3 Apr 2015

Ada Berani Umum Putuskan Hubungan Dengan DAP Seluruh Malaysia?


PAS K Nerus henti kerjasama dengan DAP

PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Terengganu dan peringkat pusat, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin.

Beliau berkata PAS Kawasan Kuala Nerus amat kesal dan dukacita dengan keputusan DAP Terengganu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menjadikan hasrat beliau untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat sebagai alasan.

Katanya PAS Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP sama ada di peringkat pusat ataupun negeri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi pada masa sama meneruskan hubungan dengan parti PAS dan anggotanya umpama mengajak anggota PAS untuk memutuskan hubungan dengan presidennya.

"Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi PAS Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan syariah Allah di muka bumi ini dan tidak akan lagi meneruskan kerjasama dengan DAP pusat dan negeri," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu hari ini.

Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing baru-baru ini menegaskan memutuskan kerjasama dengan Abdul Hadi disebabkan tindakan Anggota Parlimen Marang itu pada 18 Mac lepas mengemukakan notis usul bagi rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Rang berkenaan iaitu rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac. -Bernama

ULASAN GB

Pecahan pengundi parlimen Kuala Nerus mengikut kaum:
Melayu: 98.7%
Cina: 0.93%
India: 0.08%

Patutlah temberang sangat buat kenyataan "tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP", rupa-rupanya pengundi Cina tak sampai pun 1% di Kuala Nerus..

Mengapa tak berani untuk mencadangkan kepada PAS Pusat supaya ditamatkan kerjasama dengan DAP diseluruh negara terutama di Selangor, Perak dan Kedah, Johor dan Pahang? Dan kita kenal sangat dengan ahli parlimen PAS Kuala Nerus. Beliau diantara tokoh yang pernah membuat kenyataan bahawa dua ADUN PAS di Selangor yang telah menggagalkan usaha kerjasama PAS-UMNO sewaktu krisis MB Selangor tahun lalu. Bererti beliau diantara "ulama" yang mahu mewujudkan UG di Selangor pasca PRK Kajang.



Jadi tidak hairan untuk beliau memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pekung-pekung UG terus terdedah... didedahkan oleh tuannya sendiri...

38 ulasan:

kamal ahmad berkata...

Lancau lu zul

Green Boc berkata...

diluluskan komen di atas untuk semua menyaksikan demikianlah perangai golongan orang yang mengaku pro-ulamak. Bagus tarniyah yg diperolehinya...

Tanpa Nama berkata...

Exco parti tersuci (tidak Tikam rakan) termulia (tidak tipu pengundi) ilmu tertinggi (tidak pernah masuk lubang biawak sama dua kali) di selangor sila tunjuk kesucian letak jawatan.

Parti munafik, semua salah cina "kapir", yang munafik pula terhadi suci mulia.

Tanpa Nama berkata...

UG... patutlah, sama jer cam UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Cayala admin
PAS ug msk prangkap umno
Ust ug msk prangkap admin

Jeman berkata...

Kah3.. ni rupe pnyokong ulamak.. la baik ko sokong najib je la klau nk mncarut bagai.. lagi satu kopiah yu tlg buang skali.. lawak la ulamak sebut camni..

Tanpa Nama berkata...

Yes.....integriti terbaik dr admin...teladan terbaik dr admin...depa dah malu...ingat ni zaman batu ka....info hujung jari bai...admin siap bg data...yg atas tu tau...carut sajeeeeeeeeeee.....

Tanpa Nama berkata...

Baru terdah, pro-ulamak ini bukan saja tidak berilmu, tidak berakhlak malah tidak beriman sebenarnya. Orang beriman tidak mencarut!

Tanpa Nama berkata...

PAS tiada kredibilty

Ke wujudan politik PAS banyak bawa ke mudharatan dari ke untongan.

