31 Mei 2015

Zuhdi Marzuki Sah Bermulut & Tangan Yang Cirit Birit....


Zuhdi buat hal lagi, kali ini perlekeh anak Nik Aziz

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Ahmad Zuhdi Marzuki sekali lagi menimbulkan kontroversi kali ini memperlekehkan anak bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan ayahnya lebih mengutamakan Pakatan Rakyat (PR) daripada anak-anaknya sendiri.

Melalui perbualan di sebuah kumpulan WhatsApp, Zuhdi dikatakan mengkritik Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bercakap pada sebuah forum malam tadi.

"Bila TGNA meninggal dunia, yang solatkan dia dan menguruskan jenazahnya adalah anak-anak dia, tak nampak pula Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lakukan semua itu," kata Zuhdi, di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada anggota kumpulan WhatsApp tersebut yang hanya dikenali sebagai “Sayuti Shah Alam” yang memuat naik "Tok Guru Nik Aziz tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, Nik Omar Nik Aziz," rentetan forum bertajuk “PAS dan Masa Depan Politik Islam Malaysia” yang dianjurkan di Shah Alam semalam.

"Eloklah kamu buat wasiat dari sekarang Sayuti, kalau kami mati nanti, minta Shaykh Kit Siang atau Sidi Guan Eng jadi imam, sebab kamu tatang mereka lebih dari anak sendiri," kata Zuhdi dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Sumber daripada Pemuda PAS berkata kepada The Malaysian Insider, kenyataan Zuhdi itu menunjukkan sikap sebenar pemimpin PAS tersebut.

"Secara peribadi saya tidak bersetuju, tetapi saya enggan respons," katanya.

The Malaysian Insider turut difahamkan, petikan kenyataan Zuhdi itu turut tersebar apabila ada anggota kumpulan WhatsApp itu menyebarkannya kepada pihak lain.

"Zuhdi sudah marah, dia kata ada pengkhianat yang sebar isi kandungan kumpulan WhatsApp," katanya, dan menambah, kumpulan khidmat pesanan mesej itu adalah kumpulan terbuka.

Zuhdi sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui khidmat pesanan sama, apabila mencadangkan PAS bekerjasama dengan Umno bagi mengekalkan kepimpinan susulan krisis menteri besar Selangor ketika itu.

Melalui paparan skrin mesej WhatsApp dalam kumpulan AJK PAS Pusat yang bocor itu adalah:"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi Adun PKR+12 Umno dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB.

"Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serban, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So, mana-mana suara non Muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini," katanya, dalam mesej tersebut.

ULASAN GB

Sungguh dasyat mentaliti assabiyah golongan pro-UG ini.. sehingga tergamak bercakap demikian.

Kerana apa? Kerana DAP dikatakan menentang hudud. DAP sajakah menentang hudud? Gerakan dan MCA yang bersama UMNO itu tidak? Malah UMNO sendiri selama ini menyokong hudud?

Sebenarnya kumpulan UG ini memang anti-progresif. Masih lagi ingat kes-kesnya yang sebelum ini yang cuba menuduh Anwar nak serahkan Selangor kepada UMNO walhal beliaulah yang mencanangkan membentuk UG di Selangor:



Di dalam satu kes demontrasi di depan pejabar PAS, Zuhdi Marzuki pernah ditegur oleh Mustafa Ali sendiri menyatakan Zuhdi ini bukan saja bermulut cirit-birit, tetapi tangan pun sama. Baca: "Guling" Hadi: Mustafa Ali Tempelak Zuhdi Marzuki & Geng Mokhtar Senik

15 ulasan:

Unknown berkata...

