31 Mei 2015

[VIDEO] Apa Kata Almarhum TGNA Tentang Mat Sabu?


Apakah Anda Sudah Lupa Pesanan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 4 Tahun Lalu???

Kata Tok Guru:-

Aku nak mati dah sekarang ni. Aku tinggal ke Mu dua perkara selagi kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat. Pertama, kitabullah yang Kedua, Sunnah Rasulullah SAW.

Yang Mulia Tuan Pengerusi al fadhil ahli ahli yang telah dilantik Timbalan Presiden Saudara Mat Sabu.

Naib-Naib Presiden termasuk seorang exco kerajaan Kelantan, ahli Jawatan Kuasa termasuk seorang exco Kelantan.

Pada hadirin sekelian, saya pagi tadi tak boleh datang sini kerana masalah kesihatan.

Pada malam ini pun saya minta bercakap awal sikit kerana kurang sihat.

Mula-mula sekali saya ucapkan tahniah di atas perlantikan yang dibuat oleh tuan-puan semua.

Ramai dari penulis khususnya daripada Utusan Malaysia lagakan antara Ulamak dan Professional.

Para hadirin semua, Ulamak Profesional sengaja diadakan-adaka oleh UMNO dan saya minta kepada tuan-puan semua jika hendak tahu mengenai PAS ini tak usah baca surat khabar dia. Dengarlah dari mulut orang PAS sendiri.

Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang.

Mohamad Sabu ni lama dah. Mohamad Sabu ni menang bukan kerana

My Card palsu.

Bukan undi orang Bangladesh,

Bukan undi orang Burma,

Bukan undi orang Pakistan,

Undi dari orang Pas.

Dia menang!!!!

Sejak daripada dia terlibat dengan politik masa universiti lagi, di ITM lagi, dia terus bersama dengan PAS.

Tak pernah terlibat dengan UMNO, ini kelebihan Mat Sabu.

2 kali Mohamad Sabu disumbat dalam ISA.

Dia tunduk kepada Umno kah?

Dia sujud pada Umno kah?

Tidak!!!

Bermakna, baik antara Mohamad Sabu dengan balik (dari universiti) Azhar hok jadi Pemuda Umno,

Mana baik?


Sidang hadirin sekalian, masalahnya kita menumpang atas bumi Allah.

Bila kita menumpang sebagaimana kita semua tahu, kita mesti patuh kepada tuan punya bumi.

Dan manusia untuk manusia hidup di bumi ini, Allah Taala buat langit, kalau bumi sahaja tak dak langit, manusia tak boleh hidup.

Siapa yang buat bumi? Allah.

Siapa yang buat langit? Allah.

Siapa yang membuat kita? Allah.

Manusia semua atas dunia dilihat seakan haiwan.

Burung, dia boleh berkokok jer.

Kucing boleh mengiow jer. Anjing boleh menyalak jer.

Lembu boleh mengeboh jer.

Manusia boleh belaka..

Ada manusia boleh menyalak, ada manusia boleh berkokok, ada manusia boleh mengeboh.

Yang pasti manusia ni boleh bercakap dan mempunyai akal, oleh itu Islam mengajar manusia manusia kenal diri.

الذي خلف الموت والحياة ليبلوكم ايكم احسن عمل
Allah yang menjadikan manusia mati hidup liyabluwakum supaya di antara manusia yang lebih baik dari segi amalanya.

Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu.

Dia sangat dibenci oleh musuh.

Alhamdulillah, insya Allah kita doa mudah-mudahan Mohamad Sabu dirahmati oleh Allah dengan taufikNya, hidayatNya, dan dia insya Allah ke mana dia pergi sebelum dia jadi Timbalan Presiden lagi orang ramai suka.

Dimana Mohamad Sabu ceramah di Kelantan orangnya ramai sebagaimana Pesuruhjaya PAS Kelantan pergi ramai orang.

Mohamad Sabu lebih mesra dengan Non Muslim, dengan watak dia, dengan penampilan dia.

Dengan non Muslim, Cina baik, India baik, amat mesra dengan dia. Kalau saya pergi tu, Cina masuk jugak tapi malu-malu. Boleh jadi penampilan saya lain sikit tapi Mohamad Sabu lebih rapat.

Insya Allah UMNO tak boleh nak tidur selepas ini.

Insya Allah saya mintak Mohamad Sabu diletak portfolio dia golongan Non Muslim supaya non Muslim lebih mesra dengan Pas dan Mohamad Sabu.


Insya Allah kita doalah mudah-mudahan Allah menyebarkan fahaman Islam lebih cepat daripada biasa.

Kerana Mohamad Sabu ni jenis orang turun padang, bukan dok kalut atas surau saja.

Para hadirin semua, saya mengucapkan tahniah Jika ada kesilapan nasihatkan saya, tolong maafkan saya, saya nak berhenti setakat tu.

Takbir.

