5 Jun 2015

Haji Hadi Perolehi Lebih Dari Yang Dikehendaki...


Pemimpin kalah disaran tolak jawatan lantikan, biar pasukan Hadi kemudi PAS

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mendapat pasukan beliau sepenuhnya dalam pemilihan PAS malam tadi dan pihak yang kalah dicadangkan supaya menolak tawaran jawatan lantikan, kata seorang perwakilan.

Shazni Munir Mohd Ithnin, perwakilan dari Sekijang berkata ini untuk memberikan peluang kepada Hadi dan pasukannya untuk menentukan hala tuju PAS.

"Kita berharap pemimpin yang kalah ini 'sedar diri' dan tidak menerima sebarang pelantikan," kata Shazni yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Sekijang.

Bekas pemimpin mahasiswa itu berkata, barisan pimpinan yang terpilih membayangkan semua yang tidak senang dengan cara Hadi memimpin PAS disingkirkan.

Apa yang berlaku dalam pemilihan semalam seperti disebut Hadi ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat tahun lalu.

"Jika nak jadi imam juga, cari tanah sendiri, buat masjid sendiri dan jadi iman sendiri," kata Hadi ketika memberikan amaran kepada pengkritiknya.

Kini, apa yang dikehendaki presiden PAS itu menjadi realiti. Mereka yang dilihat tidak bersamanya disingkirkan malam tadi.


Hanya seorang saja daripada senarai pasukan profesional progresif kekal dalam pemilihan kali ini iaitu Mazlan Aliman.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof yang turut kalah dalam pemilihan semalam berkata beliau masih belum pasti akan menerima atau tidak jika ada ditawarkan untuk apa-apa jawatan.

"Saya bimbang kalau-kalau ada tawaran, itu hanya amalan PR saja. Saya nampak besar kemungkinan tidak akan ada tawaran untuk saya.

"Jika ditawarkan jawatan, saya akan berfikir sama ada untuk menerima atau tidak kerana yang menang hari ini adalah atas kehendak pihak tertentu.

"Ini kerana, ketika saya dan kawan-kawan difitnah, apa yang dikesali adalah, pemimpin tertinggi hanya diam seolah-olah mengiakannya,"
kata Mujahid kepada The Malaysian Insider ketika ditanya apakah beliau akan menyertai semula pasukan pimpinan PAS jika mendapat tawaran.

Mengimbas kembali cara pemilihan yang dibuat malam tadi, Mujahid berkata, para perwakilan mengadu kepadanya mereka diberikan senarai calon yang perlu diundi ketika berbaris untuk mengundi semalam.

"Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan 'cai' calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka," kata Mujahid ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata apa yang berlaku dalam PAS sekarang fenomena suram untuk PAS.

"Ia satu fenomena suram dalam PAS selepas sebelum ini kita mendakwa Umno mengundi dengan cara yang sama," kata Mujahid.

Beliau sendiri tidak pasti apakah ia melambangkan kemajuan atau kemunduran untuk PAS dan apa nasib Pakatan Rakyat (PR) selepas ini.

"Saya tidak pasti adakah ia akan memberi kesan kepada kemajuan untuk PAS atau tidak," katanya.

Dalam pemilihan yang diumumkan tengah malam tadi, Hadi menang besar apabila mendapat 928 undi manakala pencabarnya Ahmad Awang hanya mendapat 233 undi.

Timbalan presiden Mohamad Sabu pula tewas di tangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mendapat hanya 278 undi berbanding pencabarnya 881 undi.

Bagi jawatan naib presiden pula, semuanya dibolot pasukan konservatif dengan Idris Ahmad mendapat undi tertinggi iaitu 942, Datuk Iskandar Abdul Samad (801) dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (778).

Penyandang jawatan Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa serta bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar tewas



ULASAN GB

Haji Hadi perolehi apa yang dia sendiri kehendaki. Malah Allah memberinya lebih ... ditarikNya semua mereka yang dari kumpulan profesyenal dan dimenangkan semua dari kumpulan ulamak.

Itu satu signal dari langit. Terpulang kepadanya samada dapat membaca atau tidak ayat manzurah itu.

