25 Mac 2015

Tukar Presiden Jika Ingin Kekal Dengan PR - Penganalisis


Empat Pilihan Untuk Pas

Kedegilan Pas untuk meneruskan agenda hudud mereka akhirnya meletakkan parti itu di kedudukan paling sukar ketika ini. Jika sebelum ini tindakan Pas membentangkan pindaan enakmen di Dun Kelantan dan kemudian menghantar notis untuk usul persendirian di Parlimen tanpa memaklumkannya terlebih dahulu kepada PR, membuatkan PKR menyatakan tidak akan menyokong usul tersebut, kini giliran DAP pula menyatakan pendiriannya.

Dalam pendirian terbaru yang diputuskan malam tadi, DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Haji Hadi tetapi kekal bersama PR.

Ini bermakna, sementara PKR dan DAP kekal dalam PR, masa depan Pas dalam gabungan itu terpulang kepada parti itu menentukannya.

Jika Pas meneruskan juga mahu membentangkan usul persendirian di Parlimen, PKR dan DAP tidak akan memberikan sokongan terhadapnya. Pas hanya boleh berpuas hati dengan sokongan 21 Ahli Parlimennya sahaja.

Dalam masa yang sama, dua pemimpin kerajaan iaitu Nancy Shukri dan Nazri Aziz pula menegaskan, undang-undang hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang berkata, mustahil hudud dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Selain itu, katanya, Ahli-Ahli Parlimen daripada Sarawak juga tidak akan menyokong sebarang usul mengenai hudud.

Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan pernah memegang portfolio undang-undang sebelum ini, dengan nada lebih keras dan terbuka berkata, hanya orang "bodoh" yang akan terus bercakap mengenai hudud.

Ini kerana, katanya, sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa undang-undang berkaitan jenayah merupakan bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan bukannya Mahkamah Syariah.

Untuk meminda Perlembagaan pula, tambah Nazri, ia memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen dan tidak ada sesiapa yang memiliki sokongan sebanyak itu ketika ini.

Nazri juga berkata, selain itu usul persendirian Pas hanya dapat dibentangkan di Parlimen setelah selesai semua aturan urusan kerajaan dan selagi ia tidak habis, usul tersebut tidak dapat dibawa.

Secara langsung, kenyataan Nazri ini membayangkan bahawa usul persendirian berkaitan hudud ini bukan saja tidak pasti dapat dibawa dalam sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini, tetapi juga tiada jaminan dalam sesi-sesi yang seterusnya.

Bersandarkan semua situasi yang ada sekarang, usul persendirian hudud yang bakal dibawa oleh Haji Hadi ini selain tiada harapan untuk menang dan mendapat sokongan, malah mungkin juga tidak ruang langsung untuk dibentangkan di Parlimen.

Tetapi yang penting, apakah masa depan Pas dalam konteks ini?

Semuanya kini terserah kepada Pas. Jika mereka ingin terus kekal bersama PR, mengekalkan hubungannya dengan PKR dan DAP serta mahu terus berpotensi memenangi kerusi di kawasan bandar dan separa bandar di Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan sebagainya, pilihan yang boleh dibuat ialah sama ada menarik balik usul persendirian itu atau menukar Haji Hadi sebagai Presiden Pas.

Keputusan DAP mahu terus kekal dalam PR tetapi memutuskan hubungan dengan Haji Hadi Hadi adalah isyarat yang jelas bahawa yang menjadi masalah bukannya Pas tetapi hanya Haji Hadi. Dengan ketiadaan sokongan serta kenyataan Nancy Shukri dan Nazri Aziz, usul persendirian itu sudah bemakna lagi.

Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.

Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.

Pilihan lain jika Pas ingin kekal berketuakan Haji Hadi ialah keluar dari PR. Walaupun Nik Amar Abdullah mengatakan Pas tidak kisah sendirian berikutan isu hudud ini, sudah tentulah wajah Pas tidak seperti yang ada sekarang jika ia bersendirian.

