Seorang pelajar pintar Matematik dari Malaysia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah kerana memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak.
Memetik laporan portal United Kingdom International Business Times (UKIBT), Mahkamah Southwark Crown, London menjatuhi hukuman itu pada Khamis lalu setelah, Nur Fitri disabitkan dengan 17 kesalahan memiliki, membuat dan menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak.
Rahsia Nur Fitri terbongkar setelah pihak polis Metropolitan berjaya mengesan kelakuan Nur Fitri selepas menemui satu akaun internet miliknya yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej lucah kanak-kanak.
Nur Fitri mula belajar di Imperial College sejak tahun lalu dan ditahan di kediamannya di Queensborough Terrace, West London.
Selepas mengetahui perlakuan Nur Fitri, polis bertindak menggeledah rumahnya pada November 2014 dan menemui komputer riba miliknya yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.
Nur Fitri mengaku melakukan kesalahan tersebut sehingga tarikh November 2014 di mahkamah sama.
Ketika ditahan, polis mendapati Nur Fitri yang juga pemegang biasiswa Matematik memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta beratus-ratus bahan lucah kategori B dan C.
“Nur Fitri terlibat dalam aktiviti memiliki dan berkongsi beberapa imej yang ‘sangat ekstrem’ yang pernah kami lihat dalam jenayah bahan lucah kanak-kanak.
“Hukuman penjara yang dijatuhi mahkamah sememangnya sukar dielak memandangkan jumlah imej dan kandungan yang dimiliki Nur Fitri berada pada tahap membimbangkan,” kata seorang Pegawai Unit Jenayah Berat Metropolitan, Sara Keane.
Nur Fitri memulakan pengajian di sebuah koleh di ibu negara dan mendapat tawaran biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran pada 2011.
Dia yang berasal dari Malim Nawar, Perak merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, dan pernah bertanding dalam Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam.
Dalam laporan UKIBT, Nur Fitri dilaporkan akan dihantar pulang ke Malaysia sebaik sahaja dibebaskan daripada hukuman penjara.
16 ulasan:
Ahmad Maslan juga bekas budak SMS
Sek Men Sains Johor
Produk Sama... Keluar dari lubang sama
bijak ilmu dunia semata tak boleh harap lagi untuk jadi insan
.
Ini semua terjadi kerana menjadikan liwat sebagai fitnah Berbagai bagai video di sebarkan dan menjadi tajuk berita
Najib mencipta satu lagi rekod musibah dalam perkhidmatannya sebagai PM ia itu anak melayu pintar di tangkap kerana didikan pakar fitnah umno
Kepada Allah kita kembali
Budak Bahalol
Habis duit cukai rakyar saja tanggung belajar
Malu bangsa saja
Mak Bapak sudah malu tok sah cerita
Buang habis duit rakyat saja
Bodoh lah
Dlm kajian yg dijalankan, Org di Kelantan dan Trengganu paling tinggi dlm melayari laman sesawang lucah.
Belum ada kajian yg ramai dari geng ostad atau geng erdogan.
Agak2 ada tak dari geng ostad ?
Ke semua geng ostad wara' ?
MACAM BAHALULNYA JUGA SI MASLAN TU. MEMBEBANKAN RAKYAT DGN CUKAI GST YG DIPERTAHANKANNYA.
OTAK PANDAI...TAPI BAHALUL
MENGABIHKAN WANG RAKYAT ANTAR JADI PANDAI2...KEMUDIANNYA MENYUSAHKAN RAKYAT.
Negara kita kan suka pada benda lucah, kalau kempen pilihanraya mesti ada cd lucah yang keluar, tuduh musuh politik kaitkan dengan unsur lucah, maka rakyat dan pelajar pun sama ikut perangai pimpinannya yang otak lucah, rosak rakyat Malaysia ni, moga budak ini bertaubat dan diberi peluang kedua
Mereka mengatakan tidak pernah melihat bahan lucah sebegitu banyak dan sebegitu teruk. Apa dah jadi dengan anak bangsa?
Dia ikut perangai datok T kot?
Doakan je la budak tu kembali ke pangkal jalan yg Allah redha. Xyah marah2.... rileks bro..
Sebelum ini pelajar perempuan pintar melayu Sampai melacur kan diri
Apa lagi lah selepas ini?
Sibuk dengan menghantar angkasawan tapi nak tunjuk kehebatan melayu UMNO nya
dulu dpt biasiswa mara. rakyat malaysia tanggung. skrg dpt biasiswa queen. rakyat uk tanggung!
Kalau ternyata dia buat salah biarlah ia menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahannya kita rakyat Malaysia harus menghormati keputusan mahkamah disana.
Nasib baik telah dibongkarkan oleh polis Britain, kalau tidak orang macam inilah yg akan balik dan berkhidmat dgan kerajaan Malaysia. Bertambah ramailah Mat Maslan di Malaysia.
Tak lama jadi Ahli Blogger Umnoporno
Si Maslan kau ckp Otak pandai???????Bahlul ada lah....bebal....bongok
Catat Ulasan