31 Mei 2015

Serang Peribadi & Tuduh Ikut DAP Tanda Pro-UG Kehabisan Modal


Ahmad: Serang peribadi bukti habis modal

Pencabar bagi jawatan presiden PAS Ahmad Awang kesal apabila budaya fitnah-memfitnah kini dilakukan pihak tertentu dalam parti itu khususnya menjelang pemilihan parti yang semakin hampir ke kemuncaknya.

Bekas naib presiden PAS itu mendakwa terdapat pihak yang melakukan "pembunuhan watak" dengan melakukan serangan peribadi kerana tidak mempunyai "modal" untuk mengecamnya berikutan keputusannya bertanding jawatan tertinggi parti.

"Mereka dah tak tahu nak kata apa lagi, sebab saya istiqamah dalam gerakan Islam
, saya juga dah ceritakan kenapa lima tahun dulu saya tidak aktif, saya juga ulama.

"Jadi sekarang ini apa yang dilakukan ialah pembunuhan watak.

"Dulu orang Umno yang fitnah, tapi sekarang ini orang PAS pula," katanya dalam forum Mampukah PAS dilonjakkan Pasca Jun 2015 di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Kira-kira lima hari lagi sebelum muktamar, Ahmad kini diserang oleh kumpulan pendukung status quo dalam PAS sebagai mengetuai "kumpulan yang lunak dengan DAP" .

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang mengikut telunjuk DAP atau sebaliknya.

Turut hadir sebagai ahli panel pada forum itu ialah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan bekas menteri besar Selangoor Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Sementara itu bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mohd Taib berkata perpecahan yang berlaku dalam PAS kini turut melibatkan pihak luar daripada parti.

Profesional lari

Beliau juga mendakwa Umno tidak akan membiarkan PAS terus kuat bersama Pakatan dan menjadi punca berlaku perpecahan sehingga wujudnya dua kem dalam parti Islam itu.

"Politik adalah seni kepada kemungkinan. (Umno) kena buat sesuatu, kalau tidak imej Umno akan merudum. Jadi cara yang mesti dilakukan ialah pecahbelahkan Pakatan, PAS dan DAP perlu dilagakan.

"Dan cara nak pecahkan PAS pula ialah dengan memisahkan mereka dengan pihak ulama dan profesional. Saya tengok PAS jadi mangsa, sesetengah pemimpin PAS jadi mangsa.

"Selepas itu mereka kata golongan profesional nak menentang hudud. Mana ada pihak yang nak tentang hudud, yang saya tau (nak tentang hudud) Umnolah,
" katanya.

Justeru itu, bekas naib presiden Umno itu berkata lagi, menjelang muktamar PAS ke-61, beliau berharap agar parti itu tidak akan menyingkirkan golongan profesional.

Ini kerana, sekiranya PAS mengambil pendirian untuk menolak golongan profesional, dikhuatiri ia akan menjadikan parti itu lemah dan golongan tersebut tawar hati untuk menyertai PAS selepas ini.

"Kalau ulama buang profesisonal, lepas ini golongan ini tak nak masuk lagi ke dalam PAS. Yang tinggal hanya ulama.

"Lebih baik (PAS) jadi badan dakwah sahaja. Kita nak PAS dengan kekuatan yang boleh jadi alternatif kepada pimpinan negara,"
katanya lagi. -mk


Bekas MB Selangor ramal PAS dipinggir profesional selepas muktamar

Bekas menteri besar Selangor yang rancak bersama PAS sejak tahun 2013, Tan Sri Muhammad Muhd Taib memberi amaran parti Islam itu bakal dipinggirkan golongan profesional selepas muktamar ke-61 Jun ini.

Kenyataan itu dibuatnya selepas seminggu lalu mengkritik sesetengah pemimpin PAS yang pakar dalam agama, tetapi jahil ilmu ekonomi dan perkembangan semasa negara.

"Kalau selepas ini PAS buang golongan profesional, selepas ini golongan profesional tidak mahu masuk PAS lagi," kata bekas naib presiden Umno itu pada forum "Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015?", malam tadi.

Pada 23 Mei lalu, Muhammad berkata mereka yang menghafal Al-Quran dan hadis, tetapi tidak dapat memahami isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak layak memimpin negara.

Disebabkan perkara itu, beliau dilaporkan mengaku mula hilang minat dengan PAS.

Menurut Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Taib, beliau akan menunggu selesai muktamar untuk menilai barisan kepimpinan baru PAS.

Namun, pada forum semalam, Muhammad menjelaskan beliau bukannya "merajuk" dengan seperti disangka sesetengah pihak.

"Bukan saya tidak minat dengan PAS, tetapi tidak minat perangai sesetengah pimpinan PAS," katanya pada forum anjuran Free Public Forum Malaysia itu.

Sementara itu, Muhammad turut menyatakan sokongan terbukanya kepada calon presiden PAS, Ahmad Awang yang mencabar penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yakin bekas naib presiden PAS itu mampu meletakkan parti pada landasan betul dalam kerangka kerjasama Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR.

Pesannya, PAS perlu mengelak dari memilih calon yang mahu menyokong Umno ketika parti itu hampir tumbang ditolak rakyat.

"Kita hendak orang yang memperkukuhkan PAS, dan memperkukuhkan PR. Oleh itu saya tengok Ustaz Ahmad Awang dia boleh memperkukuhkan PR,"
katanya.

