24 Mei 2015

Mat Taib Juga Bakal Tinggalkan PAS Jika Haji Hadi Masih Kekal Presiden


Mat Taib nak ucap sayonara kepada PAS

Dalam satu lagi perkembangan yang mungkin menggembirakan golongan konservatif dalam PAS, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mungkin menjadi tokoh terkini meninggalkan parti berkenaan.

Menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negara ini.

Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya hari ini, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kata Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Dah cabut awal

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar (gambar, kiri) meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor.

Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.

Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana. -TMI


Mat Taib: Ada yang tak kena pada PAS

"Kalau rasa masuk PAS hanya untuk mendapatkan keredaan Allah, Putrajaya tak penting, saya rasa ada yang tak kena dengan dia," kata Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas kemunculan kumpulan ulama tertentu dalam PAS yang bermati-matian mempertahankan presiden mereka dan menolak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk mengalahkan kerajaan.

Bagaimanapun bekas Naib Presiden UMNO itu tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataan berkenaan.

Menurut Muhammad PAS kini kekurangan pemimpin muda yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin dalam negara.

"Walaupun ada tokoh muda yang baik dan alim menyetai PAS, mereka tidak memiliki kualiti sebagai pemimpin nasional," katanya.

Kumpulan itu, katanya, mungkin mahir menjadi imam dalam solat atau acara keagamaan namun gagal memahami isu semasa seperti skandal 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta hubungan antarabangsa.

Itu pun tak tahu

"Boleh baca ayat al-Quran, hafal ini itu (di luar negara), balik jadi pemimpin. Tapi golongan muda ni kalau mintak terangkan 1MDB, tak tahu. Pasal GST tak berani. Pasal hubungan antarabangsa tak faham.

"Kenapa Turki hantar kapal perang nak bantu pelarian Rohingya pun tak tau," katanya.

Menurut Muhammad, kalau seseorang itu menjadi ketua hanya kerana tahu membaca al-Quran dan hadis semata-mata tanpa memahami realiti, ia tidak memadai untuk diangkat sebagai pemimpin.

Sementara itu Muhammad juga menyatakan rasa kecewa terhadap pertelingkahan dalam Pakatan kerana gabungan itu sepatutnya menjadi alternatif terbaik menggantikan BN.

Katanya, dengan berpecah-belah, Pakatan terlepas peluang berkenaan.

"Bagus kalau ada sistem dua parti - Pakatan dan BN.

"Mana-mana yang mampu memberikan yang terbaik wajar mentadbir negara," katanya.
-mk


ULASAN GB

Seorang demi seorang melahirkan kekecewaannya terhadap kepimpinan Haji Hadi. Haji Hadi kini sudah menjadi satu LIABILITI besar kepada PAS.

Jika sebelum ini Almarhum Nik Aziz dan Ust Fadzil Mohd Noor berusaha gigih untuk meramaikan ahli PAS dan mewujudkan jembatan hubungan diantara PAS dengan kaum bukan Islam, tapi Haji Hadi dilihat sebagai pemimpin yang telah memusnahkan segala apa yang telah diusahakan oleh kedua-dua tokoh berkenaan.

Ini diperburukkan lagi dengan kewujudan pentaksub-pentaksub Haji Hadi bekerja siang dan malam menyebarkan fitnah, melempar kata-kata nista terhadap kumpulan pro-pakatan rakyat.

Kemunculan Ustaz Ahmad Awang adalah diharapkan memberikan sinar baru kepada perjuangan PAS. Semuga Ustaz Ahmad Awang akan memenangi jawatan Presiden PAS yang baharu menggantikan Haji Hadi yang kini benar-benar dilihat sebagai tokoh yang sudah "expired" ( satun tuduhan yang pernah dilemparkan sendiri olehnya terhadap rakan-rakan komponen PR yang lain di satu ketika dulu), dan Haji Hadi sememangnya sudah tidak mampu untuk menggalas slogan PAS FOR ALL.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita memerlukan pemimpin yang tidak memisahkan agama dengan kehidupan untuk memimpin PAS

Unknown berkata...

