23 Mei 2015

Aisyah Lahir Kekecewaan Dengan Perkembangan Dalam PAS


Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin yang telah menyertai PAS di pertengahan tahun 2012 semalam telah melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan yang berlaku di dalam mutakhir ini.

Di dalam satu catatan di dalam media sosial facebook beliau menyatakan pada awalnya beliau amat tertarik dengan keterbukaan PAS semasa itu dan menjangkakan bahawa jika PAS ingin memerintah Malaysia, tindakan PAS pada waktu itu adalah satu langkah yang mesti dilakukan.

Tetapi kini keadaan sedemikian sudha berubah. Slogan "PAS FOR ALL" sudah semacam menjadi satu lelucon.

Sambil mengaku beliau sebagai "orang baru di dalam PAS, beliau terkejut dengan penggunaan bahasa beberapa orang ulama dan pemimpin tertinggi PAS. Luahan beliau itu dipercayai merujuk kepada ungkapan-ungkapan seperti "Barua", "Tolol" dan lain-lain istilah yang digunakan oleh sesetengan pemimpin PAS terhadap ahli-ahlinya yang tidak sehaluan dengan dengan mereka.

Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang di dalam program dialog "Bicara Harakah" minggu lalu telah mengeluarkan perkataan kesat "tolol" untuk merujuk kepada orang dituduhnya ingin berpecah dan tidak mahu bermesyuarat disamping meminta mereka keluar dari PAS.

Walau bagaimana pun kenyataan beliau itu telah dijawab di media sosial yang menyatakan bahawa alasan "bermesyuarat" oleh Haji Hadi berkenaan tidak membawa makna apa-apa kerana beliau sebelum ini seringkali menggunakan kuasa veto untuk membatalkan apa-apa keputusan yang tidak disenanginya.

Sebelum ini Haji Hadi juga telah mengeluarkan perkataan "Broker" dan "Barua" di dalam Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat tahun lalu untuk menempelak dua orang ADUN Selangor yang bertindak untuk menyokong dan menyelamatkan Pakatan Rakyat di samping menggagalkan pembentukan Kerajaan Perpaduan diantas PAS, UMNO dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dua ADUN berkenaan, Saari Sungip (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) digantung keahlian selama setahun.

Aisyah yang mengakui masih yakin dengan perjuangan Islam namun melahirkan kekecewaan dan mempersoalkan apakah itu akhlak (penggunaan bahasa kesat) yang ditunjukkan kepada mereka yang bukan-Islam.

Beliau menyatakan "wala", atau penghormatan adalah sesuatu yang diberikan oleh ahli kepada mereka yang layak dan dengan paksaan atau arahan.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Datuk Tamrin Abd Ghafar telah mengumumkan keluar dari PAS kerana tidak bersetuju dengan cara Haji Hadi menangani isu perpecahan PAS ekoran krisis Menteri Besar Selangor.

Sasterawan negara terkenal, A Samad Said juga pernah menyelar tindakan Haji Hadi dan meminta Hajil Hadi meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) kerana kerap tidak hadir di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. Haji Hadi pernah dengan angkuh menyatakan "ikut sayalah nak hadir atau tidak"

Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab,” kata Pak Samad.

PAs akan mengadakan mutamar kali ke 61 di Selangor bermula 4 Jun depan yang melihat pertama kali Haji Hadi ditentang oleh Bekas Presiden Pesatuan Ulamak Malaysia, Ustaz Ahmad Awang.

"... Masa sy mula2 masuk PAS sy sgt impress kerana PAS telah melangkah dari parti pak lebai ke parti yg lebih terbuka kepada jemaah berbagai bidang.

Bagi sy kalau PAS betul2 nak memerintah Msia satu hari ini satu langkah yg mesti. Tapi sekrg tidak lagi begitu..

PAS For All has become a bit of a joke....."

".... Sebagai org baru...sy terkejut dgn penggunaan bahasa setengah2 org yg dipanggil faqih dlm agama... rasanya dlm industry yg org anggap jahil pun masih ada sikap toleransi dan hormat.Sekarang maki hamunnya ..."

".... Sy tak kecewa dgn perjuangan Islam tetapi sy kecewa dgn apa yg berlaku dlm PAS yg kononnya perjuangan Islam...

ini ke akhlak yg nak kita tunjukkan pada non muslims bila sesama jemaah pun berantakan...respect has to be earned not commanded from..."


