9 Jun 2015

Tahniah Dr.Mujahid, Lepas Jawatan Dalam K'jaan P.Pinang.


Mujahid pula letak jawatan dari k'jaan DAP

Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.

Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

"Ya, semua jawatan rasmi,” katanya ketika ditanya sama ada beliau benar-benar mengambil keputusan itu.

Mohamad dalam ucapan penggulungan di muktamar PAS 6 Jun lalu mengumumkan akan meletakkan jawatan daripada kerajaan Pulau Pinang selepas usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas.

Beliau berkata berbuat demikian sebagai tanda taatkan ulama.

'Undurlah demi maruah'

Mujahid kini menyandang jawatan sebagai anggota lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang dan ahli lembaga pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, bawah kelolaan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Katanya langkah itu diambil selari dengan keputusan muktamar dan berharap pemimpin lain mempunyai semangat sama.

"Saya letak jawatan kerana saya dilantik atas kapasiti parti,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataannya awal malam ini, Mujahid berkata usul dalam muktamar baru-baru ini bermaksud PAS sudah hilang kepercayaan kepada Pakatan.

“Sebagai memenuhi keputusan muktamar yang merupakan keputusan tertinggi parti adalah bermaruah saya melepaskan jawatan yang dilantik atas kapasiti parti,” katanya,

“Semoga keputusan ini memberi semangat kepada rakan-rakan lain yang terlantik atas kapasiti parti PAS sebagai salah satu anggota kerajaan Pakatan untuk melepaskan jawatan bagi memelihara maruah parti yang disayangi dan terhormat." -mk


Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik

Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

“Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

“Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan,” kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad. Dewan Ulama pula berkata usul mereka “mencadangkan”, bukan “menegaskan” seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

“Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura,” katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BN di Selangor “tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan”.

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

“Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS,” katanya lagi.

“Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam.
-TMI


ULASAN GB

Mahfuz: Hujah putus dengan DAP kuat, Islamik

Pengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.

Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.

“Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.

“Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan,” kata Mahfuz.

Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad. Dewan Ulama pula berkata usul mereka “mencadangkan”, bukan “menegaskan” seperti diluluskan.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama.

Jadi parti pro-Pakatan saja?

Sementara itu, Mahfuz juga berkata beliau tidak fikir anggota Dewan Ulama yang turut menganggotai Majlis Syuara tidak akan mempertahankan keputusan muktamar yang berpunca daripada usul mereka sendiri.

“Jadi (perkara) ini harus dilihat. Tapi apa-apa pun saya serah kepada Majlis Syura,” katanya.

Sambil mengulas beberapa kemungkinan yang akan berlaku di Selangor, Mahfuz berkata beliau tidak fikir PAS akan bekerjasama dengan BN di Selangor “tetapi boleh jadi satu komponen yang mesra Pakatan”.

Ditanya sama ada PAS akan membuat pusingan U dengan keputusan itu, Mahfuz menjawab tindakan itu sukar dilakukan.

“Kalau u-turn persepsi orang Islam akan melihat sebaliknya terhadap PAS,” katanya lagi.

“Saya melihat pada pandangan (menyebut) orang akan menyatakan PAS hanya pentingkan kedudukan kerana ada keuntungan dan sebaliknya, sedangkan PAS ini dia punya hardcore ialah orang Islam.
-TMI


TAHNIAH dan SYABAS kepada Mohd Sabu dan Dr.Mujahid. Anda berdua membuktikan bahawa anda bukan orang yang gila jawatan dan lebih mementingkan maruah parti.

Betul-betul profesyenal.

Kita menunggu mereka yang kumpulan "pro-ulama" untuk meltakkan jawatan, tetapi nampaknya sehigga ke hari ini mereka berdolak-dalik... terkedu sendiri dengan tindakan muktamar yang telah meluluskan tanpa bahas putus kerjasama dengan DAP. Tak bermaruah dan takut kebuloq jika letak jawatan.

GB sudah ulas sebelum ini:

Isk, dah buat terkejut pulak Ketua Dewan Ulamak, Dato Mahfodz Mohamed terhadap respons Ketua Menteri Pulau Pinang susulan usul tergempar memutuskan hubungan dengan DAP yang diterima muktamar.

