3 Mei 2015

[GAMBAR & VIDEO] Rempit Myvi Akibatkan 3 Beranak Maut, 2 Yatim Piatu


Berang kecuaian pemandu Myvi

Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

“Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.

Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.

Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.

Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.

Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.

“Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.

“Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.

“Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu,” katanya.

Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.

“Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini,” tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.

Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.

Setakat jam 7 petang semalam, laman tersebut mendapat 1,135 like. -SH


Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015

Insiden lumba haram melibatkan enam buah Myvi pada awal pagi Sabtu 2 mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara dan melanggar kereta jenis SUV Pajero Sport telah menyebabkan satu keluarga maut. Menurut saksi, satu pasangan (Suami dan Isteri) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia.

Difahamkan, kemalangan maut yang berlaku pada jam 12.30 pagi berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan salah satu daripada Myvi tersebut terbabas lalu melanggar sebuah Pajero Sport menyebabkan Pajero itu terbalik manakala penumpang tercampak keluar. Untuk info, kesemua pelumba Myvi tersebut adalah daripada anggota Familia Myvi Club (FMC).


Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015



Gambar Keluarga Mangsa (Pajero Sports) Maut Dilanggar Myvi 2 Mei 2015

Mangsa Fairuz Nizam (Suami) dan Novasafitri (Isteri) dan seorang bayi berusia 6 bulan maut dalam insiden nahas lumba haram Myvi langgar Pajero Sport. Mangsa turut meninggalkan lagi 2 orang anak yang tidak turut sama dalam kejadian tersebut.



Yatim Piatu


Turut terkorban


Ucapan Takziah Menerusi Laman Sosial



Kelab Myvi Familia Club Dikecam Hebat Dilaman Sosial

Susulan lumba haram yang disertai oleh 6 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang menyebabkan satu keluarga yang menaiki Pajero Sport maut, kelab tersebut kini dikecam hebat dilaman sosial.



Gambar Suspek Pemandu Myvi FC123 Langgar Kereta Pajero

Foto Suspek Fizal Reza, pemandu Myvi dengan nombor ahli FC123 yang melanggar sebuah Pajero Sport hingga menyebabkan satu keluarga terbunuh.



Luahan Isteri Suspek Langgar Pajero Sport Dilaman Sosial

Luahan isteri Suspek Fizal Reza pemandu Myvi FC123 yang terlibat melanggar kereta Pajero Sport.



Video Kemalangan Maut Lumba Haram Myvi 2 Mei 2015


-melvister.com


10 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tekanan rakyat akibat GST?

Berlumba untuk lepas geram dan tension!

--- spare part mahal ! ----
Nak upgrade tak mampu dah
--- myvi buatan malaysiaL ---
Memang tidak ada ciri keselamatan

Proton lagi low class tak boleh buat lumba langsung... Madey pengerusi Proton

Perodua yg lahir di zaman kroni tak boleh buat 'speed' ... Untuk rakyat yg tak mampu jer...pakai

GST menghimpit pemilik kereta kokak sehingga spare part tak di ganti dan terus maut! GST = Maut dlm Myvee

Tanpa Nama berkata...

Bebudak Melayu bila dapat keta , otak terus letak di lutut jadi bahalol terus

Anak2 yatim sapa nak tanggung duit kasih sayang

Kereta myvi di buat racing memang nak bunuh orang awam

Di Kuala Lumpur , anak melayu jadi gila stereng bunuh orang , di London anak Melayu gila pirno budak kechik habis buang duit MARA tanggung biasiswa

Elok bebudak melayu ini terjun laut saja dari burok kan bangsa aniaya orang awam.

Ini punca dari darah daging mak bapak penuh punca kotor haram rasuah

Bila Mak Bapak sibuk nak kaya ber gaya , duit kopi di kira rezeki halal bonus pulak tu.

Orang orang Melayu saja.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa Malaysiabaru ni bangang kot..berapa byk dah keta proton masuk rally menang..memang buta cengakadak..usha preve n suprima bro... Paling kurang pon pi try iriz..jgn nak marahkan perodua proton pon ko nak kait sekali..

mohd shahran berkata...

bawa keta myvi tapi berlagak macam bawa keta porsche.huh

Tanpa Nama berkata...

Apahal ko mereprk ni. Aku xsuka GST tp kalau nk brhujah jgn tunjuk bodoh dkt org. Maaf ye, feeling sedih baca berita di atas, nmpk pulak komen bodoh....

Tanpa Nama berkata...

Keluarga mangsa perlu menyaman Familia MyVi Club dan keenam-enam pemandu secepat mungkin di bawah undang-undang Tort. RM25 juta pun OK.

Tanpa Nama berkata...

Mesti mak bapak diorg menyesal sgt2 x beli kondom.

Malaysiabaru berkata...

Ya jaguh dlm kelapa sawit...

But then

Putrajaya yg tak bangang kata Proton setaraf BMW !!! Feewit

Tanpa Nama berkata...

.


Akiviti perlumba bersembunyi di sebalik kelab

Harap sebelum kejadian menyayat ini ada lah yang saksi kumpulan MyV yang kerap berlumba di Jalan tersebut

Ini semua tanda tak baik bila nama singkatan UKE dapat pangkat Selepas dapat Dato jadi lah nama singkatan tersebut DUKE seperti yang di idam idam kan Selain musibah yang sukar dilupakan ini nasib Jackie Chan puladidedah mempunyai hubungan dengan artis jelita

Apa ada pada nama?

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Malaysia baru tu mmg bongong!Dh tentu2 Proton wakil malaysia berlumba di litar dan boleh buat rally lagi nk ckp low class plak.Ko ingt toyolta ke nassan ke bonda ko tu bgus sgt ke.Ada berani jom r set.0122934957 Gbob