PAS sedia tamatkan kerjasama dengan DAP - Hadi
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan partinya bersedia untuk menamatkan kerjasama dengan DAP.
Abdul Hadi berkata kesediaan menamatkan kerjasama itu dibuat ekoran kenyataan serta tindak tanduk pemimpin DAP yang mahu membentuk Kabinet bayangan tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Katanya, tindakan DAP itu umpama omongan kosong dan tidak realistik kerana Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu.
"Dia (DAP) nak putus, putus lah, saya kena berpijak di bumi Malaysia, bumi Malaysia ini bumi masyarakat majmuk.
"Kita sudah ada dewan-dewan himpunan, NGO-NGO bukan Islam pun banyak," katanya ketika ditemui pemberita di Marang selepas solat Jumaat tengah hari tadi.
Katanya, DAP tidak boleh mendabik dada kerana mereka bukan parti mutlak yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bercita-cita untuk memerintah negara secara bersendirian dengan membentuk Kabinet bayangannya sendiri tanpa penglibatan PAS dan PKR.
Guan Eng berkata demikian berikutan parti itu tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan presiden PAS.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga mendakwa, pembentukan Kabinet bayangan pakatan pembangkang yang dicadang oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan gagal berikutan keengganan Abdul Hadi bekerjasama.
Guan Eng menyifatkan Abdul Hadi sukar dikawal kerana mempunyai 'kuasa veto' untuk menolak sebarang keputusan yang dipersetujui bersama Pakatan Rakyat.
ULASAN GB
Hubungan PAS-DAP semakin tegang.
Akibat sikap Haji Hadi, maka DAP telah memutuskan hungannya dengan beliau, bukan dengan PAS.
Haji Hadi seperti tidak memperakui DAP mewakili majoriti kaum Cina sedangkan hakikatnya adalah demikian.
Hudud menjadi keretakan semakin meruncing. Tetapi akhirnya, diberitakan RUU Hudud TIDAK AKAN DIBENTANGKAN di sesi parlimen kali ini. PAS ditipu UMNO lagi.
Kini TOLOL telah memakan diri.... apabila pesanan Ketua Ulama Sedunia tidak diikuti.. bahawa Tegakkan Kehidupan Islam Dahluhu Bukan Hudud.
Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... seperti GB utarakan sebelum ini... iaitu sesuatu perkataan itu akan kembali kepada penuturnya seperti perkataan BARUA yang pernah diucapkan sebelum ini...
23 ulasan:
Inilah dia cerita karut dari seorang yg tidak layak di gelar pemimimpin!
PAS rela bermusuh dgn DAP MCA SUPP PBS STAR PRS MIC dan PKR PSM
Kecuali Umno ...
Otak dakwah tahyul mcm ni ker yg dimiliki oleh seorang Presiden Parti 'islam' ?
Itu dendam peribadi Haji Hadi, pewakilan PAS bukan barua atau broker Haji Hadi, jadi bertindak sebagai seorang Islam dan seorang PAS sejati kerana Allah SWT, kerana Rasullullah SAW dan dan kerana Islam. Perwakilan jangan terjerat dengan ketidakwarasan fikiran Haji Hadi kini... jika dalam situasi terkini, ego dan bongkak Haji Hadi sebagai ulama takkan dapat mensyafaatkan sesiapa melainkan membinasakan kamu kerana memberi sokongan yang membabi buta.
InsyaAllah kamu akan melihat lagi ketidakwarasan Haji Hadi dari masa ke masa sebelum hari muktamar.... buka mata dan telinga kamu, guna iman dan akal kamu untuk menilai kebenaran. Singkirkan kekusutan dan ketabsuban dengan mencari kebenaran yang sebenar.
MAKIN DI CAKAP , MAKIN TER SERLAH TOLOL NYA
SENDIRI NAK KELUAR PAKATAN , NAK AJAK BEBUDAK PAS SEKALI PULAK ?
TU DAP SUDAH BANTU RUMAH BANJIR GUA MUSANG , PAS SEBOK DGN HUDUD NYA
DAH POTONG TANGAN 42 BILION BOLEH KASI ORANG KAMPONG MAKAN KE ?
