6 Jun 2015

Mazlan Aliman Pertimbang Lepaskan Jawatan AJK


Terimakasih atas kepercayaan perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke 61, yang memilih saya dalam kelompok AJK Kerja PAS Pusat sesi 2015-2017. Amanah ini amat berat, manakala harapan rakyat begitu tinggi.

Buat tempoh tertentu, saya mahu menumpukan perhatian terhadap Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) yang mempunyai pejabat baru di Ukay Perdana. Memperkasa organisasi dan menangani isu FGV serta kebajikan warga Felda adalah fokus utama. Ia disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Sungguh pun komitmen terhadap Ngo Anak akan diteruskan, kemelut dalaman parti telah memberi kesan yang mendalam terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa dan penglibatan dalam PAS sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.

Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan. Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya. Ia detik yang sukar; kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan.

Justeru, saya akan umumkan dalam masa yang sesuai, samada kekal sebagai AJK Kerja PAS Pusat atau membuat keputusan melepaskan jawatan. Apa pun keputusan yang saya buat, perjuangan mendaulatkan Islam dan pembelaan terhadap nasib rakyat adalah keutamaan hidup. Ia segala galanya dalam hidup saya.

Moga Allah beri kekuatan kepada hambaNya ini.

Mazlan Aliman
5 Jun 2015

50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pemimpin macam ni yang kena pilih, humble n fokus dalam perjuangan.1986, saya pun baru 8 tahun sekarang dah 37 tahun. so maknanya 29 tahun berjuang. org macam ni kamu tak pilih! bijak sungguh perwakilan pas ni.

Tanpa Nama berkata...

Mazlan, nasihat aku kau lepaskan sahajalah jawatan tu. Apa guna duduk sebumbung jika tidak sejiwa. Golongan profesional TIDAK DIPERLUKAN lagi oleh golongan suci ini... teruskan niat suci yang terpahat di hati tu dengan cara yang lain... GOOD BYE PAS.....

Tanpa Nama berkata...

Siapa pun klu d tpt sdr mazlan akan sgt terasa dgn politiking satu kump.yg sgt janggal dlm pas ini

Tanpa Nama berkata...

Ibarat menyewa rumah time bujang.. bila bilik sebelah tak suka.. sampah semua tolak kat bawa pintu.. lama2.. terpaksa keluar juga.. ada baiknya abg lan undur.. fokus ngan anak.. drpd makan hati, becakap org tak nak dengar..

Tanpa Nama berkata...



Aku dah tak amik pot pasal umno @ BN

Bg aku umno & BN dah mcm bangkai & lebih teruk drp bangkai..takleh pakai dah, dah busuk berulat sampai keusus!

Kritik, tegur, nasehat dan beri komen kpd umno serupa kita pon jd mcm bangkai ler!!



Skrang,

Klu PAS kluar drp PR/pakatan, aku lega & pasti skali ramai sgt2 yg rasa lega!

Aku dah aggap skarang PAS lebih jijik drp umno & lebih hina shina2nya drp bangkai!!

Aku haran & heran mcm mana ularrrMak2 bapak FITNAH itu maseh lg TAK tau malu berBELIT2 berPUTAR lg dahsyat drp ular maseh ingin menipu bersama PR!?

Aku sgt2 yakin ramai sgt2 yg akan merasa lega bila PAS istihar shj kluar PR

Seolah2 bangkai yg paling2 busuk skali tlh dpt dibuang/dihindarkan drp PR..sbbnya ulat2 bangkai dah nampak jls kluar drp usus hatta drp KEPALA yg sgt2 busuk itu!!

Selagi PAS ddlm PR,bau busuk bangkai itu smakin kuat dan sgt2 mloyakan!!!



Heran & tentu heran kan,,

Tentu ramai yg heran kenapa bangkai yg sgt2 busuk ini berPUTAR tak mau keluar dr PR!???


