2 Apr 2015

Dah Memang Hasrat UMNO BN Pisahkan PAS Dari Pakatan


BN paling gembira jika PAS keluar PR, kata Hanipa Maidin

Mohamed Hanipa Maidin hari ini menolak kenyataan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang PAS sedia bersendirian, menegaskan pihak yang gembira dengan kenyataan itu sebenarnya hanya Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahli Parlimen Sepang itu berkata, amat malang apabila Umno semakin lumpuh dan terdedah kepada kehilangan kuasa, wujud suara dalam Pakatan Rakyat (PR) yang masih bercakap mengenai isu keluar daripada PR.

"Sehingga kini BN rasa begitu perit dengan kewujudan PR dan juga perit untuk mempertahankan pemerintahannya yang semakin hari semakin rapuh dengan dikelilingi skandal dan salah guna kuasa.

"Maka satu-satunya pihak yang amat gembira jika PAS keluar PR tidak syak lagi adalah BN," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu merujuk kenyataan Amar, timbalan menteri besar Kelantan, yang juga rakan sejawatnya dalam PAS Pusat.

"Adakah PAS sanggup menggembirakan BN dengan air mata kesedihan dan kekecewaan rakan-rakannya dan rakyat yang meletakkan kepercayaan kepada PAS pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas?" soal Hanipa.

Semalam, Amar dilaporkan berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada PR, memandangkan parti Islam itu pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada PRU8 pada 1990.

"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tidak ada pilihanlah.

"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita hendak berbangga," beliau dipetik berkata, mengulas krisis PR susulan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Hanipa dalam kenyataannya berkata, selagi PAS masih berpegang kepada dengan slogannya "PAS for all," soal PAS sedia berjuang bersendirian tidak relevan sama sekali, melainkan ia bersedia mengehadkan pengaruh dan sokongannya hanya di Kelantan sahaja.

"Jika itu pendirian PAS, maka segala usaha dan gerak kerja yang PAS lakukan di negeri-negeri selain Kelantan, khususnya di pantai barat, bagi melebarkan pengaruh dan sokongannya, jika pun tidak sia-sia, akan mengembalikan PAS kepada kedudukan PAS sebelum wujudnya PR.

"Dan jika ini berlaku, bagi saya, ia merugikan sama sekali misi dan visi PAS membawa agenda Islamnya kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata, sebagai parti politik paling kanan di negara ini, beliau yakin pemimpin PAS tidak dengan mudah melupakan realiti politik tersebut dan terpengaruh dengan sentimen dan emosi tertentu yang dilihat seolah-olah cuba melupakan realiti itu.

"Sebagai parti yang matang dan melalui pengalaman politik yang pelbagai rencam di negara ini, sudah tentu suatu yang amat malang PAS ingin mengenepikan atau mengabaikan begitu sahaja segala kebaikan dan faedah yang PAS perolehi hasil permuafakatan politik dalam PR.

"Hanya kerana terpengaruh dengan elemen yang cuba menyempitkan makna agenda Islam yang PAS perjuangkan, kepada satu sudut kecil daripada keluasan makna Islam, atau syariat Islam itu sendiri," katanya.

Hanipa berkata, isu PAS keluar atau dikeluarkan daripada PR tidak timbul sama sekali ketika ini kerana ketiga-tiga parti dalam PR saling perlu-memerlukan satu sama lain.

Ia bagi meneruskan usaha mencapai matlamat yang lebih besar iaitu mengambil alih kekuasaan negara daripada pemerintahan Umno/BN, katanya.

Perjuangan PAS, katanya, yang membawa obor Islam sejak daripada awal, tidak pernah diniatkan untuk orang Melayu Islam sahaja, sebaliknya untuk semua bangsa dan agama di negara ini.

"Perjuangan PAS bukan sekadar untuk memerintah Kelantan atau Terengganu sahaja, sebaliknya PAS bercita-cita mengambil alih kekuasaan di semua negeri, dan Malaysia itu sendiri.