Ulamak terlalu nak menang kesemua jawatan. Macam-macam cara dilakukan termasuklah perbuatan CAI. Itu tak lagi dengan melakukan penge"boo"an ke atas kumpulan profesyenal dan juga fitnah-fitnah yang dicipta dan dilemparkan ke atas kumpulan profesyenal termasuh menuduh mereka "agen DAP", JEBON dan sebagainya.

Rakan-rakan dalam UMNO dah pun bertempik sorak... Kita tunggu dan lihat selepas ini.

59 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menyakini Ulama adalah insan serba arif lagi tinggi maqam nya
maka kami ahli yang marhaen lagi mustadhafin
MENDESAK sebuah perjuangan yang jelas "Visi" dan "Misi"
serta carta perbatuan "kerjabuat" partai sepanjang tempoh lantikan.
(Kalau cai boleh buat tak kan Visi dan Misi tak dak kot).

Malaysiabaru berkata...

Kami dah tak larat nak komen di sini

Berulang kali kami kata ularmak Pas di bantu bukan sahaja umno tetapi oleh UPCO Yahudi zionist.

Senarai di atas telah di cetak tahun lepas apabila muktamar tamat

Byk lagi strategi Upco Yahudi yg pas akn lakukan... Tunggu saja

Tanpa Nama berkata...

Keputusan yang bertentangan dengan kehendak pengundi yang mengundi PR pada PRU yg lepas. Takkan lah PAS hanya boleh dipimpin oleh ulamak sahaja? Semacam orang lain takder pikiran langsung.

Betul kata MSO... Semacam semua memilih goalkeeper dalam satu team bolasepak. Takder midfield, takder sayap kiri kanan, takder penyerang. Macamana nak menang??

Seperti kata UAI : "Balik awal laa..!"

Tanpa Nama berkata...




.

SATU LAGI PETANDA BURUK !!

DOSA UMNO.
DOSA PAS.

GEMPA BUMI 6 SKALA DI SABAH.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Barisan lebai Malang,muka mcm ni mana mampu dan berani berhujah dgn pembangkang.Bungkusla dgn barisan yg tak pandai berpolitik.Pru 14 Kelantan pasto tumbang dan byk kerusi dun dan Parliament jadi sejarah.Ni Barisan yg layak jadi lebai dan makan elaun buta.Tgk Kelantan mangsa banjir pun masih berkhemah harap bantuan luar.Nasibla dpt barisan lebai yg perasan diri hebat.Realitinya hampas.Majoriti yg jd wakil Rakyat syok sendiri.Hebat dlm parti tp masyarakat luar rasa hampa dan pasti kami baru berjinak2,menyokong pas akan undur diri.Renong2la kamu hanya layak jd lebai....

Tanpa Nama berkata...

makin lenalah tuang presedeng dikipas atas bawah depan belakang

Tanpa Nama berkata...

Apabila membaca artikel Zaid Ibrahim..Aku amat bersetuju..Malays are so lazy to think..Inilah padahnya...Ada ilmu agama tp masib tak mampu untuk berfikir..Dan aku jamin perwakilan yg hadir, majoriti adalah sgt malas untuk berfikir...Org yg bertungkus lumus bekerja untuk rakyat dan menaikkan image pas di tendang...Well said..PAS I GONE! Yg aku sedih tu...Nasib Anwar Ibrahim langsung tidak di highlightkan...Padahal setahu aku..Dia la yang bersungguh2 untuk mengekalkan gabungan PAS dan sewaktu krisis MB di Selangor, tidak sedikit pun dia mengutuk PAS..Masih hormat dgn HA..Lepas ni aku akan berhati2..kalau juak2 PAS_UG yang bagi komen ker..bagi ceramah ker.berkempen ker..takkan aku pegi...dan yg paling penting..UNDI utk mereka tidak akan aku bagi....Bye2 PAS...

Tanpa Nama berkata...

pru 14 confem pas bungkus jika diperhati kepada kepimpinan pas yang baru..aku sendiri da xde nafsu nk pangkah pas pru 14 nti..bye bye pas!!!

Zainal berkata...

