25 Mac 2011

Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor

Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,”
katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.


“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm



UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni.
Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.

One blogger Salmiah wrote about this on her blog.

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:
Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemak pada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. -hazrey



32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya masyarakat Islam di Kluang dah lama patut tahu hal ini dab sampaikan maklumat kopi babi ke seluruh Malaysia.
Kelemahan orang kita pantang sedap saja maka tak ada usul periksa dan tentukan ada tanda halal atau tidak.

Semoga jadi iktibar kepada seluruh penganut Islam.

Di Kelantan bagaimana pula dengan kedai kopi White House berhadapan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Khabarnya ia sama dengan kedai kopi stesen kereta api Kluang. Dan ia masyhur juga di Kelantan.

opisboi berkata...

patutlah umat melayu sekarang ini aku nengok perangai pon dah serupa babi rupernya asik minum kopi berperisa babi.dah minum kopi mahal tak halal pulak, apa ke banggang umat melayu ini asik kene kencing jer.

penajawa berkata...

patutla ramai org pas minum kopi kt kedai tu asek sondol menyondol je..hahah

Che Men berkata...

sungguh tak sangka, saya dah minum di situ siap beli kopi 1/2kg.. yakin sbb dah berpuluh tahun org islam minum di situ, owner dia pon chinese muslim
lepas ni minum kopi Che' Nah teluk intan je la..

Che Men berkata...

untuk berlaku adil
menurut tuan punya kedai, ia mungkin berpunca drpd pembekal kopi mereka.. ye lah, sejak popular lepas keluar tv3, mereka mula bukak cawangan, permintaan tinggi jadi terpaksa la dapatkan bekalan dari pembekal..
kali terakhir saya minum dan beli kopi kluang, kopi tersebut masih lagi diproses secara tradisional, harap2 yang halal..

tok moh berkata...

orang johor nie bukan kisah sangat benda benda lagu tu.....
haram ke halal ke....dia orang lantak semcam aje...

negeri totok grombolan laa katakan........
lebih dari tu pun depa dok buat.....
apa sangat nak heran mentekedarah kopi berperisa babi toh.....

kah kah kah....

Tanpa Nama berkata...

to tok moh: you shouldn't say that...xkesah johor,kl, n.9 melaka or even mane2 negeri pon same jek....x adil utk awk berkata begitu...fikir2 dlu sebelum menaip komen....

Che Men berkata...

tok moh ni ada ciri2 facist, racist, chauvinist

عزة القدس berkata...

janganlah kata kopi tu"PATUTLAH MACAM SEDAP JE"...bila bercampur dgn najis tu..nauzubillah..kan dah taw..

Tanpa Nama berkata...

Anak Jati Johor : utk > tok moh : jgn ckp ikut sedap mulut, sbnrnye byk nye yg tok moh da mkn selama tok moh hidup ni da ad campuran BABI..cume tau ngn xtau je bezanye..so skrg ni da nmpk la sikap tok moh tu..lebih kurang mcm tok moh ckp jgk..(sya x ckp, tp tok moh yg ckp)..lu pikir la sndiri..ukur baju badan sndiri..jgn asik nk ukur kn org sedangkn baju sndiri koyak n berlobang..masyaAllah..istighfar..jgn jd mcm B_B_ ok tok moh..As'Salam.

Hunny berkata...

Thanks atas info penting ni..

Tanpa Nama berkata...

Lain kali makan la kat restoran yang tau hukum hakam, tutup aurat. kalau tak serik lagi tak tau la

Tanpa Nama berkata...

lepas nie kena minta KPDNKK gubal undang undang tak halal lak. baru semua pengguna taw. kan 1malaysia mesti pihak halal and tak halal kena pakai logo.

Tanpa Nama berkata...

sudah tiba masanya pihak berwajib mesti memperkenalkan logo 'TIDAK DIJAMIN HALAL' bagi setiap pengusaha makanan, restoran2, hotel2 yang enggan & gagal mohon sijil halal. kalau stakat suruh pamerkan kandungan bahan2 brp kerat sngt yg nk baca. ..tapi kalo dh luluskan sijil halal tu, pastikan tak jdi kes yg mcm ni!!( http://www.ohtidak.com/oh-siapa-yang-beri-mereka-guna-logo-halal-ini/#more-6067 )

1 Malaysia berkata...

Yang kau orang pi lantak kat tempat yang tiada logo halal tu buat apa. Tak boleh salahkan tauke kedai tu. Yang salah tu kita.
Tauke kedai tu bukan berbohong. Dia bukan letak logo halal kat kedai untuk memancing orang Islam untuk menjamu selera di situ. Kau orang yang gatal dan terhegeh-hegeh nak jamu selera kat situ kenapa?
Inilah sikap orang Melayu kita, tak pernah nak muhasabah diri. Asyik dok tunding jari kat orang lain bila terperangkap. Tak tahu tak salah malahan tak dosa. Tapi la ni dah tahu, tak payah kau orang pi dok lantak kat situ.
Nak kat bodoh, tidak tapi memang bodoh dan bahlul.