Saya bersetuju dgn pandangan GB, TGHH lebih cenderong pada umno/BN tidakkah TGHH sedar BN banyak buaya2 yg sedang menunggu nak NGAP dia/PAS, bagaimana MCA/MIC,Group parti sabah serawak semuanya terlalu ganas dgn hukum hudud tajaan TGHH, Sekurang-kurangnya pimpinan DAP Mempunyai prinsip Good governance dan pemimpin utamanya mengambil initiative utk memahami islam, kita pernah melihat LGE membaca buku-buku sahabat2 contoh omarabd aziz pemerintah sahabat2, bapanya ada initiative melawat negara2 islam timor tengah,dah pelajar2 kita disana. APA perbezaan PR dan BN Sekarang ini, ialah POWER/KUASA..PR tiada kuasa negara manakala BN berkuasa.kalau ulamak2 nak senang tak payah bersusah payah kita tahu kearah mana tujuan mereka.

Nur Sufi Mukmin berkata...

Kita perlu Ulama yang disayangi oleh semua dan mudah didampingi dan bukan ulama yang dilihat bengis dan garang yang hebat memecat
,menggantung ahli dan cuba menjauhkan golongan para simpati parti dan golongan bukan Islam dari
perjuangan Islam

Tanpa Nama berkata...

Aku menjangkakan ramai yg akan meninggalkan Pas jika pada muktamar akan dtg, Hj Hadi dan geng UG nya menang...
Keputusan dan halatuju skrg terletak pada para perwakilan...tepuk dada tanya tgn yg akan membuat pilihan...

Tanpa Nama berkata...

.


Tak siapa menduga Mat Taib akan menjadi ahli PAS. Dari UMNO Mat Taib berhijrah ke PAS. Ramai bekas MB dan bekas Menteri terus menikmati keistimewaan sebagai ahli UMNO selagi hidup dan bersama UMNO.

Mat Taib yang berasal dari UMNO sendiri tak berkenan kerjasama dengan UMNO jadi apa kejadah pro Ulamak muda dalam PAS nak bagi tongkat dan berbaik dengan UMNO sekarang ini kalau bukan tolol namanya. Malu lah pada Mat Taib.

TH kena songlap pun golongan muda pro ulamak ni tak faham apa lagi 1MDB.

Kalau perwakilan tak faham tak tahu jugak maksud tersirat Mat Taib maka Hj Hadi lah yang menang.

Kekeciwaan Mat Taib Aisyah juga yang lain- tak boleh di pandangan ringan dengan mengatakan mereka menjadi ahli PAS bukan ketika masa PAS susah atau akar umbi. Memang betul mereka bukan akar umbi tapi mereka adalah batang nya yang tumbuh subur hasil usaha TGNA dan Ustad Fadzil Noor. Bila ada batang baru ada dahannya. Tak guna berakar umbi kalau tak ada batangnya.

Rupanya ada sebab Allah gerakkan hati Mat Taib dan Aisyah masuk PAS.

Kepada Allah kita kembalikan.


Tanpa Nama berkata...

Ulama gila,Ulama fasiq,Ustaz gila Ustaq fasiq,Ulama gila meletatakan hukum di dua persimpanggan,Ulama fasiq surganya dibawah halusinasinya,Ustaz gila menjual nama Ulama,Ustaz fasiq berbicara Dan berbicara,salah takmengapa ianya bukan satu kesalahan,tapi tujuan itu,sasaran itu boleh buat ITU Dan INI!!!INI yang berlaku didalam Pas!!!..Bila berbicara jamaah harusnya taat,angok-angok,geling-geling,semuanya mau benar walaupun tidak benar..,mau ikutan Brunei berhukum,Brunei celik saja sikecil,semuanya ada,Saudi Arabic,celik saja sikecil,belajar berhukum...Negara mu APA??celik aja sikecil mencari.. mencari Dan mencari lagi,maunya itu Dan INI..Ulama gila,Ustaz gila tidak semua tapi lebih satu par tiga.Ulama gila,Ustaz gila lagi daif jika aku ikutan mu aku bisa gila.....jika aku bertanya pada kamu apa yg berlaku dipentas globasliz, kamu tak mengerti sebab kamu gila,gila pangkat,gila harta,gila jawatan,,.APA berlaku di negara-negara Balkan?itu juga kamu taktahu..negara-negara proxy pro barat.. Dimana politicalnya,propagandanya cukup menekan negara dunia ketiga Dan masyarakat jamaah Islam khususnya...itu kamu juga taktahu aku yakin..Munafikin-munafikun yg cendrong kepada kekufuran ITU berlaku di negara Arab Dan sedang berlaku..itu juga kamu taktahu Dan takambil tahu..jika kamu peduli hanya politics Dan dipoliticskan terus-terusan....disini menjadi yg Bangkok, Dan terus membengkong...bagaimana aku mau ikut kamu??"