PAS one step forward but ten steps backward. Hendak berjuang/berperang (dalam pilihanraya) mestilah ada ilmu berperang, kalau setakat tahu agama aja tak jadi.

UMNO berjuang gunakan sentimen Melayu tapi hamcurkan Melayu. PAS berjuang gunakan Islam tapi tindakan tindakan kelompok kelompok yang menang ni menghina Islam dan tak ikut pun Islam

Tanpa Nama berkata...



KEMENANGAN..

Apakah makna/HAKIKAT/erti kpd KEMENANGAN yg hakiki?

Adakah KEMENANGAN itu krn bilangan majoriti??




KEMENANGAN adalah apb ssorg dpt mlihat-mnyaksikan sbnr7 sbnr7 sbnr7 dan sbnr7KBNARAN w.pon dia seorg DIRI...seorg DIRI..yess! seorg DIRI!!

Dgn mlihat-mnyaksikan sbnr7KBNARAN-azali-HAKIKI kita dpt mnyaksikan sbnr7 & sbnr7HAKIKAT kbodohan-keTOLOLan yg sgt7MUDAH di"beli"..ditipu & di"beli"!!

Sbnar7sbnr7sbnr7KBNARAN itu dpt mnyaksikan keDASAR-FITNAH..

>>>dasar kpd FITNAH itu adalah RASUAH

>>>dgn RASUAH yg brskala besar sibodoh-TOLOL sgt mudah diBELI

>>>sibodoh-TOLOL adalah mrk yg TAK mmpu brfikir-KRITIS & mnggunakan AKAL slain hanya mmpu utk mngHAFAL...mngHAFAL! mngHAFAL krn bebal!!!



Sbnr7PenCINTA kpd sbnr7KBNARAN sentiasa MENANG..MENANG! MENANG!!

Sbnr7PenCCINTA-KBNARAN itu sgt7"kesian" dan SIMPATI...

Dia bnar7 kesian & SIMPATI kpd sibodoh-TOLOL yg sgt2mudah diBELI ditipu dan dikeliru ddlm gelap-FITNAH yg pd hakikat sbnr7nya sgt2 mnjauh kan mrk drp hakikat sbnr7KBNARAN-HAQ..sbnr7CAHAYA maha7TERANG drp ALLAH itu..

Sbnr7CAHAYA-ALLAH..CAHAYA yg maha7TERANG itu LURUS-kudus dan CAHAYA yg maha7TERANG itu tidak sskali dpt dikalahkan oleh bilangan-MAJORITI hatta SATU-donia skalipon oleh puak2 pmFITNAH sibodoh-TOLOL yg terkurung diBELI ddlm-GELAP yg sgt7PEKAT!?



TUHAN bnar7mnyuloh-CAHAYA drp dasar-HATI..

Dari "dasar" HATI puak2-FITNAH yg konon2nya tlh MENANG itupon tahu bhw siapakah dikalangan mrk itu yg tlh mnjd sbesar7BAPAK-FITNAH dan juga bapak-PENIPU..


GB..

"aarinal haqqa-HAQQAN.."

Smoga CAHAYA sbnr7KBNARAN itu smakin mmancar7TERANG ddlm HATI mu..amiiin



Tanpa Nama berkata...

Biarkan mrk dgn angan2 mat jenin mrk...wahai kaum cina dan india...apa kata anda....selamat tinggal pas....jika pro tawan semula 2 tahun lg...bru sokong pas smula....harakah...stop beli...geli tengok mrk mengeboo...mcm monyet...

Tanpa Nama berkata...




.

Mereka mengekalkan Mazlan Aliman kerana mereka tidak mampu meneruskan tugas Mazlan Aliman. Lagi pun bukan dapat apa-apa pun jika di banding dengan jawatan lain. Mereka fikir jawatan yang lain lebih mudah dan sesiapa pun boleh melakukannya. Ini kerana jawatan Mazlan adalah khusus. Susah anak korner seperti jawatan-jawatan lain yang mudah kerana isu nya sekejap atau belum selesai isu lain timbul. Ini memudahkan mereka kelentong rakyat seperti mana yang UMNO lakukan

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

"Ada perwakilan mengadu, semasa mereka berbaris, mereka diberikan 'cai' calon yang perlu diundi. Mereka pula memangkahnya di luar kawasan mengundi sambil berbincang sesama mereka," kata Mujahid ketika dihubungi."

