30 Jul 2015

[VIDEO & GAMBAR] TERKINI: Serpihan MH370 Ditemui Di Pulau Reunion?


Serpihan misteri di Lautan Hindi mungkin daripada MH370, lapor AFP

Sekeping serpihan kapal terbang dijumpai terdampar di pulau La Reunion, di Lautan Hindi pada Rabu, mencetuskan spekulasi ia mungkin sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, lapor AFP.

Serpihan misteri berukuran 2 meter itu kelihatan seperti sebahagian daripada sayap kapal terbang, ditemui mereka yang sedang membersihkan pantai.

“Ia diselaputi kulit kerang, jadi boleh dikatakan ia sudah lama berada dalam air,” seorang saksi dipetik berkata kepada AFP.

Pegawai pengangkutan udara Perancis sudah mula menyiasat dari mana asal serpihan itu. Xavier Tytelman, pakar keselamatan udara berkata, ia mungkin serpihan milik MH370 yang hilang tanpa kesan pada 8 Mac, 2014.

Beliau menyatakan gambar media tempatan menunjukkan "persamaan yang luar biasa antara flaperon #B777 dan serpihan yang ditemui," merujuk kepada sebuah Boeing 777, model pesawat yang hilang itu.

Sepanjang tempoh kehilangannya, tidak ada satu pun serpihan daripada pesawat itu ditemui, menjadikan ia misteri terhebat dalam dunia penerbangan.

Pihak berkuasa Malaysia mengisytiharkan semua penumpang dan anak kapal MH370 maut, pada Januari lalu.

Pesawat itu, yang membawa 239 penumpang dari 14 negara berbeza, sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Ia berlepas pada 12.41 pagi pada Sabtu, 8 Mac, 2014 dan sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi hari sama.




IKLAN BERBAYAR







10 ulasan:

Awanama berkata...

Pulau Reuninon ni jauh lebih dekat kedudukannya dari Deigo Garcia (pengkalan besar tentera amerika) berbanding dengan tempat carian di barat Australia.

Apahkah kaitannya???...tak perlu saintis roket untuk melihat kaitannya

Awanama berkata...

Memang sah serpihan adalah rangka dari pesawat tapi tak cukup untuk mengesahkan ianya dari MH370. Pasukan Pencari perlu di hantar segera ke sana untuk mencari lain-lain serpihan yang ada berdekatan dengan tempat serpihan di temui.

Malaysia perlu menghantar 2 orang tambahan yang pakar dalam pencarian dengan mengunakan ilmu masing-masing. Satu yang mengunakan teropong buluh dan buah kelapa. Dan satu lagi yang terror dengan ilmu mengecainya. Angin, laut, langit dan cuaca akan di 'cai'kan untuk membuka rahsia kedudukan sebenar pesawat MH.

Alaaa kalau orang punya nasib pun dia boleh tahu, tak kan nasib kapalterbang buatan manusia dia tak boleh tahu..

Awanama berkata...

Jgn kita lupa isu 1mdb

Awanama berkata...

betulkan penduduk Maldives, cakap nampak pesawat biru-merah terbang rendah pada hari kejadian 8/3/2014, tapi "statement" dinafikan oleh pihak tentera sana, kerana tiada bukti dan fakta fizikal ditemui selepas ianya disiasat

Awanama berkata...

Kemusykilannya mengapa berita ini keluar semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin disingkirkan

Awanama berkata...

Nak alihkan isu pmecatan tsmy

Awanama berkata...



Gali isu1MDB sampai lubang cacing.

Rakyat menderita susah pun masih ada bahalol yang nak menyokong.

lagu tu laa berkata...

gali lobang tutup lobang! boleh caya ka? bila timbul isu2 yg besar yg boleh menggugat kedudukkan seseorang tu,tak kira objek akan dijadikan isu yg baru,bagi menutup isu tu,kalu boleh tunggul kayu,batu pun boleh 'dikambing hitamkan'

Awanama berkata...

Mungkin ini permainan penjahat dunia iaitu USA. Apabila semua dah leka, pihak USA pergi letak di situ.

Awanama berkata...

Ni semua nak alih isu je.