Turut hadir pada forum itu adalah Ahmad Awang sendiri serta bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
-TMI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju, jika PAS tolak profesional, golongan muda tidak akan sokong pas,maka tinggallah pas sebagai parti utk pak lebai yg berfikiran kolot, minda tertutup. Apakah presideng pas ingat dia tu hebat? Hari ini HJ HADI sudah dilihat sebagai ayam sabung yang menunggu masa utk disembelih oleh tuannya kerana sudah tidak mampu berlawan,keletihan,patah taji, dan sayap...kepala sarat dengan tahi busuk....insaflah HJ Hadi...usahlah tambah derita,dan masaalah kepada jemaah.. Kes mulut celupar kamu belum surut lagi, kes2 itu akan mengikut awak hingga keliang lahad. Awak akan dikenali sebagai presiden BARUA dan BROKER yg tercium pil kuda.....

Unknown berkata...

Jika golongan UG Menang PAS akan melakukan kesilapan yg besar, di mana golongan-golongan ini tiada VISI perjuangan langsung, kita tunggu apa TGHH nak beritahu pada ahli PAS amnya dan rakyat seluruhnya APA VISI PERJUANGAN PAS YG NAK DIBAWANYA.Cuma kata nasihat golongan bersama DAP dan golongan bersamanya. Cerita ini serupa macam visi umno,hari ini utusan hentam hebat mat sabu dan mengangkat TGHH, tujuannya jelas nak beritahu orang melayu jangan support golongan sederhana dalam PAS sebab sokong Cina.Mereka mengambil peluang nak NGAP PAS,kita cukup hairan sebagai saorang ulama kenapa kena cakap begitu, kenapa tak cakap perjuangan ini adalah kerana KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA.Sedih ..sedih...TAK Faham-faham..JERAT YG SAMA sedang di pasang.Tuhan kurniakan mata supaya melihat perkara yg diredha ALLAH,ada telinga mendengar perkara diredha ALLAH, Tuhan bagi HATI supaya berahklak seprti rasulallah/sahabat2 dan beri AKAL SUPAYA BIJAK bertindak dan berserah pada ALLAH.wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

.


Kalau begini pemikiran dan nafsu Hj Hadi dan pro UG, usahkan ada DAP, tanpa DAP pun PAS tunggang terbalik.

Senario ini dapat di lihat bila PAS keluar dari PR dan dalam masa yang sama PAS tidak jadi bergabung dengan UMNO. Berapa lama kah ahli PAS boleh bertahan dengan perangai kumpulan pro Ulama selepas menang pemilihan nanti. Sebulan dua je!

Ini kerana kumpulan professional dari dulu sampai bila-bila pun tak akan berkerjasama dengan UMNO. Kita sekarang terhimpit dengan kos sara hidup dan dengan hutang berbillion. Malaysia di tahap terburuk akibat rasuah, sistem keadilan yang di ragui dan pentadbiran yang lemah. Dan apa lagi UMNO tetap tidak akan berubah sekalipun Hj Hadi jadi Presiden UMNO !

Jika selepas pemilihan parti bulan jun ini, muktamar membuat keputusan keluar PR, kumpulan professional tetap lawan supaya PAS tidak meneruskan berkerjasama dengan UMNO. Sesiapa pun tidak dapat menyangkal, ketika itu kumpulan professional akan 'di buangkan' oleh Hj Hadi dari PAS.

Bukan sebab DAP. Bukan sebab Hudud. Bukan sebab UMNO. Tapi kerana mereka tolol dalam melihat nasib dan politik PAS untuk jangka-masa yang panjang.

Dalam isu MB Selangor, dua Adun PAS sendiri yang mempertahankan kerajaan PR selain ada juga pemimpin PAS yang lain tidak bersetuju dengan Hj Hadi. Ada DAP yang minta mereka berbuat demikian? Bila masa Ustad Ahmad Awang ke rumah LKS untuk menyambut hari jadi LKS? Ahli-ahli PAS hormat pada LGE kerana membela nasib orang melayu dalam kes se orang nenek bila cucu nya terlibat dengan pemimpin UMNO. Ada kah kerana UMNO ikut telunjuk DAP, bila hudud tidak di bentang di Parlimen? Jika Ustad Ahmad Awang di katakan lunak dengan DAP, apa guna pro ulama masih mengatakan terus bersama PR?

Fokus pada peribadi dan kelebihan Hj Hadi. Kemudian fokus pula pada peibadi dan kelebihan Ustad Ahmad Awang. Kesemua round lapan (8) telah di menangi oleh Ustad Ahmad Awang. Tumbukan Hj Hadi tidak padu. Kesakitan Hj Hadi melemahkan lutut nya dalam gelanggan. Penglihatan Hj Hadi semakin kabur sehingga tidak nampak jelas arah tumbukan nya.

Mahu Islam menangkan Ustad Ahmad Awang.
Mahu Islam tolak Hj Hadi.
PAS selamat dan maju jaya bila PAS gabungkan ulama dengan professional.
PAS musnah dan PAS lenyap bila bergabung dengan UMNO !


Kepada Allah kita kembalikan.

.

obat pelangsing badan berkata...

pas jadinya buah bibir

OBAT penurun kolesterol tinggi berkata...

nice sahre