Mula-mula bukan main tegas lagi beliau menyatakan bahawa "usul putus berkeanaan membutikan PAS bukan kuda tunggangan DAP." Mursyidul Am PAS yang baru, Dr. Haron Din pun sebelumnya menyatakan, tahaluf siyasi dengan DAP seperti tiada kebaikan (maslahah)...


Bila Ketua Menteri Pulau Pinang beri respons, masing-masing kelam kabut pula buat kenyataan bahawa keputusan itu belum muktamad lagi.

Di dalam ucapannya juga, Ketua Dewan Ulamak ada menyatakan keputusan memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP adalah permasalahn "hukum". Oleh itu ia akan dibincangkan oleh Majlis Syura.

Sedangkan yang membawa usul berkenaan ialah Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan disokng oleh Nor Azli Musa, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak.

Takkan kedua-dua "ulamak" berkenaan tak tahu bab hukum sehingga terpaksa ianya dimesyuaratkan semula mengenai hukumnya oleh Majlis Syura?


Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berdasarkan bahawa usul berkenaan telah diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar. Di dalam apa-apa parti sekalipun di negara ini, "keputusan muktamar" itu adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Malah kewujudan Majlis Syura Ulama itu juga boleh dihapuskan dengan keputusan Muktamar.

Malah jika dirujukkan kepada ROS pun, ROS akan menyatakan keputusan Muktamar atau Mesyuarat Agung adalah kata putus bagi setiap perbalahan di dalam pertubuhan. Itu sebab mengapa, apabila terdapat pertubuhan yang terlibat dengan perbalakan, ROS akan mengarahkan diadakan mesyuarat agong semula.

Kewujudan Majlis Syura hanya untuk menampakkan PAS sebagai sebuah "gerakan Islam". ROS hanya mengesahkan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik bukan sebagai sebuah gerakan Islam. ROS adalah Registrar Of Sociiety, bukan Registrar Of Islamic Movement. Dari sudut pertubuhan, keputusan muktamar itulah yang paling tinggi dan itulah yang dinyatakan di dalam Perlembagaan PAS Fasal 7.


Maka itu tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah betul dari perspektif sedemikian, demikian juga pengumuman perletakkan jawatan Mohd Sabu dengan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Kemudian Datok Mahfodz Mohamed menyatakan bahawa: "Saya tak jangka (perkara ini) kerana yang kita risau sebelum ini ialah di Selangor. Sebab, kalau Selangor tak ada (PAS), ia goncang sedikit."

Ini membuktikan bahawa tak timbul persoalan hukum. Yang ada ialah kepentingan "cari makan". Bimbang pula keadaan di Selangor jika putuskan hubungan dengan DAP kerana dengan penerimaan usul berkenaan, mereka yang memegang jawatan di dalam kerajaan negeri Selangor pun akan terpaksa patuh keputusan muktamar.

Kita akan dapat menjangkakan bahawa Majlis Syura dan AJK PAS Pusat akan melakukan U-TURN untuk membatalkan usul muktamar berkenaan bagi menyelamatkan kedudukan ahli-ahli PAS yang kini memegang pelbagai jawatan di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor. Bukan soal hukum tapi soal syuru...

Inilah akibatnya bila ulamak-ulamak yang tidak profesyenal berada di dalam PAS dan golongan profesyenal di dalam bab undang-undang disisihkan malah diejekkan dalam muktamar oleh perwakilan. Yang ada ulama-ulama yang buta perlembagaan dan buta undang-undang. Ia petanda bala dan malapetaka bakal menimpa PAS. Jika sebelum ini banyak kes yang menang di mahkamah yang melibatkan PAS dan pemimpinnya termasuk kes Presiden PAS sendiri, kerana adanya profesyenal undang-undnag di dalam PAS. Maka selepas ini dapat dijangkakan ramai pula yang akan tewas di mahkamah dan masuk penjara bila profesyenal disisihkan. Yang ada dalam PAS kini ialah tukang fitnah, tukang jerit, tukang ejek, tukang ketawa dan tukang caci yang otaknya mereng, juga sama seperti pejuang-pejuang rasis seangkatan PEKIDA, Jaringan Melayu Rani Kulop, PERKASA dan seumpamanya.