Pas tidak saja akan mengalami kehilangan banyak kerusi, tetapi juga akan mengecewakan ramai kelompok profesional dan progresif dalam parti itu.

Pilihan terakhir yang boleh dibuat oleh Pas jika tidak mahu bersendirian ialah membawa Pas menyertai BN dengan tujuan menguatkan kedudukan Melayu dalam gabungan itu. Tetapi pilihan ini belum tentu juga mendatangkan keselesaan kepada Pas kerana mereka bakal berebut kerusi pilihanraya pula dengan UMNO dalam pilihanraya nanti.

Dengan UMNO lebih dominan dan menang banyak kerusi di kawasan Melayu, jika bersama BN, Pas mungkin hanya diperuntukkan kerusi yang jauh lebih kecil saja.

Segala-galanya kini terserah kepada Pas menentukan hala tujunya antara tarik balik usul, keluar PR, tukar Haji Hadi atau menyertai BN. Pilihlah yang mana satu jalan berturap, jalan berliku atau jalan mati. -shahbudindotcom

It’s best for PAS to oust Hadi, says analyst

If PAS wants to remain in Pakatan Rakyat and thereby maintain its relevance as a political party, it has to get rid of Abdul Hadi Awang or at least give up on tabling the Private Member’s Bill aimed at facilitating the introduction of hudud, says political analyst Shahbudin Husin in his latest blog posting.

According to him, this is the essential meaning of last night’s DAP decision to remain in Pakatan but to cut ties with Hadi, Shahbudin says.

He seems to argue that the best course open for PAS is to oust Hadi from the party presidency.

He says that while PAS can retain Hadi as its president and still remain in Pakatan, its relations with DAP and PKR will remain sour, leading to disagreements on seat allocation in the next general election and, inevitably, three-corner fights. This will render its membership in the alliance virtually meaningless.

Essentially, he says, PAS now has to decide whether to oust Hadi or get out of Pakatan and then go it alone or join Barisan Nasional. However, if it does decide to opt out of Pakatan, it will be only a minor player in national politics.

“It’s now all up to PAS,” Shahbudin writes. “If it wants to remain in Pakatan and thereby keep winning urban and semi-urban seats such as those in Selangor, Perak, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, it will have to withdraw the Private Member’s Bill or replace Hadi with someone else.

“Retaining Hadi will bring the risk of alienating non-Malay voters, who no longer trust Hadi. PAS will then be successful only with Malay votes in Kelantan, Terengganu and Kedah.

“Furthermore, by retaining Hadi, PAS will disappoint many of the professionals within the party.”

Neither will PAS be any more successful if it decides to go it alone or join BN, he says.

“If it joins BN, it will be fighting for seats with Umno in the coming general election. With Umno being the dominant party in the coalition, it’s likely that PAS will get only a minority of seats.”
-FMT



ULASAN GB

Jika dibaca komen-komen yang ada di bawah artikel yang disiarkan oleh FMT itu, jelas menunjukkan rata-rata kaum bukan Melayu sudah menolak Hj Hadi.

Apakah PAS ada pilihan lain jika ingin terus bersama PR selain dari apa yang disuarakan oleh penulis berkenaan iaitu menukar Presidennya?

Jika Hj Hadi dikekalkan Presiden maka hal yang disebutkan penulis tidak dapat dielakkan:

Tetapi jika Pas ingin terus mengekalkan Haji Hadi, hubungannya dengan PKR dan DAP tentulah tidak seharmoni dulu. Sikap bermasam muka akan terus berpanjangan dan mungkin merebak kepada soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya nanti. Pertindihan calon pilihanraya juga mungkin berlaku.

Mengekalkan Haji Hadi juga akan membuatkan Pas berisiko besar untuk mendapat undi dan sokongan bukan Melayu dan ini akan menjadikan Pas hanya mampu memang di kawasan pengundi Melayu di Kelantan, Terenggganu dan Kedah saja. Pengundi bukan Melayu barangkali ramai yang tawar hati dengan kepimpinan dan pemikiran Haji Hadi.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

OK LA 3 negeri tu asalkan bersama Islam.

