9 Jun 2015

[BERGAMBAR] Kalau Dengan "Cai", Yusuf Qardhawi Bertanding Pun Kalah...


Selepas ‘cai’ tentukan pimpinan PAS Oleh A Shukur Harun

Dengan berbekalkan sekeping cai – kertas yang mengandungi senarai nama calon pimpinan PAS yang perlu dipilih – maka perwakilan di muktamar PAS minggu lalu pun mengundi dalam situasi di mana cai itu memberi arahan bisu supaya mengundi nama yang tersenarai dalam cai itu.

Walaupun sebahagian kecil perwakilan tidak menurut ‘arahan ghaib’ cai itu, tetapi kebanyakannya mematuhi arahan supaya mengundi calon yang tersenarai dalam cai itu.

Diberitakan, hampir 80% perwakilan dipengaruhi dengan kertas 'cai' itu. Ada pihak yang sempat merakam gambar perwakilan yang sedang ‘khusyuk’ meneliti cai, sebelum mengundi berdasarkan arahan cai tersebut.

Demikian berkuasanya sekeping kertas cai yang tidak diketahui siapa yang menentukan nama yang tersenarai itu, tetapi nyatalah ia sangat berkuasa.

Menurut pemerhati yang mengikuti pergolakan di dalam PAS, ini sebuah konspirasi peringkat tinggi yang terancang begitu lama hingga menjadikan demokrasi di dalam PAS sebagai lawak jenaka.

Tidak ada rasa malu dan segan silu, tidak lagi merujuk akal dan bisikan hati nurani akan apa yang dilakukan, walaupun ada peringatan tegas dari Nabi Muhammad: “Jika kamu tiada rasa malu lakukanlah.”

Barangkali ada ustaz yang lupakan hadis ini.

Kita tidak pernah fikirkan bagaimana konspirasi ini berlaku, yang nyata mempermainkan demokrasi dan sampingkan etika moral di dalam sebuah parti yang bernuansa Islam berumur 61 tahun itu.

Hinggakan seorang sahabat memberitahu saya, kalau begini caranya, andainya Profesor Dr Yusuf Al-Qaradhawi bertanding pun akan kalah jika tidak tersenarai namanya dalam cai itu.


Tetapi apa yang terjadi terjadi. Tidak mungkin dapat dibaiki lagi. Demokrasi dan moral dihumbankan ke sungai kerana ‘tujuan menghalalkan cara’ iaitu doktrin politik Machiavelli, ahli teori politik Itali yang juga pernah berkata, “Politik tidak ada hubungan dengan moral.”

Dengan ‘kuasa ghaib cai’ itu, tersingkir para tokoh golongan sederhana PAS, walaupun betapa cemerlangnya khidmat dan pengorbanan mereka kepada PAS selama ini.

Maka gembiralah nampaknya golongan konservatif ini atas nama pendukung Islam sejati, yang mendakwa mahu mempertahankan parti dari penyelewengan.

Peristiwa yang sangat memalukan ini berlaku di Muktamar PAS di Kuala Selangor, negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, negeri yang menjadi pusat demikian ramai para cerdik pandai tanah air.

Jika begitu petunjuk yang diberikan, maknanya dalam pemilihan pucuk pimpinan PAS di muktamar akan datang, maka perwakilan tidak perlu lagi berfikir siapa pemimpin yang wajar dipilih, justeru cai sudah menyediakan segalanya.

Ertinya di sini, cai menjadi sebahagian sejarah penting PAS kerana ia mencorakkan kepimpinan PAS.

Inilah wajah PAS yang selama ini ahlinya ditarbiyahkan melalui usrah, tamrin, mukhayam dan pelbagai lagi oleh para murabbi supaya ahli PAS berilmu, berakhlak mulia dan seterusnya boleh berfikir.

Puluhan tahun ahli PAS diperingatkan mengenai akhlak Islam, pertahankan ukhuwah Islamiyah, jangan memfitnah, umpat keji, melebel golongan yang tidak disukai.

Malangnya kini segalanya terburai.