Ucapan Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat di Di Muktamar Pas ke 57
Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar
4 Jun 2011



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mari Kita Tonggang-langgangkan Ayat Haji Hadi

Menurut Hadi, calon yang bertanding dalam muktamar kali ini terbahagi kepada yang ingin mengikut telunjuk DAP HAMNO atau sebaliknya, dan kedua-dua kumpulan mempunyai ulama.

"Cuma satunya yang DAP hendak [HAMNO berkenan], satu lagi DAP tak nak... [HAMNO dah perit], pilihlah," katanya seperti dilaporkan portal milik PAS [Stopa Ali ...Oooooops!], Harakahdaily.

Hadi yang juga ahli Parlimen Marang itu berkata, jika ada mana-mana parti lain termasuk DAP [HAMNO] mempunyai pandangan mengenai PAS dan mahu kehendaknya diikuti, terpulang kepada ahli parti membuat keputusan.

"Terpulang kepada ahli-ahli PAS hendak pilih. Hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP [HAMNO],” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.

Tanpa Nama berkata...

Ada orang kata, "jangan masuk lubang 2 kali"
Kah kah kah kah!!!

Memang betul tu.
Tapi sekarang Pak Lebai dah moden. Serban dah 5 kilo. Jubah dah boleh sapu taik ayam. Kereta makin besor, senang nak berpoligami anak ramai-ramai.
Kah kah kah kah!!!

Dol,
apa barang masuk lubang dua kali.
Masuk lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. lagi.. lagi. la.!
Kah kah kah kah kah!!!!
Klu dah asyik asyik ckap dap dap dap brkali2 tuu

Alangkah lebih tepat terus ckap jer..babi babi babi x2!

Hadoii...hujah tak dak,,dah jd lebih teruk drp budak2

Hadoii...bila ulammmamak dah jd ularrrrrmak bini badak

tgk apa ulasan utusan, bh dan tv3. itulah lidah resmi umno. klu mrk sokong, apa lg nak dikato

Jeman berkata...

Tuan GB, ada maklumat tambahan x tentang zuhdi yg boleh membuktikan dia ni trojan horse umno dlm PAS? Whatsapp dia smlm yg menghina anak sulong TGNA & sekaligus menghina cara dakwah TGNA sgt jelas zuhdi ni bkn org yg ikhlas dlm PAS..

Tanpa Nama berkata...

Yang nak lawan Mat Sabu tu, TITM, pernah masuk penjarakah? pernah masuk lokapkah?

Suruh dia belajar lagi lah...

Tanpa Nama berkata...

Pilih gandingan Ust Ahmad Awang & Mat Sabu untuk perkukuhkan Pakatan Rakyat. Pilih Haji Hadi & TITM untuk kuatkan UMNO... terpulang kepada perwakilan...

Nur Sufi Mukmin berkata...

Ahli PAS yang akan menjadi pewakilan mesti menentukan pemimpin yang dipilih akan memajukan dan memasyarakatkan PAS pada masa akan datang dan tidak memilih pemimpin yang jumud,sempit pemikiran kedaerahan dan mahu membawa PAS dizaman 70 dan 80an yang dilihat parti untuk orang kampung dan tok lebai yang terasing dari arus perdana dan hidup terasing dari masyarakat.Selain itu memilih penasihat pemimpin PAS tidak membantu memperkukuhkan ukhwah sesama ahli dan adakah golongan ini merasai susah seperti golongan bawahan yang bertungkus-lumus membina dan mengembangkan perjuagan Islam tanpa mengharapkan jawatan dan kebendaan dari parti PAS dan telah berkorban harta,tenaga,masa dan dinafikan bantuan oleh kerajaan UMNO(BN),ditukar,ditahan kenaikkan pangkat dipecat dan pelbagai kezaliman yang telah dilakukan terhadap ahli dan penyokong PAS,oleh itu pilihlan pemimpin yang akan menjadikan PAS dihormati dan diberkati Allah .

Tanpa Nama berkata...

.

Tidak ada apa yang nak di kata melainkan bukan senang nak dapat pengakuan dari se orang Tuan Guru yang di sayangi dan di hormati masyarakat.

"Jadi oleh yang demikian, saya berasa bangga mendapat seorang Timbalan Presiden seperti Mohamad Sabu."

"Dia sangat dibenci oleh musuh."

Dulu ya yang benci Mat Sabu UMNO. Tapi sekarang laa ni musuh yang di maksud ialah pro UG.

Kerana iri hati, sanggup kumpulan pro UG dapatkan bantuan dari musuh PAS, UMNO.

Kenapa hanya Mat Sabu yang di beri perhatian istimewa oleh TGNA pada masa itu?
Ini yang perlu di fikirkan sedalam-dalam nya oleh perwakilan.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Zuhda tu memg jenis kurang ajar...tgk muka pun dah boleh tahu....jelas terpampang fikrahnya utk musnahkan pas dr dalam...mulut berbuih ckp pasal pas....tp habuk pun tarak.....pernah dengor dia ulas pasal gst...1mdb....kesusahan rakyat...x pernah...bedul tu sibuk fikir mcm mana planning mau kasi kukuh umno....pandangan saudara gb guane....

Tanpa Nama berkata...