GB..
Tolong lah ulaskan

Tanpa Nama berkata...

Saya sgt bersetuju jika saudara Mazlan Aliman letak jea jawatan...bagi jea semua jawatan dlm pas tu kpd golongan suci lagi maksum tu...terlebih baik lagi eloklah 'berhijrah...' biar kita lihat geng ug tu pulak buat keje...

Tanpa Nama berkata...

Aku tak sabar dah....cepat hidupkan Pasma

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Mazlan Aliman adalah satu-satunya calon progesif profesional yang memenangi jawatan tertinggi dalam kepimpinan Pas 2015 - 2017. Jumlah jawatan pimpinan tertinggi Pas adalah 23. Tiada maknanya satu suara jika diboo oleh 22 suara yang lain. Kehadiran Mazlan dalam kepimpinan Pas ibarat melukut di tepi gantang; datang tidak menambah dan pergi pun tidak mengurang. Lepaskan sahaja jawatan agar Hadi Awang dapat melantik calon yang sedenyut nadi dan senafas dengannya.

Mazlan Aliman dan calon-calon progesif profesional lain yang tewas dalam Muktamar Pas kali ke- 61 ini berkewajipan mencari wadah baharu perjuangan. Pas bukan satu-satunya wadah perjuangan. Terlalu banyak wahana perjuangan. Rakyat Malaysia yang ketandusan pemimpin pembela rakyat mengharapkan agar mereka kembali turun ke gelanggang politik. Rakyat yang lemah memerlukan pembela agar kehidupan mereka tidak terus dirundung malang. Pas sudah longlai kerana kekurangan tenaga. PKR dan DAP pula tidak cukup tenaga untuk menyanyingi BN pada PRU 14. Pakatan Rakyat tidak akan mampu bertahan sehingga PRU 14. DAP dan PKR pastinya akan menubuhkan gagasan baharu untuk menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dinodai oleh Pas. Biarkan Pas bersendirian dalam Pakatan Rakyat. Biarkan Luncai menjilat labunya. Biarkan!

Gabungan PKR dan DAP tidak cukup ampuh untuk mendepani kekuatan BN pada PRU 14. Mereka memerlukan bantuan parti baharu dari golongan-golongan progesif profesional yang telah dinyahkan oleh Pas. Dengan gemblengan parti baharu ini dengan DAP, dan PKR memungkinkan Najib akan menjadi ketua pembangkang selepas PRU akan datang. Rosmah Mansor pula pastinya berpuas hati menjadi FLOOM (First Lady Of Opposition Malaysia).

Doa dan impian manusia marhaen seperti saya amat mengharapkan agar Mazlan Aliman dapat berlapang dada melepaskan jawatan, dan bersama-sama rakan-rakan menubuhkan parti baharu dan bekerjasama dengan PKR dan DAP menawan singgahsana Putrajaya. Tanpa pengorbanan dan pengorbanan pemimpin, siapakah lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat mempertahankan mereka. Siapalah pemimpin tanpa rakyat?

Tanpa Nama berkata...

TIDAK RELA BERKETUA SI PENGHEMBUR KATA KATA BARUA, TOLOL DAN MEM BOO ORANG. SELAMAT TINGGAL.....ilmu tinggi tapi Akhlak rendah dalam PAS

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jsdi Parti Politik Orang Orang TIDAK CERDIK ("bodoh!!!!")

Yang waras dan bijak harus lah masok ke PASMA atau pun PKR

Jamgan buang NYAWA dengan bebende GAGAL dan apa apa melibat kan HADI

Biar lah Si TOLOL dengan labu labu nya

Kalau sudah GAGAL tak akan ke mana pun PAS pergi

Tanpa Nama berkata...

