22 Mei 2015

[VIDEO PANAS] TPM: Tiada Syarikat Di Dunia Tanggung Beban Seperti 1MDB


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata tidak berpuashati dengan cara Datuk Seri Najib Razak menangani isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berucap di hadapan pimpinan tertinggi Umno, Muhyiddin bukan sahaja mahukan ahli Lembaga Pengarah syarikat itu dipecat, bahkan menggesa mereka disiasat polis.

“Saya bukan nak menunjukkan kehebatan saya atau nak menunjukan saya benci kepada pimpinan atau tak sebulu dengan presiden saya… tidak. Saya hormat. Sebagai manusia saya kena hormat.

“But this a real problem..bagaimana dalam tempoh yang begitu singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban sampai RM42 bilion.

“Saya beritahu perdana menteri..Sack all those guy Board of 1MDB..buang mereka.

“Saya nak sebut di sini supaya ahli parti faham..Pasal mereka yang menyebabkan perdana menteri terpaksa menanggung (beban),…tapi ( masih) tak buang lagi…,” ujarnya dalam nada kesal.

Ucapan itu dirakam dalam satu video yang dimuatnaik di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Dalam video bertajuk ‘Luahan Hati Timbalan Presiden Umno-1MDB’ itu, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk naib presiden.

Antaranya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68.

Dalam rakaman itu, Muhyiddin turut mengakui bahawa 1MDB membayar kadar faedah sehingga RM200 juta setiap bulan.

“Tak pernah saya terfikir mana-mana syarikat dalam dunia tanggung beban seperti berlaku di Malaysia. Buang lah CEO ini.. buang..

Dan bukan buang, panggil polis siasat. Ambil tindakan. Jadi rakyat tengok..Baru lah pimpinan kerajaan rasa bertanggungjawab.

“Ambil tindakan serius. Kalau tak buat begitu ini akan membebankan bawa kita jatuh ke bawah..,” ujarnya disambut sorakan pimpinan Umno yang hadir.

Muhyiddin dalam rakaman itu bagaimanapun menafikan plot untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dengan merujuk dakwaan pertemuan antara beliau dengan beberapa pimpinan Umno di Milan, Italy. -KD


Umno buru dalang dedah video Muhyiddin

Umno sedang menyiasat dalang di sebalik penyebaran rakaman ucapan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan semua anggota lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Setiausaha kerja parti itu Datuk Ab Rauf Yusoh memberitahu SuaraTV bahawa siasatan itu dikendalikan oleh Naib Presiden Umno Datuk Zahid Hamidi kerana penyebaran itu tidak harus berlaku.

“Saya difahamkan Datuk Zahid sedang menjalankan siasatan berhubung penyebaran rakaman tersebut bagi mencari dalang yang merakam dan menyebarkan ucapan tersebut.

“Menurut garis panduan yang ditetapkan program latihan seperti itu tidak boleh dibuat sebarang rakaman apatah lagi untuk menyebarkannya kepada umum,” beliau dilapor sebagai berkata.

Laman itu juga melaporkan bahawa ucapan itu tidak harus diraikan kerana program itu – dikenali sebagai KERIS 2314 – sepatutnya menjadi senjata BN untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum.

Semalam, ketika Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Parlimen, sebuah video dimuat naik di Internet.

Ia memaparkan ucapan Muhyiddin yang mahu semua lembaga pengarah 1MDB dipecat.

Beliau kemudian menjelaskan perkara itu cuma pandangannya dan bukan perkara baru.

Kenyataan itu dilihat memberi tamparan kepada Najib memandang 1MDB lahir hasil cetusan ilhamnya.

Program Umno diperketat

Sementara itu, portal pro-BN MyKMU melaporkan Zahid sebagai menjelaskan berkaitan rakaman yang dikatakan dibuat di Janda Baik, Pahang, itu.

“Sebagai pengerusi Biro Latihan Umno Malaysia saya telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap punca rakaman dan penyebaran,” katanya yang juga menteri dalam negeri.

Zahid juga dilapor menjelaskan bahawa beliau meminta tindakan segera diambil kerana merosakkan imej program dirangka mereka.

Perkara lain turut dijelaskan, termasuk:

(1) Ia dilakukan oleh seorang timbalan ketua bahagian yang tidak sepatutnya hadir. Rakaman disebarkan di kalangan rakan-raknnya di bahagian dan dalam aplikasi mesej Telegram timbalan ketua Umno bahagian.

(2) Ucapan Muhyiddin di luar rangka kursus hadir atas kapasiti sebagai ketua Umno bahagian Pagoh.

(3) Mulai siri ke-12 program KERIS 2314, sekretariat tidak akan membenarkan telefon bimbit dan sebarang alat rakaman dibawa masuk ke dewan kursus.

(4) Sebelum ini dan selepas ini tidak akan ada ucapan perasmian atau penutupan selain daripada pihak sekretariat.
-mk


INI VIDEONYA


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MOHIDEEN NAK BAGI TAU ORANG ORANG URUS 1MDB TU SE BODOH BODOH UMAT

DI PAPUA NEW GUINEA PUN TAK ADA ORANG BAHALOL MACAM DALAM SYARIKAT 1 MAT DAH BAHALOL (1MDB)

NAJIB KALAU ADA MARUAH PATUT PENCEN

TAPI ADA BON BON , TOHAN PUN TAK TAKUT

KESIAN ARWAH SITI AMINAH

Tanpa Nama berkata...

ini jawapan orang gian nak kahwin ..
Tahniah UG
PAS benarkan kerajaan betulkan kelemahan kata TGHH
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan perdana menteri di parlimen semalam.