Kita sama-sama tunggu dan lihat kesudahannya nanti.

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulamak pas mmg xblh pakai.kita tgk je la ragam ulamak pas ug ni.yg rajin bkerja dbuang.yg rajin membodek dilantik.kita lihat je apa jd nt
Balasan Allah tu sekejap je.yg professional jgn tunggu lg.ramai mengharapkan anda lebih maju bersama Pasma....

Tanpa Nama berkata...

Huahahahaha! Bodohnya ulamak PasUG ni..kenapa aku rasa malu dgn puak2 ni tak tahu la..sebagai org islam dan melayu.kes ini menampakkan kita ni tak bijak..tolol! Ambik ubat! Nak sgt sokong ulamak tolol..dah semua jadik tolol!

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dunia jahanam kan perpaduan/
Lepaskan jawatan,toko pemimpin yg dikagumi ,berani BERTANGGUNGJAWAP ,
Moga Allah mudah kan Urusan pemimpin begini.Amin

Omar Daud berkata...

Salam Semua


HUKUM TUHAN (FITNAH) PUN DEPA LANGAK, Inikan pula perlembagaan yg ulamak(chai) buat sendiri. ALLAH memang nak tunjukkan pada ahli-ahli PAS khususnya dan ) rakyat malaysia amnya, bahawa ULAMAK (chai) PAS ,Tidak boleh dirujuk oleh orang2 islam di Malaysia.Ulamak-ulamak yg ikhlas tidak berparti/dan merebut jawatan sahajalah boleh di rujuk.

Sampai sekarang,kumpulan2 ulamk (chai) sorang pun belom lagi tender resignation letter,MALU..MALU..MALU..LAH KAT AHLI2, KALAAU TAK MALU KAT TUHAN,SIANG MALAM DOK HINA PR, BAB JAWATAN..(MENIKUSS)

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul mereka ulama akhirat, mereka mesti kuat aqidah dan percaya jawatan itu semua pinjaman dari Allah, sekarang Allah nak ambil balik, apa ada heran, takut pada Allah atau takut hilang jawatan? nak tengok mereka percaya pada kuasa Allah atau kuasa duit, masa muktamar cakap bergegar, sangup pertaruhkan nyawa untuk Islam, presiden pun dah kata Pas berjuang bukan nak menang tapi nak cari redho Allah, sekarang kamu kena redho atas ketentuan Allah, jangan memalukan maruah ulama dan Islam.

Ridd berkata...

Bakor YB bakor ....haa bakor...bakor lagi. Jangan risau lah PAS ada SIKU ada LUTUT ada kepala LUTUT ada OTAK KAT LUTUT ada AKAL KAT SIKU. PAS parti yang KUAT Rakyat sudah tidak perlu PAS. Yang Amat memerlukan PAS adalah UMNO. PAS KUAT....ANDA JADI....PAS KUAT Nooooo. DAP apa barang asyik buat duit saja bodek tak pandai asyik bikin kerja non stop. INI PAS lah tak payah kerja keras tapi MASYUUUK.

Walau bagaimana pun saja puji YB dan rakan2 YB yg lain meninggalkan bangku dengan penuh kejayaan bersama PAS. Tak lupa juga Tahniah diatas keberanian panglima Tn. Muhammed Faiz Fadzil Noor , Tetuan Kota Raja dan dari juga tetuan dari Terengganu (ketereh kut) Tetuan semua telah menunjukkan kepimpinan yang benar Ikhlas dan berani.

Tahniah semua yang kalah hakikat Anda semua telah menang hingga membawa jutaan Ahli didalam PAS.

Cuma KETUA AMANAT yang masih panas dengan sulaan menantu dan rakan2.

Baru KAWAN faham PAS ni bukan parti POLITIK tapi GERAKAN ISLAM. Register saja politik.....disebaliknya adalah GERAKAN. pandan ler hina orang kau kau...!

