2 Apr 2015

Hudud: Mengapa PAS Selangor Boleh Beralasan Tidak Sesuai Di Selangor?


Selangor belum sedia laksana hudud, kata exco agama PAS Pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini, kata Exco Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, lapor Selangorkini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu berkata, berbeza dengan Kelantan, pelaksanaan hudud di Selangor memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan.

Katanya, pemahaman dalam perkara berkaitan termasuk penerangan dan pendidikan kepada masyarakat perlu dilakukan supaya ianya difahami sepenuhnya dan tidak disalah ertikan.

“Di Selangor, saya kira kita masih lagi belum bersedia kerana yang penting untuk melaksanakannya ialah memahami sepenuhnya berhubung perkara ini.

“Pendidikan kepada masyarakat bukan sahaja kepada orang bukan Islam tetapi orang Islam itu sendiri. Mereka perlu faham kenapa kita (PAS) hendak bawa syariat Islam ini,” katanya yang juga Bendahari PAS Selangor sebagaimana dilaporkan lidah rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 pada 19 Mac yang lalu.

Menurut laporan, kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.

Langkah Kelantan itu telah menimbulkan konflik dalam Pakatan Rakyat di mana DAP menentangnya manakala PKR tetap dengan pendirian asal, iaitu tidak menyokong berdasarkan prinsip Fiqh Al-Awlawiyyat, Maslahat Ummah dan Maqasid Syariah.

Bagi DAP, hudud akan menghalang PR untuk ke Putrajaya. Namun Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah menjawab, tanpa hudud pada Pilihan Raya ke-13 (PRU13), ia juga tidak membawa Pakatan ke Putrajaya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad yakin tidak berbangkit soal PR berpecah ekoran isu hudud ini.

"Saya tidak nampak begitu (pecah), ia tidak selari dalam beberapa isu sahaja tetapi kena lihat persamaaan antara parti itu dan banyak benda-benda yang boleh dibincangkan untuk kefahaman," katanya.

Antaranya, hudud ini hendak dilaksanakan kepada orang Islam sahaja tetapi persepsinya seolah-olah orang bukan Islam juga terkesan dengannya.

"Hudud ini pun lebih kepada pengajaran bukan hukuman, kena lihat aspek ini," kata beliau kepada wartawan.

Beliau juga menjelaskan, "Dalam PAS, hudud inilah satu perjuangan parti Islam itu. Saya yakin, semua umat Islam tidak menolak hudud, cuma perlukan agenda untuk memberikan kefahaman mengenainya."

"Jika rakyat tidak sedia, agenda untuk menjelaskan undang-undang perlu dibuat," kata beliau.

ULASAN GB

Polemik hudud menyerlahkan sikap double standard pimpinan dan ulama PAS dimana mereka yang tidak menyokongnya dilabelkan dengan pelbagai cacian malah ada yang sanggup "mengkafirkan"semata-mata kerana wujudnya perbezaan dari sudut pendekatan.

Ia hukum Allah, maka tak wajar mana-mana umat Islam menolaknya, kata para pendokong tegar hudud.

GB membelek semula kenyataan PAS Selangor yang telah menegaskan "pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor berdasarkan komposisi kaum dan keadaan semasa negeri ini, oleh Exco Selangor dari PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi seperti yang dilaporkan oleh Selangorkini, 18 Mac 2015.

Mengapa Presiden dan sekalian para ulama PAS tidak menegur kepimpinan PAS Selangor yang mendakwa "pelaksanaan hukum hudud belum sesuai dijalankan di Selangor"?

Jika hudud belum sesuuai dijalankan di Selangor bererti ia juga belum sesuai dilaksanakan di mana-mana negeri hatta di Kelantan sekalipun, kerana isunya sama: memerlukan perancangan terperinci dari pelbagai aspek sebelum boleh dipraktikkan!

Dan jika itu alasannya, maka bukankah alasan yang sama juga terpakai untuk menolak Private Bill di parlimen jika pindaan enakmen itu diusulkan kerana seluruh Malaysia termasuk Kelantan bermasyarakat majmuk?