Kata HH, siapa kata hanya golongan ulamak ( Kalau betul le ulamak) yg menantu DLM pertandingan Kali ini? Malang sungguh PAS berpresiden HH ni. Isunya di sini bukannya ulamak atau professional kerana dari kumpulan HH mmg terdapat professional dan begitu juga sebaliknya. Apa yg menjadi isu ialah kenapa MSU keluarkan 'chai' seolah2 pertandingan yg berlangsung adalah antara ahli PAS dgn ahli parti lain. Begitu juga dgn risalah2 yg memburukkan pihak lawan yg tidak pernah berlaku sekalipun DLM sejarah muktamar PAS. Apa tindakan presiden juga mursyisul am? Saya terpaksa membuat andaian sendiri iaitu segalanya adalah di bawah restu pemegang jawatan utama parti. Semuanya amat jelek dan memualkan. Nilai Islam terbunuh sama sekali dalam muktamar Kali ini dan percayalah perkara ini terus menjadi kaedah untuk muktamar2 yg akan datang. Buat saudara Aliman, para sahabat anda semuanya dihina secara terang-terangan. Dgn kekal memegang jawatan itu, saya yakin ketidakselesaan akan terus memburu saudara. Usah harapkan keadilan lagi kerana kerana buat masa ini yg memimpin PAS, adalah saudara kembar UMNO yg mengamalkan politik syaitan. Bezanya cuma mereka berserban dan pandai membaca Al Quran tapi jgn lupa, syaitan juga boleh membaca Al Quran demi mwnyesatkan manusia.

Tanpa Nama berkata...

Ambo la ni umor sudah 61th.Bukan ahli Pas tapi peminat setia Pas.Bukan untuk mengukit tapi kebenarannya sudah teramat banyak ambo menderma pitih dan tenaga untuk perjuangan Pas.Kini ambo amat sedih dengan apa yang berlaku.Harapan ambo untk Pas dan PR ke Putrajaya hancur berkecai..Perlakuan Pimpinanan Pas kini amat menjijikan sekali.Ambo kenal ramai Tok lebai Pas.Dia manusai supa kita juga Jenis Kaki semawit{penipu}.Puak2 ni kalu berkecek dia saja ahli surga ore lain jahil belaka.Gemulah Tok Guru Nik Aziz yah hak betul ikhlas beriman.Kalu hak lain dok ejas pitis dale serban belaka.Perjuangan kempulan Pro dan aktivis tak dihargai langsung.Ambo rasa Mazlan Aliman pun puak dia salah pilih.Jadi harapan ambo lebih bermaruah dia letak jawatan.Pakatlah dengan puak Pro dan aktivis binalah wadah baru untuk harapan masa depan anak cucu ambo.Demo semua ore bijak pandai jangan sia2kan harapan ramai pengundi ore saperti ambo.dalam umur 61th ambo ucap selamat tinggal PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tiada lagi kasih-sayang dalam Pas.Presiden yg gagal menyatukan ahli2 yg pelbagai latarbelakang.kebencian,melabel sesama rakan,iri hati disemai tanpa kawal oleh sang presiden.sungguh menyedihkan dipilih lg menjadi presiden.berbahagialah nik amar kerana cita2 untuk berjuang sendirian semakin menjadi kenyataan.lunturlah kepercayaan bangsa2 lain terhadap pas.putrajaya hanyalah fatamorgana bagi pas sekarang.syabas

Tanpa Nama berkata...

Aku Ahli PAS Tegar, setiap kali PRU kami berkerja keras untuk memasang bendera Pakatan Rakyat serta berkempen untuk kemenangan dalam PRU tersebut, Lebai PAS yang berjubah tidak mahu berkerja membantu sedikit pun dan memberi alasan pakaian mereka tidak sesuai.
selepas ini di harap lebai PAS berjubah buat semua kerja kerja dalam PRU sebab kami bukan dari gulungan lebai ULAMAK di pandang hina dan tidak mahu buat kerja dan memberi sumbangan.

Malaysiabaru berkata...

Tahniah.. You are a true gentleman...

May Allah reward you the utmost benefits in heaven and in the afterlife..