Tanpa Nama berkata...

Selama 11 tahun jadi MB bukan 4 tahun. Kalau politik lagi lama. Kalau kenal UMNO dia lagi lebih kenal.

Setelah sekian lama memerhati gelagat pemimpin pro ulama akhirnya dia bersuara PAS perlu di selamatkan.

Round Lima

Hj Hadi kalah!
Ustad Ahmad Awang menang!

Malaysiabaru berkata...

Hebat pandangan Mat Taib Tyson

Masyaallah masih ada lagi bekas menteri umno yg waras dan mahu melihat kejayaan pakatan rakyat

Mat taib telah beri pandangan yg sungguh ikhlas

Demi sebuah pentadbiran cekap di dunia Malaysia Baru!

Tanpa Nama berkata...

Yang kita heran ramai ularmak dalam pas yang keliru ,tak faham,tak reti basa,bila cakap dia sendiri tak tahu apa yang dia cakap,mereka langsung tak ambil peduli dengan ap juga nasihat,pandangan dari masyarakat ramai,seperti kata Mat taib ,ulamk sekarang ni tak tahu poltik tapi berjuanag dalam poltitk ,jadi angguk dan ikut apa kata presiden dia,mampus Pas.

Tanpa Nama berkata...

.


Kelantan tewas.

Kesilapan pemain satu kesilapan yang sukar di terima se olah-olah nasib pemain di tentukan memang ka
lah kerana MB Ahmad Yakob tak bawa tuah.

Sepatutnya hantar wakil yang minat dan mengikuti perkembangan bola.

Hajat MB ingin menjulang piala tidak kesampaian kerana jika berjaya ego nya naik dengan pujian pujian.

Senang cakap tak ada berkat!

Tanpa Nama berkata...

Kalau Hj Hadi dan geng UG nya menang pada muktamar akan dtg...eloklah kita beramai ramai tinggalkan PAS...

Tanpa Nama berkata...

Betul tindakan Mat Taib pon

Mana ada orang otak waras normal nak sekongkol dengan orang orang TOLOL pon

Unknown berkata...

Selamat tinggal PAS..

IrWrWs berkata...

Tolol... abis tu kerajaan pahang dn terengganu kalah di separuh akhir tu terlebih x berkat la... super tolol..

Tanpa Nama berkata...

Sayonara PAS jika hj Hadi dipilih presideng...wahai ahli pas! Muhasabah lah... Fikirlah, pandanglah dengan mata hati...renunglah...hj Hadi sudah obsolete, irrelevant, liability kepada perjuangan. Dia sudah tak boleh memimpin... Panas baran, mulut celupar, tak ada wisdom. Bersifat takabburrrrr.

Tanpa Nama berkata...

kalah x per asalkan Allah redha... hehehe

Tanpa Nama berkata...

.

Siapa super tolol?

Semasa separuh akhir tak ada mana-mana MB yang hadir.

MB hadir semasa Final je. Dan boleh ganti orang lain sebab MB ni nampak tak suka bersukan tapi lebih nak tumpang 'tuwei'. Sebab yakin Kelantan boleh menang.

Wan Rosli bukan super tolol tapi super duper tolol !

Pergi lah komen kat blog lain.

Keoada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...jika Hj Hadi menang, maka sayonaralah buat PAS...tak ingin lagi berpresidenkan org mcm tu...kluk klek dan panas baran tak bertempat...

Unknown berkata...

Lepas ni ramailah geng-geng UG yang buka kisah lama Mat Taib.

Macam tak ada akhlak!
Inikah pejuang Islam?

Yang dah lepas tu lepas, buat apa ditayang kembali?

Nak sangat TGHA menang kan. Baguslah, inilah hasil 'tarbiah'.