Orang orang PAS rugi jangka panjang

otoote berkata...

hehe GB.....luluskan komen sebagai bukti ye. hahaha....
tu gambar sheikh UG ke tu...kopiah putih ke ke kopiah hantu cina lompat2 cam pelem hongkie....haha....memang kantoi mamat tuh.
tqtq....ada komen dari shli2 syurga lain tu lulus le sama.
depa ingat depa je dok ngaji kitab kot...ahli biasa (pinjam istilah pjPAS negeri antah berantah) ni barua jahil le agaknya.
PAS Gganu bole dah kot masok BN....UMnO dah tempah dah Alphard...Velllfire...Hellfire utk depa...puok lebai ni kan kemarok mpv beso

Tanpa Nama berkata...

Hebat ulamak ni....mencarut...membaruakan org....mengbooo jemaah sendiri.....macam teladan nak tunjuk kpd org bukan islam......macammmmmm ni ke.....hati busukkk

Tanpa Nama berkata...

Aduhai....sedihnya ada pemipin PAS yang sedemikian. Sekarang siapa yang mendengar cakap siapa...Semua boleh buat keputusan bagi Kawasan masing2...Apa tugas Presiden dan JKPP untuk mengangani kemelut sekarang...

Sekarang bukanlah isu hudud pun yang berbangkit...PAS yang bergasak dengan DAP pula...Selamat masuk perangkap...

Apakah yang kumpulan UG mahukan? Hudud makin tipis malahan usaha memaham rakyat tentang hudud tidak pun dilaksanakan secara bersungguh-sungguh...yang bersungguh-sungguh nampaknya melayan karenah DAP pula...

Tanpa Nama berkata...

Buruknya kamal ahmad (April 2, 2015 at 10:42 PM) komen begitu dengan kopiah dan baju melayu...Takut melihat inilah wajah2 kumpulan UG. Kaki ampu dan kaki maki.

Tanpa Nama berkata...

Kalau keluar dari mulut perkataan 'tutt' di kira sekali je dalam sehari

Tapi kalau tulis dengan ejaan yang cukup jelas perkataan 'tutt' selagi admin tak removekan selagi itu lah di sebut dan di kira berkali kali

Kamal minta maaf lah dan minta lah GB remove kan Lepas tu janji tak datang lagi dan buat kacau

Mudah mudahan Allah sayang kan saudara kerana berani mengakui ketelanjuran dan kesalahan

Tanpa Nama berkata...

Kalau ya pun Kamal tunggu lah lima enam komen masuk dulu jadi orang tak tahu yang mana satu kena carut Ini habis baca terus mencarut Islam tak ajar macam tu Jangan pakai ikut sunnah tapi perangai ikut si punah Hadi

Jangan lah kita merendah kan diri kita Tenguk gambar orang nya kalau mengaji boleh bagi tiga bintang kot?

Kalau salah tang mana salahnya?
Kalau tak setuju tang mana tak setuju nya?

Tanpa Nama berkata...

Aku tidak menyalahkan DAP mahupun PKR dalam kemelut PR yang semakin meruncing ini, tetapi aku menyalahkan sebahagian daripada pemimpin PAS yang enggan beristiqamah dalam mengukuhkan PR termasuk presiden & mursyidul amnya.

Tanpa Nama berkata...

KUALA NERUS
TERENGGANU

Ini tak silap baca kan Terengganu !
Terengganu yang DUN nya tolak hudud kan?

"Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi PAS Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan syariah Allah di muka bumi ini"

Terengganu ni yang kat planet Pluto tak Mana boleh Terengganu kat Bumi Malaysia ?




Jeman berkata...

Org cabau seko ni bkn skolah tinggi pon.. kecoh je lebih..

Tanpa Nama berkata...

