun sebagai ahli biasa.

Mengikut hematnya perjuangan dan hala tuju PAS masakini sudah jauh terpesong dari tujuan asal bila mana PAS dan parti-parti bersekutu di dalam Pakatan Rakyat telah melangkah ke hadapan untuk menyaingi UMNO/BN bagi menempuh Pilihan Raya ke 14 yang akan datang ini.

"Saya tidak nampak bagaimana PAS jika bersendirian dapat memperjuangkan hasrat murni untuk mengambil alih Putrajaya dari UMNO/BN," tambahnya.

Beliau berkata, umum tahu BN pada hari ini adalah parti yang lemah termasuk dengan pergolakan politik UMNO masa kini yang bergelombang dengan permasalahan dalaman parti seperti yang berlaku pada hari ini. Begitu juga parti gerakan MIC dan MCA tidak sekuat dan gah seperti dahulu. lnilah sepatutnya peluang yang keemasan bagi Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan "Rumah Tangga" masing-masing bagi tujuan mengambil-alih kerajaan dari BN.

Beliau meminta supaya dihentikan pergaduhan dan pertelingkahan sesama sendiri.

Menuurutnya lagi, strategi yang dimainkan PAS tempohari tidak mencerminkan kematangan ke arah memperkuatkan parti beserta kerjasama dengan kawan-kawan lain di dalam Pakatan Rakyat.

Rakyat dapat melihat bagaimana ahli-ahli Profesional PAS dalam Pakatan Rakyat berhujah begitu lantang di dalam Parlimen bagi memperkatakan satu-satu isu yang dibangkitkan di Parlimen. Mereka yang berpengalaman dan memperolehi kelantangan berhujah mengkagumkan rakyat jelata sekalian. Malangnya mereka telah disingkir di dalam Muktamar PAS yang baru Ialu. lni amat mendukacitakan ramai pihak.

Beliau juga merasa pucuk pimpinan parti PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar tersebut. Katanya, dengan tersingkir nya ahli-ahli professional PAS ini telah melemahkan parti ditambah pula dengan kucar kacir di antara para ulamak dan para professional yang disingkir ini.

"Sayang seribu kali sayang peluang yang terbentang dihadapan kita tidak dapat kita gunakan untuk memperkuatkan gabungan kita dalam Pakatan Rakyat," katanya melalui kenyataan media tersebut.

"Pargolakan dalam politik parti-parti lawan tidak kita ambil kira untuk kita memperkuatkan kerjasama kita di dalam parti Pakatan Rakyat," "Sebagai seorang islam benar saya sokong perjuangan ulamak dalam PAS tapi dari segi politiknya kita mesti cari jalan bagi kita bekerjasama dan berdamping sesama kita unutk memperkuatkan jentera Pakatan Rakyat bagi menempuh Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.," katanya.

Beliau yakin dan percaya bahawa perjuangan PAS tidak akan kemana-mana jika mahu berjuang bersendirian.

"Jika ini tujuan dan matlamat baru oleh PAS, maka perjuangan PAS akan terus ke belakang seperti perjuangan lama yang lampau," tambahnya lagi.

Mengakhiri kenyataan medianya, beliau menyatakan,

"Melalui kenyataan ini juga saya ingin berundur (letak jawatan) dari menjadi ahli PAS mulai dari tarikh surat ini dan saya berdoa kehadrat Allah swt supaya diberi hidayah petunjuk kepada pemimpin-pemimpin tertinggi PAS ke arah kegemilangan Islam serta politik tanah air untuk masa depan Islam dan rakyat Malaysia keseluruhan nya."

Untuk rekod, Tengku Ibrahim merupakan anak ketiga Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni al Marhim Sultan Zainal Abidin dan pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam Pilihanraya Umum kelapan pada 1990 serta menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli PAS pada 6 Oktober 2012.

