25 Mei 2015

3 Ikon PAS Nak Dipecat, PAS Untuk Haji Hadi & Kumpulan UG?


Tiga ikon dalam Pas yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda Pas Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat Pas Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasi WhatsApp berhubung kepimpinan dalam Pas.

Rentetan itu, beberapa ahli parti mencadangkan supaya mereka dipecat keahliannya kerana terlalu lantang menyuarakan pandangan.

Leman Raja Lawak ketika dihubungi bagaimanapun berkata, beliau reda dengan apa jua keputusan parti sekiranya perlu mengambil tindakan berhubung perkara itu.

“Apabila menyuarakan pendapat supaya ustaz dalam Pas jangan terlalu ekstrem dan perlu membuat pendekatan kepada bukan Islam selain jangan kecewakan harapan anak-anak muda yang mengundi parti, didesaknya pula kami dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai perbualan terbabit, Leman antaranya membangkitkan isu rakyat yang mempersoalkan pimpinan mengenai tanggungjawab sebagai pemimpin Islam yang sepatutnya bergaul dengan bukan Islam kerana ia termasuk dalam konsep peradaban Islam dan siasah politik.

“Ada sesetengah golongan ustaz dalam Pas yang dipilih menjadi pemimpin gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam. Mereka bukan hanya memberi kuliah Subuh atau Maghrib tetapi perlu peka semua aspek termasuk isu akar umbi hingga peringkat nasional,” katanya.

Menurutnya, kelemahan golongan itu yang diangkat menjadi pemimpin hanya dengan memberi ceramah agama dan pandai bercakap tetapi langsung tidak menjiwai rakyat bawahan yang daif dengan permasalahan ekonomi.

“Ada sesetengah ahli mengkritik jemaah sendiri bagi mendapatkan jawatan, sedangkan dalam Islam harus memberikan idea dan hala tuju masa depan parti apabila dipilih sebagai ketua. Ada pemimpin hanya menggunakan Islam dan agama demi kepentingan peribadi,” katanya.

Leman berkata, selepas kenyataan itu diviralkan dalam WhatsApp, ada golongan yang menyarankan agar beliau dipecat daripada parti.

Sementara itu, Wan Aishah turut melahirkan rasa kecewa di laman Facebook dan menegaskan kenyataan itu bukan sebahagian daripada ucapannya di mana-mana program.

“Ia sebahagian dari perbualan dalam grup WhatsApp yang diviralkan. Seingat saya, ketika itu kami sedang berbincang tentang definisi ulama, saya juga ditanya kenapa sertai Pas. Macam-macam isu dibincangkan secara baik,” katanya.

Menurutnya, beliau memberikan pandangan dan jawapan secara ikhlas termasuk mengenai pergolakan Pas sekarang namun, kesal kerana perbincangan yang dianggap tertutup itu tersebar dan dijadikan isu.

“Kalau rasa nak kecam, kecamlah. Nak pecat sama sekali pun terpulanglah. Saya tidak bimbang, sekadar mahu perbetulkan persepsi yang saya dianggap mengkritik kepimpinan secara terbuka,” katanya.

Wan Aishah turut mempersoalkan apakah kepimpinan dalam parti tidak boleh dikritik, tambahan pula pandangan itu disuarakan secara santai melalui laman sosial.

“Komen yang saya berikan hanyalah dalam grup WhatsApp sahaja. Takkan pula dalam laman sosial pun tak boleh menyatakan pendirian secara peribadi?” katanya yang secara spontan teringatkan bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil berkias, ‘things are not the same without him’.

ULASAN GB

Nampaknya PAS dah menghampiri menjadi sebuah parti serupa UMNO dimana pemimpinnya tak boleh lagi dikrtik. PAS hanya sebuah parti untuk Haji Hadi kumpulan UG. Orang lain, senior atau junior, tak boleh lansung bersuara jauh sekali mengkritik, kalau kritik kamu adalah barua dan tolol.... keluar parti!

Tak apalah kalau kena pecat pun. Kepada ketiga-tiga ikon PAS berkenaan, GB harap bersabarlah... hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan...



11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarkan pas keluar pakatan..samaada join umno yg dah senget atau bersendirian..sama2 kita lihat pru 14 nanti, rakyat sokong atau tidak rasanya wahasbalik asal la..

Tanpa Nama berkata...