Di sinilah saya amat terkesan dengan ucapan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam di muktamar tersebut yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Pada masa yang sama, beliau bertanya pemimpin PAS, khususnya kumpulan ulama, sama ada terdapat dalam Al-Quran yang menghalang seseorang melakukan amalan memfitnah.

"Saya tidak pasti sama ada dalam Islam dan dalam al-Quran ada atau tidak larangan supaya jangan memfitnah dan jangan melabel orang lain,” kata Balasubramaniam.

Kalau ada, katanya, kenapa ulama PAS tidak mengawal ini daripada berlaku dalam parti?

"Kami di dalam DHPP tidak mahu amalan fitnah dan label-melabel berlaku. Kami berharap Islam di bawah kepimpinan ulama supaya tampil ke dapan menegur. Kami menumpang kasih Islam yang dibawa PAS," katanya lagi ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam muktamar tersebut.

Ini peringatan dan teguran sangat bermakna dari pemimpin DHPP yang saya kira perlu diberi perhatian serius kerana beliau – yang bukan Islam – terkejut dengan budaya fitnah dan melabel yang wujud dalam PAS. Sementara itu, dengan pemilihan pimpinan baru dan keadaan yang berbangkit di dalam PAS akhir-akhir ini, ramai yang bertanya bagaimana masa depan PAS.

Ada kecenderungan di kalangan sesetengah pemimpin PAS, berdasarkan kenyataan dan ucapan mereka, PAS mampu berdiri sendiri, tidak perlu berjuang bersama Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi dengan keadaan hubungan PAS yang amat kritikal dengan DAP.

Ertinya PAS boleh bertanding sendiri dengan keyakinan mereka kononnya undi Melayu akan pergi kepada PAS. Benarkah begitu?

Namun bukti nyata ialah dalam PRU 2008 dan 2013, kemenangan calon PAS kebanyakannya kerana sokongan pengundi bukan Islam. Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak, malah di bandar lain menjadi bukti nyata.

Oleh itu, bolehkah PAS hanya mengharapkan kemenangan di negeri Pantai Timur? Itu pun belum tentu lagi. PAS memerintah Kelantan di tahun 1990 ialah hasil gabungan PAS dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

Sementara itu, menurut statistik jumlah pengundi di kawasan luar bandar akan merosot hingga sekitar 25% sahaja lagi dalam PRU akan datang. Dalam keadaan begini, bolehkah PAS mengharapkan undi mereka ini saja untuk menang?

Saya tidak dapat bayangkan – terutamanya dalam konteks negeri Selangor - jika berlaku PAS memutuskan hubungan dengan DAP, tetapi tidak dengan PKR dan masih hendak bersama Pakatan Rakyat. Ini adalah suatu langkah politik yang sangat pelik.

Selepas golongan konservatif PAS ini menang besar, maka rakyat mahu melihat agenda dan roadmap mereka. Bagaimana mereka berinteraksi dengan rakyat di luar PAS secara terbuka, bukan lagi sekadar bertemu sesama sendiri di Liqak Fikri dan pelbagai ijtima serta program dalaman parti.



ULASAN GB

Betul-betul gila jawatan golongan ulama ni. Tetapi mereka jugalah yang menyatakan kita bertanding nak dapat keredhaan Allah... Nak dapat keredhaan Allah dengan "matlamat menghalalkan cara"?

Gb sudah ulas sebelum ini bahawa kemenangan golongan ulama di dalam pemilihan yang lalu diperolehi dengan cara yang tidak betul, tidak syari'e, justeru itu tiada keberkatan. Walau pun menang besar tetapi ituu sebenarnya adalah petanda "bala" kepada golongan ulamak sendiri.

Lihatlah apa yang berlaku pasca-muktamar, golongan ulama berantakan. Ada yang suruh putus kerjasama dengan DAP, ada yang bertegas tidak setuju putus kerjasama sampai MSU kena bermesyuarat nak tentukan keputusan akhir, terlupakan hakikat bahawa Perlembagaan PAS memutuskan "muktamar adalah pemegang kuasa tertinggi". Lebih afdhal MSU bermesyuarat mengenai perbuatan CAI yang nyata tidak betul dan tidak syari'e itu yang dilakukan oleh kumpulan ulama sendiri dan perlu dihukum dan dikenakan tindakan disiplin.