26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mu peduli apa.aku kang presideng,mu peduli apa.kang aku ni ulamak dunia,mu bukang tak tahu ,ikut aku lah nak kata apa pung,barua ke ,tolol ke,apa ke,kang aku ni ulamak.kalau mu tak suka aku mu kleuar je dari Pas ,kang pas ni hak aku.kah.kah.kah.cakp gannu

Unknown berkata...

Haji Hadi dah kerahkan semua perwakilan supaya wala' hanya kepada beliau. Beranikah perwakilan menentangnya?

sawachikaeri berkata...

maaf cakap....

kalau nak brrgiat aktif politik....bukan sahaja ilmu agama perlu tinggi tetapi juga perlu biak politik

Saiful berkata...

Org pkr dap hr hr lwn mdb..geng pwjuang islam ni dok lwn hapa..satu kajian ttg mdb pun tak ada..yg tau hudud2..yg tau aku lg alim dr hg...islam hapa..

Tanpa Nama berkata...

Satu-satu dari orang baru dalam PAS yang di kenali masyarakat meluahkan kekeciawaan terhadap kepimpinan PAS masa sekarang ini. Dan orang-orang ini lah bagi pro Hj Hadi minta keluar kerana tanpa sedar kemunculan orang ini lah menjadi PAS lebih ke arah progresif.

Sebelum ujud penyokong pro Hj Hadi, pemimpin seperti Husam Mat Sabu Dr Hatta dan lain-lain tidak menjadi masalah tetapi bila ramai orang baru seperti Aishah yang masuk PAS pro Hj Hadi jadi bimbang. Tidak jadi masalah Mat Sabu atau sesiapa terus berada dalam PAS samada berjawatan atau pun tidak. Tetapi orang baru yang mahu melihat PAS berubah menjadi parti yang lebih dynamik perlu di halau.

Pro Hj Hadi se makin lemah. Kerana itu lah ada plan lain untuk menyelamatkan kedudukan Hj Hadi atau yang pro ulama iaitu minta pertolongan UMNO selain menghalau orang seperti Aishah.

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

Hadi pemusnah PAS tidak macam Fadzil Noor. Sepatutnya di perlu lihat diri dalam cermin. Ulama bodoh kurang cerdik berpolitik. Umor sudah tua tak ingat ALLAH, nak ikut macam Najib suka menipu dan bercakap bohong. Hilang kamu dari PAS tidak menjadi kerugian, p mampus.

Tanpa Nama berkata...

Apb

Apb ularrrMak-FITNAH as-SUK coba brhujah/brcakap soal "DASAR"..apa itu DASAR Islam?

DASAR
DASAR DASAR

DASAR kpd Islam itu adalah CAHAYA yg maha7TERANG utk mnyuloh kegelapan umat mnjd TERANG bnar7brCAHAYA dgn terang-BENDERANG!


Tetapi..

DASAR
DASAR DASAR

DASAR kpd onar-FITNAH pula adalah TIPU belit-putar-KESUMAT-khianat RASUAH yg masuk kdlm lobang KEGELAPAN keliru yg sgt2 "GELAP"!


Saksikanlah..

CAHAYA=TERANG...mudah lg meLAPANGkan

GELAP=BUTA...bodoh TOLOL mnyesatkan


Saksikan lg..

Sbnr2 ulamak yg hidup bnar2 ddlm CAHAYA ygTERANG tidak tidak & TIDAK ssekali takut utk berDEBAT demi mnegakkan sbnr7CAHAYA KBNARAN..

Sbaliknya..
ularrrMak2-FITNAH as-SUK yg tlh BUNCIT mnelan bangkai-RASUAH sgt2 TAKUT utk berDEBAT,,krn mrk sgt TAKUT kpd sbnr7CAHAYA yg TERANG yg akan mnyuloh bangkai-KEGELAPAN-onar-TIPU-khianat-umpan-RASUAH yg mrk cuba smbunyikan!

Ingat..
DASAR kpd FITNAH adalah RASUAH

Ingat lg..
DASAR kpd RASUAH pula adalah onar-khianat-dan-FITNAH!

FITNAH dan RASUAH pula adalah mnjd sbnr7DASAR "tolol" yg mgGELAPkan!!

noktah!

Tanpa Nama berkata...

