25 Mei 2015

Debat Pemuda: Suhaizan Bersedia, Nik Abduh Tak Berani...


Keengganan calon Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil sepentas dengan Suhaizan Kayat menerusi program debat atau wacana dianggap sebagai tindakan yang tidak bijak.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, wujud keperluan bagi dua individu berkenaan untuk tampil menyatakan hala tuju masing-masing menjelang pemilihan kepimpinan baharu sayap itu Jun ini.

"Jika Suhaizan sudah bersedia mengapa Nik Abduh tidak mahu sepentas? Apa salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sukar duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa menganggotai kepimpinan Pemuda PAS di bawah ustaz Nasrudin Hassan.

"Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh bantu mereka berdepan dengan keadaan ekonomi serta politik yang caca merba," katanya menerusi kenyataan di sini.

Sebelum ini, dilaporkan Nik Mohamad Abduh menolak untuk berdebat dengan Suhaizan yang merupakan penyandang jawatan Ketua Pemuda PAS seperti yang dicadangkan sesetengah pihak.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS itu sebaliknya selesa untuk mengambil pendekatan berdiam diri dan berpendapat adalah lebih wajar sekiranya ahli parti menilai setiap calon berdasarkan prestasi masing-masing.

Suhaizan bagaimanapun menyatakan persetujuan untuk terlibat dalam program wacana bersama Nik Mohamad Abduh dengan hati terbuka.

ULASAN GB

Hairan juga kita, mahu bertanding Ketua Pemuda PAS, tapi takut untuk berdepan di dalam wacana dengan tokoh yang dicabarnya, Suhaizan Kayat.

Ia seumpama seorang yang berhasrat menjadi Jenderal tetapi takut untuk ke medan perang.

Di dalam satu perkembangan yang berkaitan pula, media sosial mendedahkan Nik Abduh telah hadir di Konvensyen PAS Perlis. Yang mengejutkan ialah kehadirannya diikutserta dengan Suwardi Yaakub, yang menurut laporan merupakan orang kuat kepada Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa di dalam projek "Kerajaan Perpaduan."


Hubaya-hubaya!

19 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Tanya Nik abudo berapa anggaran gdp Malaysia 2015? Tak tahu

Tanya semua hadith palsu dan ajaran sesat Nik abudoh adalah pakar putar alam

Yg telah di asuh oleh umno di kem janda baik

Tanpa Nama berkata...

DIA NI CAKAP DI BLOG AJA PANDAI
TAPI BILA AJAK BERBINCANG BERDEPAN...MENIKUS.
SBB TU DLM PARLIMEN MENIKUS..
TAK ADA FUNCTION LANGSUNG LANTIK JADI AHLI PARLIMEN.

MUNGKIN SBB BAGI YG PRO ULAMAK NI DAH TANAM DLM DIRI...TAK PENTING UTK MENANG DLM PRU....SO, BILA TERPILIH...TAK NAK BUAT KERJA.

NYESAL NGUNDI CALUN YG MACAM NI

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah.. nnt keluar statement "debat bukan budaya kita"

air gunung berkata...

Sekarang tak boleh debat forum2 utk jd calon ketua pemuda kerana ada dalil hujjah syariatnya.
nanti kalau boleh debat forum ada pulak dalil hujjah syariatnya..dok diam pon ada dalilnya.dok maki pon ada dalilnya.adoi laaaaa.apa sengal semua ni....walaa walaaaa walaa..

Unknown berkata...

Alahai Nik abdul,ahli parlimen... makan gaji buta tak berkat langsung..

Mcm ni punyer org pun..mau angkat jadi ketua ka? Isk..isk..isk...

Memang sah lah..angkat, bukan sebab ilmu pengetahuannya,tapi sebab geng kito..

Sedih..sedih..

Tanpa Nama berkata...

lu org jgn bagi malu sama itu nik bduh. dia ada ckp dlm parlimen...

petikan dr al-Husseyn -

Ketika orang mempersoalkan mengenai kepincangan sistem kehakiman negara, Abduh pi cerita pasal sistem pengadilan bola sepak….alahai Abduh!


Antara contoh2 soalan yang agak pelik yang beliau pernah kemukakan ialah :


>YB Nik Mohamad Abduh (Pasir Mas) minta YB Menteri Belia dan Sukan mendedahkan statistik jumlah pemain bola sepak yang terpalit dengan najis rasuah dari tahun 2000 hingga 2012.


> YB Nik Mohamad Abduh (Pasir Mas) minta YB Menteri Belia dan Sukan berhubung cadangan penswastaan liga bola sepak negara.