Tanpa Nama berkata...

Mujur aku dah tak minum kopi atas nasihat doktor selepas mendapati denyut jantungku sangat pantas lalu dimasukkan ke hopital dan berehat di wad selama 10 hari.

kulaan berkata...

Melayu memang mudah dibangangkan.. ..me kuning yang jual kat pasar raya banyak yang x de tanda halal..den tengok ramai melayu yang beli..meka x tau ke nak ceraikan me 2 guna minyak..minyak murah minyak babi le..nasib baek den banjar..hehehe

Arel...... berkata...

camtu kite makan kt umah je...gerai org melayu pun lom tentu halal...yg unsur 'babi' tu dr serbuk kopi....org kite pon ade jual dr cap yg same...canne tu...klu ade pak imam jual p dr supplier same pun canne...xkan halal kot...so,kite hentam la supplier kopi...bukan kedai tu...lain la klu kedai tu yg proses sendiri kopinye...jgn besikap x adil...pikir betul2...isunye 'SERBUK KOPI'...bukan kedai kopi...tapi aku sgt sgt sgt xsuke statement 'tok moh'...ko tu bkn manusia 'suci' k...

Tanpa Nama berkata...

x guna nak tuding jari sana sini.. benda ni sangat subjektif.. kalu semua benda nak disahkan halal baru kita boleh makan, sure gerai2 seluruh malaysia tak ade customer.. mungkin semua org yg pergi menyantap kat kluang station tuh pun, sebab mereka yakin dengan makanan yg dihidangkan tuh mmg halal. tambahan pula majoriti pelanggan yg dtg tuh org Islam. Jadi lepas kita dapat tahu perkara sebenar ni, memang jadi haram laa kalu kite pergi gak kan. so kita perlu pandang ke hadapan. kalu rase syg pada semua umat Islam, kita sampai2kan laa berita ni pada saudara mara seIslam kita.. Pihak berwajib pun sudah menyatakan hasrat mereka utk meminta pihak kluang station utk memiliki sijil halal kan.. so harap dipercepatkan.. MARI SEMUA ORG ISLAM, BERSATU PADU UNTUK MEMERANGI MUSUH ISLAM!! AMin... :)p/s: ak ni lagi laa org kluang.. memang slalu gak laa pergi situ.. adehh... minta2 Allah ampunkan laa dosa2 ku...

anak jati johor berkata...

salam buat tok moh....cakap jangan sebarang cakap , walaupon kita berlainan negeri tapi 1 agama...so jangan asyik mendabik dada, hari ini hari kita...esok lusa kita tak tau apa yang bakal menimpa jadi jangan rasa bangga dan mentertawakan orang lain kerana hal -hal yang mebabitkan agama dan maruah orang lain....

akueden berkata...

KTM sepatutnya membatalkan lesen kedai kopi tsb. dan beri lesen pada orang Islam pula. Toke Cina tu dah lama berniaga di situ agaknya generasi kedua atau ketiga. Beri peluang pula pada orang Melayu Islam dan pastikan tanda halal dipampang dgn. jelas. Pihak Jabatan Ugama pula perlu rajin buat spot check.

Ϯɦɛ‾ɕʁԑαϮ ҉Ç҉Y҉В҉E҉R҉-҉ţ҉e҉a҉m҉s҉ Airiel Kayz berkata...

tok moh said...

orang johor nie bukan kisah sangat benda benda lagu tu.....
haram ke halal ke....dia orang lantak semcam aje...

negeri totok grombolan laa katakan........
lebih dari tu pun depa dok buat.....
apa sangat nak heran mentekedarah kopi berperisa babi toh.....

----------------------------------------

Tok moh, "sungguh enak" perkataan kamu. Jangan sewenangnya mengatakan keseluruhannya rakyat negeri Johor begitu. Elok tarik semula kata2 kamu. Ataupun dek kerana kamu juga telah memakan BABI banyak sangat tanpa sedar maka perkataan kamu sedemikian? Perlu diingat, kedai tersebut telah beroperasi 70 tahun lepas. 70 tahun lepas, apakah penguatkuasaan tentang halal haram dpd segi pemakanan sama seperti sekarang? 70 tahun lepas, sudah adakah pensijilan halal? Ini bukan kelemahan rakyat Johor (mungkin juga ada pelanggan yang datang dari negeri2 lain di Malaysia), akan tetapi ianya kelemahan pihak yang berwajib. Pihak berwajib tidak melakukan pemeriksaan ke atas kedai tersebut sejak pensijilan halal dilaksanakan. Pelanggan datang ke kedai itu kerana mereka sudah lama mengenali kedai tersebut. Ada di antara mereka yang tahu, atok dan ayah mereka minum di situ sejak berpuluh tahun yang lepas. Mereka tentunya berfikir, masakan kedai yang telah sekian lama beroperasi dan ramai pelanggannya serta mampu bertahan berpuluh tahun dengan majoriti pelanggannya adalah Melayu, menjalankan perniagaan yang mengandungi bahan haram?
Tok Moh, ada otak berfikir dulu sebelum mengeluarkan perkataan. Jika ada pembaca yang berasal sama negeri dengan kamu, sudah tentu juga mereka malu dengan pernyataan kamu.

