22 Jun 2015

[EDISI LAWAK] Apa Hak Satiful Halang Parti Baharu Sertai PR?


Pas tak setuju parti baharu sertai PR

KUALA TERENGGANU – Pas tidak akan sesekali bersetuju jika parti baharu yang akan dibentuk mahu menyertai PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan buat bantahan apatah lagi parti baharu yang dikatakan itu merupakan serpihan daripada Pas.

Menurutnya, kesediaan membentuk PR sebelum ini adalah melalui persetujuan tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP, manakala parti baharu tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai PR.

“Kalau ada parti baru serpihan Pas, sudah tentu Pas tak setuju. Dia hendak bergabung dengan kekuatan apa? Atas alasan apa nak gabung,” katanya.Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Satiful yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu menjelaskan, mana-mana isu yang tidak mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga parti sebelum ini tetapi diteruskan juga sudah tentu memberi kesan kerjasama tersebut.

Antaranya katanya, isu pertandingan tiga penjuru di kerusi Kota Damansara pada PRU13 lalu berlaku berikutan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) diturunkan di kerusi itu.

“Pas tak setuju dengan calon PSM kerana dia hendak tanding atas tiket dia. Mana-mana perlu dapatkan persetujuan. Kalau tak setuju, tak boleh,” katanya.

Beliau mengharapkan semua ahli Pas kembali ke matlamat asal untuk sama-sama menguatkan parti dan memastikan hala tuju lebih baik dalam PRU14 akan datang.

“Kita harap ahli istiqamah hingga menang. Yang penting ahli istiqamah dengan bahtera yang ada.. yang kalah, kita harap jangan cepat buat keputusan yang bertentangan dengan parti tetapi ambil masa perbaiki diri mungkin akan dipilih semula pada pemilihan akan datang,” katanya. -SH

ULASAN GB

Sudah mabuk agaknya geng taksub ni. Apa hak dia nak halang parti baharu menyertai Pakatan Rakyat? Silap gaya DAP dan PKR lebih berkehendakkan parti baharu daripada PAS yang sebenarnya sudah tidak lagi mengamalkan akhlak Islam. Ulama-ulama PAS menang di dalam pemilihan dengan cara ijik dan kotor, dengan fitnah, dengan cai, dengan makian, dengan cacian, dengan melabel pihak yang tidak disukai sebagai Jebon, Anwarinas, Liberal, kuda DAP dan sebagainya. Adakah Allah meredhai perbuatan mereka itu?

Kata-kata Satiful di atas menggambarkan betapa takut dan kecutnya dengan kemunculan parti baharu untuk menggantikan PAS yang sudah jauh menyimpang dari perjungan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Selebihnya bacalah komen para pembaca Sinar Harian yang GB sempat printscreen seperti di bawah ini yang rata-rata mentertawakan kenyataan dan gelagat PJ PAS Terengganu itu:



35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berguling-guling ...gelakss-hinga tak cukup tanah...ooopsss..astarfirullahalazim..hari puasa!!..Ini punya orang pun ada dalam dunia, sendiri lingkupkan PR, sendiri mahu hidupkan balik,DAP kata PR dah Mati, PKR kata PR dah tak berpungsi, habis apa yg tinggal.Batu nisan PR aje..Laba dunia punya hal yg dah mati pun di kata hidup.HAHHAHHHH...hahahhahah, yg tinggal pas Sahaja dalam PR.HEEHEHHEH.

Orang lain yg bersusah payah membina PR, tiba2 sebab jawatan dia lingkupkan PR,Sebab jawatan juga dia nakkan PR......Nahhhhhh amik ko PR(LAMA)..bye..bye..

PKR,DAP,(Parti baru/Parti Islam Progresive):(PAKATAN RAKYAT PROGRESIVE)..KAPAL BARU...bye..bye pas..dgn KAPAL lamanya PR lama..

Tanpa Nama berkata...

maaf kawang2 ,aku nak komeng pun tak reti.aku ni dalam laut atau atas darat?atau aku ni dalam kubur ke masih atas dunia.eeeeee.masih atas dunia rupanya ,tetapi mengapa ramai sanagt lebai mercun yang mabuk pil kuda ni.?ooooo tolong aku,

akulajuki berkata...

Dalam kes kerusi Kota Damansara masa PRU lepas tu siapa yang gelojoh sebenornyer? PAS atau PSM? Bukankah telah diputuskan calon PSM yang sepatutnya tanding kat situ? yang PAS kacau daun jugak tu apa pasal? akhirnya dua-dua melepas sedangkan jumlah yang mengundi PSM dan Pas jauh lebih besar daripada undi yang BN dapat. Kalau kata bodoh kang ada orang marah lar pulok sebab hok buat keputusang tanding di KD tu kellah ulamok kang.