Insyallah mereka bertiga tak rugi apa2 tetapi tunggulah apa yang akan berlaku sekiranya mereka dipecat,Pas akan ditinggalkan oleh ramai pengikut kalau dasar ini diteruskan ,silakan pecat kalau berani.memang Pas ini sdah jadi hakmilik Hj Hadi dan kumpulan hularmak UG.Ptuiiiiii ,dari aku ahli pas.

Tanpa Nama berkata...

Pecat la semuanya .....
Kita nak tengok berapa ahli pas yg pro UG yg tinggal dr sejuta lebih ahli pas

Tanpa Nama berkata...

Ikut cara umno, minyak takkan naik harga jika ada pru atau prk, tapi selepas selesai harga pun merempit naik.

Memandang pas cenderung ganti umno, MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN selepas muktamarlah kot jika ug menang.

Tanpa Nama berkata...

PAS semakin lama semakin mengarut di bawah Hj Hadi. HamPAS betul!!

Tanpa Nama berkata...

Pecat saja ahli parti yg mencadangkan supaya mereka dipecat, itu yg patutnya..kerja malas membodek ja lebih.

Tanpa Nama berkata...

golongan ulama sendiri pun bole huru hara.. apatah lagi org awam mcm kita.. semoga Allah sentiasa beri hidayah buat kita semua.. dah tk bole nk mengharapkan Pas buat masa ni.

Saadun Sulaiman berkata...

Pemimpin PAS yang suka dengan perkataan "TOLOL, BARUA dan entah apa lagi" tak ada kerja lain ke selain dari mengugut para ahli PAS yang tak sebulu dengan nya di pecat. Mungkin kerana penangan "PIL KUDA" maka otak dah tak boleh berfungsi dengan betul. Mengapa individu yang menyebabkan berlaku nya pertandingan tiga penjuru pada PRU kee 13 dulu tak di pecat? Malah tak pun di sentuh. Mengapa? Ada kah kerana dia "DIN AYAM". Di sungai Aceh pun serupa, Che gu Bad kalah tidak memaluka tapi calon PAS hilang wang pertaruhan, tak malu ke? Andai kata PAS berterusan begini percaya lah di PRU ke 14 nanti kesemua calon PAS akan memperolehi hadiah apa yang di peroehi oleh calon PAS di Sungai Aceh. Percaya lah.

Dari apa yang saya tahu, mereka bertiga bukan mengutuk para pemimpin PAS yang tak pas dalam banyak segi. Mereka cuma menegur, salah ke? Bukan kah "ISLAM" mengalak kan hamba nya menegur di antara satu sama lain.

Kalau PAS prihatin dengan penderita yang di alami oleh rakyat pada masa kini dengan perlaksanaan GST, wang carum TH di salah guna kan dan 1MDB yang bakal membeban kan rakyaat. Sewajar nya perkara kara itu yang patut di utama kan, ini tidak, "Saya sokong PM yang sedia ada di kekal kan" kata kata yang bangsat itu di ulanggi oleh "BOMOH MELAYU".

Namun begitu S/U PAS sudah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bertiga itu tidak akan di pecat. Saya akan memerhati kan kebenaran kata kata itu.

Setelah TGNA tiada macam macam perkara yang timbul. Anak nya si Beduh pun saya lihat sudah mula nak berubah angin.

Tanpa Nama berkata...

.

Islam dalam PAS semakin pudar.

Ketakutan Hj Hadi semakin sukar di sorok.

Pro Ulamak UG semakin lemah. Bersuara lantang salah. Fitnah menjadi-jadi di biarkan.

Jangan kan dengan Suhaizan dengan Leman ni pun belum tentu Abduh bersedia untuk berdebat.

Ikon-ikon PAS ini ingin membantu dalam perjuangan Islam dan mengambil risiko dengan mengistiharkan mereka masuk PAS. Tapi kini kekeciwaan mereka di cemuh semasa istihar masuk PAS tak seteruk dengan perangai pemimpin PAS yang mengeciwakan mereka.

Pro Ulama UMNO tak mampu menangkis segala isu yang dibangkitkan dan ini memaksa mereka mengambil tindakan memecat mereka yang bersuara lantang.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Leman nampaknya lebih bijak dpd UG. itulah kata hati seorg rakyat biasa bkan ulama yg berhijrah kpd PAS dgn harapan setinggi gunung mengharapkan pemimpin PAS memahami aspirasi perjuangan rakyat.

Gelaran Leman itu patut di pindahkan kepada ....

HJ HADI RAJA LAWAK

Tanpa Nama berkata...

Ya...haji hadi raja lawak...hj hadi barua, hj hadi broker, hj hadi pil kuda. Dan segala nista ku tujukan pada dia....