Pastu yang ko pegi ikut 'cai' tu pasal apa??? Undi jer la ikut hati ko! Cakap bodoh kang marah pulak...

Tanpa Nama berkata...

Pak Kadok menang kompong tergadai.Pak Lebai menang,PAS melePAS.Bila hendak Islamnya,kalau perangai diri pun sudah rosak.Dalam pemilihan AJK pun sudah menunjukan buktinya.Itu belum dapat perentah negara.PASug=UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Nak mengundi pun dpt senarai TOTO.kelakar cara kempen geng pro Umno.Dpt idea dari penasihat Umno ke Lebai?ko mng dlm parti tapi realitinya yg mengundi atas pagar pasti tolak pas.Sia2 usaha Fadzil Nor dan Nik Aziz yg selama ni mendekati geng professional tapi dihancurkan oleh Lebai Hadi si kaki ponteng.Hoi!!bukak mata lah yg hebat pas kerana adanya geng professional yg berani dan cerdik perpolitik.Mmg bungkusla pas!!!

Malaysiabaru berkata...

Hari professional/non ularmak di halau dari PAS

Esok Cina /kapir harbi di halau dari Negara Islam ....

Undilah Pas supaya MalaysiaL bebas non Muslim dan cina India ?

Malaysia untuk melayu ?
Pas dan Umno....only...?

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu apa tindakan pejuang kita bertindak selepas ini,Kita tunggu reaksi Husam,mat sabu,Salehudin ayub,Mujahid ,Dr Zulkefli,hanipah dan ramai lagi pejuang kita,jangan diam.tolong bina kekuatan ,kesianlah pada kami pengkut kamu ini.Hidupkan Pasma

Tanpa Nama berkata...

yang kalah tu kena ikut cam hj hadi kata dan saya tambah " ... nak berak gi buat jamban sendiri " heh heh heh tak sedar lagi ... jangan sampai budak kecik pun tengking korang pulak baru nak blahh... puas hati ... penyokong yang mahukan PAS tumbang adalah yang menyembunyikan 'kedurjanaan' mereka seperti babi yang memakan balik muntah diorang hah hah hah ... dah kalah tu blahh je ... penyokong kepada yang kalah tu pegi lah jilat haid rosmah jangan nak buat fitnah macam anak haram jadah

Unknown berkata...

Ambo stuju dgn cetusan tuan ini.

Tanpa Nama berkata...

Yg penting zuhdi menang....zuhdi tu....bahaya...dari mana dtgnya zuhdi ni...pas...no more vote 4u pas...jom pengundi cina dan india bandar...kita boikot pas...boikot pas...selagi zuhdi ada...kita boikot pas...

aku berkata...

Hamba harap TGHH tidak menghampakan harapan para perwakilan agar melantik semua kehendak perwakilan yang mahu semua golongan ustaz mewakili AJK PAS Pusat, Pemuda dan Muslimat. Sesungguhnya perwakilan telah merasakan bahawa PAS sekarang ini sudah hebat dan setanding dengan Umno.

Tanpa Nama berkata...

Saya terkilan sangat. Kenapa golongan profesional yg dikatakan bijak berpolitik, psndai mentadbir, berupaya menarik sokongan dan punya kepakaran dpelbagai bidang boleh kalah 99%. Dlm parti sendiri pun tak upaya meraih sokongan, mana kepakaran berpolitik yg diwar2kan? Sebaliknya ustaz2 dikatakan hanya pandai baca kitab saja, jahil politik dan tak reti mentadbir. Bukankah semua profesional berada dlm saf kepimpinan sebelum ni termasuk Timb Presiden. Apa sudah jadi? Mana profesionalnya? Saya rasa pelik dan teramat keciwa, ada pula kalah bertanding terus balik sebelum muktamar selesai. Ini pejuang jenis apa pulak ni? Kerana jawatan semata2 je ke?. Mana profesionalnya? Gerammmmm.