Saadun Sulaiman berkata...

Saya di faham kan bahawa sebelum muktamar Nik Omar(brother to Nik Beduh) telah mengundang Dato' Ahmad Awang untuk memberikan kuliah di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Malang sungguh, beberapa jam sebelum kuliah, Datuk Ahmad Awang telah menerima "SURAT CINTA" agar kuliah tersebut di batal kan. "SURAT CINTA" tersebut konon nya adalah dari arahan Y.B Pasir Mas. Boleh kah spesis saperti ini di panggil "ULARmak" kerana peranggai nya dengan allahyarham TGNA, saperti langit dengan bumi.

Tanpa Nama berkata...


Di suatu hari....PAS bergabung dengan UMNO...

Maka jawatan2 dalam kerajaan pun akan di rombak, memandangkan UMNO sudah dapat isteri baru(PAS), maka berbagai-bagai persiapan pun di buat
utk menyambut kedatangan Isteri baru. MCA mungkin terpinggir ketika itu sebab mereka tidak mau jawatan dlm kerajaan di sebabkan prestasi buruk ketika PRU13.Maka MCA hanya mengintai sahaja sambil menggigit jari.

Dalam mesyuarat kabinet nanti, Ostad Hadi akan duduk bersebelahan Najib. Maklumlah Isteri baru lah katakan...
So mesyuarat berlansung dlm keadaan harmoni dan tenang, maklumlah PAS kena WALA pada pemimpin baru mereka, dan menurut PAS lagi mereka tidak boleh melawan kerana Allah tidak menyuruh mereka menentang UMNO kerana tidak ada dlm hadis.

Maka jawatan2 pun mulalah diagihkan kerana rombakan kabinet, so pakat-pakatlah berebut, Ahmad Maslan mula mencelah
jawatan beliau yang lama seeloknya di berikan kepada Din Ayam. Ini jawatan tidak boleh di beri sebarangan, sekurang-kurangnya CGPA mau paling ciput pun 3.85, maka menteri2 UMNO yg lama dalam UMNO pun sudah lama membuat target jawatan2 yg mau mereka pegang selepas ini. Maka bangkit pulak bekas timbalan menteri kepenggunaan iaitu Hasan Malik, beliau juga berkata Din Vellfire paling layak duduk tempat beliau kerana tugasan ini memerlukan pergerakan yg pantas ke Selatan dan Utara. So Din Vellfire memang layak memandangkan beliau sudah lama melakukan tugasan ini.
Tugasan ini juga tidak memerlukan kepandaian sgt kerana apalah sangat nak menerangkan kenaikan harga minyak dan barang2 keperluan isi rumah setiap hujung bulan.

Jamil Khir pun sudah mula mau menukar kementerian, so dia pun offerlah pulak
jawatan ini kepada Ostad Hadi, kerana beliau sememangnya dan orang yg
paling layak menduduki tempat tersebut.Ostad Hadi dengan muka merah padam
Ostad Hadi pun mula bersuara...Jawatan aku dalam PAS ialah Presiden,
tak kan hanya bagi jawatan menteri sahaja?? Aku paling layak sekurang-kurangnya
Timbalan Perdana Menteri tempat Muhiddin anak yassin tu.Mendengar kata2 Ostad
Hadi tersebut, maka Muhiddin mula bangkit menepuk meja..Heyy...siapa engkau
berani benar mau menduduki tempat aku tu ha?? Ostad Hadi pun dengan tersengeh-
sengeh bangun berkata Datuk Seri Najib yg suruh aku pegang jawatan itu.
Najib yg pada mulanya "Someting to hide" pun berkata "Nothing to hide".
Kan engkau pernah berceramah mengutuk aku hari itu di belakang aku dulu,
apa engkau lupa?? Muhiddin pun mulalah down balik mendengar kata-kata itu.

