Kuala Lumpur – Bangunan Bukit Aman di laporkan terbakar dalam satu kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi.
Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10 menara tersebut bermula dari ‘pantry’ sebelum merebak ke tempat lain.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Kebakaran tersebut berlaku tatkala negara "di tengah-tengah bahang" dengan isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Gani Patail sebagai Peguam Negara serta isu 1MDB.
Justeru itu tidak menghairankan wujudnya spekulasi nakal di laman sosial yang mengaitkan kebakaran itu dengan percubaan untuk menghilangkan "evidences" tertentu.
Ketua Polis Negara walaubagaimana pun menyatakan hanya dokumen tidak penting yang terbakar dan meminta semua pihak tidak menyebarkank habar angin.
Asrro awani melaporkan:
Satu kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.
Kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.
Difahamkan pihak bomba menerima laporan kebakaran tersebut kira-kira 5.20 petang tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya.
Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian sedang disiasat.
16 ulasan:
salam:
Tngkat berapa aaiikkk!! ada simpan document penting ka!!Kalau CCTV masih boleh berfungsi boleh buat siasatan!!siapa yg nak siasat!!
Minta-minta tak ada Foul Play
Semakin pelik kejadian di Malaysia, mula-mula Peguam Negara diturunkan pangkat lepas tu Pegawai Polis dipencenkan kemudian Timbalan Perdana Menteri disingkirkan dari kabinet. Hari ini pula bangunan PDRM pula terbakar manakala Gabenor Bank Negara disiasat kerana rasuah. Macam-macam di Malaysia ini, kes tak selesai pegawai penyiasat pula kena tindakkan dan siasatan. Orang yang disiasat pula masih kebal dan hilang entah ke mana.
Fail-fail berkaitan pun tidak dapat diselamatkan.
Duit lagi.
Alat pemadam api tak berfungsi ke?
Kebakaran dari 'pantry' bukannya masalah pendawaian letrik.
Fishy.
Takbir!!!!
Bala Malaysia bala Malaysia...
Cameron dtg tengok bukit aman di malukan polis thai
Bakor, jangan tak bakor..!
hahahaha!
tu la kan dah dapat..http://goo.gl/WwdQSJ
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.
Apabila dtg dari Umno...jika dinafikan maka betullah berita tu. Anda kenalkan siapa KPN..
Kena tukar KPN untuk mengelakkan kejadian berulang, sebab sekarang ni KPN Khalid Bakar............
Khalid Bakar Bukit Aman
Reman anggota yang menjaga pantri dan makcik cleaner sekali. Boleh jadi mereka agen musuh.
Terbakar atau saje bakar bahan bukti....nt keluar statement bahan bukti xdapat diselamatkan.kes tutup.hahahaha.tetik cter drama
Polis bongkak mengistiharkan semua fail fail dukoment tk terbakar.... Kerana semuanya kaliss api... Yg terbakar hanya lantai dinding dan kerusi meja jee
Petanda sebagai petunjuk yang tepat ialah sekiranya yang terbakar ialah bangunan PWTC.
Itu direct punya message dari langit.
Ada orang dah tahu kerana ilmu Allah yang di miliki, bukan setakat bakar dia tahu, tingkat berapa pun dia dah tahu. Jangan hina dan kutuk orang macam ini ya.
Mulut jahat.
Catat Ulasan