Dalam kes Satifool ni, nak tanya satu soalang boh weh. Apa hak Pas nak halang parti baru sertai PR. lagipun pas dah kira out dari PR dengan resolusi yang diputuskan pada muktamar yang baru lalu. PJ Pas Teganung ni pandai ker dok hal-hal berorganisasi? PR adalah satu ikatan tak rasmi, yang ada hanya saling hormat menghormati sahaja. PR bukan macam BN yang ada segala macam peraturan sebab tu UMNO dominan sedang PR tak macam tu. Hok lagu ni jadi PJ negeri, patutlah jadi kerajaan sepenggal melingkup, BODO ruper nyer.

sb dehlawi berkata...

tahap pemikiran taik gerombolan paschai.

Tanpa Nama berkata...

semenjak berakhirnya muktamar pas ni..aku tgok makin ramai ULAM MAK yg terhoyong hayang,mabuk...lebih drp mabuk pil kuda lagi...semuanya gara2 nak jawatan,nak kerusi,,takut kalah..mana air liur ULAM MAK yg nak cari redho Allah?kau bertanding sendiri jer la..kau bleh letak calon di semua kerusi..tapi AKU YAKIN PAS TAKDE BAJET NAK TANDING SEMUA KERUSI.

dari : tangan yg pernah mengundi PAS tapi memang aku menyesal seumur hidup dan demi Allah aku tak akan pangkah lagi parti TOK AJI SERBAN ni...

Tanpa Nama berkata...

Budak Bahalol tak akan habis habis di dalam PAS ini

Sudah di hancur Pakatan Rakyat tapi masih nak duduk Pakatan Rakyat

Tiada Ktedibiliti Maruah dasar MUNAFIK

Elok PASMA masok PAkatan Rakyat supaya PAS boleh di tendang Kluar. ADUN PAS boleh lompat masok PASMA atau PKR kira mantap

Jimat duit negara elak PR Negeri.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Pada hakikatnya PKR dan DAP tidak memerlukan lagi Pas sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat. Semua sudah maklum bahawa Pas melalui Muktamar 2015 memutuskan hubungan dengan DAP. Kuasa muktamar adalah kuasa tertinggi parti dan bukannya Majlis Syura Ulama (MSU). Selepas muktamar, maka terserlah warna kepimpinan baharu Pas yang sebenar. Rupanya, barisan kepimpinan Pas mempunyai lidah yang bercabang, cakap tidak serupa bikin dan sewenang-wenangnya mahu menarik balik resolusi muktamar. Nasi sudah menjadi bubur, dan DAP pastinya tidak dapat lagi bekerjasama dengaan Pas dalam wadah Pakatan rakyat.

Paling mudah mengajar Pas yang tiada pendirian. DAP dan PKR keluar dari Pakatan Rakyat. Biarkanlah Pas ego bersendirian dalam PR. DAP dan PKR menubuhkan satu gagasan parti yang baharu, dan menjemput parti baharu kumpulan Mat Sabu menyertainya. Tidak timbul persoalan mana-mana parti baharu yang ingin menyertai PR mestilah dipersetujui terlebih dahulu oleh ketiga-tiga komponen. Selepas ini baru Pas mengetahui betapa licik sekalipun berpolitik, jika tiada semangat setiakawan, tiada siapa yang ingin terus bersamanya.

Tidak ada yang kekal dalam politik. Kawan biasa menjadi lawan, dan lawan pula biasa menjadi kawan. Politik memerlukan strategi untuk mencapai kemenangan. Rakyat Malaysia memerlukan sebuah gagasan parti yang boleh mentadbir negara menggantikan BN selepas PRU 14. Pas dan DAP telah bersingsing lengan dan sanggup berputih tulang tidak bekerjasama lagi dalam pilihan raya. Jadi, gabungan DAP, PKR dan parti tajaan Mat Sabu sangat-sangat diharapkan oleh rakyat untuk menjadi alternatif BN mentadbir negara. Gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung supaya BN dapat segera dinyahkan dari Putrajaya. Pas sudah tidak lagi relevan dalam pilihan raya kerana pemimpin mereka pernah berkata "mencari keredaan Allah amat penting berbanding mendapat kemenangan merampas Putrajaya".

Zab berkata...

Kat Terengganu tu sampai bertindih banyak kerusi tu apanya? PR dah tak wujud, tak timbul masalah tak boleh sertai PR sebab PR tu dah tak wujud. Atau mungkin wujud dalam imaginasi dia je kot. Makan pil kuda kot...

Tanpa Nama berkata...

PAS ni macam sudah tidak faham Quran agaknya. Quran kata mesti pegang amanah. Wak ima kita strategi politk dengan bukan Islam, mesti ada sifat kemanusiaan, kejujuran, sikap rendah diri.

