24 Mac 2015

[BERGAMBAR] Anwar Muncul Di Mahkamah Rayuan Syariah Pagi Tadi


Pegawai penjara iringi Anwar diarah keluar mahkamah kerana bawa senjata

Lima pegawai Penjara Sungai Buloh yang mengiringi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diarahkan keluar mahkamah kerana membawa senjata api.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Muhammad Ibrahim mengarahkan pegawai penjara keluar selepas mendapat bantahan wakil peguam Anwar, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie atas alasan senjata api melanggar etika mahkamah.

Katanya, sudah ada lima pegawai polis dalam mahkamah yang bersedia menjaga keselamatan dalam mahkamah dan kehadiran pegawai penjara tidak diperlukan.

Anwar masuk ke mahkamah kira-kira 10.15 pagi tadi, berbaju kemeja berbelang biru dan kelihatan cengkung dan susut berat badan.

Beliau bagaimanapun masih sempat melemparkan senyuman ke arah wartawan dan menegur cucunya, Raja Safiyah Raja Ah‎mad Shahrir, sebelum prosiding kes bermula.

Mahkamah Rayuan Syariah hari ini mendengar rayuan Anwar menggugurkan peguam, Datuk Zainul‎ Rijal Abu Bakar yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pendakwa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) Shamsuddin Hussain dan bekas pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali, berkaitan kes qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.


kredit gambar: chealwi & wfauzdin

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam....
Sorry kalau menyinggung perasaan penyokong DSAI...
Rindu jg aku kat DSAI...
Rasanya DSAI seorang khalifah yang baik
....
Geram betui aku kat UMNO, dh la dok balas duit kerajaan...
output utk rakyat tak byk mana...
present je lebih...
hampa tak nampak lg ka depa punya cycle...

PAS koperasi pun tak dak...
jgn dok harap ngo...
Intergrated sket....

Erdogana berkata...

Anuar sudah blalu dn sekadar blh mberi arahan dari tirai besi.... Jika pakatan tinggal Dap dn PKR--- maknanya BN akin bkurun lagi kuasai putrajaya....Dap tlalu emosi dgn Pas dn emosi pd hudud yg TAK kena mgena lngsung dgn org bkn Islam. Jika org Islam yg mcuri brg org Dap..... Islam tu yg kena hudud...... Hudud mdidik dn berakahnya mgurangkan jenayah

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat Anwar...moga Allah sentiasa melindunginya...

Tanpa Nama berkata...

Hukum Keadilan Allah akan tetap belaku.

Tanpa Nama berkata...

Anwar nak citer hal Qazaf buat apa lagi...? Bini dia, Presiden PKR dah awal2 tolak Hudud...

Tanpa Nama berkata...

Dap bukan bimbang pasai HUDUD sebenarnya..

Dap Bukan tak TAHU n BODOH sampai undang² untuk org ISLAM pun nak di lawan...n DAP dah tahu lama dah PAS tak akan berhenti memperjuangkan HUDUD dari dulu ,kini n selamanya(In Sha Allah)..

"macam pepatah CINA kata di orang takut kalau LEMBU tak MAKAN RUMPUT" itu yang DAP takut sebenarnya..IF LEMBU masih makan RUMPUT apa yg u all nak buat lantak lah...

So maknanya apa yg DAP takut sangat bila HUDUD nak di laksanakan...

Habis lah bisness arak mereka, habis lah bisness kelab malam dan disko mereka, habisla bisness rumah pelacuran dan rumah urut mereka..

Bilamana Hudud di laksanakan tentunya orang yg mengaku dirinya Islam dah tak berani masuk DISKO, RUMAH URUT tak lagi berani MINUM ARAK... so Bisness mereka akan telungkup.... Itu yang DAP takut sangat tu...

LU PIKIR LAH SENDIRI..

Tanpa Nama berkata...

Lu pun pikirlah sendiri... Hudud untuk orang Islam sahaja. DAP sajakah Cina di Malaysia ini?

Jeman berkata...

Sah baghal otak macai ni.. baca text penuh knyataan DSWA baru mai komen blk.. bab fitnah putar belit serah kt puak2 mcm ni..

Jeman berkata...

Akunbkn la sokong sgt dap ni tp xtau la plak aku org DAP ni owner genting bhd or sunway group! Kayanye lim kit siang ye.. bleh pos skik x rujukan utk sama2 kite tgk jgn main bedal je fitnah wlaupon dia bkn islam..

Jeman berkata...

Cina sahajakah yg bkn Islam di Malaysia ni? India n bumiputera Malaysia timur apa cerita?

Tanpa Nama berkata...

Anwar sengaja uji sistem mahkamah syariah Kalau tak perlu 4 saksi apa guna hebuh pasal pindaan hudud

Kita sepatutnya sokong kes liwat di bicarakan di mahkamah syariah Jika tidak bererti kita menolak hukum Islam yang sedia ada

Faqirulkhoir berkata...

Sdr Jeman 9.4PM, salaam. Apasal nengok pada bangsa lain ? Gue nampak orang Melayu pun dah ramai keluar dari Islam. Mereka mensyirik Allah dgn tekad, perkataan dan/atau perbuatan. Wallohua'lam.