ALLAH maha Kaya sedikit demi sedikit KEBENARAN akan TERSERLAH,Jika Zuhdi dan pengikut2 UG berminat dengan umno, Bukankah rakan sepakat umno lagi vOKAL dengan HUDUD, Pemimpin-peminpin MCA Macam singa, MIC macam ular anaconda,pemimpin PPP ,Pemimpin-pemimpin disabah dan serawak semuannya macam Naga, keseluruhannya ada 13, mengikut theory zuhdi maknanya kalau TGtuan Ibrahim tuan Man terpaksa menwasiatkan pada ketua-ketua MCA dan geng 13 untuk sembahyangkan dia bila meninggal nanti.. Macamna idea2 ni datang dari pemimpin PAS pusat? nampak sangat ketidak matangannya macam orang-orang umno berhujah.Saya sebagai orang luar sangat2 berhasrat pada ahli-ahli PAS yg nak membuat pilihan pilihlah calon-calon yg berfikiran matang dan waras, Cuba bayangkan TGHH dan groupnya bersama 2 rakannya yg cuba nak belajar nak fahami islam- Tidak boleh bersama: BERMASAALAH, BAGAIMANA MUNGKIN Jika dia dan 13group rakan yg baru yg kita tahu kesemuanya Buaya,naga,harimau,anaconda yg menunjukkan mereka tak mahu berubah malah memerangkap kita.

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jd

Apa dah jd dgn PhD konon2 Dokter palsapah..yg dah bersepah2 mcm sampah

Lagi hamPAS PhD2 agama yg bersepah2 ddlm kem UG Pas yg berhujjah sprt gred-3 pon TAK pas?

Roper2nya grandDESIGN "IDEA" kontot-ilusi-FITNAH supaya LGE & LKS(DAP & DAP) jd Imam & urus JENAZAH dtgnya drp PhD2-holder "cirit-BIRIT" yg disokong sama oleh siBAPAK-FITNAH yg mnjd barua pilkuda itu!...Dap dap dap & dap! Adooii!!

Adoiiiyai..alangkakah BENGAPnya nasib otak2-FITNAH yg songlap-RASUAH ddlm GELAP!

Beginilah jd nya apb TUHAN mnjdkan mrk bodoh-TOLOL-"SYUFAHAQ" gara2 bangkai-FITNAH songlap ddlm GELAP!!

Maha7SUCI MU yaa'ALLAH sgl2nya bagaikan sbnar7CAHAYA maha7TERANG yg nyata sbg BUKTI ddepan mata..

Malang..

Sgt2 malang apb puak2 Hadi & UG brhujjah mcm budak2 hingusan

TIADA & tiada sape yg masuk akal utk panggil LKS ddlm urusan jenazah kematian?

Nik Aziz..utamakan PR melebihi kluarganya krn sgt7"KESIAN"-simpati dgn mjoriti rkyat MARHAEIN yg dizalimi serta ditindas oleh rejim umno yg hidup dbwh paras KEMISKINAN!!!!!! Sbg MB Klantan pd wktu itu soal makan minum & kselesaan kluarga-anak2 Nik Aziz pasti beres!

Tak kan hakikat smudah itu yg Nik Omar nak jls kan pon sampai nak panggil LKS utk urusan jenazah & solat jenazah....Adoiiyai apa punya bingai bin BENGAP?!

Alangkal dangkal bengap & GELAP..

Isu rasis-ASOBIYAH DAP-cina-komunis sbg ilusi-FITNAH mnjd hujjah-FAKTA smata2 utk mnipu perwakilan2 yg kbnyakannya tlh pon GELAP-"TOLOL" walaq mmbuta tuli..

Apb DAP DAP DAP DAP berkali2..
sikit2 DAP DAP DAP DAP DAP DAP DAP...huh!

Amat malang skali apb DAP-rasis-ASOBIYAH-picisan mnjd point-FAKTA sbg hujjah..

Sewajib2nya kita bercakap isu FUNDAMENTAL-DASAR-univrsal sbnr7OBOR-CAHAYA yg berpaksikan kpd sbnr7KBNARAN sbnr7KEADILAN sbnr7KEJUJURAN utk mnghapuskan helah-onar-TIPU-FITNAH-belit-rasuah yg trsgt2PARAH..



Sayang

Sayang sekali..