Admin2..ckup2lah hanya duk cari kesalahan Pas..sedara sedar x tabiat sedara ni?cuba semak setiap kali sedara pos semuanya bercerita keburukan pas/tghh/ulamak?mengapa tak cerita pasal klmahan dap n pkr juga?ape komen sedara tntng cadangan lks tntng pepaduan bn pakatan contohnya?zero.ape komen tntng pkr yg sokong tghh/hudud?zero.dll.
lihat tranungkite.post dri admin mereka jarang berbau busuk atau bias..ada juga yg menyiarkan artikel tntng kelemahan pas utk perbaiki diri Sndiri.dan saudare pula hanya sibuk jaga tepi kain parti lain?cuba lihat perkara positif pula,boleh..?sy bgtau bgini sbb sy rasa saudara ttp mcm ni juga dgn pndirian sama spt benang yg basah..sedih.sedari awal lg sy lihat pos sedara..senada,tiada intelektual dari sudut pembangunan minda..hukum kebenaran sntiasa berjalan?muhasabahlah..lihat klmahan diri/puak yg saudara sokong pula..
pls pos this comment.tq

HP

Malaysiabaru berkata...

Kamal ahmad bakal jadi janda berhias... ummo tak mau, dapkr tak mau, malaikat tak mau... setan yg busyuk pun tk mau pas! Hudud palsu versi umno pas bukan asli dari quran ul karem

Tanpa Nama berkata...

Pandai awak tulis "Muhasabah"... apa erti muhasabah?
Itu yg admin lakukan disini... melihat kelemahan diri.... kelemahan paas supaya ia dpt diperbaiki.... bukan utk melihat kelemahan parti lain...

Saya dh lama ikuti blog GB dan rasanya sudah mcm hampir kenal tuan empunya blog ini.

Saya juga yakin spt yg beliau selalu aebutkan di blog ini... iaitu hukum kebenarn dan keadilan ajan terus berjalan walaupun tidak dusukai oleh org2 yg ingkar spt anon 2:02 di atas.

Tanpa Nama berkata...

pro ulamak ke pro mencarut mamat ni?? anak ketam boleh la ko ajar jalan senget, tp manusia ada akal & otak yg boleh berfikir mana perangai yg baik dan yg berperangai buruk..jaga-jaga ada ular dalam semak...

Anti Fitnah berkata...

Saudara HP,
Muhasabah diri???? Sepatutnya hang mengajak Kamal yang mencarut tu muhasabah diri. Adakah itu caranya orang UG berwiritkah?
GB bukan orang yang mencarut. Lihat saja tulisan beliau. Beliau mesti menulis dengan hujah-hujah yang bernas dan positif. Dia tidak mencarut. Dia tidak mengutuk malahan mengajar kita berfikir demi kebaikan ummah dan jemaah seperti PAS. Hanya manusia yang tidak cerdik tetapi ingat dia PANDAI sahaja yang selalu mencarut. Kenapa begitu? Sebab depa dah tak ada idea.

Tanpa Nama berkata...

kamal ahmad, baik kamu bukak kopiah kamu tu. jgn jadi munafik. memalukan orang chabau, jasin. chabau bunyi macam c*ba*. patutlahlah selalu agaknya sebut la*cau.

Tanpa Nama berkata...

Apa macam tuang presideng mulut fitnah "barua" dan "pill kuda" Tanpa bukti?

Tanpa Nama berkata...

Kurangkan bercakap kalau tak ado benda yg baik berdosa . Puak pas serban tinggi tau tak pahala dan dosa main sedap mulut bercakap.

Tanpa Nama berkata...

ni muka kanal ahmad, pengkomen pertama di sini yg mencarut.

https://lh4.googleusercontent.com/-Bm5_cA9PLrk/Uj2SE6ON22I/AAAAAAAAAA0/sL2Nhdnxm2Y/s256-no/3e72c5d1-7c99-424d-a73b-f7cedbd9685c

Tanpa Nama berkata...

Betul betul, yang salah semua "dap kapir", pas yang suci mulia.

Habis tu siapa yang keluar tuduhan "barua" , "jual pill kuda" Tanpa sebarang bukti? Dap "kapir"?

Tanpa Nama berkata...

kamal ahmad (April 2, 2015 at 10:42 PM
Parasit Islam merosak imej Islam..
inikah akhlak muslim utk berdakwah pada Non-Muslim.?

Tanpa Nama berkata...

Selangor. PRU14. Semua DUN PAS akan kalah!

mm=majoriti menang. %c= % cina

DUN PAS menang di Selangor.