Macam nie sahajalah, Ostad ambil menteri kewangan 1, yang mana perlu membersihkan hutang-hutang 1MBD manakala
Muhiddin diturunkan pangkat kepada menteri kewangan 2, membantu ostad dan memulihkan hutang negara yang sekarang
ini sudah 700Billion.
Ostad Hadi dan Muhiddin saling memandang antara satu sama lain. maka sama-sama menyoalkan Datuk Najib,
habis siapa yang akan peggang jawatan Timbalan???
Najib berkata, jawatan itu akan aku akan peggang.
Ostad Hadi dan Muhiddin muda kurang faham, bertanya lagi mereka, siapaaaaa??
Timbalan aku lah!! Perdananya siapa??
Tak kan tak faham lagi kot? Kak Ros lah.

Lebai burger

Tanpa Nama berkata...

CABARAN...semua alamak or ustaz termasuk suku sakat presiden yg ada dlm kjaan sgor dan glc sgor LETAK JAWATAN...malulah awak bangsa malay agama Islam tapi x patuh pd arahan muktamar@meeting agung....kemonlah ustaz/ustazah smua....locklah surat letak jawatan cepat....ge14 hangpa tengoklah....hilang dah undi utk pasulamak....

hussain lempoyang berkata...

Saya tak mampu nak berkata apa-apa hanya mampu tersenyum sendiri,melihat orang yang gila talak. Masa jatuk talak tak fikir......

Tanpa Nama berkata...

LAGI NAK BUAT HUDUD KAT KELANTAN MAMPUKAH MEREKA BERLAKU ADIL DALAM MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SAYA RASA MEREKA TIDAK MAMPU.CONTOHNYA BARU SAHAJA KITA LIHAT DALAM MUKTAMAR YANG LEPAS.JANGAN SOKONG PAS UTK MELAKSANA KAN HUDUD DI KELANTAN KERANA BANYAK RAKYAT KELANTAN AKAN DI ZALIMI.

Tanpa Nama berkata...

Pakar-pakar jual agama yang berjawatan atas lantikan politik tengah sibuk sekarang. Diorang tengah sibuk dok godek2 quran ngan hadis, cari kot-kot ada yang boleh buat hujah batalkan usul tersasul tu(baca usul tak pikir panjang). Ikut perlembagaan pas, hanya islam sahaja yang boleh cancel ketetapan muktamar sebelum muktamar berikutnya.

Tanpa Nama berkata...

PAS..Parti Islam Semalaysia..ni zaman arwah fadzill noor dan arwah tgna...

PAS..Parti Siku dan lutut Semalaysia..ni zaman pasca muktamar 2015..

beza x???

Tanpa Nama berkata...

Kalau ditakdirkan PRU diadakan di Selangor kerana adanya
perangai ahli Pas yang tak senonoh termasuk presidennya,
gua kira mereka akan merana sebab satu kerusi pun tak dapat.
Silap-silap Bangi yang majoritinya Melayu pun hangus.
Allah dah murka dah...

Tanpa Nama berkata...

Ini lah cara orang melayu berpolitik . sebab itu la org cina dah boleh baca sikap org melayu.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah geng ulamak chai..PRU 14 korang turun berkempen sorang2 kat tmpt majority anti-PAS baru rasa azab nak tarik undi diorang dihujani caci maki.aku dah letih buat keje sia2...semoga Tuan guru Amanat tido lena ...chai dah mengena...

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha... melepas.

Tanpa Nama berkata...

KEPADA YANG BERJAWATAN DI PULAU PINANG DAN SELANGOR YG ADA KAITAN DGN PR diseur PATUHILAH kehendak Dewan Ulama dan Muktamar khasnya. Tinggalkan lah jawatan dan letaklah jawatan termasuk yg dibawah bawah spt JKKK. TU CARA BAIK TP TAK PAHAM JUGA NI NAK HALAU "WOIII pegi belah la dengan la apa nak oleh Muktamar, kebuluq duit ka.... NI hampa di uji NAK PILIH RINGGIT KA PILIH ULAMA " Cakap degar degar Isle Isle Isle tapi Akhlak macam Pundekkkk lu orang. Pilih RINNGGIT KE ULAMA/MUKTAMAR.

barua/tolol/boo dah jd akhlak ustad/ulama pas ni rasanya.
"KITA KAN KAH DAH KUAT KATA MAT SABU"

Tanpa Nama berkata...