Satu lagi hal, Presiden kata Najib tak perlu tunduk tekana letak jawatan, Timbalan Presiden pula suruh Najib letak jawatan lepas raya. Kan lawak gila tuh...



Demikianlah, kita tunggu episod selanjutnya....

31 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Assalamualaikum Admin,

Bagi saya, ini mungkin petunjuk daripada Allah swt agar kita lihat dengan teliti dan objektif tujuan PAS, terutama pemimpinnya yang bertaraf ULAMA dalam soal menegakkan hukum Allah swt iaitu HUDUD. Di sini jelas kelihatan adakah mungkin PAS mempunyai kemampuan dan jati diti dalam menegakkan keadilan jika Hudud dilaksanakan?
Aku amat khuatir dengan penafsiran undang-undang oleh para ulama dalam PAS. Perlembagaan PAS pun depa tak mampu tafsir dengan betul dan benar, ini kan pulak PERLEMBAGAAN MALAYSIA? Sebab tu bila DAP berhujah menggunakan PERLEMBAGAAN sebagai alasan dalam kesukaran menegakkan HUKUM HUDUD, maka dituduhnya DAP tu menentang HUDUD. Yang menentang HUDUD tu ialah UMNO sebab selama ini UMNO yang berkuasa tapi tidak pernah terlintas di dalam kepala depa, ingin menegakkan HUDUD. UMNO tu, ahlinya BUKAN ISLAMkah?
Baru-baru ni, aku bertemu sahabat lama yang orang kuat UMNO. Agak terkejut aku apabila dia memberitahu bahawa PAS harus berjuang bersendirian dengan alasan PAS boleh bertanding di semua kerusi yang UMNO bertanding. PAS pasti menang sebab UMNO dah lemah. Inilah umpan yang mungkin disuntik ke dalam minda puak Ulama PAS kot dengan konon2nya depa memilik kelebihan dengan berjuang bersendirian. Aku harap2 kalaulah ini strategi yang diperkenalkan oleh UMNO kepada PAS, maka .... jalan matilah agak bagi PAS.
Muktamar dah tetapkan. Aku berharap semua ahli PAS yang dok cari makan dengan kerajaan PR, letaklah jawatan terutama Naib Presidennya yang baru yang memegang jawatan exco tu. Tak perlu berdalih2 sebab lagi lama PAS berdalih. Rakyat akan melihat isu ini sama seperti isu 1MDB. Alasan, alasan, alasan, ... yang akhirnya hanyalah semata-mata kerana RM. Janganlah sampai menggelar hangpa MUNAFIKUN seperti mana yang dituju kepada UMNO. Lidah bercabang bukan lagi DUA tapi TIGA, EMPAT, ... dan mungkin banyak.
Orang Islam dianjur berpegang pada JANJI. Khianat mesti dijauhi. PAS dianjur mesti wala' pada pemimpin dan kuasa tertinggi iaitu MUKTAMAR. Tunggu apa lagi.
Ingat aku akan pepatah Melayu, "Terlajak perahu boleh undur, Terlajak kata BURUK padahnya". Ibarat LEMBU dipegang pada talinya, Manusia pulak pegang pada JANJInya.
Kalau nak orang hormat kita sebagai ULAMA, maka bertindaklah, bertuturlah, berkelakuanlah, ... seperti seorang ULAMA. Apabila ulama berbuat sesuatu yang bercanggah dengan sifatnya, maka hilanglah hormat orang lain padanya.
Aku belajar dengan TGHH waktu aku belum Islam lagi di Masjid Rusila. Boleh kata setiap pagi Jumaat, aku dan pensyarah akan berkunjung ke Masjid Rusila untuk mendengar kuliah beliau. Tapi sejak akhir-akhir ni, tindak tanduk beliau, kata-kata beliau, .... cukup merisaukan aku. AKu khuatir minda TGHH sudah terhasut oleh setan (jelmaan manusia) yang menyebabkan TGHH terkandas. Teringat aku akan kata Almarhum TGNA, keluarlah dari tong tahi jika hang nak tahu betapa busuknya tong tahi. Hang tak mungkin terhidu bau busuknya semasa berada dalam tong tahi dan dikhuatiri pulak hang akan terpalit dek tahi kat dindang tong tu. Aku sentiasa berdoa TGHH dilindungi Allah swt dari puak munafikun semakin hari semakin ramai dalam PAS ~ Cakap tak serupa bikin punya manusia.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak sebenar pewaris nabi Yusuf Qardawi tak join politik mcm ulamak Pas.