MASA KAN KELDAI PIMPIN UMAT
INI AJARAN NABI SAW KE ?
Terdetik hati saya nak memberi pendapat,saya bukan ahli pas tetapi peminat setia parti pas sejak 1999,tak pernah mis mengundi calon pas,sebelom itu saya anggap parti pas cuma tok-tok lebai sahaja, sebab utama ialah akhlak mulia TGNA dan Usta Fadhil Nor bayangkan mereka tidak memaki hamun pada mereka-mereka yg tidak sehaluan dengannya. diketika ini hati saya sungguh terguris bila PAS diterajui oleh TGHH dimana golongan2 yg menyokongnya menampakkan ciri-ciri bukan ulamak sebenarnya.ulamak adalah pewaris nabi, bila memerhati segolongan yg digelar PRO mereka ini adalah menampakkan kematangan seperti tunjuk ajar TGNA dan usta fadhil nor.sepatutnya Ulamak kena ikut cara nabi itu mentarbiahkan iman dan kebesaran allah terhadap ahli-nya dengan cara penuh ahklak yg terpuji yg diajarkan nabi kita, bukan berebut-rebut jawatan dan memilih geng2 sendiri dengan memperalatkan "panduan dan keterangan allah" sebagai modal untuk dapat pengaruh.adakah ulamak pas sudah melahir orng2 seperti bilal dan sahabat2 yg lain, ataupun dapat melahirkan ahli2 yg dimana apabila disebut nama ALLAH/ALLAH HUAKKBAR ahli2 merasa gerun dan gementar takutkan allah, jika tidak macamna kita nak tegakkan negara islam nanti lain jadinya berebut2 kerusi,berebut nak jadi calun, jika dapat negara islam nanti ahli2 akan berebut nak jadi menteri,pilih bulu gengnya sahaja ..bukankah memalukan islam..ikutlah contoh nabi dimana nabi menanamkan iman terhadap sahabat2nya dulu,akan kebesaran allah bukan kebesaran mahkluk baru NUSRAH ALLAH datang, Nabi tak guna otak dia sendiri dia cuma mendapat arahan wahyu dari allah semata-mata, padahal pada masa itu datoknya abd mutalib adalah majlis tertinggi kaum kuraish dimekah, dia boleh guna otakya utk mempengaruhi datoknya membentangkan hukum2 allah kenapa??? sebab nabi tak memandai2 dia hanya tunggu wahyu dari allah sahaja...wallahualam.
"Tolol" sepatutnya masok umngok kerana umngok la yang berkuasa meluluskan perlaksanaan hudud.apakah tolol nak buang masa pas yang perlu mengambil tampuk kuasa dari umngok? Apakah tolol bertindak sebagai tongkat kepada umngok sambil memecahbelahkan pakatan rakyat.
Takan buta tidak nampak umngok mansuhkan isa, gubal berbagai2 undang2.apa lagi tolol tunggu dalam pas, kalau betul demi undang2 allah masuk umno la.
Dari sudud politik, DAP telah berjaya membuktikan persekongkolan UG. Pandangan DAP, adalah lebih baik penamatan dibuat sekarang dari menunggu PR14 kerana mereka tau BN amat licik menunggang AHA dan mursidul Am nya! Semasa muktamar yg lepas, jelas sekali musidul ayaq sejuk meminta kajian semula tahaluf walaupong dia bukang mursidul am lagi waktu itu. Matlamat umno telah tercapai.........terpulanglah kpd ahli ahli pas pada mutamar ini. Yg jelas yg tersirat dah terburai, amat jelas sekali pesekongkolan puak2 yg mengaku menyokong ulamak! Yg lain dalam Pas hanya lah munafik pada pandangan mereka!
Hj. Hadi, inna lillah.........jiun. Tahap mana pong kewalian mu......diakhirat mung kena jawab kerana ramai umat nak tanya!
Saya lihat pengomentar2 anda di sogok budaya cacian dan penghinaan mulut-mukut celupar kebiasaan Pas. Anda sendiri akui. Hadi juga tidak terkecuali melabel Melayu Umno bukan-bukan. Sekarang balasan Allah itu nyata dan benar bukan ? Sehingga terhina ke tahap longkang...