Contoh manusia ada prinsip hidup dan pegangan spt Mat Sabu dan Dr Mujahid. Jgn nilai manusia dari segi luaran walau serban berat berkilo2 hati busuk hitam pun tak guna.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang pakat hentam puak ulama dalam Pas.Tu dah memang patutpun.Tapi walau apapun puak2 ni berjaya dan mendapat hasil sebagaimana yang drancang.Namun puak2 progressif pun sama juga.Walaupun mereka tau mereka telah diTUBA tapi masih terhegeh2 macam beruk Mat Yeh.Ini bukan masa buat statement ini masa untuk bertindak BODOH!!.Dulu kita smua sayang ko Pas kerana yang kita rasa Pas betul2 Islamik tapi kini tidak lagi Pas Hanya Parti yang memperalatkan Islam untuk raih sokongan manusia yang cintakan ISLAM.Pemimpinnya kini ssuanya Munafik.DUNIAWI BELAKA.Kini Puak2 Ostad Dan Ularmak Pas ni dah Kenal SAMAS LIMA PULUH SEN.Bukan Pas saja tempat wadah perjuangan kecali mu sayang ko Pas kerana nak cari makan dalam PAS macam puak2 Ularmak dan Ostad caprak tu.Kalu puak2mu nak betul2 nak berjuang untuk RAKYAT marhein supa ambo ni tunggu apa lagi.Puak2mu pun tau Hak Dok megang Pas La ni Lempar dah puak22mu.Dalam kehidupan Binatang lebih Berperinsip.Yang mrnang akan jadi dominan yang kalah terus bawa diri cari kawasan baru.Jadi puak22mu bila lagi BODOOOO jangan lah dok terlengak situ lagi.Puak2mu bolih buat Ambo dan anak cucu ambo nak tumpang sekaki.Hancurkan UMNO DAN PAS UNtuk sebuah negara yang bermakna dan berealiti.RAKYAT SUDAH LAMA DIPERLEMBUKAN OLIH AHLI@ POLITIK CELAKA!!!!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Saya mengandaikan bahawa Ketua Dewan Ulama Pas dan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan bijak pandai yang arif memahami undang-undang tubuh parti. Undang-undang tubuh menyatakan bahawa "keputusan muktamar" adalah "keputusan yang tertinggi" bagi sesebuah parti politik. Muktamar Pas 2015 di Kuala Selangor telah bersetuju sebulat suara dan tanpa bahas untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Ini bermakna secara rasminya hubungan Pas dengan DAP tidak wujud lagi. Keputusaan muktamar adalah keputusan tertinggi parti mengatasi keputusan Majlis Syura Ulama. Jadi Pas tiada pilihan, selain daripada memutuskan hubungan dengan DAP.

Barangkali juga Majlis Sura Ulama Pas merasakan kedudukan mereka melangkaui Keputusan Muktamar Parti. Inilah natijahnya jika kita mengandaikan ulama bijak serba-serbi. Memang kita tidak dapat nafikan bahawa ulama pakar hukum-hakam agama tetapi mereka jahil tentang undang-undang tubuh parti. Sewajibnya ketua dewan ulama merujuk kepada Hanipa Maidin atau Asmuni Awi mengenai undang-undang parti berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh ROS (Registra of Society). Jika Pas tidak memutuskan hubungan dengan DAP bermakna parti ini mengingkari keputusan muktamar parti. Lebih dahsyat lagi ROS boleh membatalkan atau mengharamkan Pas jika tidak melaksanakan keputusan yang telah dipersetujui sebulat suara melalui muktamar.

Betapa malangnya Pas mempunyai pemimpin yang tidak memahami undang-undang tubuh parti sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akhirnya memakan diri. Slogan untuk menyahkan pemimpin-pemimpin "pro Pakatan Rakyat dan agen DAP" dari Pas berjaya, namun akhirnya mengakibatkan pelahap-pelahap jawatan politik di Selangor bakal kehilangan sumber kekayaan. Kalau Pas parti yang menjunjung tinggi keputusan muktamar seharusnya pemimpin-pemimpin Pas di Selangor melepaskan jawatan exco dan jawatan-jawatan politik yang lain. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut hilang kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!!! ini baru jantan, bukan main siku dan lutut......