TGHH mahu menjadi PM tetapi halangannya ialah DSAI. Kini DSWA pula menjadi halangan. Justeru, kemenangan PR perlu disabotaj. Sekiranya DSWA menjadi PM juga, PAS akan mengeluarkan dalil-dalil bahawa DSWA haram menjadi PM. Ingatkah lagi peristiwa 16 September? Ketika itu DSAI hampir-hampir menjadi PM tetapi langkah 16 September disabotaj. Ketika menang di Kajang, DSWA juga disekat dari menjadi MB. Pelbagai dalih dikeluarkan supaya DSKI dikekalkan atau MB dari PAS dipilih.

Sebenarnya, PAS akan mensabotaj PRU14 dan sekiranya memang BN tewas, PAS akan mensabotaj DSWA pula.

Isu-isu mengenai rasa tidak puas hati TGHH terhadap kabinet bayangan tidak mungkin timbul jika LGE dan Rafizi setuju bahawa bakal PM Malaysia ialah TGHH sendiri.

Sekiranya tiada berita yang menggembirakan TGHH dikeluarkan sehingga PRU14 seperti TGHH menjadi PM Malaysia selepas NTR, PRU14 bakal disabotaj oleh PAS.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai pengundi atas pagar yg tidak berparti, semua pilihanraya saya mengundi utk pembangkang sebab benci bn. Selagi hj hadi duduk fi kerusi ptesiden pas, dgn gaya politiknya mutahir ini..percayalah pas sedang bergerak 50 tahun kebelakang tanpa mereka sedari...

mat yeh berkata...

Semasa kerajaan PAS Kelantan runtuh
Namun PAS bukan berjuang bertunjang kepada perjuangan kebendaan, bahkan berjuang atas dasar agama.
Maka ahli PAS mula mememusabah diri dan merancang untuk membina semula kebangkitan. Dengan semangat dari kemenangan Khomenei, golongan muda PAS mula mengatur langkah.
Langkah pertama adalah menjenamakan dan mengembalikan semula PAS sebagai sebuah parti yang bergerak untuk mendaulatkan Islam.
Untuk merealisasikan matlamat ini, golongan muda PAS terpaksa menukar Presiden parti dan beberapa orang AJK parti. Perubahan ini mendapat sokongan ahli parti dan majoriti pimpinan parti.
Sejak itu PAS telah bergerak maju dan masyarakat pelbagai peringkat mula menyertainya. Beberapa orang pimpinan telah menyemarakkan lagi sokongan masyarakat kepada parti PAS. Selain dari TGNA, ust Fadhil Noor dan Yusof Rawa. Namun ada seorang lagi tokoh besar yang amat terpengaruh dengan perjuangan PAS, iaitu Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Setelah PAS kehilangan tiga orang tokoh besarnya, hanya tinggal TGHH seorang sahaja dari jenerasi pembina semula kebangkitan PAS.
Kasih sayang TGHH kepada perjuangan PAS mungkin tidak dapat difahami dan dibaca oleh ahli parti sendiri. Inilah yang menzahirkan kepada masyarakat seolah-olah PAS telah berpecah kerana berebut arasy pimpinan.
Semasa hayat TGNA, beliau membuka ruang yang luas kepada sesiapa sahaja untuk berjuang bersama PAS. Namun TGHH cuba mengawal keadaan ini supaya parti tidak dirosakkan oleh anasir luar. Namun dasar ini tidak dibaca oleh ahli parti dengan baik. Mereka bukan sahaja gagal membantu presiden parti, bahkan membina puak dan bertindak memecahkan parti.
Kelompok "Ustaz jadian" mengambil kesempatan untuk menjadi batu api dan menjadi tukang cucuk ulamak dalam PAS. Tanpa malu dan merasa berdosa, kelompok ini mengunakan nama "ulamak" untuk mencari pengaruh dan tempat dalam PAS. Dimana jika PAS bersatu, mereka tidak mungkin dipandang dan dijulang sebagai pimpinan oleh ahli PAS.
Kelompok kedua yang menjadikan PAS sebagai batu locatan dan mempunyai agenda tersendiri dalam PAS. Segala kelemahan Presiden parti dan barisan pimpinan ulamak digunakan sepenuhnya untuk menjaya matlamat mereka. Mereka mengambil kesempatan melalui semangat golongan muda dan profesional dalam parti. Malamat kelompok ini kelihatan berjaya bila keraguan dan kemarahan kepada kelompok ulamak dalam PAS mula menjadi kudis.
Sungguh menyedihkan apabila perjuang parti yang ikhlas telah menjadi mangsa dari keadaan ini. Jika mereka bukan dari kelompok ulamak, mereka akan dihitam gelap oleh kelompok ulamak. Jika dari kelompok ulamak, mereka akan dibangkul sampah oleh kelompok bukan ulamak.
Situasi ini jika dibiarkan, mungkin boleh menjadi barah dalam parti PAS. Bagi mengatasi masalah ini, perlunya satu kelompok yang mesti bangkit untuk membina semula PAS sebagai wadah kepada perjuangan Islam. Kebangkitan kelompok ini mesti bertindak sama seperti kebangkitan yang dibina pada tahun 80an.