Ini tidak, saya sokong PAS semenjak awal 80an, tapi nampak gayanya PAS ni sudah hilang arah. Buat menyemak ....

Tanpa Nama berkata...

wooi satifool adik beradik saifool

kau sakit ke atau tak sahur?

atau memang wabak hilang waras sedang Allah semburkan ke dlm otak2 geng UG sekarang ini sebagai bala kerana menggunakan nama Allah konon telah membersihkan PAS (kata2 ustart snake ular mokhtar)

sebelum halang parti baru masuk PR, cuba kau halang org kat masjid buka puasa.. boleh tak? dh tentu depa panggil ambulan hantar kau wad mentol.

itu sebb DAP yg kau kata kafir itu lebih bijak.

jika PAS muka tk malu masih nk dalam PR sedangkan kau label DAP kafir, PKR liberal sekular... maka DAP dan PKR yg perlu keluar PR.

PAS dok lah sorang2 dlm PR.

rakyat akan sokong tubuh parti baru terdiri bekas profesional PAS.

Parti baru bernama Parti Progresif Rakyat (PPR).. berasaskan Islam.
- (cadangan hamba je)

Pakatan Rakyat (lama) hanya tinggal PAS yg dok hidup segan mati la cepat saja. sorang2 mcm dlm jamban.. haha


Pakatan yang baru adalah PAKATAN RAKYAT 2 - PR2

Ia terdiri dpd = PKR + PPR + DAP



suruh PAS main jauh kat rusila.

Tanpa Nama berkata...

Kuat betul pil kuda ni ye?

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh dimaca-macamkan : pak aji sangkut, putar alam semua, pa syestem, pening aku sekarang dan macam-macam lagi lah banyakkkkkkkk.

Tanpa Nama berkata...

Adoi..lagi byk bunyi..Lagi terserlah bebal...pas ooo pas...apsal la iq korang ni ltk kt lutut dan siku..

Malaysiabaru berkata...

Ya Allah ya tuhan ya god

8juta pengundi pantai barat menanti g-18 untuk memgemudi mereka di pru14

Mana Mat sabu . Mahfoz. Salahuddin. Khalid samad. Nizar. Fantastiv five

Jgn hancurkan harapan kami pengundi kamu!!!

Kelak kamu akn binasa bersama bekas party kamu Pas Piss Puss. Kami pengundi pantai barat tolak pas pada pru14!!! Kih kih kih

Tanpa Nama berkata...

Korang tengok jela pendek akalnye ulamak2 pas.mcmne nk jd pemimpin....nak bongok kang marah tp mmg bongok betulla ulamak2 pas....pasai ulamak pas ni aku jd menyampah dgn siapa2 yg pakai serban/ketayap putih.astagfirullah.....

Tanpa Nama berkata...

Ini Jawapan wadah baru..
G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.
rujuk sisni.. Malaysian Insider
tahniah bro go forward we salute you

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan nama parti tersebut sebagai Parti Islam Progresif tidak jumud

mcm PAS..buka keahlian kpd semua; muslim dan non-muslim.. PAS sudah tiada

tempat di hati saya.

Ritchie Blackmore berkata...

Ostat2 pas ni sangat menyemakkan..

Tanpa Nama berkata...

Ostat2 pas mengelirukan dan menyemakkan lagi suasana yg sudah semak...cuba tunjukkan kepada kami ahli pas hala tuju yg nak di bawa oleh ostat2 ini....nak bergabung dgn umno mungkin tdk atau...

wan amero berkata...

Engko ni saiful dah la muka engko buruk.Perangai engko lagi buruk...saiful ni lah yg dok gelak masa hanipa maidin berucap...PAScai memang anjing.

Hafna Mad berkata...

Dia ni pj paling bangang Dlm malaysia, kesian orang Terengganu dapat pj bodoh

Tanpa Nama berkata...

bungkiuh la PAS lepas ni...tu la belagak sombong...sikit2 tuduh DAP, tp Presiden sendiri x mai mesyuarat, fitnah org...

Tengok komen di atas, orang pakat meluat kat PAS ni x dak dah...termasuk aku sendiri..tunggu hari nak gunting kad keahlian sj..selama 4 pilihan raya..aku berkorban tenaga dan harta...tp mmg mcm org kata, PAS akan lingkup bila TGNA tak dak...dan lepaih pemilihan dlm muktamar ke 61, mmg betoi...PAS melingkup

cikmatgelap berkata...

klu nak talaq kan kat bini kena pikir2 puloh2 kali,nanti jadi gila talak mcm ostad2 pas ni,kau org pernah kenal dgn org yg gila talak tak,aku nak buka p[osa dulu dahhhhh

Tanpa Nama berkata...