Persoalan kini ialah kumpulan pendokong hudud amat keterlaluan "menghukum" mereka yang tidak bersetuju hudud diperkenalkan di Kelantan tetapi apabila di kalangan mereka juga menolaknya di Selangor, mereka membisu dan tidak berkata apa-apa! Alasan apakah untuknya? Kepentingan masyarakat majmuk atau kepentingan menjaga kerusi exco?

Jika hudud itu sesuatu dasar yang tidak boleh dikompromikan oleh PAS, maka sepatutnya PAS Selangor juga mengemukakan pindaan yang sama ke atas Enakmen Kanun Syariah Selangor dan biar ADUN-ADUN Selangor mengundinya samada menyokongnya atau pun tidak. Tetapi ia boleh pula dikecualikan di Selangor dengan pelbagai alasan termasuk "mahu DAP & PKR faham undang-undang Islam sebelum praktis hudud." Boleh pulak "akur dan tunduk" (pinjam istilah golongan pro-ulamak") kepada DAP dan PKR.

Bukankah sikap kumpulan pro-ulamak yang membisu terhadap pendirian PAS Selangor itu merupakan hipokrit darjah tertinggi?



21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Pandai baca peta" tapi hipokrit... nk buat apa?

Tanpa Nama berkata...

Sembahyang tu x betul2 faham pun tak boleh tangguh. Maka logik apa yg digunakan utk orang Islam faham betul2 hudud , baru nak laksana. Sampai kiamat pun x capai. Pelaksana yg kena faham betul baru boleh pimpin hudud.

Malaysiabaru berkata...

Khas buat y.a.b azmin Ali dan y.a.b guan eng.

Pecat exco pas Selangor dgn kadar segera sebelum pengundi mula memberontak !!!

Tanpa Nama berkata...

Mana pi Nik Abduh, Mahfuss dan lagi dan lagi kalu kenyataan dari Umno sudah pasti kata tolak Hudud ni nak kata apa.

Tanpa Nama berkata...

Exco Selangor pas Ada gaji . mcm 2 boleh jadi.

mohd shahran berkata...

pergi jahanam puak ulamak ug..

maae berkata...

Huh ! Sampai kiamat pun mereka kata tidak sesuai ! Selangor segar dengan maksiat. Sekurang-kurang nya pihak Pas Sel. turun padang selesai masaalah. Ini tidak. Umno, umnu, ameno juga yang di salahkan.....

Kelebihan progresif telunjuk.

Tanpa Nama berkata...

Ini bukti nya bukan semua orang PAS gila jaja jaja hudud untuk nama pangkat kedudukan

Ulamak PAS saja otak tak cerdik

Jaja jaja hudud sampai anak bini kat rumah papa kedana

Kerja dah lah malas ; kesian mangsa banjir tinggal dalam Reban dan tak de duit.

Ulamak PAS Benggap kan.....

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas sebenarnya tersuci termulia ilmu tertinggj

Tanpa Nama berkata...

SETUJU SANGAT. Kalau boleh pecat juga BARUA MUNAFIK Tua yang Suka fitnah orang lain jual pill kuda.

Abootarbus berkata...

"Apa ertinya jadi pemerinta tanpa mengikut perintah Allah, lebih baik kalah"

Kata kata Hadi Awang.

Join ameno lah nko exco exco selangor!

Tanpa Nama berkata...

Aku ahli PAS tegar merasaka pemimpin PAS yang pro UG dan bersengtongkol dengan AMNO belum matang berpolitik kerana tidak berpandangan jauhkehadapan.
Keangkuhan yang ditunjukan oleh pemimpin tertentu PAS menyebabkan penyokong PAS hilang kepecayaan politik terhadap pemimpin PAS.
Kemenangan PAS dalam PRU 13 kerana kerja kuat Golongan progresif PAS bersama PR.
Kalau pas bercerai dengan PR, aku keluar PAS

Tanpa Nama berkata...

Selangor yang kaya belum bersedia buat hudud Kelantan yang miskin sibuk nak buat hudud Bila diteliti memang negara yang miskin yang laksana kan hudud Mungkin pemimpin Islam begini nak tutup kelemahan membangunkan ekonomi dan memudahkan mereka mengekalkan kuasa

Bersedia puak yang wala akan buat demo membantah kepimpinan PAS yang lawan Presiden

DAP dan PKR memang tak salah bila ada ahli yang minta PAS keluar dari PR dan tepat DAP tidak mahu berkerjasama dengan Hj Hadi

MB Kelantan kata telah memberitahu DAP dan PKR Banyak forum telah di adakan Dan PAS telah berbincang dengan DAP tapi DAP berdegil DAP bagi cadangan dan kalau PAS ikut adakah DAP akan terima? DAP tolak jugak

Kalau tak membohong putar belit lah nama nya Video Mat Sabu dan mendedah komplot menguling Presiden adalah kerja kotor puak UG

Tanpa Nama berkata...