Tanpa Nama berkata...

eloklah tu.

biarkan PAS dikuasai cai semata2.

jgn malu utk bergabung dgn umno selepas ini kerana tiada halangan lagi.

terus terang sajalah utk bersama umno supaya senang PR susun strategi utk kekal diselangor dan penang pada PRU14 nnti.

ini memperlihatkan sebenarnya PAS masih dianggotai mereka yg tidak berfikiran terbuka dn bebas menilai pemimpin.

bila kepimpinan dikuasai mereka yg bernafsu, maka tunggulah huru hara sesama mereka selepas ini. ke mana pergi nya kalau kepimpinan bukan terdiri dpd pejuang tulin.

selepas ini golongan ust muda akan singkir pula ulamak2 tua dlm PAS. mereka tu slow dan dh lama sgt dok diatas, menyusahkan saja.

tunggulah saat sokong bawa rebah selepas ini. hj hadi pun tkkan selamat dpd golongan muda itu.

Tanpa Nama berkata...

aku masih keliru dengan ustaz yg jadi ajk pas pusat beliau mengajar kitab hikam dan dalam fb nya sering postkan kuliah2 hikam, apa yg aku faham tujuan kita belajar tasauf ialah utk membersihkan hati tetapi jika di lihat kelakuan dan tutur kata beliau langsung tak mengambarkan beliau seorang guru tasauf nak dikatakan anak murid tasauf pun jauh panggang dari api, dan ada seorg ustaz pula yg dahulu sorang bekas imam yg dipecat kerana menceritakan aib seorg kenamaan mati dan sering mengajar hadis di masjid2 dan di surau sekitar lembah kelang di lihat sedang melihat kertas cai, adakah ini lambang seorg yg belajar hadis adakah hadis2 yg di pelajari dan diajari sama dengan perbuatan beliau itu.mungkin ini yg dikatakan akhir zaman dimana ramai yg perasaan yg mereka ini adalah wali suci yg maksum kerana belajar agama lebih drpd kami ahli jebon2 yg dilihat bakal ahlul neraka.

Tanpa Nama berkata...

bila mereka nak letak jawatan di Sekangor, di Pulau Pinang dah letak jawatan?

Tanpa Nama berkata...

Najib perlu letak jawatan lepas raya?
raya puasa?
raya haji?
raya krismas?
jgn nak buat lawak.....

Omar Daud berkata...

Salam Semua"

Article yg menarik dan tepat: Pada saya ,yang membuatkan PAS jadi kacau-bilau ialah sistem Orginisasi PAS itu boleh di manupilasi oleh Ahli-ahli yg mempunyai nafsu pil-kUDA,dan orang-orang CINTA DUNIA.

Pertama: Jabatan DUPP : Diketuai oleh ulama2 sahaja, a).mereka dibenarkan bertanding jawatan.
b)orng2 yg berpendidikan selain daripada disiplin agama tiada di situ c)Tiada check and balance: apa sahaja yg keluar daripada mulut mereka dikatakan WAHYU.
Ke dua :JAabatan MSU: Pun seperti di atas, a/b/c adalah sama.

Sepatutnya sebagai Parti yg mengelarkan Islam, Ulamak tidak dibenarkan bertanding Mereka adalah (pewaris nabi2) tujuan mereka memeberi nasihat,Menegur,membimbing,menunjuk ajar,memberi contoh akhlak nabi-nabi dan yg PENTING mereka TIDAK memihak .Mereka bekerja hanya keredhaan ALLAH SEMATA-MATA.