Tanpa Nama berkata...

Sama jugak dgn aku...Anwar yg banyak jasanya dlm mengangkat politik pembangkang langsung tidak dihiraukan oleh Haji Hadi dan juak juaknya...mengata dan fitnah mcm2 kat Anwar dan Geng2 professional tapi bila ajak debat penakut...perwakilan jenis apa yg pergi mengundi pun aku tak taulah...

Tanpa Nama berkata...

Bagi pemimpin profesional yg gagal terpilih cuba imbas kembali detik2 krisis dalaman secara lateral thingking. Keikhlasan DAP secara jangka panjang.

Tanpa Nama berkata...

Dah kalah awal bang oooi, kalau tak pangkah ikut chai tak wala, kalau tak wala berdosa besar tu, ustaz ustaz kan paling faham dan paling takut dikatakan tak wala salah satu besar kot????

Tanpa Nama berkata...

ko pegi jilat buntut tghh ponteng ko tu. ulamak konon tapi dh nyanyuk... pandai sangat halau orang. aku pun bayar yuran ahli, siap potong gaji support pas... bye2 pas hadi

Tanpa Nama berkata...

ADA KONFIRASI BESAR-BESARAN YG TERSEMBUNYI dah dirancang sejak 2004,

Kepala konfirator adalah TGHH
Grand design Harun din ustaz tangkap jin
Operasi grassroot pusat :Tuan Ibrahim Tuan man
Operasi neger2: Mokhtar senik
Operasi facility: stopa
Operasi media umno:Dr.zuhdi
penulis hantu/provokasi:TUC/Keli laut,Eleraki

PADA 2004, bila ada ura-ura gabung pas/pkr/dap....haampir nak jadi TGHH/Harun Din buat hudud nak halang tanpa bagitahu TGNA, TGNA tak sempat nak halang .sabotage in berjaya..pembangkang bungkus.Bila TGNA sedar ,tgna berbincang dgn profesional hasil kerja mereka PR Terbentuk, pilihanraya 2008 PR menang besar dlm sejarah, 5negeri ditawan,puak sabotage ni pakat dgn umno perak kena beli,tinggal 4 negeri,puak ug ambil kedah,2013 kedah bungkus puak ug mengkhianati DAP. 2015 bila TGNA meningal puak ug bermaharajalela, buat konfirasi besar2an kumpul.profesional asyik buat kerja,puak UG buat cai,TGHH ponteng parlimen,ponteng meeting semata2 buat konfirasi dgn Dupp,Bila pemilihan party banyak flies fitnah,buku2 fitnah ditebitkan oleh puak UG tersebar yg di masa pemilihan, bila kerja2 jahat "chai" ditanya pemberita TGHH jawab corner-corner,bila buku fitnah tanya stopa dia pun conrner,bila budak booo ,puak ulamak Dupp pun corner........jadi mereka semua dah rancang dah, kumpulan pro tak perasan rupanya mereka kena tipu...oleh group2 yg diamahkan party utk jaga displin,facility party,uluama semua satu kepla....itulah sebanya UAA kata kemenegan palsu,tak pernah terjadi dalam PAS.
adios,von-vayage,

sawachikaeri berkata...

kita tengok lepas ni siapa yang sanggup masuk penjara....kepala berdarah....keluar masuk mahkamah mempertahankan hak rakyat.

kita juga tengok siapa kalangan ulamak nI hebat mendapat maklumat seperti rafizi dan tony phua.....

Kita juga tengok nanti siapa kalangan mereka lantang menentang gst.jangan tengok dari jauh nak jaga serban.kalau setakat nak cakap gst tu haram baik tak payah

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Paling memeranjatkan apabila Salahuddin Ayub pun tidak terpilih dalam barisan Naib Presiden Pas. Beliau adalah pemimpin yang paling berhemah dan terlalu berhati-hati dalam melontarkan kenyataan. Mazlan Aliman sahaja dari kalangan profesional yang terpilih. Dalam persepsi emosional, saya berharap agar Mazlan Aliman melepaskan jawatannya untuk memberi laluan sepenuhnya kepada golongan ulama mentadbir parti. Siapalah Mazlan Aliman jika ingin melontarkan idea-idea berbanding dengan barisan pemimpin-pemimpin lain yang sudah sepakat seia sekata. Kebarangkalian Mazlan diboo dan diperlekeh memang ada.