Tanpa Nama berkata...

Fulus fulus!!!!, mana boleh letak jawatan di Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Ini lah politik org melayu,selagi xnk berubah,jgn salahkan cina DAP kafir jahat dan sebagainya.Melayu itu sendiri yg malas berfikir,berfikir cara cai....pastu ikut wala, kenapa nk wala?kerana malas berfikir...pas kembali semula ke zaman gelap.tahniah pas...eloklah pas keluar pkr kata kuat sangat kan

Tanpa Nama berkata...

Betul boh... Duk bergelewak buat gapo lagi. Jadi melukut tepi gantang

Tanpa Nama berkata...

kerana mulut badan binasa, kerana bodoh sendiri yg susah.

ckp tk fikir, nk fikir mcmana kalau dh rasa btul saja, rasa maksum.

tk fikir implikasi nya terhadap jwatan2 politik di negeri2 PR.

mcmana ulamak PAs nk perintah negara 'islam' malaysia kunun. nnti kerana mulut bodoh tu negara huru hara.

sila ust2 PAS lantikan politik di negeri2 PR tunjuk wala' pada ulamak segera. letak jawatan mcm org bermaruah mat sabu dn dr mujahid.

lepas ni pegilah merayu kt umno nk makan. akhirnya ust2 UG akan kata 'TAKDE UMNO TK MAKAN KITA'.

hahahaa sudah makan diri.

kata2 hikmat mat sabu...KITA(PasUG) KUATKAN, APA NK AMBIL KIRA ORG LAIN'.


seorg pengemis yg bijak lebih wajar jadi pemimpin dpd seorg ulamak yg dangkal.

Tanpa Nama berkata...

tqvm Dr Paridul atas tulisan yg mantap.

tp org mcm tuanlah yg memang dimusuhi UG.

timb presiden kata susah nk buat keje sebb professional berhujah mantap.

'kerja' maksud dia tu adalah utk bercinta dgn umno.

maka dgn ini wajiblah PAS memutus semua hubungan dgn PR atau kena tindakan ROS.

maka apa lagi halangan utk bersama umno?

halangannya adalah 'habis madu sepah dibuang'

tp umno belum puashati selagi selangor dn penang dikuasai PR.

maka itu dgn tidak ade maruah nya, dgn munafiknya pemimpin PAS kata 'masih bersama PR' tapi mengkhianati PR.

jgn percaya org yg bermuka2. lebih2 lagi kalau berimej pak lebai.

cemar islam cemar melayu kerana dungunya pemimpin PAS.

kita akan dapati PAS akan terus berpecah belah lebih teruk dpd umno selepas ini. ini kerana nafsu shahwat sedang menguasai setiap mereka.

... dan kemurkaan Allah. keredhaan Allah ke kalau perangai penuh fitnah melabel dan dusta?

Tanpa Nama berkata...

Perlembagaan Pas sah atau tidak /
Suara perwakilan yg mengundi pemimpin baru /100% tu kata cerai talak 3.
Memang patutnya Selangor dan PP AHLI pas letak jawatan dlm jerajasn negeri .
Kecuali mereka keluar dai Pas.
Rakyat dah bosan dgn president yg tak pegang amanah sebaik2nya

Tanpa Nama berkata...

Dr Mujahid adalah satu-atunya orang intelek PAs yang aku kagumi. Pemikirannya memandang kehadapan. Ide bernas dan tutur kata tersusun. Cara berpolitik beliau tidak sesuai kepada pengikut-pengikut yang malas membaca, kaki bodek, suka makan free dan IQ yang rendah. Dr berehatlah dulu. Saya sekeluarga menanti-nanti terbit sebuah buku berbentuk ilmiah yang mengupas krisis ini untuk dijadikan koleksi perpustakaan kecil saya sekeluarga. Semoga Allah s.wt. memelihara tuan sekeluarga dan mengampunkan dosa-dosa kita. Amin.