Alangkah sampoi simple dan mesra skiranya Ahmad Awang & Hadi Awang dpt duduk bersama2 berWACANA berkongsi VISI-hujjah-pendapat demi sbnr7KBNARAN sbnr7CAHAYA-TERANG yg bnar7DAPAT "diRASAkan" sbg solusi serta PILIHAN yg terBAIK skali utk mmimpin majoriti ummah..

RAKYAT bnar7DAHAGAkan sbnr7CAHAYA-ygTERANG utk mnyuloh kdlm "SYSTEM" berNEGARA dgn sgl system'KEHAKIMAN system'PENDIDIKAN system'KEEWANGAN systemKESELAMATAN dan sluruh system2 yg berkaitan diurus dgn sbnr7setggi7NILAI..yg bnar7PASRAH-telus kpd NILAI2-UNIVRSAL-hakiki-CAHAYA maha7TERANG sprt dbwah ini..

Sluruh "SYSTEM" sgt7mmerlukan..

+++sjujur7HAKIKAT kjujuran yg tiada bandingan

+++seikhlas7HAKIKAT keikhlasan yg tiada tandingan

+++sesuci7HAKIKAT kesucian/TRANSPERENCY-audit-dr-DASAR-hati yg paling2 dlm

+++skudus7HAKIKAT amanah/INTEGRITY yg tiada sklumit pon ASOBIYAH-rasis pentingDIRI

+++shebat7HAKIKAT bakat/MERIT-puncak solusi terbaik kpd masaalah umah

+++seadil7HAKIKAT keadilan UNIVRSAL-azali kpd semua mahluk2 dilangit & dbumi HUTAN & lautan..

+++sedlm7HAKIKAT cintaKASEHsayang demi SATU-rumpun yg berasal dr Adam as..


+++smutlak7HAKIKAT KBNARAN-stotal7nya langsung tiada pntingDIRI slain keagongan'TUHAN!


Inilah sbnr7CAHAYA..

CAHAYA yg maha7TERANG yg telah disuloh oleh semua nabi2 ddlm "SYSTEM" kehidupan..hatta CAHAYA yg maha7TERANG ini dpt tembus keDASAR-HATI yg paling2 dlm skali..
"..takutilah FIRASAT sbnr7Org yg berIman.."???...
..niat JAHAT-dhati kamu jls klihatan dgn TERANG!?

CAHAYA itulah yg sgt2 ditakuti oleh Firaun Namrudz Haman Qarun Kaisar Kisra raja2 Abu Jahal Abu Lahab dan sluruh pemimpin2 yg zalim-menipu-"mmFITNAH"-mnindas disepanjang zaman..

Inilah WACANA..

WACANA-diskusi-HUJAH-debat..yg bnar7DAPAT mngubah MINDA ygGELAP mnuju hala tuju CAHAYA yg TERANG benderang kdlm sluruh "SYSTEM" khidupan berNEGARA demi sbnr7ERTI kjayaan serta keREDHAan TUHAN..

Insy'ALLAH..Ahmad Awang akan dpt mmbawa wacana-HUJAH-debat sbnr7CAHAYA-ygTERANG kdlm sluruh "SYSTEM" kehidupan ummah...amiiin yaRABBUL'alamin





Tanpa Nama berkata...

zuhdi ni so stupid. lebih stupid dari orang ameno.
bagi penyepak kang baru tau

Tanpa Nama berkata...

andaikata blok ug menang lalu pas keluar pakatan rakyat maka siZuhdi nilah yg dikatakan sebagai antara virus perosaknya; diam2 membara api dlm sekam lalu jadi apa? Pengikut2 tolol di bawah menjerit-pekik kegembiraan meraikan kemenangan yg kosong menarik semula PAS ke belakang seperti di tahun2 60an-80'an..

Saya dpt simpulkan bahawa org2 seperti mrklah yg akan merencatkan kemenangan rakyat dpd pemerintah zalim. Mereka adalah manusia2 durjana yg membuatkan kita sentiasa diperintah BN sampai bila2 mungkin sampai 50, 100 tahun lagi? Atau tidak ada harapan langsung..?