Tanpa Nama berkata...

Seblm ni yg kuat berkerja adalah majoriti puak profesional..puak konservatif menumpang tui je..kita tnggu dn lihat lepas habis bln madu kemenangan nnti..musim tengkujuh puak2 ni akn smpai..puak2 ni akn mnyalah kn antara satu sama lain..

Tanpa Nama berkata...

Aku tertanya tanya perwakilan jenis apakah yg mengundi dlm muktamar ni?
Bagaimanakah perwakilan itu dilantik?
Ada ke patut mengundi mcm tiru merujuk kepada kertas jawapan yg bocor...alamak eee malunya...

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Tuhanku... aku rindukan kepimpinan Arwah Tuan Guru Nik Aziz...
sejak beliau tiada PAS menjadi berkecamuk...

Tanpa Nama berkata...

Yg di atas itu satu cara, yg lebih baik ialah buat resolusi menuntut mereka hak hak yg kita harapkan dan inginkan dan beri deadlines kalau tak capai mintak mereka laporan sebab musabab, akhirnya diharap puak puak ni akan insaf apa ertinya menjadi pemimpin sebenar...

Tanpa Nama berkata...

golongan profesional tidak diperlukan dalam Pas, walaupun sebagai penyokong dan pengundi, setaraf Pariah dalam Pas?

Tanpa Nama berkata...

Aminnnn

Tanpa Nama berkata...

elok rasanya tuan berada dlm umno,perangai tuan dah macai umno.PR berjuang untuk rakyat,klu PR berpecah,umno n macai cam tuan paling gembira kan

Anti Fitnah berkata...

Jangan sekali-kali meninggalkan PAS walaupun melepaskan jawatan. Ingat PAS bukan milik manusia yang menggelar diri depa ulama. Ulama diiktiraf majoriti manusia dan bukan title syok sendiri.
Berjuang atas jalan Allah swt tak semestinya memerlukan pemimpin PAS yang sedia ada. Sekiranya puak profesional meninggalkan PAS, ianya bukan sahaja merosakkan PAS malahan akan menghampakan jutaan rakyat Malaysia sama ada Islam atau Bukan Islam yang memang ingin melihat perubahan suasana politik di Malaysia. Dan kalau boleh, BN ditumbangkan. TAPI KINI seolah-olah tinggal kenangan sahaja. Lepas ni kalau kita mendengar manusia yang bergelar ulama terlibat dengan kemungkaran, tak perlu kita terasa hairan atau terkejut. Minta simpang.
Sekiranya PEMUDA PAS YANG BOO masih dalam PAS dan tidak berubah, masa depan PAS memang gelap dan kemungkinan PAS akan pupus.

Tanpa Nama berkata...

Buat penggal ini eloklah saudara tumpukan kepada ANAK. Biarkan saf baru ini membuktikan kemampuan mereka sehingga PRU 14 nanti.

Kita sama2 lihat kemampuan mereka berhadapan dengan BN. Jika mereka gagal PRU 14, tidak mustahil giliran mereka pula berguguran ke bumi.

Tanpa Nama berkata...

Yahudi yang bertopengkan ulama yang seharusnya meletakkan jawatan. PAS to ZERO!

mat yeh berkata...

"Kak Wan mengucapkan Selamat Datang kepada bekas-bekas pimpinan PAS, semoga dengan penyertaan ini akan menguatkan lagi semangat untuk membela rakyat.
Kak Wan juga menyampaikan perasaan gembira DS Anwar atas keikhlasan bekas-bekas pimpinan PAS ke dalam PKR".