Golongan-golongan profesional yang berjaya disingkirkan melalui gerak kerja "grand design" Dewan Ulama Pas bukan terlepas terus dari tanggungjawab membela rakyat. Kesemua mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menumbangkan kerajaan zalim yang menindas rakyat. Benak pemikiranku terlalu jauh untuk percaya barisan kepimpinan Pas kini yang mampu bercakap mengenai ekonomi negara, GST, 1MDB, Tabung Haji, Hutang Negara, muflisnya MAS, pengangguran dan kos hidup rakyat yang kian meningkat. Kemimpinan yang ada hanya bangga dengan isu hudud.

Pas hanyalah wadah perjuangan. Jika wadah Pas tidak membolehkan golongan profesional untuk terus berjuang, maka banyak alternatif lain untuk menabur jasa kepada rakyat. Cerna dan hadamkan pemikiran untuk tindakan selanjutnya. Yakinlah DAP dan PKR tidak akan selesa dengan barisan kepimpinan Pas kini. Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa gagasan PR yang baharu perlu ditubuhkan demi rakyt Malaysia. Biarkan Pas keseorangan dalam PR kerana selayaknya begitu. Pas tidak pandai berkongsi dan mengurus kuasa yang dimandatkan oleh rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Sembang kencang...

Tanpa Nama berkata...

PAS=UMNO
BH=UM=HARAKAH
HADI=NAJIB
ABDUH=KHAIRY
TIDO SEBANTAL=MIMPI SAMA
redha=ftnah=chai=rasuah=gst=1mdb=kak ros=bla2
hampeh menyesal undi dulu..sialan dasar penkhiatnat

bubar je parti politik, buat ngo dakwah

Tanpa Nama berkata...

PANAS
MARKAS PAS DI ROBOH AKIBAT BERLAKUNYA PERPECAHAN?
Berita ini juga mengejutkan. Akibat kecewa dgn keputusan "chai" pemilihan Muktamar Pas ke-61 semaal.

Kelantan 4 Jun 2015, sebuah Markas Pas Cawangan Kg Telok Bachok dirobohkan pagi tadi, dan bendera Pas turut dibakar. Menurut maklumat ianya berpunca akibat dari perselisihan dalaman parti PAS yang dikatakan berlakunya pertembungan paling hebat dalam sejarah pemilihan PAS.
Ianya juga dikaitkan dengan kecenderungan berlakunya adu domba dan gelaran yang diberikan terhadap profesional dan progresif yang dilihat lebih kehadapan dlam soal permasalahan dalam negara setakat ini. Golongan progresif biasanya menjuarai kehadapan bersama rakan pakatan yang lain ketika Umno sedang disak dengan berbagai skandal, sedangkan puak ulamak dilihat memperlekehkan golongan ini dengan panggilan Jebon,anwarinas,dan berbagai gelaran sehinggakan ianya menimbulkan polemik politik malahan menjadi viral mengecam untuk PAS keluar dari gabongan Pakatan Rakyat setelah apa yang berlaku? Mohon orang Bachok beri pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Menang sorak kampung tergadai. Itulah kesimpulan muktamar PAS yang baru berlansung. Persepsi umum mengenai barisan kepimpinan PAS adalah sekelompok manusia yang kurang sikap toleransi, dangkal strategi politik peringkat tertinggi, tertutup pemikiran, celupar tak bertempat, tidak jujur bila berjemaah, penakut kerana kurang ilmu serta bakat dan yang paling ketara sanggup berbohong demi menegakkan hujah. PAS telah mati bersama Nik Aziz dan ianya telah dikebumikan semalam di Kuala Selangor.