Dia bertanyakan soalan-soalan macam itu entah apa tujuannya, hanya dia dan Allah sahajalah yang tahu...

dia ada bersuara diparlimen. kita kena adil pd dia.

Tanpa Nama berkata...

Abudu .. mmm .. low class..
siapa pilih dia ..lagi TOLOL ..
lingkup pas

Tanpa Nama berkata...

standard le berani bila ramai je.....one by one ....hancus jaguh kampung ni....!!!

Tanpa Nama berkata...

.

Lepas ni jangan nak berkepak tunjuk taji. Ke sana sini tak kira waktu berkokok. Tak pasal pasal kena baling dengan seliper.

Mustahil Abduh tak boleh bercakap sebab level ustad kampung pun boleh berucap depan orang ramai. Ini kan pulak ulama. Melainkan Abduh tak ada idea.

Kalau berdasarkan prestasi, berdebat tu salah satu point prestasi lah. Abduh tak payah lah nak cakap berapi -api. Tenguk orang nya pun tahu jenis tak ada gaya bila bercakap. Cukup lah sampaikan hala tuju dan idea-idea nya sendiri.

Jika Debat ada pihak yang menyediakan persoalan untuk dijawab. Oleh sebab tujuan sebenar untuk tautan ukhuwah tidak perlu lah sediakan soalan. Ini lah peluang Abduh untuk menonjolkan dirinya sebagai ulama dan anak kepada Nik Abdul Aziz. Kalau tak dapat taut kan barisan Pemuda cukup lah jika Abduh dapat di tautkan dengan Suhaizan Kayat.

Sebenarnya Abduh takut terlajak semasa dok bercakap. Habis lah terdedah rahsia UG.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Gb...geng ug kata ngapa tutup gambar salahudin ayob.. dia ada sertakan gambo sa bertutup mkn dr blog lain. Gambo gb sa x bertutup...blh gb komen apa sa buat kat situ...

lagu tu laa berkata...

bila dapat jadi ketua pemuda maka akan bertambah 'duit poket' andaikata nik abodoh dinobat ketua pemuda jawabnya semua pemuda2 pas jadi lemah gemalai hilang punca sebab ketua sendiri tak tau mana arah tuju.tak wawasan cuma satu yang nik abodoh nampak UG!

Tanpa Nama berkata...

12 35

Abduh memegang portfolio Sukan dan Kebudayaan. Tu yang pro Hj Hadi marah bila DAP serahkan portfolio tersebut kepada orang lain.

Kita kesian kat KJ je dapat soalan macam tu dari Abduh.

Lagi pun Kau tak tahu betapa hebat nya Abduh rasa selepas mengemukakan soalan tersebut. Siap masuk dalam catatan kehidupan dia. Mana tahu satu hari nanti MSO akan bukukan kisah dia macamna MSO bukukan kisah TGNA.

Tanpa Nama berkata...

Pencerahan: Salehuddin dtg bersendirian. Nik Abduh yg dtg bersama Suward Yaakob.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin yg gila jawatan mmg penakut....ajak demo lagi penakut...

zamani berkata...

nik abduh bukan ada apa2 jasa pun pada pas,macam ni nak jadi ketua pemuda tok sah lagi baik....yang terbaik pergi temankan presideng tangkap ikang lagi bagus.

Tanpa Nama berkata...

sedih juga abodoh tidak dapat menjadi legasi ayahandanya.

tidak seperti anak2 Almarhum Yusuf Rawa dan Fadzil Nor yg dilihat mampu menjadi legasi ayahnada masing2.

apakah abodoh ini akan sama mcm najib. yg akan memalukan arwah ayahanda masing2.

Unknown berkata...

Dia ni adik kakok kalu bukan anak almarhum tgna ketua pemuda cawangan ambo pun tak layak....confirm kalah kalu dia jadi ketua DPPP adoiiiii malu ko cawangan ambo guuuu.

Tanpa Nama berkata...

dia ni takda keliber memimpin. hamya bergantung kpd bapa dia dulu. kini nik aziz dah pergi, dia lari ke pangkuan si hadi. berkerjasama dgn hadi semasa bapa dia tenat sakit (1)berkerjasama dgn BN utk UG (2)utk Hudud mrk rela menganiaya DSAI, Azizah, PKR dan DAP

Hegel Sungai Idrus Menulis berkata...

Pakai serban, berjanggut lagi, ingat nak soal pasal rasuah pemimpin, tapi rupanya soal rasuah pemain bola sepak. Bingai tahap titanium.