Tanpa Nama berkata...

Kirim salam sama itu analisis....

TtG berkata...

hanya ahli Pas yg bole menukarkan presiden..suka atau tidak ..jika ahli Pas menyokong presiden dlm muktamar nanti..itu adalah isyarat supaya PKR dan DAp utk tinggalkan Pas sendirian...
Dalam keadaan ini..nampak sangat terutamanya PKr memerlukan PAS untuk hidup di Semenanjung Malaysia..Tanpa Pas..PKR hanyalah semut di arena politik..

Sebab itulah tanpa Pas..impian Putrajaya adalah mimpi saja...Tolong tinggalkan Pas sendirian...

Malaysiabaru berkata...

Tok guru hadi ping marang dh kn tipu dgn umno... Kena kencing dgn raja... Dgn pakatan rakyat... Dgn ahli pas 10juta...

Silap haribulan Allah pun menyamoah dgn hadi Ping marang

A.B.A H
Asalkan Bukan Abdul Hadi

Tanpa Nama berkata...

Segala-galanya kini terserah kepada Pas menentukan hala tujunya antara tarik balik usul, keluar PR, tukar Haji Hadi atau menyertai BN. Pilihlah yang mana satu jalan berturap, jalan berliku atau jalan mati. -shahbudindotcom

Ada satu lagi pilihan - jalan berTol

Najib kena selamatkan Hj Hadi Saudara Se Islam dan sokong Hudud demi Islam

Tanpa Nama berkata...

Itu lar, menang pas ni dah nak masuk bn Sangat. Peduli apa dap Cina kapir?

Tanpa Nama berkata...

Apehal ulamak skrg ni sensitip benor.. baru bg pandangan sikit dah kata tak sokong hudud.. apa barang nih

Unknown berkata...

akta jenayah syariah (hudud qisas taazir) yg cuba diusulkan oleh PAS wajar diluluskan untuk disahkan dlm perlembagaan .. kemudian tinggalkan tapak itu untuk disyariatkan oleh generasi akan datang insyaAllah ... dan jgnlah kamu berharap tunduk kepada kaum kafir demi mencari keredhaan mereka (dlm bentuk undi) kerana mereka tidak akan sesekali memberikan redhanya selagi kamu tidak menurut kepada kesesatan mereka... DAP adalah kafir harbi

Tanpa Nama berkata...

Nak buat macam mana admin... dalam pas ramai lagi yang berfikiran tahun 70an

Tanpa Nama berkata...

boleh 3 negeri tapi UMNO diPutrajaya kata tak boleh laksana apa Hadi boleh buat? UMNO di persekutuan

Tanpa Nama berkata...

Dah paham kenapa cina "kapir" sakit hati? Komen parti tapi mereka kata Hina agama pula

Tanpa Nama berkata...

Maksudnya....

Tanpa Nama berkata...

yakin benar nak mng 3 negeri. skrg cuma tinggal 1 negeri. itu pun sbb faktor arwah tgna. lps ni k'tan pun lesap dan islam tak ada kuasa politik lg

Tanpa Nama berkata...

Saya tak faham kenapa ada orang yang mengaku Islam tetapi secara terang mengatakan hudud tidak sesuai, kolot, tidak maju dan segala macam penghinaan. Aku macam dengar cucu cicit Abu Jahal dan Abu Lahab pulak dah ramai di Malaysia ini. Sehingga kini belum ada sorang pun mufti yang menyokong hudud ni??? Pelik betul aku tengok bila tak seorang pun mufti buat komen menyokong.
Semoga Allah kekalkan imanku bersama jemaah Islam, Amin ya rabbal alamin.

Tanpa Nama berkata...