Kata Abdul Hadi, ada perkara positif dalam rancangan kerajaan itu walaupun pada masa sama, ada yang negatif.

Harakahdaily melaporkan Abdul Hadi sebagai berkata, antara perkara positif pada pandangan Ahli Parlimen Marang itu ialah "kemudahan yang sudah ada."

"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur," katanya kepada media selepas solat Jumaat di Rusila hari ini.
so lihat komen bwah
as-salam, mintak izin masuk. bagi kesilapan yang tak disengajakan, bolehlah kita maafkan dan memberikan peluang membuat pembetulan. tapi bagaimana jika kesilapan disengajakan? wallhua'lam
Dari mula merdeka dah beri peluang..cerdik sungguh tuan presiden kita ni..tak ada idea lain nak komen ke ?
Dia pro UG mau gabung PASUMNO . Mungkin dah ade secret talk dgn Najib.
Hadi presideng kaki kelentong n kaki u turn.Elok juga kow msk umngok parti kafir yg kow keluat fatwa dulu.Habis semua org2 pas yg bangang kow tipu....
Hadi tanpa mu PRK Ptg juga menang. Kini kamu nak berpeluk dengan Pengkianat Negara,Islam dan Melayu.

Jangan jadi barua umno
ye lah,takkan satu geng nak kondemkan sesama geng kot ye tak.
lain mace presideng UG ni...cnfrm la tu......
hihi ..apa macm ahli pas ..fikir2lah

Tanpa Nama berkata...

.


Ini baru betul Tolol!

Kan Muhyidin bagitahu the real problem is 'Bagaimana dalam tempoh yang begitu singkat sebuah syarikat yang ditaja menanggung beban sampai RM42 bilion.' Dan akibatnya 1MDB membayar kadar faedah sehingga RM200 juta setiap bulan.

Rakyat bertanya ni, mana Najib dapat RM 200 juta untuk bayar hutang?

Muhyiddin berucap, sorak. Najib berucap, sorak. Dua-dua dapat sorakan.

Pecat ahli Lembaga Pengarah tepuk.
Beri peluang pada 1 MDB tepuk. Dua-dua di beri tepukkan.

Akhirnya dalang kena tangkap, ahli Lembaga Pengarah tak jugak kena pecat. Akhirnya ini lah 'hasil' pertemuan pemimpin-pemimpin UMNO sempena ulangtahun ke 68.

Kepada Allah kita kembalikan.

Malaysiabaru berkata...

Muhyidin selalu kata

PAS Parti Ajaran Sesat

Sekarang kn balik pd umno

Umno dan muhyidin bapak segala amalan sesat!

Anti Fitnah berkata...

Teringat saya akan peribahasa atau perumpamaan yang dipelajari semasa di sekolah iaitu "Seperti tikus membaiki labu". Mungkinkah labu akan jadi lebih baik atau akan jadi lebih banyak lubang di dadanya.
Yang dok ada kerajaan sama ada PM, TPM, Menteri Kanan atau Kiri, Timbalan Menteri, ... termasuk Ketua Polis serta Ketua Pengarah SPRM, semuanya bersifat seperti tikus ni le. Mana mungkin labu tu dapat diperbaiki? Yang dapat dilihat ialah makin parah jadinya.
Satu lagi yang menggerunkan ialah DEPA tu bila bercakap bila BERBOHONG. Kalau nak bercakap BENAR pun, 50% sahaja dan yang baki tu mohong belaka. Tahu tak apa sifat manusia yang suka bercakap mohong ....

Tanpa Nama berkata...

Apabila Presiden UMNO hilangkan duit negara 42 billion, tugas timbalan terpaksa selamatkan keadaan adalah tepat dan betul. Baham pitih sama2 pun ada baham, takkan baham sebegitu banyak nak bagi bini.

Apabila Presiden PAS dah hilang kepercayaan atas mengkianati pengundi dan fitnah kawan2 sukahati, timbalan terpaksa selamatkan PAS pun adalah tugas yang betul dan tepat. Tamak pun sama2 ada, tapi takkan sebegitu tamak nak baham semua bagi menantu dia sorang jer.

Apabila Presiden PAS yang penuh berkontroversi sejiwa sehati merelakan diri dikahwini Presiden UMNO yang sarat berskandal, juriat yang akan keluar kemudian hari akan bersifat tamak, fitnah, menipu lebih teruk dicampur dengan sifat suka baham duit dan menjahanam negara.

Dengan keadaan Malaysia yang sebegitu tenat, untuk menyelamatkan negara saya sokong langkah yang paling baik wujubkan kerajaan perpaduan BN-PR yang bersih dengan segera . Tanpa yang paling “terlampau kotor” terutama dua orang presiden mengutuk haramjadah barua tu.

Tanpa Nama berkata...

Hadi pening, Pas pening, DAP pening dgn Hadi, PKR pening dgn Hadi, penyokong pening, rakyat Malaysia lagi pening! UMNO dah lemah.. Muncul Hadi kasi tongkat! Double pening!

Tanpa Nama berkata...

Anwar mengheret rakyat, kena kutuk.

Sekarang Najib telah beberapa kali mengheret rakyat dengan mengambil kesempatan dalam program Kerajaan untuk membela diri nya.

Masalah dalaman UMNO dan dengan TPM selesaikan lah cara berpolitik dan biarkan rakyat menjalani kehidupan seperti biasa.

agen jamkho berkata...

BETUL MANA ADA YANG MAU SENGSARAKAN RAKYAT

jamkho kolesterol berkata...

jangan bebankan rakyat kecil