Anon 5.25..berdosa x klu ko ddk kt london tp x sembahyang? Dan berdosa x klu ko ddk kt london tp x laksana hudud? Mntk ko jwb dua persoalan tu berserta sbbnya sblm ko nk menyamakan ibadat sembahyang dgn hukum hudud..

Tanpa Nama berkata...

Utk melaksana hudud perlu ada kuasa,itu asas yg paling simple..selagi tiada kuasa simpan dulu tekat utk melaksana hudud dlm hati dan berazam bersungguh2..bukan main taram aje..kena faham politk betul2..

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Anon 10.21 kepada anon 5.25,agaknya dia sembahyang tanpa ilmu.dia ikut2an.ilmu tak payah sembangyang pakai bantai je.dan terimaksih kepas exco Selangor Dr Ahmad tentang pendapat yang bernas,biar kebnayakan semua faham tentang hudud baru kita laksakan agar tidak nampak hukum itu zalaim.Sepatutnya setiap masa ada pemahaman tentang hukum hudud dimana2,Kalau MB selangor nak pecat Exco Pas ,pecat Iskandar tu,hpokrit.

Tanpa Nama berkata...

Orang Islam dah lah keliru ini lagi bertambah keliru Macamana dalam PAS sendiri pun berlainan pandangan tentang hudud !

Kelantan buat tak payah beralasan sebab bagi Kelantan mudah iaitu perintah Allah Yang mana satu yang betul Kelantan ke PAS Selangor

Ingat Kelantan handal handal orang nya

Maaf kalau tak senang Macam DAP pulak yang dah selamat kan hudud

Jika PAS Selangor dah tak boleh ikut Presiden di mana isu MB pun dua ADUN yang membuat keputusan bertentangan dengan Presiden di syorkan AJK Pusat bermesyuarat supaya Hj Hadi berundur Jangan kita biarkan Hj Hadi berundur sendiri sebab lagi lama dia bertahan lagi banyak masalah yang dia buat Tetapi jangan buat undi tak percaya sebaliknya gantung jawatan Hj Hadi

Tanpa Nama berkata...

klu hudud ni menyebabkan byk kekeliruan, maka penangguhan adalah perlu.

sepatutnya PAS menjadi pendesak kpd umno supaya laksana hudud di malaysia kerana umno memerintah, bukan berlembut dgn umno yg menggunakan isu hudud utk memecah belah PR.

dgn umno tidak melaksanakan hudud setelah lama memerintah, bagaimana mereka nk betul2 sokong hudud di kelantan.

hudud tk sama dgn undang2 lain yg tidak perlu kefahaman rakyat. kempen2 memburuk dan imej buruk hudud dpd musuh perlu ditangani dgn kempen berkesan sehingga terserlah keadilan hudud.

agenda menjatuhkan BN sepatutnya diutamakan.

Unknown berkata...

Adakah cita2 pas hanya hudud iaitu satu cabang dlm sistem pemerintahan Islam.Bagaimana dgn ekonomi
pendidikan pelaburan peluang pekerjaan kebajikan dan belambak lg komitmen2 wajib sebuah pemerintahan yg baik utk rakyat?

Tanpa Nama berkata...

Harap jangan berdalih dan menjadikan umat Islam keliru. Laksanakan Hudud segera! Tiada alasan 'non muslim x bersedia'. Mereka tiada hak dlm urusan HUDUD kerana hudud adalah untuk umat Islam. Mereka boleh teruskan undang2 civil, tapi ingat, bila dah masuk dlm Tanah, segalanya sudah terlewat! ISLAM IS THE WAY OF LIFE..

Tanpa Nama berkata...

Ini tak ubah mcm ayat umno. Apa sudah jadi?? mana pendirian sebenar?? Allah dah bagi kemenangan, kita tukar pendirian pulak...mmmm