Tanpa Nama berkata...

BUKAN AISYAH SEDIH , RAKYAT JUTA JUTA SEDIH LIHAT ULAMAK TETIBA GILA DUNIAWI SEHINGGA JADI AL-TOLOL

MELAYU SUDAH RATA RATA MISKIN TERUS PAPA BILA KETUA PALING TADAH IKUT JAHILIYAH

UBAH


MELAYU KENA UBAH IKUT AJARAN NABI SAW SEPENUHNYA DI BAWAH PIMPINAN USTAD AHMAD AWANG

USTAD AHMAD AWANG BIJAK , RENDAH DIRI , DAN PROFESIONAL SEJAK DULU DULU TAHUN 1999 SAYA PERTAMA DENGAR KULIAH ZOHOR DI MASJID KLCC

GOOD MAN !!!!

Tanpa Nama berkata...

berani ubah pemimpin yg x de pe keistimewaan dn kelebihan sjl berbelas2 thun mlh membawa mundur ke blkng, ayuh ini kalilah tukar!!

Tanpa Nama berkata...

Sua-sia almarhum ustaz fadzil..tgna...berusaha supya Pas diterima oleh semua bngsa di mlysia....sy seblum 98..x campur sngat tntag politik mlysi...tapi arwah ustaz fadzil yg mnggerakkn Gerak..bela nasib dsai..sejk itu dngn dokongan arwah tgna...pas diterima dngn kmsukn berbagai aliran politik..agama dan akedemik...tiba hj hadi....nk bwk balik pas ke belakng...mungkir jnji...bahasa kasar memaki org yg x sehaluan...mls dtg msyuarat...dah tu ubah keputusan mesyuarat....muktamar jun nanti penentu..samada pas akn maju kedepan atau sebaliknya. Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Seluruh..

Seluruh isi
Seluruh intiPATI
Seluruh jiwa-ROH-Quran

Seluruh jiwa-ROH-Quran itu berpaksi-TUNJANG-pokokkan kpd "the-HIGHEST" univrsal-CORE-value...itulah sbnr7CAHAYA yg dbawa/dsuloh oleh nabi2 as, sprt..

>>sjujur7KEJUJURAN yg tiada tandingan
>>seikhlas7KEIKHLASAN yg tak trbandingkan
>>setelus7KETELUSAN, bnar7SUCIyg tiada ksangsian
>>shebat7BAKAT, merit base yg tratas demi mncari solusi ummah
>>skudus7AMANAH..integrityTAQWA dr dasar HATI yg bnar7kudus suci
>>seadil7KEADILAN sejagat trmasuk mahluk2 dilangit bumi hutan n lautan
>>smurni7CINTA kaseh sayang,, yg brTUNJANG drp SATU bapak Adam as..

>>smutlak7KBANARAN, yg tiada w.pon sklumit kpntinganDIRI selain smutlak7 kpntingan ummah demi sbnr7Keredhaan ALLAH..

Ciri2 yg diatas itu adalah keutamaan-PRIORITY PRIORITY PRIORITY & PRIORITY yg ditanam & dilaksanakan oleh nabi2 sbg core-TUNJANG-pokok yg wajib dan trpenting skali diUTAMAkan....bukan ranting2 yg JAUH lg trpencil!?

Hanya..

Hanya & hanya..

Hanya hanya & hanya ularrrMak-FITNAH as-SUK yg tlh mnelan umpan-RASUAH shj yg sngaja sengaja & sengaja mncari2 HUJAH selain HUJAH fundamental-TUNJANG-pokok semata2 utk SAMAR-klirukan ummat masuk kdlm "tolol-GELAP"!

Adakah mungkin ularrrMak as-SUK yg tlh brgelumang dgn onar-PONTENG-belit-putar ESOS-balak-komisyen-PROJEK-proxy dan FITNAH boleh mncontohi stggi7NILAI core-FUNDAMENTAL-TUNJANG-pokok "UNIVRSAL" yg tlh pon disuloh oleh nabi2 dgn sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG sprt yg diatas itu??????