Tanpa Nama berkata...

Janganlah kamu sekalian kutuk Dr Ahmad Zuhdi Marzuki.
Dia anak kesayangan didikan Haji Hadi Tok Guru Ulama tersohor PAS,
tunjuk dan ajar dari presiden PAS yang akan membawa semua pengikut ke jalan sesat.

Kamu sekalian Orang Bawah tak akan faham apa dia Orang Atas pernah runding dibelakang pintu bawah meja. Percayailah kepada UMNO sememangnya jujur pernah tercirit mulut PAS itu Parti Ajaran Sesat.

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah..teruk betul zuhdi ni..muka x de nur langsung..

Tanpa Nama berkata...

.


Apa yang cuba di sampaikan oleh Zuhdi bila kaitkan LKS dengan LGE dalam urusan jenazah TG ? Yang uruskan pun anak-anak nya sendiri. Lain lah kalau yang urus tu dia sendiri atau geng UG. Ini cakap orang yang tak boleh kawal cara berfikir. Apa hal dia (kami) yang mati tapi orang lain buat wasiat? Bukan wasiat lah, buat keputusan. Lagi pun yang beri tauliah untuk jadi imam kan Jabatan Agama ..

Teruk. Memalukan. Marah punya pasal terus jadi tolol. Itu lah jangan senang-senang kata orang, sekarang berbalik pada kamu sendiri. Ini betul-betul marah ni, boleh kena jual nanti....

TGNA bukan tidak memperdulikan hal anak-anak bila TGNA tatang PR lebih dari tatang anak-anaknya. Bagi TGNA yang memikul tanggung-jawab berat untuk memertabatkan Islam, anak-anak dan isteri termasuk dalam keseronokan dunia yang boleh melalaikan. Dunia bukan di hati tetapi di tangan TGNA, kata anak nya Nik Omar.


Kita yakin apa yang di maksudkan dengan kata-kata tersebut ialah sudah tentu sebagai MB dan pemimpin PAS, TGNA kena lebih mengutamakan rakyat dan masa depan negara. Hubungan Ayah-Anak tidak boleh di campur aduk kat dengan tugas nya sebagai pemimpin. Lain lah pemimpin UMNO. Tenguk saja Najib, macamana anak-anak nya kaya-raya kerana Najib tatang anak-anak nya lebih dari 1MDB, lebih dari TH, lebih dari UMNO dan lebih dari UG. TGNA memilih PR walaupun anak nya sendiri Nik Abduh pilih UG. Sebab itu taktik Hj Hadi guna Abduh telah gagal!

Zuhdi mengambarkan sikap sebenar kumpulan Hj Hadi dan pro UG yang belum apa-apa lagi telah mabuk dan tak sedar diri.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

zuhdi ni banding dgn mat sabu bak langit dgn bumi. tak ada rupa pejuang. klu kena masuk lokap, tak sampai 1 jam dah cirit birit. belajar dulu cara nak lawan. belum apa lg dah nak gabung dgn umno sebab dah nampak ghanimah!

Tanpa Nama berkata...

Mcm org jahil murakkab, x sngka x mtg lngsung, pndpt mcm bdk2 sekolah,x mnggmbrkn lngsung sorg tokoh pemegang ijazah phd.memalukn sungguh!!

Tanpa Nama berkata...

Tulisan zuhdi dlm wasap menunjukkan beliau seorang yg lemah akal dlm memahami kata2 , maksud serta tujuan nik omar mengucapkan kata2 ayahnya lebih mengutamakan pakatan drp anaknya sendiri. Adakah zuhdi benar2 ada phd?

Tanpa Nama berkata...

Ingat orang yang ambil PhD tu bijak-bijak ke?

Ada yang memang bijak- maka rakyat akan merasakan hasil kebijaksanaannya... Alhamdulillah

Ada yang tidak bijak tapi buat-buat bijak maka rakyat akan rasa sengsaranya. Innalillah....