Tanpa Nama berkata...

apabila kita bersangka baik pd org yg khianat berperangai buruk, inilah akibatnya. dlm kita bersangka baik tidak ingin mendedahkan aib? (atau lebih tepat kejahatan/ pengkhianatan), mrk terus merancang.

kerana bersangka baiklah maka golongan pro kena tendang keluar.

sepatutnya segala pengkhianatan mereka didedahkan terus, there and then.

hanipa sepatutnya buat laporan polis bila kena pukul dari belakang. tapi oleh kerana bersangka baik dan tidak ingin mengeruhkan keadaan, inilah jadinya.

Senario:
A kenal si B masa dipenjara. B ini kaki rogol. Satu hari B dtg rumah jiran A (yg ada anak dara cun) krn nak sewa bilik. Apakah tindakan yg patut diambil oleh si A?

1. Diamkan kerana tak nak aibkan siB?
2. Dedahkan kpd jiran bhw B ini bekas perogol?

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt dgn ayat Dr..."Gagasan PR yang baru perlu ditubuhkan demi rakyat Malaysia, gagasan itu adalah gabungan PKR, DAP dan GENG2 PROFESIONAL yg akan membentuk satu parti baru bagi menggantikan PAS Hj Hadi. Biarkan PAS Hj Hadi kekal bersendirian dalam Pakatan Rakyat yang lama..." ini mungkin yg dimaksudkan oleh Dr?

Tanpa Nama berkata...

Najib, Hadi akan terus memimpin kerana Melayu malas berfikir. Bila matlamat menghalalkan digunapakai oleh parti yg perasan perjuangkan Islam amatlah malang nasib org Melayu yg mengundi dan jd ahli Pas.

Bila Tuang Presidengnya Tolol, penyokong2 beliau lagilah terlebih-lebih.....

IrWrWs berkata...

Sbb malas brfikir jugalah yg sampai ada org melayu wala' pd lks dan lge x de org melayu pasma nk marah..

Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Besar. Diambilnya TGNA kerana Dia tidak mahu hambanya yang satu itu menyaksikan apa yang berlaku daam PAS hari ini.

Selamat tinggal PAS kerana bagiku tiada lagi wadah untuk aku menzahirkan sokongan ku. Namun begitu aku tetap memanjatkan doa agar PAS "baru" ini mampu mengembalikan zaman gemilangnya.

cucu mamak kutty berkata...

aku ada kat muktamar semalam,ini lah muktamar pas yg terakhir akan aku pergi,klu aji adi kata geng profesional pilhan dap,tapi geng ulamak yg menang ada lah geng pemilihan umno....selamat berUG dan bertahaluf siyasi ngan umno

Tanpa Nama berkata...

bayangkan dlm satu organisasi semua penjawat jawatannya ustaz belaka (kecuali fakulti pengajian islam yg mana seharusnya pengajarnya semua ustaz). ada harapan ka nak maju kedepan?

Tanpa Nama berkata...

Yang aku kelakar Dalam PAS ini( Undi boleh bincang-bincang ADA Orang tunjukkan lagi) Patutnya undi itu RAHSIA,Macam SPR Buat..........MALU EEHHH Dengan SPR.. maknanya mamat yg suruh orang buat tu BENGAP untunya, ramai pulak tu,itu yg kita NAMPAK,YG TAK NAMPAK, So bila orng bengap yg tak reti nak pangkah ,pangkah, HASILNYA DAPATLAH PEMIMPIN BENGAP.ITU TGHH BELA NAJID ,JGN DITURUNKAN SEBAB DIA MENANG DEMOKERASI YG SHAH..................SEKANG BARU AKU TAHU NAJIB AJAR TOK GURU PAKAI "CHAI" ITU SEBAB DIA KOMEN MERAPU JER MASA PEMBERITA TANYA DIA, SEBIJIK MACAM NAJIB DITANYA PASAL MDB!! DIA KORNER BARING contoh orang tanya macamana nak gi KLCC, dia jawab kena gi HW,PERGI KOMTAR DULU,singgah,ipohhhhh....bla..bla..masa habis.sealamat.
PASNO

Unknown berkata...

Menang dgn beli undi perwakilan..kau tunggu nasib kau di pru14 nanti..undi rakyat yg inginkan perubahan ...selamat tinggal PAS

Tanpa Nama berkata...