DI SEBABKAN Ulamak-ulamak tadi, tidak melakukan keRja apa yg sepatutnya di lakukan oleh mereka, mereka MEMENTINGKAN CINTA DUNIA, dan beginilah jadinya,AL-Quran dan Hadith-hadith nabi di-pijak2, asalkan MATLAMAT TERCAPAI.

Sekarang dah JADI:MAHARAJA LAWAK MEGA: President kata ok berkahwan dgn Najib, timbalan kata Tak ok berkawan dgn Najib, DUPP kata putuskan dgn DAP, team-team yg berkepentingan dgn Kerajaan PR Mebantah kaji semula.
Islam tidak membenarkan membuat fitnah sesama insan, Tapi ulamak2 yg berada dlm DUPP/MSU Mebisu seribu bahas.Penipuan (chai) berlaku besar2an di depan, ulama2/DUPP/MSU Menikus.

kerana apa terjadi BEGINI????,Sebabnya orang- yg "CINTA DUNIA" MeMEmenipulasi kelemahan2 yg terdapat di dalam sistem organisasi PAS.Bayangkan 17 orng yg sama duduk dalam DUPP dan MSU.Umpama ubat gigi Colagate dan Ubat gigi Darlie Berantakkan dipasaran IklaN, TETAPI mempunyai taukeh yg sama iaitu LEVER BROTHERS diBangsar.

WALLAHUALAM.


Tanpa Nama berkata...

YANG MEMILIH SIAPA??? PERWAKILAN ....!!!!! Bukan YANG BERTANDING menanda borang undi perwakilan. Perwakilan sendiri yang tanda borang sendiri....Apa peduli pada 1000 "cai" sekali pun kalau perwakilan MATANG berpolitik ...Kalau perwakilan masih terpengaruhi oleh "cai-cai" tersebut, maka pastinya perwakilan TIDAK BERSEDIA DAN TIDAK MATANG ...YANG BERSALAH DISITU ADALAH PERWAKILAN .......MENGAPA SALAHKAN ULAMAK...????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

kita nama kan mereka sebagai

BARISAN KEPIMPINAN CAI 2015/17

Tanpa Nama berkata...

Kalau begini cara ulama menang, jangan berharap untuk mendapat redha Allah. Yang mereka dapat hanya kemurkaan Allah.

Tanpa Nama berkata...

Amaran mamak kutty pun dia tak endah...inikan pulak amaran puak PASCAI...piraaahhh...puiii..

Tanpa Nama berkata...

Sekarang di Malaysia ada dua PAS, satu PASMA dan satu lagi PASCAI...
Lepas ni sebut betul2 tau...hahahaa..

Tanpa Nama berkata...

Najib ketawa besar dgn pemilihan pas kali ini.dgn adenya tokoh racist spt zuhdi dlm barisan kepimpinan akan menyebabkan undi kaum cina akan lari drpd pas pd pru akan dtg.kerusi2 pas di sgor menjadi mudah ditawan oleh umno.

Hudud?mimpi la umno akn berkerjasama.misi menghakiskan kepercayaan kaum cina sudah tercapai.keikhlasan umno jgn diragui?haha

Tanpa Nama berkata...

Umno pernah mentadbir negara dgn undi majoriti 2/3...kalau umno ikhlas nak laksanakan hudud dah lama dah boleh waktu tu...apsal geng ularmak ni boleh percaya dgn kelentong umngok? Aduhaiii...

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah jadi Parti Politik Kartun Melayu

Presiden gila kan jawatan TPM , Timbalan Presiden mahu kan kebenaran

Sudah jadi Kartun bila Agama Islam di permain main untuk kenuntungan diri sendiri

Apa kah ini AJARAN NABI SAW ????

Tanpa Nama berkata...



.