Ucapan ringkas Dr. Wan Azizah Presiden PKR ketika meraikan penyertaan bekas-bekas pimpinan PAS pusat bersama PKR.
Selain Mat Sabu, sebahagian besar bekas pimpinan PAS seperti, Salahuddin Ayub, Mafuz Omar, Nizar, Husam Musa, Dr. Hatta, Mazlan Aliman, Suhaizan, Dr. Mujahid, D. Kamaruddin Jaafar, Ustzh Zailah, Dr. Mariah Mahmud, Dr. Zulkefli Mohammad, Khalid Samad dan beberapa orang bekas pimpinan PAS lain.
Selain majlis pada hari ini, Dr. Wan Azizah dijangka akan ke Kelantan, Kedah dan Johor pada minggu ini untuk mengadakan majlis yang sama.

Adakah berita seperti ini akan terpapar dalam akhbar-akhbar utama pada minggu depan?.
Marilah sama- sama kita nantikan.

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua pemimpin progressive & paofessional pas yang tak terpilih, jangan buang masa buat je roadshow...'Hijrah'..
kami akan bersama kamu sekelian.

Tanpa Nama berkata...

lepas ini makin ramai akan merasa berat utk mendekati pas. apa tidaknya hanya kumpulan majoriti dlm pas skrg yg suci murni perjuangkan islam. org lain liberallah, sekularlah ,anti ulamalah dan mcm2 lg. takut aku nak mendekati lebai pas skrg ni. non muslim lg lah!

Tanpa Nama berkata...

Harapan agar dibuat satu parti baru yang betul2 berjuang untuk rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju GB, kawan saya dekat Damansara ahli PKR, ada buat lawak pada saya, bro kalau ko jumpa mamat PAS,mamat DAP,dan Ulauu mana ko pukul dulu!! jawap saya tentulah ular...ha ko silap la!!! kenapa bro!!! Aku mesti belasah mamat pas ni dulu!!!....Hah tercengaggggggang terbeliak mata aku kenapa pula!! Ni mamat PAS memang lecekkk ko nampak fuhhh semayang tak tinggal ,Tapi bila bab surahh..nabi pun kalahh..!! TAPI mamat ni bila dia berjanji dia selalu TAK TEPATI dan selalu Tikam belakang KAWAN, Kalau dia dapat tempat ketua lah dia yg nak dulu!!sebenanya calon pkr dah dah kena pilih tanding kat Damansara, masa meeting ORNG dAP ADA,Orng PAS pun ada dah setuju GILA ,dah sign dah.MUKTAMAD....Allahuakbar dAH beres..tAPI BILA beberapa hari SeBELOM hari penamaan calon tamat nama calon PAS mASUK SEKALI KAT Spr..poster-poster dia orng keluar.....GERAM NYA AKU Dah jadi lawan tiga penjuru.......MAK AIIII...BEguling-guling la BN...LAST2 BN menang..MAjority kecil,PAS dapat undi bukan dapat banyak manaa pun. banyak tempat. Bukan Damansara jerr tempat lain pun banyak.....Tula gua cakap lu..yg mamat pakai songkot tarbus ni hati2..mamat DAP walaupun nampak tak semayang ka!! tapi bila dia janji dia tepati, dan tolong member dalam kesusahan.

okay--- adios/vonvage-bye

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadik parti utk org yg berperangai kolot. Kelakar hati ini bila terdengar suara suara kolot bila Sdr Hanapiah Maidin menjawab semasa muktamar. Allah kurniakan akal untuk berpikir. Perangai memang bodoh sombong. Cukup2 lah nak menunjukkan kebodohan tu. Terlebih melayu dari Islam. Islam pakaiannya, Melayu perangainya. Terima kasih kerana pengkhianatan selama ini...PAS kini hanya tinggal kenangan....

abrarmujahideen berkata...

Malu nak mengaku ahli PAS

Tanpa Nama berkata...

Sdr Mazlan, teruskan kepercsyaan yg diberi, baru profesinal namanya. Undur bererti kita pun sama dgn mereka, berfikir cara berpuak2 juga. Kenapa perlu melangkah ke belakang, harap saudara jadi ikon golongan profesional dlm saf kepimpinan kali ini. Muktamar ini bukan yg terakhir.