N17 Gombak Setia. mm 4.2%. %c 11.73%
N18 Hulu Kelang. mm 7.2%. %c 14.32%
N2 Sabak. mm2.1%.. %c 12.23%
N20 Lembah Jaya. mm 20.7%.. %c 31.86%.
N21 Chempaka. mm25.9%. %c 38.17%.
N23 Dusun Tua. mm10%. %c 37.72%.
N26 Bangi. mm25.2%. %c 18.96.
N29 Seri Serdang. mm25.4%. %c 31.6%
N38 Paya Jaras. mm14.3%. %c 27.3%
N42 Meru. mm25.6%. %c 27.5%
N45 Selat Kelang. mm8.7%. %c 26.0%
N51 Sijangkang. mm10.8%. %c 15.2%.
N53 Morib. mm2.6%. %c 22.7%
N54 Tanjung Sepat. mm3.4%. %c 28%.

PRU13 PAS dah memang sabotaj PKR dan DAP.
Jika pengundi cina boikot DUN2 di atas dalam PRU14?
Tak payah penuh. Cukup separuh.
Semua akan bungkus.

Tanpa Nama berkata...

Tok Guru Hj Hadi kencing berdiri anak murid Kamal Ahmad kencing berlari. Tukarlah Presiden PAS skrg yg ternyata ketua yg lemah, kaki fitnah, ularmak pembohong.

Agama suci Islam tak mengajar penganutnya menghukum dan melaknat org lain melainkan mrk itu penganut ajaran sesat bertopengkan Islam luarannya kopiah, jubah dan janggut.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan si Kamal Ahmad ni baca blog omakkau sudah la. Amat sesuai utk dia

Tanpa Nama berkata...

Anon 3Apr 2 02 AM

Minta Anon nyatakan perkara yang positif Mungkin positif bagi saudara yang berfikiran cetek tapi tak cukup positif bagi kami yang berfikiran jauh

Selagi PAS di pimpin oleh geng Ulamak pro UG selagi itu lah tak positif

Lagi satu yang sukar di faham mengapa dah ada blog yang sesuai dengan selera saudarav tapi saudâabcari blog lain

Blog ni macam kedai Tak suka tak puas hati pergi lah kedai lain !

Tanpa Nama berkata...

Saudara Kamal Ahmad

Hari ini hari Jumaat
Hari Raya kecil
Hari yang baik untuk memohon maaf dan memberi kemaafan

GB kalau Kamal dah minta maaf tolong maafkan dan remove kan komen carut tu

Tanpa Nama berkata...

Kan tuan presideng dan ulama ulama pas sucia mulia dah cakap, sudi kalah pru? Apa Engkau hairan?

Yang penting pas berkerja sama dengan umno supaya nampak tersuci termulia, yang lain penduli apa?

Pas memang BUKAN PARTI POLITIK, hanya kumpulan ulama ulama agama mulia maka penduli apa kalah kerana undi cina "kapir"??

Yang fitnah "barua" dan "pill kuda" tu siapa? Cina kapir? Yang pasti bukan ulama pas suci mulia.

Tanpa Nama berkata...

KAH ! KAH ! KAH !
Aku GELAK GULING2 hari ni !
Kamal Ahmad DAH MASUK PERANGKAP GB !
KOMEN TERLEBIH LAJU dari nak berhenti dan berfikir sat !
SERVES YOU RIGHT !

Tanpa Nama berkata...

Kamal Ahmad senyap
Konon dia tak buka blog GB lagi selepas GB luluskan komen tersebut

Jangan lah nak kelentong !

Anda buka blog GB dan anda baca dan kami menuggu jawapan anda

Jangan ingat ni perkara kecik sebab bagi kami imej seperti anda tak sepatutnya buat macam itu

Tanpa Nama berkata...

Kita jangan panjang kan isu Kamal Ahmad Kita bertolak ansur terutama GB

Macam ni lah Kamal Ahmad minta GB remove kan respond tersebut dan minta GB jangan siarkan luluskan permohonan maaf nya pada GB

Jika kita menjaga aib saudara kita Allah akan menjaga aib kita