Tambah sikit lagi. Yusuf Qardhawi yang tak tersenarai pun boleh kalah dengan Ibrahim Ali dan Raja Bomoh jika nama mereka berdua tersenarai dalam cai,

Muktamar akan datang, individu yang ingin kan jawatan cuma perlu pastikan nama mereka ada dalam cai. Tak payah berkerja kuat. Tak payah susah nak menabur jasa. Tak payah susah-susah berkempen. Ini dapat mengelak ahli dari berpecah, bergaduh dan saling tuduh-menuduh.

Cai yang ada sekarang ini sah sehingga muktamar seterus nya selagi Hj Hadi Presiden dan Tuan Ibrahim Naib Presiden. Tolong simpan senarai cai tersebut untuk di gunakan semula,

Nak sebut cai pun tak tepat sebab cai selalu nya bercampur-aduk 1/3 ulama 1/3 profesional dan 1/3 muka baru. Nama-nama pun ikut kebolehan dan jasa setiap yang bertanding. Dan cai selalu nya ada lebih dari satu senarai nama . Perwakilan ada formula dan cara untuk gabungkan untuk menjadikan kepimpinan baru sebagai satu pasukan yang kuat.

Dalam PAS lah yang paling senang sebab cuma ada dua kumpulan. Tak seperti dalam UMNO semua mengaku orang Najib dan dalam masa yang sama mengaku juga orang Muhyiddin. Kalau perwakilan ingin kan kepimpinan ulama, perwakilan tahu nak pilih siapa, tak perlu cai. Begitu juga kalau perwakilan berpendapat kumpulan profesional yang boleh bawa PAS kedepan maka perwakilan tahu siapa-siapa orang nya, tak perlu juga di caikan. Tapi kalau nak campuran ulama dan profesional, pun perwakilan tahu siap-siapa orang nya. Senarai Ustad Ah1mad Awang lah yang paling baik dia antara kedua-dua tersebut.

Cai yang di edarkan bukan cai pro ulama tetapi cai pro Hj Hadi dan Harun Din. Tidak membawa keuntungan pada PAS langsung !

Malangnya kerana perwakilan tak bijak lah cuma ada satu cai sahaja. Mereka yang tidak menguna cai atau merujuk 100% pada cai adalah perwakilan yang bijak. Kerana itu lah ,kalau ada dua atau tiga cai lagi pening sebab perwakilan tak bijak, datang dengan otak kosong tanpa persedian, duduk berjam-jam termenung tak tahu nak buat keputusan.

Eluk lah kumpulan profesional kalah sebab tidak ada guna nya jugak kalau menang sebab perwakilan yang ada ia lah perwakilan yang jenis malas berfikir. Selama ini mereka hanya menumpang kehebatan pro profesional sebagaimana sekarang mereka menumpang tindakan bodoh yang di buat oleh pro ulamak.

Kepada Allah kita kembalikan.





Tanpa Nama berkata...

Setuju..haha..

Tanpa Nama berkata...

Pas parti "Cai" /maharaja lawak betul
Para perwakilan Pas, tak ubah cam parti lagi satu.

wan amero berkata...

Ambo setuju boh.

Tanpa Nama berkata...

Parti Islam Semalaysia da x wujud..

yg wujud skg..

Parti Siku dan lutut Semalaysia..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya ulama mengajak perwakilan bersolat istikharah untuk pemilihan, bukan beri cai.

Tanpa Nama berkata...

Betulke mereka tu ulamak.Hanya dlm Pas sajake yg ada ulamak.Tgk senarai mcm cai Toto.

Tanpa Nama berkata...

Mana tong taik Mokhtar Senik dan geng taik dia.Pemecah belah Pas.Berhati2 dgn pro Umno ni yg ada agenda nak jawatan Menteri tp banggang!!!

Tanpa Nama berkata...

Sebab perwakilan yg banggang2 dah terkena air jampi!!;

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi tu siapa?Tak de jasa dlm pas selama ni!!!Hanya publisiti tail!!

sb dehlawi berkata...

btul ke zuhdi ni masih keje dngn um, ?

Tanpa Nama berkata...

'cai' ialah teknik yg popular setoap kali mezyuarat agung umno bhgn

Tanpa Nama berkata...

