30 Jul 2015

Skandal 1MDB: Najib Perlu Rehat Atau Hadapi Kemungkinan Ditangkap...

Pemuda Umno Labis minta Najib rehat

LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.

“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan.

“Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif Negara,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.

Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.

Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.

“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.

“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.

Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.

“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya. -SH


Najib hadapi gelombang rakyat – Mohd Fitri

1. Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Syafie Apdal adalah untuk menutup mulut mereka dari mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka terhadap skandal 1MDB;

2. Penamatan perkhidmatan Tan Sri Ghani Patail sebagai AG secara tergesa-gesa adalah cubaan untuk menghalang Najib daripada didakwa kerana 1MDB;

3. Perlantikan Dato' Seri Mahadir Khalid dan Dato' Wira Mohd Johari Baharum ke dalam Kabinet adalah untuk mengimbangi pengaruh Dato' Seri Mukhriz Mahathir di Kedah yang berdiri di belakang Tun Mahathir menentang skandal 1MDB;

4. Perlantikan Dato' Seri Azalina Othman ke dalam Kabinet adalah untuk mengimbangi sokongan Umno Johor kepada Najib yang goyang kerana skandal 1MDB;

5. Perlantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam Kabinet adalah untuk memperkukuhkan sokongan puteri Umno kepada Najib daripada skandal 1MDB;

6. Perlantikan Nur Jazlan, Reezal Merican Naina Merican, Mas Ermieyati Samsudin dan Wilfred Madius Tangau yang merupakan ahli PAC ke dalam Kabinet adalah cubaan untuk melengah-lengahkan inkuiri terhadap 1MDB.

Kesimpulan:

Rombakan Kabinet Najib bukanlah untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Kabinet dan pentadbiran Najib, sebaliknya untuk mengukuhkan sokongan terhadap Najib sendiri serta sebagai langkah untuk memadamkan skandal 1MDB daripada dipersoalkan.

Persoalannya, adakah dengan rombakan Kabinet dan penamatan perkhidmatan AG tersebut, kedudukan Najib akan bertambah kuat dan skandal 1MDB akan senyap begitu saja?

Jawapannya tidak, bahkan rakyat akan lebih bersatu untuk terus mendesak agar Najib meletakkan jawatan atau satu gelombang rakyat akan berlaku tidak lama lagi.

Kalau sebelum ini kita ada PKR, DAP, PAS dan BERSIH tetapi sekarang kita ada GHB, PKR, DAP, Ikatan, (insyallah PAS), BERSIH, Negaraku, NGOs, Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Tun Musa Hitam, Ghani Patail, Syafie Apdal dan seluruh rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan politik akan bersama-sama di gelombang menentang kezaliman toghut Najib dan sekutu-sekutunya.

‪#‎HarapanBaru

 –



Malaysia selamat jika Najib ditangkap, kata #KitaLawan

Penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah hanya cara yang mampu menyelamatkan negara ini, kata sekretariat #KitaLawan.

Anggota #KitaLawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13, Fariz Musa berkata, integriti dan kredibiliti Najib kini memberi kesan kepada rakyat.

"Untuk selamatkan negara ini, tiada cara lain, Najib harus ditangkap dan diserahkan kepada undang-undang," kata koordinator Jingga 13 itu pada sidang media Sekretariat #Kita Lawan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, #KitaLawan turut menggerakkan kempen "Kita Lawan Najib" ke seluruh negara bermula 2 Ogos depan, bagi mengumpulkan sokongan menjelang Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 29 Ogos.

Pada sidang media itu, #KitaLawan turut memberikan komitmen untuk bersama-sama Bersih dalam penganjuran demonstrasi tersebut.

"Kini semangat Kita Lawan kembali dihidupkan, satu-satunya ruang demokrasi yang tinggal perlu dipertahankan iaitu hak berhimpun secara aman demi menyatakan suara keramat suara rakyat," kata Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir.

Beliau berkata, kempen "Kita Lawan Najib" itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bermula di Sabah diikuti Terengganu pada 7 Ogos, Kelantan dan Sarawak pada 8 Ogos, Perak, Melaka, dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 14 Ogos, dan 16 Ogos, manakala 22 Ogos di Johor Baru.

"Tuntutan yang dikemukakan Bersih adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kemelut politik perasuah-perasuah ini," katanya.

"Selagi ada ruang bersuara, kita perlu gunakan sebaik-baiknya untuk lawan rasuah, lawan kezaliman."

Setiausaha Pemuda PKR, Chang Lih Kang berkata, Najib sudah diberikan banyak peluang namun masih lagi enggan meletak jawatan sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka yang kritikal terhadapnya.

"Kali ini kami akan berikan sokongan padu sebab kita tiada pilihan, selain ke jalan raya, sebab Najib sudah diberikan banyak peluang.

"Tapi beliau bukan sahaja tidak letak jawatan tapi pecat mereka yang kritikal terhadap 1MDB," katanya, merujuk kepada syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang kini dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad.

"Tiada pilihan lain, selain jalan raya untuk kita jatuhkan Najib, kita akan kerahkan ramai orang untuk Bersih 4.0," katanya.
-TMI








IKLAN BERBAYAR







12 ulasan:

Abdul Said berkata...