Tanpa Nama berkata...



.

Lebih baik Mazlan Aliman letak jawatan.

Ramai kawan-kawan seangkatan Mazlan tewas kerana undi perwakilan yang baru setahun dua dalam PAS dan yang mendapat kepercayaan perwakilan pula ada yang cuma beberapa tahun saja dalam PAS jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang tewas. Kalau ada yang lama nya sama tahun pun jika dibandingkan jasa mereka apa lah sangat dengan kawan-kawan dan Mazlan sendiri. Malah ada yang mengambil kesempatan untuk menonjol ketika isu UG di usahakan. Kalau tak ada isu UG, jangan harap lah perwakilan kenal sangat dengan kumpulan pro Ulamak ini.

Ini bukan merajuk atau dendam. Tapi dalam menolak professinal, mereka juga memilih untuk Hj Hadi meneruskan rancangan UG dengan UMNO, Ini terang-terang bertentangan dengan Mazlan sendiri. Kerana Mazlan lebih arif bagaimana UMNO mempergunakan Felda.

Jumlah yang memberi undi pada pro UG juga bukan sedikit dan pasti di kalangan mereka ada yang mampu mengambil alih tempat Mazlan.

Pro UG tidak ikhlas keran sering berdolak-dalil dalam pendiriian mereka. Pemilihan Mazlan tidak ikhlas selain sekadar untuk menguna pengalaman Mazlan. Mazlan akan di layan seperti budak pejabat. Dan bila usaha Mazlan berjaya, muka-muka pro UG ini akan bergambar dengna Mazlan. Tak masuk akal bila mereka meragui perjuangan profesional tapi tiba-tiba bila Mazlan mereka kekalkan. Lebih menyulitkan siapa yang Mazlan jemput untuk memberi ceramah mengenai kezaliman UMNO pada oang-orang Felda. Pro ulama, apa yang di orang reti?

PAS sekarang PAS baru. Ini yang mereka mahukan ia itu PAS yang tanpa gandingan profesional Serahkan lah bulat-bulat semua nya pada mereka. Perwakilan sendiri terkeliru kerana telah memilih Mazlan.

Dulu ahli-ahli UMNO malu mengaku mereka ahli UMNO, Selepas ini ahli-ahli PAS pula apa lagi mereka yang menjadi perwakilan akan malu mengaku ahli PAS.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Terbaru. Ularmak hellfire tajaan MSU hadi semua nak guna siku dan lutut kah kah kah..wayang ularmak ug memang mudah di baca.

Tanpa Nama berkata...

pegang Terengganu gagal, pegang pas hancur, sentuhan kecundang betul aku harap pas masuk UMNO cepat cepat skit, supaya geng pogresif boleh istihar diri keluar parti ( Bebas ) pilihanraya akan datang nak undi senang skit kan...

pandai pandai lah korang nak bagi kerusi ngan UMNO nanti...pakai chai pulak belajar ngan UMNO la tu pui!

Tanpa Nama berkata...

pandangan aku, golongan profesional akan bersabar dan terus berjuang di dalam parti. lagipun mereka dah berpulu tahun dengan pas. sayangnya mereka pada parti mereka tersangat lah tinggi. berkorban wang, masa bersama keluarga, tenaga demi menaikkan parti islam di mata rakyat malaysia. tetapi keluar lah, keluar lah dari parti jika parti yang dulu memperjuangkan islam menjadi parti yang memperjuangkan melayu islam. keluar lah, jika parti ini bergabung dengan orang-orang yang zalim dan tidak amanah. tabahkan hati dan keluarlah berjuang untuk islam. semoga usaha kalan mendapat redha Allah.

Tanpa Nama berkata...