Ahli-ahl dan penyokong-penyokong PAs yang anti Ketua-ketua Bodoh dan Bengap mesti simpan senarai cai ini. Tujuannya ialah supaya menjadi ingatan kepada anak cucu,saudara mara dan sahabat handai. Kalau mereka ini dan beberapa orang lagi bertanding jangan undi mereka. Kalau mereka beri ceramah di masjid tuan-tuan boleh angkat punggung dan balik. Jangan dengar cakap-cakap orang yang cakap tak serupa bikin. Jangan bagi kuasa pada mereka. Bayangkan kalau mereka kawal pentadbiran, kawal institusi ugama termasuk pusat zakat dan wakaf. Tak boleh percaya langsung. Mereka inilah semuanya suka bergabung dengan organisasi yang banyak memberi susah kepada orang-orang PAS!! Oh ye ramai orang geng ni cari makan kat masjid-masjid Selangor. Lu orang jangan datanglah. Pergi cari makan kat masjid Rusila!!

doncin cai berkata...

Hehehe

doncin cai berkata...

Magnum Toto selalu kutu2 chai nombor..
forecast untuk first prize
chai pas ni tentu le ada dua...
..gamaknya mat sabu pun ada list chai nya.. lantak ko le Pas

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu tak boleh buat chai. Hj Hadi pun tak boleh buat chai. Najib ke Muhyiddin pun tak boleh buat chai.

Yang buat chai ni ialah Naib Presiden kerana kalau boleh mereka nak naik cepat dan pasti kan selamat. Kita ambil contoh Abduh. Dia mungkin chai salah seorang Naib Presiden untuk muktamar akan datang. Itu sebab pemilihan akan datang akan lagi dahsyat dari tahun ini. Kan Hj Hadi dah semput, kalau tak ada pertandingan Tuan Ibrahim lah yang ganti. Abduh pun selagi Hj Hadi dan Tuan Ibrahim ada, dia akan guna kesempatan untuk kepentingan dia di masa hadapan.

Ini lah jadi masalahnya bila dalam pemilihan kali ini Presiden diamkan aje hal-hal yang melanggar akhlak Islam. Apa lagi yang mulakan chai ialah ulama sendiri.

Walaupun chai pro ulamak ada masalah tetapi tak seteruk chai untuk pemilihan akan datang. Chai akan datang ada bermacam-macam senarai. Kalau perwakilan bijak mereka dapat aturkan satu pasukan yang mantap. Tetapi yang di takuti bila banyak chai jadi macam UMNO, Untuk menang perlu duit, bukan sikit. Maka samada calun cari sponser atau sponser cari calun. Dalam pemilihan PAS yang akan terjadi ialah sponser cari calun, ia itu UMNO. Buat masa sekarang UMNO belum lagi jadi sponser sebab mereka guna modal hudud dan yang akan mereka ingin kalahkan cuma satu pasukan iaitu pro prefessional.

PAS dah berada di jalan betul. Bila perkara ini terjadi baru lah MSU dan DUPP mengambil usaha memperbetulkan keadaan. Berulang-ulang memberi peringatan dan mereka yang bertanding di ingatkan supaya berjuang atas landasan yang betul. Ini dapat mengelak dari anasir-anasir dan pengaruh luar mempengaruhi PAS.Tapi benteng ini telah roboh !

UMNO sudah mengatasi masalah ini. Dalam UMNO sudah tidak ada orang Najib atau orang Muhyiddin. Kedua-dua mereka tidak ada masalah masuk ke mana-mana bahagian atas jemputan calun yang bertanding. Perwakilan pun tak tahu siapa orang Najib dan siapa orang Muhyiddin dan secara automatik terhapus lah kem-kem orang ini orang itu.

Tapi dalam PAS pulak yang buat macam UMNO buat dulu. Ustad Ahmad Awang sendiri tak boleh beri kuliah dalam mesjid dan yang terakhir di mesjid TGNA sendiri. Ahli-ahli dah takut nak hadir majlis Ustad Ahmad Awang.

jadi perwakilan kena tahu semua ini supaya PAS tak lebur jadi debu yang berterbangan.