Ada benarnya PhD adalah 'Perment Head Damage'
Ada benarnya PhD adalah 'Perangai Hasad Dengki'

Jadi berhati-hatilah memandang tinggi mereka bertitle sedemikian kerana PhD sekadar sijil akademik, bukan sijil akhlak, bukan sijil kepintaran beremosi dan bukan sijil kematangan berfikir yang mutlak.

Kerana aku juga memiliki segulung PhD... memang perit memperolehinya... tapi berbaloi jika menjadikan anda seorang yang berhati-hati bila berkata-kata terutama apabila meluahkan isi pemikiran.

(Al Baqarah 284

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[285]

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".

[286]

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". )

Tanpa Nama berkata...

Dr zuhdi ni ada buat kuliah masjid saya .. putra perdana ..
nazir undang dia ni pun jenis degil dan ego tak bertempat ..pun pro UG juga..tak boleh tegur..
tolong lah jgn undang dia nih lagi.. dah rosak akhlak ..
banyak lagi ustaz yg bagus dan clean akhlak ..

refer sini ..adakah ia layak lagi utk memberi kuliah pada umum jika akhlak jijik..
www.facebook.com/masjidtpp/photos/a.311540488988850.1073741838.293328027476763/561348587341371/?type=1&theater

Anti Fitnah berkata...

Nasib baik bukan Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng yang memandikan dan melakukan solat jenayah waktu kemangkatan TGNA, kalau tidak, terberak dan terkencinglah puak UG ni.
Kenyataan yang BODOH dari seorang yang bertaraf PhD. Jangan bercakap suatu perkara yang tidak mungkin sebab setahu satu Malaysia yang LKS dan LGE bukan beragama Islam. Kalaulah depa nak melakukan perkara di atas, adakah kita membenarkannya? Kalau nak memburukkan DAP atau PR sekali, biarlah berasas dan berfakta. Cakap macam dok kedai kopi dan macam menteri UMNO saja.

Tanpa Nama berkata...

.

Zuhdi se orang Professional dengan gelaran Dr. Gelaran Dr ini sepatutnya membawa Zuhdi kembali kepada Allah. Seperti yang di perjelaskan oleh Nik Omar seperti :

“Ulama ini orang yang takut, maknanya dengan ilmunya, dia takut pada Allah. Pengajiannya dalam bidang sains atau sejarah, yang dia belajar menyebabkan dia kembali kepada Allah. Dia termasuk dalam ulama,”

Kembali bermaksud datang nya pengetahuan itu @ asal nya apa yang ada (ilmu) pada seseorang ia lah berpangkalnya dari Allah jua. Dengan izin Nya jua, Zuhdi brrgelar Dr. Bila kita kembali pada Allah swt dengan Ilmu Nya jua, kita sepatutnya merasa rendah diri dan semakin bijak.

Zuhdi kurang dalam hal ini. Abduh yang ahli dalam agama pun kurang dalam hal ini. Sebagai bergelar Dr dan ahli, mereka hanya terus beramal pada manusia sedangkan ilmu Allah ia lah beramal pada Allah. Orang yang beramal untuk manusia, akhlak nya tak berapa cantik.

Waallahhuallam.


ps anon 5.07 pm. terima kasih berkongsi ayat (Al Baqarah 284)

Tanpa Nama berkata...

Seolah2 zuhdi nak menyatakan tindakan Tuan Guru Datok Nik Aziz berbaik dgn DAP adalah salah. Zuhdi ni takada fikir Dakwah dlm politik mcm Tuan Guru fikir. Mcm mana semua orang tak kira bangsa kenal Allah. Supaya sama2 dapat selamat di akhirat nanti. Amat malang sangat seorang yg bergelar phd tapi akal cetek. Perkara yg mudah yg diucapkan oleh Nik Omar pun gagal difahami. Mungkin dia fikir cukuplah hanya diri dia dan kumpulannya saja dpt selamat di hari akhirat nanti.