Puncanya Mat Sabu dah jadi anwarinas.haha.rasanya klu Ustaz Fadil Nor masih hidup mungkin puak2 ni akan bg gelaran yg sama kt UFN.

Tanpa Nama berkata...

CUBA ANDA lihat sekeliling yang menguasai DEWAN, CUBA ANDA lihat dan NILAIKAN MAJLIS SYURA ULAMA ( Majlis ini lah yg memainkan peranan besar penuh keegoaan hanya kerana dia MAJLIS SYURA ULAMA yang sepatutnya tidak perlu MAJLIS ini kerana Majlis ini nampak semuanya DIA SAJA yang BETUL tanpa mesyuawarah..APA yang di kata, mesti WALA'. Inilah kita mengambil dari SYIAH dibawa masuk ke JAMAAH PAS yang SUNNAH WAL JAMAAH. SUDAH LAH YANG MEWAKILI DEWAN ini, orang orang yang terPERASAN DIA ULAMA' konon!...dah besar sangat agaknya PANGKAT hingga kata kata mereka, walaupun ada yang tak betul, contoh hendakkan ber 'UG' MESTI WALA' WALA' WALA'... Mengadudomba, memecahbelahkan PAKATAN RAKYAT 'PR' mengeluarkan statement yang tidak sepatutnya...dan banyak lagi... Ada pula yang ada KEDUDUKAN meMUSUHI PAKATAN dan BERSEKONGKOL pulak DENGAN UMNO.. TAK FIKIR ke RAKYAT yang mengundi mereka? TAK FIKIR KAH MEREKA tentang RAKYAT, yang mengUNDI mereka, tanpa mendapat PERSETUJUAN RAKYAT, yang memilih mereka? ADA kah MEREKA hendak masuk lubang ULAR buat kali ketiga dan seterusnya di patuk ular berkali kali?..... dan seterusnya tersungkur REBAH menyembah BUMI???????...............

Tanpa Nama berkata...

Jom kita gunapakai nasehat Almarhum TGNA dalam persoalan Mat Sabu. Bukan kerna Mat Sabu kawan saya sejak KP di ITM , Jln Osman tahun 70han. Tapi istiqomahnya dlm perjuangan cuma tidak dihukum gantung sampai mati je?. Kalao ada, PAS ti Mat Sabu adalah antara calonnya.

Oleh itu beri sokongan kepada sahabat saya, Mat Sabu. Takbiiiiiiiiiirr.

Tanpa Nama berkata...

setengah pemimpin muda pas skrg dah gila keduniaan. nak velllfirelah, bmwlah, mini cooperlah dll. itu baru jd wakil rakyat. klu jd timbalan menteri tak tau apa nafsunya pula. mcm perangai umno. lepas tu dok pekik kami berjuang demi melayu

air gunung berkata...

Hahaha anon 9:37 AM.
kalo mat sabu tu lahir n joint ikhwan kat mesir dah lama dpt title almarhum.silap2 bersepai kepala kena peluru meriam...

Tanpa Nama berkata...

.

"Khalid Ibnu Walid r.a tak mengaji mana-mana pun, selepas 3 bulan dia masuk Islam, terus dilantik jadi panglima perang."


Kalau ikut tafsiran kumpulam Hj Hadi, kumpulan professional tak layak jadi Presiden sebab nak jadi Presiden, Naib Presiden atau Ketua Pemuda PAS mesti banyak ilmu agama dan pandai baca kitab.

Tapi awal-awal lagi persoalan tersebut telah di jawab oleh TGNA.

Ilmu dan Kitab apa yang Khalid Al-walid dapat selama 3 bulan? Mustahil dalam 3 bulan, Khalid Al-Walid dah jadi Ulama. Mat Sabu dah bertahun-tahu masuk PAS, dua kali kena ISA, berpengalam yang hebat dan jadi Naib Presiden sehingga sekarang, sepatutnya layak ganti Hj Hadi atas sebab kesihatan.

Kalau Mat Sabu layak ganti Hj Hadi, Ustad Ahmad Awang lebih layak dari Hj Hadi dan dari Mat Sabu. Ustad Ahmad Awang se orang Ulamak, Professional dan se hingga round 8 Ustad Ahmad Awang telah mengalahkan Hj Hadi!

Walaupun tak sihat TGNA gagahkan diri datang juga malam itu walaupun di sebelah pagi tak dapat datang. Amat penting bagi TGNA sampaikan kepada perwakilan ketika itu yang mana pasti perwakilan yang sama juga pada Jun ini. TGNA dah hidu busuk kumpulan Hj Hadi yang berusaha untuk menjatuhkan Mat Sabu dan mereka tak berhenti untuk menjatuhkan Mat Sabu se hingga sekarang.

Pasti Hj Hadi tunduk dan geram semasa TGNA berucap. Dendam itu lah yang membuat PAS berantakan dan tercemar!

UMNO bukan saja tidur lena selepas ini sebab Mat Sabu dah tak ada tetapi sebab dah ada teman tidur bersama.

Tolak Hj Hadi. Selamatkan lah PAS.