Puok mung jea wala' mcm orang bengong...pemimpin buat perangai huduh pun mu kabo comel...suka ponteng meeting, x hadir parlimen, mulut huduh membaruakan org, banyok lagilah kalu nok senaraikan...nok wala' mcm arwah TGNA buleh lah...berat nanang puok mung ni...ajok bahas nakut pahit...

Tanpa Nama berkata...

ini sajalah mantra wang rosli. dulu, kini dan selamanya

Tanpa Nama berkata...

AKU TIDAK AKAN BERKETUA KAN ORANG YANG MEN TOLOL KAN ORANG, MEM BARUA KAN ORANG DAN MEM BOO ORANG. Ilmu Tinggi Tapi AKHLAK rendah, selamat tinggal PAS

Maju bersama Lebai

Tanpa Nama berkata...

Org tak wala siapa2 bodoh cuma kita fikir masa depan dan masa akhirat, anak, cucu kita macam mana kalau dapat pemerintah macam ni.

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli,

LGE dan LKS itu kafir yg belum terima hidayah Allah tetapi Hj Hadi dan ulamak2 munafik dlm Pas jelas tidak jujur menegakkan agama Islam malah mrk ini telah menghina Allah dan Islam.

Cara ustaz2 dan ulamak2 Parti Islam berpolitik sgt buruk. Matlamat menghalalkan cara itu ajaran Zionis dan akhlak ditunjukkan pak2 lebai malang dlm Pas tak selari dgn ajaran Islam. Hanya bertopengkan serban, jubah, janggut dan menjual ayat2 Quran Hadis ikut kepentingan diri dan politik parti kuno.

Sbg peringatan pertama dari Allah, sblm RUU dibentang dlm Dewan Rakyat, Kelantan dilanda banjir besar yg tak pernah berlaku. Kedua, semasa muktamar pemilihan Presiden Pas berjalan, gempa bumi berlaku di Sabah. Bila ahli2 agama mempersendakan agama Allah utk duniawi tunggulah balasannya.

Tanpa Nama berkata...

PAS PARTI YANG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.SELAMAT TINGGAL PAS.

Tanpa Nama berkata...

Mana profesionalnya amalan booo tu? Lebih baik balik rumah drpd terus dihina.

Unknown berkata...

Selamat tinggal parti lebai..dan

Selamat datang parti Islam baru..
Mengukuhkan gagasan baru demi rakyat Malaysia PasMa-Dap-Pkr

Parti lebai akan menjadi parti, melukut di tepi gantanglah lepas ni..

Tanpa Nama berkata...

Cari tanah sendiri , buat masjid sendiri, jadi imam sendiri, kata2 manusia yang sombong..

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh terima kekalahan? Pro la sangat. Ada hikmah tuu. Baik muhasabah diri dari terus menyalah dan memfitnah. Hakikatnya kami tidak mahu kapir perintah Tanah Melayu ini.

Unknown berkata...

100 percent proof.Ambo setuju dan PAS KELATE pasti tumbang PRU14.TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah. .jgn layan org yg ckp busuk mcm anon 2.41pm. Byk2 beristighfar. Istiharah dan byk bermunajad dgn Allah spy dpt redakn kemarahan dan kekeciwaan di hati. Smga Allah beri kekuatn dn keputusan yg terbaik. Org beriman perlu byk berfikir berstrategi berusaha dan bertawakal. Allah sentiasa bersama di pihak yg benar dn teraniaya. Allahu akbar.

IrWrWs berkata...

Mungkin sy setuju mazlan aliman mmg cemerlang x spt rakan2nya yg lain yg sanggup meletakkan LGE di atas hudud..

IrWrWs berkata...

Aku bernafsu nak pangkah pasma kalau depa lawan umno..

IrWrWs berkata...

Cuba ajak berdebat sekarang.. hari tu kami x mau berdebat nnti hangpa tuduh kami nak rebut jawatan plk..

IrWrWs berkata...

Sepatutnya lama dah beliau tenang tanpa gangguan pasma..

IrWrWs berkata...

Komen yg adil.. terbaek..!!