Islam kah anda memakan daging saudara sendiri ? Islam kah anda riak dan tabur ? Islam kah anda menjadi penyokong toghut ? Islam kah anda bersembahyang, berimam dengan berpuak-puak ? Islam kah anda mengkafirkan sesama sendiri, walhal mereka yang anda kafirkan juga menyebut dan bersujud kepada Allah SubhanawaTaala ?
Saya tidak nampak Islam Pas itu boleh berkembang dengan lagak ngeri bercakap darj otak kepala lutut. Hakikat nya buih semata-mata. Lihat musuh anda kafirun harbi, ingin merencanakan Pas menjadi liberal/ sekular dalam kontek penguasaan mereka. Sekarang sudah nyata LKS itu imam anda menggantikan Hadi ! Masih sombong tidak ingin memahami ? Anda tidak tersentuh dengan kabinet bayangan Dap ? Walaupun tidak nyata sekarang, itu lah hakiki perjuangan mereka d genggam erat, sudah puluhan tahun tidak pernah tersasar, motif yang jitu sama dengan cara memperalatkan kecetekan pemikiran ahlul Pas dan melayu yang suka bertindak tanpa akal ! Popular nya jenis mendaliar.
Jika blogger jadi pemangkin, apa tah lagi komen-komen setengah masak yang hanya berpaksikan nafsu. Serupa RBA, serangan psikologi secara berjadual melemahkan pegangan Melayu Islam, agar di budayakan berprasangka buruk ! Kita tahu berprasangka buruk itu amat di larang tanpa bukti-bukti sahih. Ini BUDAYA PAS yang mesti di perangi jika ingin menjadi progresif, selari Islam !
Mahfum nya, mereka telah mengkaji luar dan dalam kehiduoan melayu secara komprehensif. Mereka tahu cara bagaimana membalas dan memanipulasi tahap kecergasan otak melayu. Yahudi berjaya di dunia kerana kebijaksanaan mereka merencana tipu daya dan adu domba lantas merebut peluang dari nya.
Berubah lah jadi bijaksana. Anggap kehadhiran kafirun harbi tidak lain hanya kewujudan nya sebagai manusia. Menjadikan mereka pemimpin, nyata haram dalam Islam. Pandai menilai dan pandai menjawab dengan ilmu dunia dan akhirat ! Bukan gaya melayu taksub dan jumud. Islam ( dulu melayu itu tidak terdedah ilmu, taksub guru )
Islam itu universal. Paksi nya saudara se Islam, berjamaah di atas keikhlasan bersatu hati demi tauhidiniyyah, Yang Satu. Berbeza pendapat tidak mengapa, tetapi menghina akhlak dan akidah yang lain juga menyebut nama Allah, amat bercanggah dengan syariat. Tanpa akidah dan syariat, sememang nya perangai yahudi laknatullah ! Masakan anda jahil sangat, tidak tahu !
Got it ? He..he.. sekadar berkongsi keIslaman Melayu yang sama.
Hj Hadi ni ada masalah sikit...nak kena jaga hati menantu-menantu yang semakin naik tocang. Ingat PAS ni hok mak bapak dia orang ke?
.
Tahu pun masyarakat majmuk. Tapi mana pergi nya PAS FOR ALL.
Sebelum ini PAS yang katanmampu bersendirian tapi bila DAP Hj Hadi 'kata Kabinet bayangan perlu mengambil kira pelbagai perkara dalam perlembagaan negara dan bukan sekadar kepentingan kelompok tertentu'
Hj Hadi kena tutup muka dengan serban macam bila IS nak sembelih orang tawanan sekiranya hudud tidak di bentang di sessi Parlimen. Apa alasan Hj Hadi yang betul di tipu oleh UMNO.
Kabinet Bayangan DAP memang tak realistik tapi jangan hudud pun tak realistik. Kabinet Bayangan bukan hukum Allah.
Sebelum Hj Hadi bukan PAS tamatkan kerjasama dengan DAP, Hj Hadi telah tamatkan kerjasama dengan PKR di Permatang Pauh. Jadi jangan cakap berbelit-belit sebab memang dah lama Hj Hadi tidak beri kerjasama pada PKR dan DAP sejak ponteng mesyuarat.