"Kerana itu, PAS wujud di semua negeri di dalam negara ini meskipun kekuatan PAS dan pengaruhnya berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain,"
kata Hanipa.

PAS juga katanya, memahami realiti yang bagi mengambil alih pemerintahan di peringkat Pusat dan negeri, ia tidak boleh bergerak secara sendirian sebaliknya perlukan kerjasama parti politik lain bagi membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan Umno/BN.

"Setakat hari ini, jelas yang PR adalah pakatan politik yang paling sesuai, relevan dan 'viable' untuk mencapai hasrat menawan Putrajaya selagi mana PAS memilih kaedah demokrasi dan pilihan raya bagi mencapai matlamat dan memenuhi aspirasi perjuangannya," katanya.

Hanipa berkata, PRU yang lepas memberi isyarat amat jelas yang rakyat negara ini, tanpa mengira bangsa dan agama, buat kali pertama merasa sudah wujud satu pakatan alternatif kepada BN bagi diberikan mandat pemerintahan yang baru.

Beliau juga mengakui, PAS sedar ketiga-tiga parti dalam PR berlatarbelakangkan ideologi berbeza, namun mereka masih berkongsi banyak persamaan, sekali gus mampu sedikit sebanyak meredakan perbezaan tersebut.

"Rakan kongsi dalam PR sedar harapan rakyat yang diterjemahkan dalam sokongan undi popular 52% itu, dan kewujudan pemerintahan PR di beberapa negeri, khususnya Selangor, tidak harus dipandang ringan, dikorbankan atau dikecewakan dalam apa bentuk sekalipun," katanya. -TMI

ULASAN GB

Sama seperti yang GB ulaskan sebelum ini bahawa: (petikan):

Ternyata kenyataan Nik Amar di atas terlalu angkuh dan bongkak. Seolah-olah PAS hanya ada di Kelantan tidak di negeri lain. Seolah-olah PAS kini sudah cukup kuat untuk berjuang sendirian tanpa rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Seolah-olah hanya beliau seorang yang berhak menentukan dasar dan halatuju PAS, bukan ahli-ahli PAS, bukan muktamar.

Apabila muktamar setiap tahun memutuskan resolusi perkukuhkan PAS di dalam Pakatan Rakyat, sepatutnya segala jalan dan segala usaha dilakukan bagi mempastikan PAS tdiak berpisah dan terpisah dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi apa yang berlaku pimpinan tertinggi PAS lakukan adalah disebaliknya. Malah mereka yang bertindak untuk pastikan kesinambungan PAS dalam PR telah dilabelkan barua dan pelbagai label lain seperti Jebon dan seumpamanya.


Tetapi kerana Hanipa adalah dari kumpulan progresif, macam-macam tuduhan akan dilemparkan oleh kumpulan pro-ulamak. Konon beliau jebonlah, liberallah dan segala macam gelaran buruk diberikan kepada golngan progresif di dalam PAS.

Tetapi apabila kena masuk kandang orang salah di mahkamah kerana saman pil kuda, tahu pula cari Hanipa untuk jadi peguambela. Kenapa tak panggil ulamak-ulamak untuk jadi peguambela? Nasruddin Tantawi ker, TITM ker, Nik Abduh ker, Zuhdi Marzuki ker atau Mokhtar Senik ker? Golongan pro-ulamak ini sebenarnya, maaf cakap, bukan saja bangang malah suka memperkudakan orang lain untuk mencapai cita-cita mereka. Nanti kita sambung di lain masa bab ni.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tolong siasat Nik Amar tu ,apakah dia bertopengkan jubah dan serban,tetapi dia lah ejen Umno ynag mahu merosakan Pakatan dan juga Pas.

IrWrWs berkata...