Penyerahan borang penyertaan PAS beliau dulu berlansung di dalam satu upacara gilang gemilang di Jabi dan diterima oleh TG Nik Abdul Aziz serta disaksikan oleh Haji Hadi Awang dan Mustafa Ali.

br>




IKLAN BERBAYAR







13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dop per sorang jer kluo, kemaring 400 org masuk, ker guarner ding!

Tanpa Nama berkata...

yg 400 orng masuk tu! ahli-ahli lama yg memperbaharui.heheee..biasalah tektik CAI yg diwarisi oleh sahabat setia.

Tanpa Nama berkata...

Syabas.tahniah ghb.tunggu pula ahli pas keluar beramai2 next nt

Malaysiabaru berkata...

Takebeer!! Allahuakbar

Mohon sesiapa yg dah beli Us dollar mingu lepas dan dah buat untung (hari ni 3.852) boleh lah derma kepada bloger pakatan 2.0

P.s ( apa pun target seterusnya 4.80 ),biar negara jahanam jgn diri kita jahanam. Dalam jahanam ada us dollar nk bg makan anak bini

Takbir!

My Kakak berkata...

Harapan rakyat adalah jelas. Mlm bagaikan siang. UMNO tersangat korup. Membahayakan rakyat dan negara. Peragut kebahagiaan jelata. Dengan perangai PAS dan pemimpinnya yg tiada setiakawan dlm memerangi UMNO apa yg boleh diharapkan lg? GHB gembelingkanlah seluruh tenaga tua dan muda, kota dan desa kita bina Malaysia Makmur. PAS, biarlah dia dgn ketololannya.

Tanpa Nama berkata...

Tengku yang bijak menilai dan meperhati apa yang telah berlaku didalam Pas.Tindakanya tepat pada masa.Biarkan Pas meraba2 mencari kebenaran,Sebuah Parti sekiranya metiarkan atau memberitahu bahawa ramai ahli baru yang masuk itu adalah suatu penipuan yang nyata.perkara tersebut bukan kebenaran ,itu satu tindakan penyedap hati

omar daud berkata...

Salam semua:


Syabas Tengku dan GHB on-line exceed 30k hits.GHB telah melakukan suatu proses,tindakkan yg progressive dalam pembentukkan wadah baru rakyat malaysia,tiada terburu-buru,mengunakan AKAL ,bukan emosi ,mendapat feedback ahli khususnya ,rakyat amnya.Sekarang masih diperingkat dalam kandungan,mungkin kelahiran dlm september ni,jika diizinkan ALLAH.

Istiqamah dalam perjuangan.

kipidap
AMANAH,PROGRESSIVE,PEDULI
Wassalam

Timnajib Jomfikir berkata...

Statement oleh Dr Azman Ibrahim pasal besut..memang tak cerdik dan nampak hitamnya hati beliau.
Nasihat saya pada Dr Azman Ibrahim, berhentilah beri kuliah kat surau2.kamu menyesatkan akidah org2 kg.

Tanpa Nama berkata...



Tak banyak sikit, Tengku Paduka telah menafikan tuduhan pro alamak yang pemimpin GHB orang yang keciwa dan putus asa. Dan lebih dari itu, pemimpin GHB yang dulu di gelar jebon dan barua tidak lagi di pandang hina dengan keputusan Tengku Paduka yang lebih ke arah menyokong pemimpin GHB.

Tanpa Nama berkata...

Pas T'ganu? Ha ha ha...Well, nak jaga nama tuang presideng...takut malu...Perangai dah sebijik UMNO! Baguih ler...Good luck ulamak PAS...

Ritchie Blackmore berkata...

Goodbye pas....

Tanpa Nama berkata...

kita nk menang PRU dn ambil alih putrajaya
dan kita pun nk redha Allah juga.

sapa tknk pi putrajaya bolehlah dok diam2

Abdul Said berkata...

Eloklah Tengku Paduka menjauhkan diri dari orang-orang yang mengaku ulamak tetapi tidak dapat melihat kemungkaran yang berlaku disekeliling mereka. Tahniah kepada Tengku Paduka kerana dapat melihat apa itu kebenaran.