Chenta berkata...

Itu Kluang Coffee, OLD Town Coffee pulak 100% halal x? ade siap2 tahu?

Tanpa Nama berkata...

selain dari pihak berwajib punya tanggungjawab menampal tanda halal atau tidak, sebenarnya isu ini bergantung pada individu itu sendiri. jika tak tahu status halal, kita terlepas walaupun tetap salah kerana gatal kaki pergi cari kedai yg memang terang2 bukan islam & tak yakin halal 100%. Sekarang dah sah dan diakui oleh majlis agama "kluang station ada unsur2 menatang vetebrata tuh". so terpulanglah. jika ada individu yang masih ke sana (kluang station) kerana menganggap isu ini remeh, sendiri makan pengat lah beb. mungkin dah sebati dengan tulang badan la tu kot.... isk isk isk..

Tanpa Nama berkata...

kenapa tak di nyatakan dan diwar-warkan jenama atau jenis makanan atau minuman yang mengandungi gelatin babi.

anakkedah berkata...

betul kata opisboi. kt kl pun byk restoran tiada logo halal jakim tapi dipenuhi melayu islam siap bawa family.confim islam sbb isterinya pakai tudung. inilah antara penyebab ramai anak melayu islam semakin tk bermoral. paling mudah dari segi pakaian. hampir 90% berpakaian ketat seperti yg selalu ditegur ustaz berpakaian tapi telanjang. peliknya ibubapa pun buat selamba ja bila anak buat dosa.

eifahden berkata...

salam pada semua umat mslimin dan muslimat yang amat sayang pada agama islam....tidak kah anda rasa sesuatu yang akan di tunjuk kan pada naluri kita....melalui tindakbalas fikiran..contoh;saya dah lama teringin nak ke kluang railway station...tapi seperti ada yang mnghalang....dah siap nak naik kretaapi 3x tak jadi..tak tau lah..sampai dapat news ni.ya allah shukur nya tak terhingga...tak lah saya makan babiiiiiiiiiiii.hi jijik

Tanpa Nama berkata...

salam smua umat islam....dah tau pasal kopi yang tak halal....so jan masuk laaaa...nanti kita ada coffee classic cafe yang la berkat...No babi babi uuuu............

Tanpa Nama berkata...

SALAM PADA SMUA MUSLIMIN/MAT....DARI DAN MULAI SKRNG...JGN MASOK MANA2 PUN KEDAI KOPI YANG EXCLUSIF...COZ MEEKARI NYA PUN TAK HALAL...KERANA BUATAN NYA DARI TAIWAN...SNTIASA SEGAR SEBAB ADA BAHAN ITU...BABI...........PUNYA ORGAN.TAK PYH NAK SUPPORT DIORG....KITA MASAK SENDIRI DI UMAH LG BAIK...

Tanpa Nama berkata...

Salam, makanan tidak halal yang masuk ke dalam tubuh kita membentuk sikap buruk kita termasuklah suka mengeluarkan kata2 kesat, mencarut,mencaci dll. Kepada yang dah termakan/terminum tu mohon keampunan dari allah banyak banyak. Jangan lupa samak anggota badan dengan air tanah , sbb takut solat kita tak diterima allah nanti. Apa apa pun sila rujuk kepada pakar agama bagaimana hendak membersihkan najis berat ini.

Sangga Buana berkata...

KOPI JOHOR BABI, COKLAT CADBURY BABI, PATIN PERAK BABI, VAKSIN MENINGITIS TABUNG HAJI BABI.
KOPI BABI DAN PATIN BABI HARAM (SEBAB CINA PUNYE). MANAKALA CADBURY BABI DAN VAKSIN BABI TABUNG HAJI HALAL (SEBAB MELAYU PUNYA).
APA PUNYA ULAMAK NI, ADA JUGA BAHAGIAN BABI YANG HALAL.
BERKATALAH DENGAN TAQWA PADA ALLAH BUKAN TAQWA PADA TOWKAY.

Sangga Buana berkata...

KOPI BABI NI KALAU NAK JADI HALAL SENANG JE. BIAR AKU AJARKAN CARANYA;-

"KOPI PUNYA SYARIKAT JUAL PADA UMNO ATAU JUAL PADA KERAJAAN, SEKURANG2 NYA LEBIH 50% SHARE DIJUAL ATAU SEBAHAGIAN DIBERI PERCUMA PADA INDIVIDU TERPILIH, GERENTI SELAMAT "

TAK CAYA TENGOK KES CADBURY BABI DAN VAKSIN BABI TABUNG HAJI BOLEH BERTUKAR JADI HALAL.