Dh kalah udahlah...ini time emrapatkan saf...klulah puak2 pro dap menang dan pauk2 pro islam yg buat kenyataan camni...kau org dh bidas mcm2...so nerlaku adillah

Tanpa Nama berkata...

hampir menitis air mata

Unknown berkata...

salam semua

Saya stuju dgn setuju 100% , apa lagi yg tinggal dalam parti yg Tidak mempunyai VISI dan Misi,pemimpin2 yg dipilih adalah sistem "CHAI" sistem palsu,apakah ada berakah ya lagi.Mat Sabu semasa Jadi Timbalan president ada kuasa pun Majlis ulama boleh bypass,inikan pula seperti melukuk di tepi gantang. Wahai orng-orang Pro dalam PAS kamu lebih di nilai akan kerja2 baik kamu oleh rakyat dan ahli2 bawahan ini.Allah beri HIKMAH, PERTUJUK pada kamu dengan menampakkan FAKTA yg JELAS KEBEJATAN,PEMBOHONGAN,PENGKHIANATAN yang nyata supaya kamu berfikir dan bertindak kerana KHIDMAT kamu berada diluar sana, kalau ALLAH tidak menjadikan BEGINI nescaya anak cucu-cicit kita akan di bohongi dengan ULAMAK-ULAMAK sebegini sampai akhir hayat, cukuplah masyarakat majority islam dapat menilai ulamak yg asli(pewarisnabi) yg berada di luar sana.Jika tuan2 pro masih lagi nak bersangaka baik dgn ulamak2 sebegini, nanti orang luar akan berkata kumpulan kamu MENGIAKAN apa yg mereka tuduh...cukup..cukuplah enough is enogh. WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Ada Parti:Parti "CHAI"
Ada tuan Guru"Tuan guru "CHAI"
Ada Ulama: Ulamak "CHAI"
VISI PARTI: "CHIN" "CHAI"
Ada pengikut "Ma" "CHAI"
Nak berkawan dgn Parti : "LUN" "CHAI"
Parti Kawan yg baik: "takdak" "chai"
20thn lagi parti ni jadi:"lumat""lun""CHAI"

SEKIAN"CHAI""CHAI"

Tanpa Nama berkata...

Sokong ! Tapi bukan sahaja pkr, juga boleh dap yang kuat lawan kezaliman!!

Unknown berkata...

Keluar PAS bukan keluar agama..tak malu ko parti agama dok jaja agama....perangai presideng?buat malu agama ada lah.

Tanpa Nama berkata...

Sudah tipu undi cina reebuktu parti yang sial. Agama mana ajar tipu undi cina??

Tanpa Nama berkata...

Pas itu sama agama ker? Suara pas tu sama suara tuhan ker??

Tanpa Nama berkata...

Saya cina, adakah saya berhak condemn pas kerana parti pas ni politik? Kenapa orang pas kata cina Hina agama kerana condemn pas?????????????????

Tanpa Nama berkata...

Bro, hentam pas? Itu sama sepertj hentam agama? Kerana yang ulama pas yang tersuci ternulia. Orang lain semua bodoh jahat

Tanpa Nama berkata...

Kenapa PAS perjuangkan melayu? Bagai mana pula nasib kami yg cina muslim, india muslim, kadazan dusun muslim, org asli muslim, iban muslim, undi kami kamu mau.. nasib kami kamu tak peduli.. sia-sia saja la kami jadi ahli dan berjuang bersama2 kamu.. kamu sama mcm umno.. cuma umno tidak ramai yg lancar baca alquran dengan tajwid yg betul.

Tanpa Nama berkata...

Saya amat berbangga dengan apa yg berlaku dlm pemilihan kali ini. Dng ini saya amat bersetuju dng cakap Abg Mat Sabu supaya PAS berjuang bersendirian n keluar dari PR dng segera !!,,,

Tanpa Nama berkata...

Elok letak jawatan, ....pimpinan PAS hanya utk golongan mereka, walau tidak dinyatakan tetapi tindakan menzahirkan...Mazlan harap anda letak jawatan