Alamak tn admin.. camana plk ulamak nk jd peguambela.. apasal tak ckp sebaliknya plk.. kenyataan kurang cerdik la..
Hanipa x perlu risau krn dia masih ada PASMA.. kalau PASMA nk wat parti politk dan join PR dan tendang PAS mmg dialu2kn..

Tanpa Nama berkata...

Pru 14. Kelantan pun hilang ..lepas umno kelantan nak sokong hudud .wshai nik amak. Selama ni . Nik amak ke yg berkempin msk kampung .felda.bandar..blk yg berkerja puak2 pro..bila kuat nak halau puak pro.apa punya juadah

Tanpa Nama berkata...

Pandai pun Tuan Rosli

Sedar tak yang Ulamak memerlukan Profesional dan begitu jugalah sebaliknya

Masalahnya ialah pro Ulamak dah menjebonkan profesional Dan apa yang di buat tak ambil pandangan profesional dalam PAS

Jika MB dan TMB ada fikir apa yang di fikirkan oleh profesional dalam PAS tak banyak pun sikit jadi lah Nik Amar pasti tak cakap meluru Dan begitu lah sebalik nya Dengan sedikit itu lah Nik Amar akan jadi profesional

Satu kelebihan pada Ulamak PAS sebab profesional dalam PAS tak mungkin dapat jadi Ulamak tapi Ulamak PAS yang bersedia berkerjasama dengan profesional dalam PAS boleh jadi Ulamak sekali gus jadi profesional

Tapi tolong lah jangan menipu mungkir janji berubah ubah dalam buat keputusan tidak ada wawasan (strategik) fitnah

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS ni pun sedar bukan tak sedar tapi kerana dah terlajak jauh di harung juga lah

Jangan ingat sebagai ulamak semua hal kita tahu dan jangan melampau sangat berlagak kalau dah title ulamak mesti kuat pertahan kan pendirian

DAP pun boleh bergerak bersendirian Senang senang menang kawasan Bandar PAS nak menang kawasan Kampung pun berhempas pulas Ini kerana cara kaum cina berpolitik mengundi jauh lebih celik dari orang melayu

Dah eluk eluk Azmin kata keputusan mengeluarkan PAS bukan keputusan pusat Jika tak salah Penolong Setiausaha PAS pun membuat kenyataan kekal dalam PR

Ada kemungkinan Nik Amar tak reti nak jawab soalan perangkap wartawan kerana kurang pengalaman





Tanpa Nama berkata...

Bagus ajen 001..002..003..004..005..006...x sia2 brainwash korang smua...ingat...jgn lupa objektif kita....musnahkan pr....ishhh termimpi pulak mlm td terjumpa ejen2 perosak pr.....pru14 bungkuihlah p.a.s.....

Malaysiabaru berkata...

Hudud pas bukan hudud dari alquran.. Sebaliknya hudud haramjadah kepale otak Wan rosli yg dah sesat kena pil kuda hadi

Malaysiabaru berkata...

Wan rosli bakal jadi janda berhias apabila pas di ceraikan... Umno pun tak nak.. Pkrdap pun tk nak selagi hadi mabuk telan pil kuda mekah. Peewit Wan rosliii... Maii sini sat...

Tanpa Nama berkata...

wan rosli sama bangang geng ulamak yang celaka.. bodoh piang.. muktamar kata perkukuhkan pakatan rakyat tak nak ikut keeputusan muktamar pergi berambus la bodoh..

air gunung berkata...

Tuan rosli pernah dgr tak kuliah hanifa tentang perundangan Islam.geng aku yg ustz pon angkat tangan.x mampu beri pencerahan sepertinya.