Heh..dap, pkr..apsal la terlalu personal..mnjadikan tghh punching bag,utk isu hudud..oh..ye..tghh sorang2 je yg nk hudud..oh ye,kerajaan pas klntan x nk pun hudud tp terpksa buat sbb tghh yg suruh..?oh ye..semua salah tghh..yelah die kn presiden..oh ye..pkr cabang rasah baru shj sokong hudud..bukan,bukan salah cabang,tp salahkn dswa lah ye..?buka minda

Harrypotter

Tanpa Nama berkata...

Owh ye..dlm pkr & dap semuanya brfikiran millenium..hinggakan lks sudah lontarkan idea habubg pr+bn?jgn bias apabila mmberi pandangan wahai sedara...lihat diri adkah saudara rasa saudara ckup maju dlm berfikir?buka minda

HP

Tanpa Nama berkata...

Sebab mudah shj tuan..
1)pemikiran tidak di anjak & dicapahkan
2)pemikiran terlalu bersifat kepartian
3)Akal diatasi nafsu

HP

air gunung berkata...

Errr boleh perang n bunuh ker DAP neh.jiran aku ramai cina...geng harbi blake tuuu...tunggu gak fatwa dr kerajaan or mufti or ISMA bila nak tetak menetak neh..ye laaa..diorgkan kafir harbi..bahaya kan..kih kih kih kih...senang btol bila berbicara atau menulis tanpa fikir kesan darinya.

.bagus sgt laaa buat kerja takut menakutkan public.dah ready ker mental fizikal mkn ubi kayu...diri sendiri mungkin boley kot.anak bini dan kuarga mcmana.so jgn ringan jer berckp menulis dgn membakar sentimen x tentu hala.hidup sorang2 kat hutan sorang2 boley laaa sembang kencang..

mana pergi fiqh dakwah org islam.udahla ketinggalan dlm serba serbi.kalau kekuatan x ada toksah berangan laaa.org idung jer dah muntah darah.

ikhwan di mesir merupakan organisasi yg mantap terlatih bertahun2 dgn ujian.ketika mereka dah mencapai kekuasaan pon masih tergolek.Kita ada ker sampai tahap tarbiyah displin seperti mereka.sedangkan mereka bkn berbilang bangsa pon.peratus kristian yg sgt rendah.akhlaq ikhwan sgt hebat.kalah melayu...peniaga besar adalah ikwan di mesir..

so jgnlah dok guna istilah yg boleh merosakkan.kalo musuh buat bkn bermakna halal kita buat n ikut.guru kita rasulullah.bkn mereka.

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Baloh, baloh jugak..
tapi ingat bulan depan dua tiga hari lagi... GST boh..

Tanpa Nama berkata...

PAS kalau bersendirian selepas keluar dari PR pun PAS tetap kena tukar Presiden

Bukan pasal DAP tak percaya atau tak suka atau sebab untuk bersama PR tapi PAS terpaksa tukar Presiden

Kalau nak keredhaan Allah tukar Prsiden
Kalau nak Putrajaya tukar Presiden

Tanpa Nama berkata...

Wah! Riak sungguh ahli Pas ini...ko kena ingat.. Pas menang byk kerusi sbb berada dibawah PR. Sbb pakat2 lah Pas diterima org bukan islam. Tp. Harus di ingat. Yg menang kawasan separa bandar dan bandar ialah golongan professional yer..So ko simpan ko punyer bodoh pasal nak tunjuk pas kuat kalau bersendirian. Aku paling benci org bodoh sombong..perlekeh pkr. Cheh!

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran bro. Air gunung. Kalau si unknown tu machai BN yg menyamar ahli pas, begitula perangai persis haiwannya. Tp. Kalau dia org pas, dah tentu org yg kontot akal fikiran, perasan dialah penegak agama, tp. Ternyata org yg merosak agama. Rasulullah tak ajar itu semua. Tp. Diorg rasa lebih hebat dari rasulullah..itula jadinya..