Die perasan die dh jd ketua pembangkang kot..angan2 mat jenin

Tanpa Nama berkata...

Yang korang semua marah dan kutuk dia buat ape? Jangan buat kerja sia-sia. Banyak orang tau dia memang bangang, lepas tu kata pula dia bangang!! Kan membuang karan saje!! Lagi pun dia bangang, ade minta duit korang , ade dia minta nasi korang. Takde kan? Biarla dia bangang!!

Sam Sung berkata...

Oooh..ni la pesuruh jamban (pj) ganu..kikikiki..
Mmg ade rupe jamban pn..sengal tahap gaban

Tanpa Nama berkata...

Dah nyata puak ug yg boikot pilihanraya Permatang Pauh.
Inilah dia musoh dlm selimut.
Masih lg nak bersama PR?
Tubuhkan parti baru!

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pandangan Dr...tapi si Azmin tu nampak mcm liat nak ambik tindakan sewajarnya...maybe syg sgt dgn jawatan mb takut melepas...Harap Wan Azizah dpt berbuat sesuatu...

Tanpa Nama berkata...

Pasal PSM bertanding atas tiket sendiri di jadikan alasan oleh PAS untuk meletak calun nya sendiri sedangkan PKR dan DAP tak letak sebab tahu keutamaan PR iaitu menumbangkan UMNO. Pelik juga sebab persedian untuk calun bertanding macam telah di siapkan awal-awal bukan di saat-saat akhir.

Parti serpihan G18 ini lah mempertahan PR bermati-matian dan menjadikan nya visi semasa pemilihan. Ini lah kekuatan dan alasan parti tersebut untuk di terima menyertai PR . PASMA ditubuh untuk mempertahankan hubungan dengan PR dan yang menghalau dan menghalau PASMA ialah PAS pro ulamak.

Jika PKR dan DAP terima parti baru menyertai PR dan PAS tak setuju, presiden PAS boleh lah tubuh satu pakatan atau gabungan yang lain.

Isu ini jangan di panjang kan dan jangan ambil peduli. Kalau ada kalangan pemimpin yang mengutuk sekalipun, niat dia cakap macam ini supaya PR timbul kembali ujud dah tercapai. Kalau nak jawab, jawab je PR dah tak ujud.


Kepada Allah kita kembalikan


Tanpa Nama berkata...

Amanah dari Allah perintahkn manusia jalankn hukum hudud.terima kasih

Ritchie Blackmore berkata...

Sangat setuju!! bangang lagi membangangkan....

Ritchie Blackmore berkata...

Pas bentuklah pakatan baru dgn umno dan mic baru sama level bangangnya..

Sam Sung berkata...

Ada sape2 blh tlg azan kn kt telinga mamat ni..terok dh kne rasuk ni..tlg lah hulamak2 hoiii

Tanpa Nama berkata...

Kan PAS ni terkena sakit 'terencat' ia merbahaya dan perlu dikuarantin. Terpulanglah kepada 2 parti yang tinggal untuk meneruskan wadah. Sama ada ia akan mengambil kawan baru mengantikan yang telah uzur dan akan reput terpulanglah kepada kebijaksanaan mereka, PJ Terengganu tiada hak untuk membantahnya.

Tanpa Nama berkata...

eh eh wah, suruh pulak profesional perbaiki diri. Ini lah masalahnya sebab tak nak cermin-cerminkan diri sendiri, sekarang baru ingat matlamat asal. Masa pemilihan macam kena rasuk, habis semua di terajang nya. Ingat dah keluarkan tapi rupanya ada lagi mahkluk tu kat dalam.

Jangan harap lah di pilih semula. Yang ada sekarang ini akan pilih yang kurang cerdik dari diri nya sendiri. Amanah dah tak kemana, tak tahu lah?

Wahai Satiful, sebelum pemilihan, geng kamu berdemo suruh ambil tindakan keras terhadap Hatta, Dr Zul dan Hanipa kerana komplot nak menjatuhkan Presiden kamu. Sekarang mereka (progrsif) bergerak ke sana-sini secara terang-terang tapi bukan nak menjatuhkan Presiden kamu tetapi nak tubuh parti baru. MEMANG SAH KAMU ORANG SEMUA LEBIH UTAMA KAN HJ HADI DARI PARTI KAMU SENDIRI.

Kamu beristiqamah untuk menangkan Hj Hadi bukan kamu beristiqamah nak menangkan Islam kerana kerakusan kamu dan geng kamu orang Islam terkeliru dan orang bukan Islam membenci kamu. Sekarang bawa lah batera kamu ke Pulau World Trade Center iaitu pulau idaman kamu.