Aku yakin kalau diminta mokhtar senik dan dia gabungkan dlm satu forum atau haper2 laa bincang psl undang2 islam insya Allah boleh nmpak siapa yg cemerlang dlm mengutip fakta hujjah serta dalil kitabullah dan sunnah nabinya serta pendapat dr ulamak2 kita dahulu n kini yg muktabar.bagus n elok sgt kalo GB cuba anjurkan.mai kite tgok.bkn nak jatuh saper2.biar public dpt pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Sambar nanti sya siasat...Sebelum tu Biar dia overdoz make budu cap belale doq betampik-tempik dulu dgn YB prof emeritus mb klate....Ore pgi mkoh naik kpl ,mreka naik kayu baloq....hanyuq,paroh daq.:-)

Tanpa Nama berkata...

Ekou terlopeh cartoon doremon...

IrWrWs berkata...

Tuan.. pil kuda kes dah tutup kerana hj hadi difitnah.. selesai..
Ingat saya mcm tuan begitu pedulikan pkr dap x nak hj hadi.. maknanya jangkaan sy sblm ni amat tepat.. puak pasma mmg risaukan x dpt redha LKS dan LGE dan DSWA sblm meninggal dunia.. haaaaa..

cucu mamak kutty berkata...

klu pas bersendirian aku fikir pas akan kalah ban yak parlimen dan dun dan yg kompom jadi mcm dulu2...nampaknya pas akan hilang deposit di banyak tempat....mcm kat melaka pas kehilangan wang deposit hampir2 90% di dun yg pas letak calon,aku fikir ulamak2 dungu yg memimpin pas ni,keluar dari pas dan masok jemaah tabligh je dah le,jgn menyibuk dlm politik

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB, Benar sekali kata kata tuan selama ini...HUKUM KEBENARAN AKAN TETAP BERJALAN sehingga semua yang terlibat dengan kejahatan akan menerima hukuman, walau pun sebesar mana jubah dan serban atau sebesar mana kuasa yang ada ditangan..

Tanpa Nama berkata...

Pala hotaq hang difitnah. Hakim menyatakan dgn jelas Haji Hadi tekah membuat ucaoan berunsur fitnah.

Kes belum selesai. Plaintif telah mengemukakan semula rayuan dan ajan disebut semuka nanti.

Tanpa Nama berkata...

Dapat kelantan pun cukup la.. bila ada peluang ambik balik hak yang dinafi, senang-senang je musnahkan. lepas ni terus melalak lagi mintak royalti, pelabur jangan disekat, highway,bla bla.. korang takpe la, tak terasa kesusahan marhaen.. perut pun boroi je, cukup makan.. rakyat yg letak harapan pada pr ni lapar, lemas, nafas pun sesak. Fakir boleh membawa kepada kafir...

Tanpa Nama berkata...

Itulah dia kalau tak tahu berpolitik jgn berpolitik,Pas dulu kini dan selamanya kalah..baik bubarkan aje parti yg tak ada halatuju tu..buang masa aje.

IrWrWs berkata...

Letakla harapan pd Allah swt..

IrWrWs berkata...

Kalau pandai sgt suruhlah pasma buat parti politik lps tu lawan semua kerusi pas di seluruh negara.. ada brann ke?..

IrWrWs berkata...

Ulamak x halau pros tp pros yg nk wat pasma.. lantak lah kan.. inikan demokrasi.. x sabar nk tunggu depa jd parti politik.. boleh dap pkr tarik idung..

Tanpa Nama berkata...

Cara Wan Rosli bicara gaya blogger UMNO yg DS Najib org bangang.

IrWrWs berkata...

Cpt2lah tubuh parti politik PASMA.. pkr dn dap x sabar nk tarik lubang hidung lu org. Nak suruh PAS sua hidung.. sorri aaaa..

IrWrWs berkata...

Jgn komen gaya.. tp jwblah komen saya ..

Unknown berkata...

wan rosli ko tak payah cakap pkrdap nk tarik hidung pasma ko patut sedar yg sekarang geng ug maksum skrang dah jd kuda dan anjing umno...

Tanpa Nama berkata...

tunggu merdeka centre buat survey. jika pilihanraya diadakan skrg berapa peratus yg akan undi pas. kita tgk keputusannya nanti.