Tanpa Nama berkata...

Sesungguh nya HUKUMAN HUDUD ini adalah dtg dari ALLAH, tuhan yg mencipta bumi & langit serta seluruh alam ini.. Jadi mengapa ada org yg mengaku dirinya ISLAM hendak menentang & membantah hukuman hudud yg dtg dari ALLAH ini???. Hati-hati lah, peliharalah IMAN kita ini supaya tidak tergelincir....

Tanpa Nama berkata...

Hebat saudara,

Aku bersetuju jugak dgn lu HP, tp. Aku nak ko cuba kritikal skit.. Yg mufti tak bersuara tu ko paham lah..tp. Ada tak ko terpikir sbb apa org islam sendiri tak terima hudud ? Lu jgn melompat ckp diorg tak beriman..itu jawapan mudah nak escape dari nak guna pemikiran yg kritikal...cuba jelaskan faktor lain.. Adakah diorg x bersetuju dgn cara perlaksanaan ke, adab dan ethics dalam perlaksanaan ke, dan byk faktor lain lagi. Aku yakin rata2 org islam tak tolak hudud! Itu pasti.. Tp. Concern diorg tu ko kena kaji. Yelah kan. Ko sendiri cakap..pemikiran kena dianjak dan di capah. So. Ko la kena start dulu..

Tanpa Nama berkata...

Harry potter or Harry Pothead? Ko dah buka minda ko sendiri? Isu besar sekrg ialah pasal adab dalam perjanjian. Rasullulah tak mungkir janji dgn bukan islam. Ini, nak buat hudud, elok dah tu.. Tp. Dlm masa sama mungkir dlm perjanjian! Itu bukan akhlak org islam. Besar impaknya. Aku harap ko paham la..jgn jadi org tak reti pikir yeah..

Tanpa Nama berkata...

Itu yg sepatutnya.. Tp. Ulamak pas tak cakna tu semua.. Guane tu?

Tanpa Nama berkata...

Itu memang diakui.. Tp.. Concern dgn perlaksanaanya.. Malah ethics dalam perlaksanaan..ingat.. Kita kena jaga hukum Allah swt ni..bukan setakat nak melaksanakannya.. Malah kefahaman adalah lebih penting..

Tanpa Nama berkata...

Orang Trengganu pun tak mahu Hadi. Satu penggal dia jadi MB mereka dah serik . Kalau dia jadi PM hancur Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Jalan yang mudah untuk laksana hudud ialah PAS bergabung dengan UMNO Oleh kerana hudud itu perintah Allah dan PAS nak kan keredhaaan Allah ajak lah UMNO bersama sama laksana hudud

Lakukan lah demi hudud !

Tanpa Nama berkata...

Yahoo lepas kelantanis lesap hooreey..pru14 Barbarians Ummmno menang majority mudah...dan aku bersaksi mata Selangor's bakal2 kecundang...karna sekarang usha Umno tidak sia2 khusus dislgor melibatkan AkarUmbi umno............rahsia!!! jawapan pru 14 strategy vs strategy

Tanpa Nama berkata...

Baik PAS keluar pakatan dan kita lihat apa jadi lepas tu. PKR macam mana, DAP macam mana dan PAS macam mana.
Sebenarnya PAS tak nak keluar Pakatan pasal fulus dan takut tak merasa hasil mahsul kat Selangor dan Penang. Kelantan dah tentu dia orang control sendiri.
Tak pe bagi UMNO/BN perintah lagi sampai bila pun. Kita tengok nanti UMNO ajak PAS tak masuk BN atau PAS hidung tak mancung pipi tersorong-sorong nanti. Hudud boleh bincang dengan UMNO tak? PKR kita tengok, siapa tunggu dan siapa lompat atau pencen politik. DAP macam tu lah...Penang mungkin boleh bertahan kalau undi Cina terus solid. Kelantan rasanya bye-bye lah. Ayuh PAS maju ke depan untuk mundur ke belakang.