Kuasa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t adalah ujian. Dari setiap raja hingga ke setiap ayah, semuanya sedang diuji. Salah guna kuasa, tak guna kuasa, melengahkan kuasa dan pelbagai kerenah kuasa akan disoal dan diberi balasan setimpal di dunia dan di akhirat. Sangat pemurahnya Allah s.w.t ialah setiap do'a makhluk teraniaya didengari dan dimakbulkan permintaan itu. Sebagai rakyat biasa sudah sampailah masanya kita memohon kepada Allah s.w.t agar kita dilindungi dari malapetaka. Yang sebenarnya itu sepatutnya menjadi amalan. Sudah sampai masanya kita membaca do'a qunut nazilah dalam setiap solat lima waktu. Orang berharta, orang kaya boleh sahaja lari keluar negara. Mereka ada istana dan villa diluar negara. Mereka ada simpanan dollar, euro dan franc di luar negara, mereka ada kapal terbang sendiri, bahkan dirumah itu mereka ada pembantu, tukang masak dan tukang kebun yang sedia menanti. Kita susah dan akan susah adalah kerana kebodohan kita sendiri memilih pemimpin dan pemerintah. Kita diberi panduan dan arahan oleh Allah s.w.t. tetapi kita tidak ambil peduli. Bersedialah menghadapi sesuatu yang mengejutkan kita dari mimpi disiang hari.

Tanpa Nama berkata...

Lantak kau orang lah, akhirat nanti jawablah dihadapan Allah, masing2 sudah berumur lebih 60 tahun berapa lama lagi boleh hidup.

Timnajib Jomfikir berkata...

Syukur alhamdulillah dah lama tak ke perhimpunan..kini kembali lagi! Dengan misi yang lagi hebat!

Najib mu tunggu aku datang..di Jalanraya!
#tangkapnajib
#kitalawan

Tanpa Nama berkata...




Dari beri pendapat mengenai ketidakwajaran perlantikan ajk PAC ke dalam kabinet, lebih baik Pemuda Labis pertahankan TSMY. Alasan Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan ahli kabinet bukan alasan yang kukuh. Najib bukan jaga Syarikat perabot jati tapi Negara. Kalau tidak mempertahankan TSMY sebagai TPM, Pemuda Labis sepatutnya pertahan maruah TSMY sebagai Timbalan Presiden.

Masa pemilihan, perwakilan bukan sahaja memilih Timbalan Presiden tetapi siapakah penganti PM selepas Najib. Tiba-tiba TSMY kena pecat, PM ada hak untuk memecat dan menamakan ahli kabinet.

Apa kah Pemuda Labis ingat TPM yang baru Zahid cukup berani seperti TSMY bertanya pasal 1MDB ? Sudah lah tak berani, Zahid terhutang budi dengan kerelaan Rosmah menerima dirinya penganti TSMY.

Pemuda Labis patut bertanya apa jadi dengan lapuran Polis berkaitan dengan 1MDB bukan meragui PAC yang memang telah di ragui selama ini? Kedudukan Polis dengan PAC yang terdiri dari orang Politik tak sama.

Lagi pun Najib baru saja balik dari bercuti main golf di Hawaii, tak kan nak bercuti lagi kot.

Tanpa Nama berkata...



Pemuda Labis tak kan buat tanpa ada yang suruh.

Adakah ini cara Ketua Pemuda UMNO memulakan tindakan?

Najib mengambil tindakan memecat Muhyiddin dan Shafie Apdal, tamatkan perkhidmatan Peguam Negara, melantik AJK PAC secara tak langsung menganggu pelancaran siasatan 1MDB dan semua ini dilakukan serentak !

Jika Najib cuma memecat Muhyiddin boleh berbunga-bunga pesanan yang nak di sampaikan.

Fokus kepada 1MDB.

Tanpa Nama berkata...

Mereka di atas sana bukan minta kuasa daripada rakyat untuk tadbir rakyat dan negara berdasarkan Islam dan demokrasi, tetapi untuk merompak harta/wang rakyat dan negara.

Tanpa Nama berkata...



Mohideen yg mmpersoalkan siHaramjadah itu,dah pon kena tendang

Shafie Apdal yg meraguinya pon dah kena bedal

SiKerala bapak korup lama dah bkerat rotan

Azmin pon konon2 dah mula tunjul muka

Zul Kulim pon dah tak ngam

Umi Hafilda pon chiauw



DAH TAK PELIK..

Kerabat dr Selatan pon dah bg "hint" contrast tanda tak sbulu

Kini pemuda Labis dah angkat suara

Slps ini tentu ramai lg?



TETAPI


YG JADI SANGAT2 PELIK???

Ada dua hularrrrMak fakeh BELIT konar ponteng FITNAH gelap songlap masih mmberi harapan

Klu trjd undi TAK percaya..sapekah yg akan mnyebelahi seSUMPAH yg haramjadah itu??

Renongkan dlm2:

--seSUMPAH sggup brSUMPAH2 demi mnipu lantaran kenyang dgn mega-RASUAH

--pmFITNAH trgamak brkali2 onar-kliru-putar-ponteng-FITNAH pon krn nak slindung RASUAH

--tentu ramai yg trperanjat & trLOMPAT klu yg pakai SORBAN dah telan umpan ratus2 juta!?

--ingat & ingatlah bhw prmainan SUMPAH & FITNAH adalah krn mega-songlap-RASUAH!!! noktah!







Tanpa Nama berkata...

lingkop negara macam nih....

Tanpa Nama berkata...

Mustahil najib nak REHAT. x boleh rehat pun...

Malaysiabaru berkata...

1US = RM 4.80

Jangan lupa utk derma kpd bloger Pro rakyat dan juga untuk hidupkan GHB

Masih belum terlambat skrg baru RM 3.819

Tanpa Nama berkata...

Biar bangkrap, ini akan melenyapkan elit umngok tanpa perlu termakan sentimen bangsa dan agama yang mereka mainkan.

Tanpa Nama berkata...

Satu fakta yang amat tepat dan mematuhi syariat kepada yang tersesat, sebelum terlambat, dan sebelum diazab di akhirat pada hari KIAMAT.