Sbb itu..

Sbb itu mrk brmain AUTA dan silap mata dgn isu ranting-Hudud yg boleh pulak "diPINDA2??" itu, dgn ssuka hati mngikut selera hawa NAFSU-kepala-hotak mrk yg sarat dgn BANGKAI sampah donia!

GB,
The TRUTH is really very7SIMPLE

Tanpa Nama berkata...

Awas> DIN Ayam pangkatnya semakin besar, cakap semakin besar, duit semakin besar.Ambil kesempatan keatas bapa mertuanya semakin besar.

Akhirnya kehilangan kepecayaan keatas pengundi PAS FOR ALL semakin besar.

Tanpa Nama berkata...

kini ramai yang kecewa.panas yang diharapkan hingga kepetang rupanya hujan ditengahari.penipu....

lagu tu laa berkata...

wala' hanya mutlak pada junjungan besar kita Nabi swa dan ALLAH swt dan pemimpin dan pemerintah yang adil selagi mana ia tak berlaku zalim kpd rakyatnya.dalam pas seolah satu paksaan kpd akar umbi agar wala' kepada tuang presideng dan kuncu2nya.

Tanpa Nama berkata...

Kelompok ulamak ke
kelompok bukan ulamak ke

Hj Hadi yang tak berguna!

Ambil Ustad Ahmad Awang. Ulamak pun ada dan Professional pun di sokong.

Tanpa Nama berkata...

Mat nyeh...pas mula bangkit bila profesional islam mula masuk pas hasil buah kerja ustaz fadhil nor...kelompok ini bukan mncari kdudukan dan pngkat kerana diorang dah kaya dan bekerjaya...yang iri hati adalah golongan ustaz muda yg xmerasa pangkat kerana dimonopoli kelompok profesional..betulkah golongan profesional ni tersasar?liberal?klu begitu mknanya gagal la ulama majlis syura ulama..TGNA..UFN...TGHH mentarbiah..mendidik golongan ini selama hampir 30 tahun meteka ddalam pas?ludah ke langit kena muka sendiri...kerana menantu...pangkat..taksub...golongan ustaz muda dan TGHH telah melangkaui akhlak dan misi

Tanpa Nama berkata...

Wanita ini dapat nampak jelas tindakan keji setengah pemimpin Ulama PAS terhadap rakan sepejuangan dlm PAS & PR. Sambil menganiayai keluraga Melayu Muslim saudara Anwar lalu menyokong Azmin. Mrk aktif UG, Langkah Kajang, isu Ketua Menteri Selangor ke Hudud.

Yang paling malang lagi Azmin (sekarang Ketua Menteri Selangor) masih menyokong kuat PAS Hadi. Biarkan Hadi keluarkan PAS dari PR saja, ataupun Azmin takut kehilangan sokongan PAS dlm PR nanti ke? Ada ke Azmin ni kelihatan tidak berkeliber utk memimpin gabungan PR?

KS berkata...


Ustaz Fadzil dan TGNA membina Pas ttp Hadi meruntuhkannya.

Tanpa Nama berkata...

.

JANJI MANIS HJ HADI

Hati membeku mengingatkan kata janji manis mu

ooooh ..

Gurindam mu angan angan

Tanpa Nama berkata...

Ramai lupa sahabat-sahabat Nabi yang utama adalah golongan profesional. Abu Bakar ialah seorang tokoh korporat yang pandai bersyair.

IrWrWs berkata...

Janji manis dap yg akan sokong hudud itu yg terbaek !!!

Tanpa Nama berkata...


Mana janji bentang hudud?

Jangan di tangguh-tangguhkan lagi.

Perwakilan tuntut jika nak dapat undi lah mesti bentangkan jugak tak kira lulus atau tidak asalkan kewajipan telah dilaksanakan.

Atau nak pinda lagi ke?

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan saja telah mengecewakan penyokong bukan islam tp juga artis2 yg mula berjinak dgn perjuangan islam dan rakyat.

org bukan islam tidak bersuara, tp peti undi akan mengajar PAS.

yg dpt bahana adalah PR dan seluruh rakyat yg dahagakan perubahan, keadilan dan pemerintahan yg baik.

PAS kata PKR parti perjuangan sekular, bila masa pulak umno berjuang layaknya sebuah gerakan Islam?

pemimpin PAS ni dh kena nasi kangkang umno la kot. dh tk kenal adik beradik saudara mara, kerana cinta buta kayu, PAs turutkan.