Kepada Allah kita kembalikan.
Wow.. sungguh umnorian bunyi penyampaian.. rba bagai.. ko sendiru geng mykmu.. puii
Terima kasih tuan presiden kerana menyemarakkan lagi kebencian rakyat terhadapmu.
presideng tolol.
.
Tingkah-laku dan sikap Hj Hadi bukan cara Al-Islam tapi ikut cara Al-Sisi.
Al-Sisi bukan Melayu. Yusuf Qardhawi dan Mursi Islam.
Jika begini perangai yang di pamerkan oleh Al-Hadi maka di takuti jika PAS yang perintah M for Malaysia jadi M for Mesir.
Menguna kuasa veto sesuka hati dan tidak bijak ini lah yang di maksudkan oleh LGE.
Sudh-sudah lah nak salahkan cina.
Jga je pok jib n umngok je...x yah sibok2 hal pas...kain yg anda pakai koyak x sedar ke...
Sejarah gugurnya pimpinan tertinggi parti Islam diambang kejayaan bukanlah perkara baru. Dengan sokongan ahli2 dan pemimpin2 haraki yg ikhlas dan istiqomah, gerakkan Islam InsyaAllah, akan tetap utuh, malah terus maju, selepas melalui sa'at2 getir layak pemurnian lewat ujian ini. Para penyokong, simpatisan sekelian, semoga tidak gundah, tidak bersedih dan terus berpegang kepada tali Allah. Dengan rendah hati, dimohon juga agar mengelak bahasa kesat: kenang2 dan ambillah teladan guru2 kita yg sudah pergi seperti almarhum Ust. Fadhil Noor, almarhum TGNA dan ramai lagi.
Umnorian sehingga tahap menjilatnya seolah2 mampu menyala dan menyemarakan api.... hakikatnya jilatanmu menyebabkan rakyat terpaksa berGST.
Tapi aku nak nasihatkan, kalau sekadar berketua bugis dayus takut bini.... lu lebih baik diam jelah.... lebih baik lu fikir macam mana nak tamatkan GST.
"Sikit"?!?!?!?
Pengumuman Hadi ni bermakna dlm Pakatan Rakyat, PKR perlu memilih antara PAS ataupun DAP sebagai rakan seperjuangan ABU. Jangan PKR buat tak tahu dan tangguh keputusan sambil lebih isu & kerosakan makin menimpa PR sehingga jutaan penyokong merasa kesal dgn PR nanti.
Katanya dapat bentang di Parlimen bulan ini, tapi nuata kecundang. Hasilnya, Orang itu telah di BARUAkan oleh UMNUUU!
Jika PAS berketuakan hadi tak ada maknanya bersepakat dalam pakatan rakyat.... orang itu yang sayang sangat dengan umno dan ketua bugis dayus takut bini elok jadi ketua kepada pentabsubnya di sebuah lubuk di dasar lautan api sahaja.
Puak tok lebai ni dah berapa puluh kali ugut hendak keluar PR tak jugak keluar-kekuar.
Dah xboleh pakai dah depa nih.....
disaat hadi memutuskan hubungan dgn DAP, maka umno ketika itu akan berkata ....
YESSSSSSSSSSS ! perangkap pertama sudah kena.
disaat hadi bawa PAS keluar PR, maka umno berkata .....
YEESSSSSSSSS ! perangkap kedua sudah kena (sonang pa itu)
disaat hadi hendak membawa PAS masuk umno, maka umno berkata ....
TUNGGU DULU ! boleh caya ke PAS ni, nnti dia tikam kita dibelakang mcmana PAS tikam PKR dan DAP.
seperti seorg pompuan yg sudah berpunya yg curang, disaat si lelaki hidung belang didesak meminangnya, lelaki itu akan terfikir.. kalau dia boleh curang kt pasangan dia yg baik, satu masa dia pun akan curang dgn aku.
maka habis madu sepah di buang.
anak dlm kandugan dibuang di lubang tandas atau dikerat 15.
jika PAS kata blh berjuang sendiri tanpa PR, maka kenapa perlu hendak mengurat umno.
PAS berjuang lah sendirian tanpa PR dan tanpa UMNO.
ada berani ke?
Catat Ulasan